mesyuarat
" TENENENET ~ "
" PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DAN BADAN PENGURUSAN SEKOLAH, DIMINTA BERGERAK DENGAN KADAR SEGERA KE BILIK MESYUARAT SEKARANG JUGA UNTUK MESYUARAT LAH DAH NAMA PUN BILIK MESYUARAT EN DASAR BOCAH "
Seonghwa, guru yang paling ber daddy kasi menghantukkan kepalanya ke pintu kelas. Hm, kesian. Pintu tu dah la nazak. Berlubang, rapuh, buruk, nipis, reput, lemah. Semua ada.
" Mesyuarat apa pulak ni? Dia tu mabuk ke? " Seonghwa melempang langsir. Sebenarnya nak je dia lempang anak murid 13 ketul tu tapi nanti jadi animal abuse.
" Lantaklah, aku tak nak pergi HAHAHA "
Jeonghan yang baru nak tido tak jadi. Mulut dia dah gerak ii nak menyumpah.
" Ha, awak tu kenapa? Mulut tu nak cikgu tonyoh pakai kaki ke? " Seonghwa bercekak pinggang.
" Tade "
" Baik mari kita meninggal -
Brak!
" Woi! Mesyuarat! " pintu kelas ditendang. Seorang cikgu dengan wajah masam macam ketiak masam berdiri sambil bercekak perut.
" Pehal kau ni? Datang tiber astu acah gangster. Mabuk ke? " Seonghwa bengang. Dilempangnya muka si pengganggu keamanan kelas pakai apron.
Untuk pengetahuan kamoo semua, Seonghwa ni cikgu masakan sebab tu beliau asek lilit apron je biarlah tak masak pun dah style beliau.
" Aku memang mabuk, mabuk dengan cinta Jung Wooyoung HAHAHAHIOKS " San, si pengganggu keamanan kelas mula nak menggatal. Ditayangkan muka miang beliau sekali dengan mata yang tak berapa nak terbukak tuh.
" Najis anda semua " Seonghwa menggeleng perlahan. Ghisau eh fikir apa nak jadi dengan Si San dengan Wooyoung tu. Makin lama makin menggila dua ekor tu.
San menjulurkan kepala di pintu kelas, memerhati isi kelas yang isinya murid ii baru.
" Hai bakal anak murid cikgu! " San menyapa ramah. Dimple di pipinya seakan mencabar Seungcheol yang dah start check dia punya dimple. Bukan apa, takut takhta dia kena rampas.
" Cikgu bukan apa tapi nak bagi pesanan sikit ni " katanya yang serius tiba ii.
" Cikgu Wooyoung tu comel au ohoho "
Seventeen pasang muka derp. Masing ii tak tahu nak react.
" Kenapa? Ada benda yang salah ke? "
" Tak cikgu. Semua perfect! Saya setuju dengan pendapat cikgu tadi tu! Impressive! " Minghao berdiri sambil tepuk tangan kuat ii dengan wajah semangat, layaknya seorang ahli parlimen. Biarlah dia sekecil habuk pun tak pernah kenal mana satu Wooyoung tu. Mingyu di sebelah pulak mengangguk angguk macam tersengguk burung belatuk.
" Beres! " San memberi thumbs up. Seonghwa menghembus nafasnya malas.
Dasar Seonghwa, dah dapat oksigen free eh malas pulak nak hembus keluar karbon dioksida tu. Nasib dia tak malas nak tukar oksigen jadi karbon dioksida, kalau tak mati katak beliau kat situ.
" AYUHLAH KITA! " San menyambar tangan Seonghwa dan berlari menyusuri koridor ke bilik mesyuarat. Sambil ii tu dia acah jadi hero filem Hindustan.
" ANAK MURID AKU MACAM MANA? "
" DIA ADA HIDUNG EN? BOLEHLAH BERNAFAS NANTI TAK MATINYA "
" BUKAN BODOE "
" APA? I LOVE YOU? AWW LOVE ME TOO "
Suara huru hara milik cikgu masakan dan cikgu bahasa inggeris itu hilang akibat perambatan gelombang yang mengalami pelembapan tanpa adanya resonans yang mampu menggantikan tenaga dengan frekuensi asal - k staph, ni bukan kelas Fizik hshshsh.
" Haluu kami datang! " San menerjah pintu bilik mesyuarat namun tak mampu mengejut berukkan manusia yang bersarang dekat dalam semenjak setengah jam lalu.
" Datang pun, aku ingat dah meninggal dekat dewan " pengetua Soobin menyindir. Dia yang duduk di kepala meja panjang mesyuarat berpeluk tubuh memandang San dan Seonghwa yang ilek ii seja.
Suasana di dalam bilik mesyuarat jauh dari kata formal. Yeonjun sedang sibuk main conteng ii dekat papan putih, Beomgyu sibuk cari port selfie terbaik, Taehyun dengar lagu dekat Spotify dan Kai tulis blog pasal dia dapat pegang Odi si landak.
Para cikgu pulak, cikgu disiplin, Hongjoong tengah membuta. Cikgu masakan dengan cikgu bahasa inggeris tengah bergosip. Cikgu seni, Yeosang main fire boy and water girl dengan cikgu math, Mingi. Cikgu sains, wooyoung dah macam orang gila putar ii kerusi beroda dan cikgu pj, Jongho yang agak normal dari yang ternormal tengah makan epal.
" Dalam bilik ni orang ke beruk? Haih, ingatkan aku je bodoh eh yang lain lagi bodoh ghupenye " Soobin menggeleng. Dia bangun dan memandang isi bilik mesyuarat. Niatnya nak tampar meja kuat ii bagi sedar makhluk dekat situ namun malang tidak menyebarkan kebusukannya.
Brak!
" ADUH SAKETTT "
Soobin tersujud ke lantai sambil memegang tapak tangan yang merah.
" Eh, Soobinnie! " Yeonjun mencampakkan marker pen dan meluru ke arah pengetua arnab yang dah tersungkur.
" Tepilah kau! Dasar miang! " Soobin menggigit kepala Yeonjun.
" WUARGH SKDNDHBDZJ "
Kedua dua pemuda sem tersebut diabaikan. Mesyuarat dimulakan oleh Hongjoong yang tiba ii bangkit dari kubur - eh, dari tidur.
" Ehem ehem, saya selaku guru disiplin sekolah ingin mengutarakan cadangan " ujarnya sambil berdiri di atas kerusi, salah satu cara untuk menonjolkan diri.
" Ya cikgu, sila " Beomgyu berlagak profesional. Buku catatan dan pen siap berada di hadapannya. Padahal dia tu tengah main sudoku.
" Saya rasa elok kalau kita lantik seorang ketua dalam kalangan 13 ketul tu. Terkawal sikit keadaan kelas nanti "
" Saya setuju tu cikgu. Kita kena ambil berat pasal ni " Beomgyu menyokong, memainkan peranan beliau dalam ff ni sebagai penolong kanan hal ehwal murid.
" MAAF SAYA INGIN MENCELAH " Yeonjun, dengan rambut serabai mengangkat tangan tinggi ii.
" Tak boleh, kau diam "
" Apa salah aku? "
" Ada sesiapa nak cadangkan calon? " tanya Hongjoong. Skrin layar di hadapan sudah terpampang wajah serta maklumat 13 orang pelajar sekolah tersebut
" Sayaaaaa! " pk pendidikan khas melompat tak rilek macam monyet.
" Tu tu! Yang pakai baju tu! " Kai menjerit sambil tunjuk ii dekat skrin.
Hongjoong meraup wajahnya. Penat dia layan orang yang hengong ni kekadang.
" Apa kau nampak ada yang bogel ke kat situ? " Yeosang menyampuk. Matanya dikecilkan macam bapak ayam yang redi nak menyerang.
" Alah nak gurau un tak oleh " Kai memeluk lutut di hujung bilik, bersama Soobin yang masih mengumpul oksigen.
Disebabkan masa dah banyak terbuang untuk scenes yang tidak berapa nak penting, maka, sesi pemilihan diadakan segera.
" Cikgu Yunho dan cikgu Jongho undi Lee Seokmin -
" LEE SEOKMIN, LEE SEOKMIN, LEE SEOKMIN, LEE SEOKMIN " 2ho dah macam orang berkempen dengan pukul ii meja macam gendang.
" Cikgu Mingi dan cikgu Yeosang undi Yoon Jeonghan "
" YOON JEONGHAN, YOON JEO - Sang kenapa tak join? Malulah aku sorang je " Mingi menyembunyikan wajah di sebalik tapak tangan. Yeosang pula mencuba tabah.
" Cikgu Seonghwa dan Cikgu Wooyoung undi Lee Jihoon " Hongjoong membaca setiap satu undian dari para guru.
" WOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO - UHUKS OKSIGEN! " Wooyoung nazak seketika. Dilempangnya Seonghwa di sebelah demi kelansungan hidup dan dibalas dengan cucukan pada kedua lubang hidungnya
" Hah kau San? Undi siapa? " Hongjoong beralih kepada cikgu terakhir. Dia pun tengah sabar sebenarnya tu.
" Aku undi diri aku sendiri boleh? " tanya San dengan muka dibuat comel. Jari beliau dimainkan.
Hongjoong memandang Taehyun sebelum keduanya mengangguk.
" Eh kenapa pegang ii saya ni bang? Nak bawak saya pergi mana ni? " Taehyun menyeret San ke muka pintu.
" Goodbye "
Brak!
Boom!
" Misi selesai " Taehyun menepuk tangannya pada kemeja Yeonjun. Bukan apa, membersihkan sisa kekotoran.
" Kesian San oppar " Wooyoung buat sedih.
" Baik, biar aku buat keputusan! " Soobin, yang telah bangkit dari kekecewaan merampas mikrofon dari cikgu mini tadi. Dihembusnya nafas kuat ii pada mikrofon sebagai tanda membaranya semangat beliau.
" Pertama! Kita tak boleh lantik Lee Seokmin! Sebab apa? Sebab dia suka menjerit dan menggila jadi saya tak nak tanggung risiko pelajar kita yang lain kena masuk hospital sebab gegendang telinga meletus, nanti dana sekolah cepat habis. Dahla kau orang ni liat nak hulur sumbangan " Soobin berhujah dengan semangat. Berlawanan dengan para pendengar yang macam takde semangat nak hidup.
" Kedua! Yoon Jeonghan juga tak boleh dilantik sebab beliau ni cantik macam mak nyah, saya bimbang cikgu Seonghwa asyik bergosip dengan dia pasal skincare "
" Dan terakhir, jangan lantik Lee Jihoon, kalau kau nak ff ni panjang. Sekain, terima Soobin " Soobin turun dari meja mesyuarat dan menuju ke tempatnya.
" Tapi siapa nak -
" SAYA PERCAYA YANG MUKA CAM UNTA TU BOLEH DIHARAP. TITIK! " Soobin menepis kepala Hongjoong demi merebut mikrofon tadi. Hongjoong yang bergolek ke bawah meja diabaikan.
" Saya ingin mencelah! " Kai melambai dengan semangat sampai satu bilik boleh bau dia punya deodorant.
" Ha sila! "
" Aku dah prepare nama kelas untuk murid istimewa aku. Boleh aku guna nama tu untuk murid sekarang? "
" Ha bisa! " mendengar jawapan Soobin, Kai dengan semangat mengeluarkan secebis kertas dari poketnya.
" NAMA KELAS DIORANG, SEVENTEEN, DEAL? "
Tanpa bicara mahupun geleng serta angguk, semua sebulat suara bersetuju. Biarlah masing ii bengong pun dari mana nama Seventeen tu keluar.
" DEAL! "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top