lawatan pt. 1
" Semua dah cukup? "
" DAH CIKGU! " Yunho memerhatikan anak ii didiknya yang nampak semangat benor pagi ni. Mentang ii chapter ni diorang nak gi lawatan, masing ii punya tenaga sampai ke langit ayah pinkeu semua.
" Seungcheol, kamu kira kejap kawan ii kamu ni. Kang ada yang tertinggal " Yunho bagi bombastic side eye criminal offensive side eye dekat Hoshi yang tidur atas bagasi Mingyu. Diam ii dia bimbang ada kes bagasi pecah jap lagi.
" Lagi ii yang geng mata sepet tu mana tau kurang nampak jalan eh tersalah pergi ke jalan ilahi. Cikgu nak gi berak jap " Yunho berlari sambil memegang buntut. Bimbang terkeluar agaknya.
" Weh Jongho, teman aku berak jap! "
" Ha? Ok ii " Jongho ikut berlari jugak. Cuma bezanya Jongho pegang kain pelikat yang dia pakai takut terbang melayang masa berlari tu.
" Geng! Sini semua! " Seungcheol naik ke atas kerusi. Iya, dia bawak kerusi dari kelas.
Seventeen berbaris di hadapan ketua kelas mereka tak kisah dah barisan tak seimbang disebabkan ketinggian member yang agak ketara. Dino dah halau Mingyu dekat belakang sekali, senang nanti nak scanned orang lain wujud ke tak pagi ni.
" Satu, dua,.... baik cukup! " Seungcheol turun dari kerusi ala ii Boboiboy. Pembantu prop, Wonwoo dah siap ii tabur pasir bagi nampak ada effect kuasa.
" Anak ii, mari sini kejap! " Seonghwa memanggil para anak ayam mixed up. Semua pakat lari tak cukup tanah.
" Cikgu nak bagi taklimat kejap jadi sila pasang telinga elok ii " Seonghwa mula mengeluarkan buku nota yang dari tadi dia peram bawah ketiak. Tak lupa jilat jari dulu sebelum belek buku.
Dino confused. Dia raba ii telinga kanan kiri takut ii ada yang tercabut tengah jalan tadi.
" Peraturan pertama, ikut arahan "
" BAIK CIKGU " Seungkwan menjawab semangat. Sampai tersentak member sebelah iaitu Lee Jihoon.
" Kedua, dah sampai nanti jangan berpecah. Gerak dalam kumpulan. Ingat, kita ni manusia bukannya anjing nak jalan sekor ii "
" BAIK CIKGU " sekali lagi, Seungkwan menjawab.
" Ketiga dan terakhir, jaga imej sekolah kita. Kita pergi keluar ni bawak nama sekolah " Seonghwa menutup buku notanya.
" Kau budak, jangan jerit ii aku hempuk kang nangis " Seonghwa dah siap ii nak baling buku nota kalau tiba ii Seungkwan menjerit lagi.
" Bawak nama sekolah? Bila masa kita pikul nama sekolah kita dalam beg sekolah ni? Muat ke weh? "Joshua bertanya.
" Tak tau lah. Aku pun jammed " Jun membalas.
Xion, acik guard dari tadi perhati je makhluk ii tak berapa nak halus yang terkinja kinja dari dalam pondok pengawal.
Seventeen rancak borak sambil tepuk tampar tendang terajang member. Cikgu ii pulak santai picnic atas jalan tar depan pintu pagar sekolah. Damai sekali.
" Aku pun nak ikut jugak " Xion ditimpa mental breakdown sorang ii dalam pondok pengawal.
" Yuhuuu! " suara sumbang seseorang mematikan drama TV3 seorang Son Dongju.
" Apa kau? " Minghao yang datang kelip ii mata sambil senyum nampak 4 bagang gigi kacip depan pondok pengawal tu memang menguji mindanya. Dengan topi bulat, cermin mata hitam dan kamera mainan dekat leher.
" Jealous la tu tak boleh ikut " Minghao tersenyum bangga. Hidung beliau diangkat tinggi ii sampai melekat setepek dekat cermin pondok tu. Wap air berbentuk dua bulatan terbentuk jelas di cermin.
" Jijik la gila " Xion keluarkan pistol air pastu tembak manusia depan dia sekarang.
" Tak dapat tangkap, tak dapat tangkap! AHAHAHAH! " Minghao lari laju ii.
" Penat aku layan manusia macam ni. Baik aku main game " Xion mula buat dosa iaitu curi tulang tapi dia kisah apa. Gaji tetap jalan.
Berbalik kepada suasana cikgu Seonghwa.
I love you!
Ai ya ya I'm your little butterfly~
Ai ya ya I'm your little butterfly~
" Uish ada awek call " San yang dari tadi diam macam tunggul kayu tiba ii semangat dengar ringtone Seonghwa. Dia punya semangat tu sampai berjoget gamelan tengah panas.
" Eyy couple? No no no! " Yeosang datang mencelah tiba ii sambil bawak tisu tandas yang ada tulis ' hormati kaum single, yang dah taken boleh balik rumah '.
Seonghwa abaikan je cubaan di pagi hari sebab kalau dilayan makin kronik nanti. Dia jalan senyap ii pergi dekat pokok kelapa tepi sekolah sebab nak ambil feel mv hindustan.
" Helo, abang Seonghwa Park bercakap " Seonghwa menjawab panggilan dengan penuh percaya diri yang ada awek jumpa nombor dia pastu call cakap nak dating. Bila ingat balik, dia ada tulis nombor telefon dia dekat tiang elektrik sebelah kedai runcit tepi simpang jalan minggu lepas.
" Hai abunk. Saya dari Syarikat Sooman nak bagitau pekerja kita dah otw ke mixed up high school jadi sila get ready. Terima kasih "
Tut!
" Alah bangang betul. Dia letak macam tu je? Dah la yang angkat tu pakcik! " Seonghwa tampar pokok kelapa tapi tangan dia yang sakit.
" Argh sakit! Sampai hati kau! Aku bagitau Keonhee biar dia tetak kau sampai mampus! "
Wooyoung dan Mingi yang masih duduk bersila atas jalan tar depan pagar sekolah sambil minum susu kambing dalam kotak mula mengutuk Seonghwa.
" Aku rasa KPM kena buat pemeriksaan kesihatan dekat Seonghwa hyung. Macam ada bau ii penyakit kabies " Wooyoung keluarkan teropong untuk memudahkan misi melihat dan mengutuk.
" Rabies, bukan kabies " Mingi membetulkan.
" Whatever "
Pin! Pin! Pinnnnn!
" CIKGUU BAS DAH SAMPAI YEAY YEAYY " Wonwoo galas semua beg, tarik semua bagasi dan pikul snek dalam beg plastik dah macam orang nak pindah banjir.
" Bonon kau cop tempat dekat depan tau. Lagi depan lagi bagus "
" Kalau atas riba driver boleh? " Vernon dah start tunjuk miang.
" Boleh, nak gempak lagi dekat tempat pijak kaki tu " Hoshi bagi double thumbs up.
Disebabkan Seonghwa masih merajuk sambil peluk pokok kelapa yang dia maki tadi, nak tak nak Hongjoong kena ambil alih misi.
" Beratur semua. Beratur baik ii " Hongjoong acah profesional depan pemandu bas. Takkan nak buat poyo pulak en.
Yeosang, San, Mingi dah Wooyoung join beratur belakang Seventeen. Masing ii dah tak sabar nak angkat kaki dari sekolah.
" Eh kau orang nanti la. Biar lah bebudak ni naik dulu. Tak malu ke? " tanya Hongjoong ala mak ii.
" Kami takde kemaluan " Yeosang buat sign peace. Hongjoong nak tegur tapi dia dah malas memandangkan cikgu ii tu kepala masuk air laut semua.
Seventeen dah siap ii beratur dengan aman tapi tak lama lah keamanan tu bertahan dah nama pun Seventeen kan.
" Kenapa bas ni buruk semacam? Berkarat bagai. Uish tayar bas dah botak semua. Ni bas ke besi buruk? " Jeonghan kutuk depan ii.
" Pak cik driver ni nak bawak kitorang naik bas ke nak bawak pergi mampus awal ni? "
" Cikgu, kalau saya nak libas Jeon Wonwoo pakai kaki boleh tak? Dia hyper sangat masalahnya " Woozi dah gulung seluar sampai bawah lutut.
" Nanti kita duduk sekali eh? "
" Kau sape? "
" Bapak kau " Mingyu cuba mencari kesabaran lepas dengar jawapan Seokmin namun gagal.
15 minit berlalu dan Seventeen selamat mendaratkan punggung masing ii dekat kusyen bas termasuk empat orang cikgu. Itu pun lepas Hongjoong mintak driver bas siarkan cerita Wonder Pets dekat tv.
" Akhirnya ada masa jugak aku nak pergi healing " Hongjoong menghembus nafas lega. Angin sepoi ii bahasa di luar bas jadi unpaid character.
Baru je setapak kaki Hongjoong cecah tangga bas, musibah dah datang. Yunho datang dari jauh sambil berlari pakai selipar jepun yang dekat tandas tu.
" HONGJOONG HIYONG, BALIK SEKOLAH SEMULA. PENGETUA CAKAP ADA MESYUARAT "
Tak tunggu lama, Hongjoong, join Seonghwa merajuk dekat pokok kelapa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top