gotong royong pt.2
" PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR! "
" Hush hush! Shushhhh! Diam semua! Ada announcement! " Hoshi berteriak heboh sambil berlari keliling kelas, tidak menghiraukan Mingyu yang tengah khusyuk sapu sampah.
Mingyu mengusap dadanya, cuba mencari kesabaran extra . Sampah yang disapunya berterbangan di angin lalu akibat si Hoshi. Ada rasa nak tahan kaki biar jatuh tersembam tapi takpelah.
" Eh kau bodoh ke? " tanya Mingyu sinis. Sikit je lagi dia nak gigit jelmaan hamster tu.
" DENGAN INI, SAYA, CHOI SOOBIN, PENGETUA BERTAULIAH DI MIXED UP HIGH SCHOOL MENGISYTIHARKAN SEKOLAH TUTUP! "
" Aik? Tutup? Bukan zaman pkp dah lepas eh? " maknae sebong menggaru ketiak sebelum mencium aromanya. Dia pun jammed tiba ii je sekolah tutup.
" Natang covid datang lagi ke? " tanya Vernon. Dino hanya menggeleng sebagai jawapan.
" Entahlah. Aku dah setahun tak tengok berita kat tv "
" EH BUKAN SEKOLAH TUTUP CIKGU ADA MESYUARAT TERGEMPAR KEBABOOM "
Suara pengetua Soobin diganti dengan suara bising barang dilempar, pipi ditampar, kerusi patah dan sebagainya.
" EH TEPILAH AKU NAK CAKAP NI "
" TAK PAYAH, KAU MACAM ORANG MABUK KETUM "
" WEH WEHH PASS THE MIC DEKAT AKU "
" TAKDE TAKDE KAU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS KAU DIAM "
" DASAR BIAWAK PASIR "
Seventeen hanya cuba bersabar. Gegendang telinga diorang sikit lagi nak meninggal.
" OLEH ITU, SAYA AMANAHKAN CHOI SEUNGCHEOL SELAKU KETUA KELAS UNTUK SAMA SAMA BERSIHKAN KELAS ANDA BERSAMA RAKAN TERCHENTA "
Akhirnya, setelah 2 minit merapu tak tentu pasal.
" Mampus aku " Seungcheol dah tak senang duduk. Tiba ii bontot dia tak nak lekat dah dekat kerusi.
" Maksudnya -
Ucapan Jun terpotong bila Jeonghan angkat ketiak, nak menyuarakan pendapat.
" Apa kau? "
" Kalau aku nak kecualikan diri boleh? Aku penatlah " Jeonghan buat muka sedih.
" Tak boleh " Joshua menjawab dulu. Panas hati dia tengok senang ii je mamat tu nak curi tulang.
" Kau tu sedut oksigen pun penat "
" Monyet " Jeonghan menjelirkan lidah kepada Joshua. Joshua tak tinggal diam gays, dia angkat kerusi sambil kejar Jeonghan.
" AAAA AMPUN BANG! " Jeonghan berlari keliling kelas dengan Joshua yang mengejar bak orang gila.
Baik, mari kita tinggalkan mereka berdua. Risau nanti chapter ni tak habis ii.
" Maksudnya kita -
" Aku nak tolong Mingyu sapu sampah " kata Wonwoo. Dia berlari ke belakang dan memeluk penyodok sampah. Bimbang ada yang rembat dulu.
" Ye Jun, kau nak cakap apa? " Seungcheol yang prihatin bertanya. Kesian sikit tengok muka Jun yang dah nak nangis.
" Maksudnya kita kena -
" CIKGU JONGHO! " Seokmin menjerit ke arah makhluk yang baru melintas terburu buru di pintu kelas.
Dan sekali lagi Jun tak sempat habis cakap. Dah menangis dah dia dekat penjuru kelas. Give up katanya.
" Ish budak ni. Kau nak apa? " Jongho membetulkan tali lehernya yang berpusing ke belakang. Semangat sangat dia berlari tadi.
" Tadi pengetua suruh kita bersihkan kelas, lepas tu kena buat apa je? " Seokmin pasang muka confuse .
" Manalah cikgu tahu kamu fikir sendirilah ish! " Jongho baru je nak cabut tapi si Seokmin lagi pantas bertindak bak Spiderman.
" Aip aipp! Cikgu nak gi mana? Sabarlah kejap! " Seokmin menarik tali leher Jongho yang berisiko hampir mati tercekik.
" Le - pas! " Jongho meronta, cuba menyelamatkan nyawa daripada mati muda.
" Weh weh tolong aku Woozi! " Seokmin meminta bantuan tali hayat dari rakannya
" Maleh aku. Takde mood nak buat dosa hari ni " Woozi menjawab santai. Rokok di tangan mula disedut. Eh salah, dia tengah makan lolipop
" PERHATIAN KEPADA CIKGU JONGHO SILA MUNCULKAN JELMAAN ANDA KE BILIK MESYUARAT DENGAN KADAR SEGERA SEBELUM AKU TURUN KENTUT DEKAT MUKA KAU "
Pengumuman kembali berkumandang namun kali ni bukan si pengetua yang bercakap melainkan Cikgu Hongjoong.
" Kau dengar tak tu? Cikgu dah lambat ni! " Jongho mengambil nafas setelah berjaya terajang Seokmin.
" Alah cikgu, bagilah idea sikit kami nak buat apa " Seokmin memeluk kaki Jongho, masih tak mengalah.
" Sapu sampah, lap meja, mop lantai, padam papan putih. Ha settle. Cikgu pergi dulu! Nguengggshdhsjzjsjna! " Jongo berlari kelam kabut. Hampir innalillah dia tengok Hongjoong dari jauh bawak paip getah nak sebat orang.
Jun melompat ke atas meja guru. Batang penyapu yang dipegang Mingyu dirampas secara paksa.
" Biar aku yang jadi ketua hari ni! " Jun tersenyum lebar.
" Tapi si Seungcheol ketua kelas " Minghao mencelah dari bawah kerusi. Bukan apa, dia tengah kutip sampah.
" Sukati aku lah "
Seungcheol setuju je. Kesian sebenarnya dari tadi screen time kena potong.
" Mingyu, Wonu, Minghao, korang sapu sampah! " Jun mula memberi arahan.
" Baik tuan! " ketiga ii manusia yang di mention memberi tabik hormat.
" Jeonghan, Joshua, Vernon, lap meja! "
" Tengoklah kalau aku rajin - HA YELAH NAK LAP LAH NI HALAHH " Jeonghan tak jadi nak memberontak.
" Tahu pun takut " Joshua menurunkan kerusi guru yang dipikulnya. Get ready nak hentam Jeonghan.
" Coups, Hoshi, Dikey, kau mop lantai. Astu saki baki yang lain bersihkan papan putih ye " Jun turun dari meja guru. Namun malang tidak berbau, beliau rebah mencium lantai.
" Dasar lantai bodo " umpat Jun.
" Padan muka kau, sape suruh panggil aku saki baki " Seungkwan flip invisible hair beliau, disokong oleh Woozi dan Dino.
" Eh jap jap, dah tu kau buat apa? Takkan buat bodoe je? " Mingyu yang tengah syok sapu sampah tiba ii datang. Tubuh kurus Jun digoncang.
" Kau tak payah la sapu sampah, penyapu ada tiga batang je "
" Kain lap meja tak cukup. Kalau nak offer baju seragam kau dipersilakan " Vernon tersengih manis.
" Seram aku " Jeonghan beranjak. Takut terjangkit visual nanti.
" Aku rasa baik kau join kitorang mop lantai. Senang je nak bersihkan papan hitam tu " Seungcheol di antara yang paling waras buat masa sekarang mencadangkan idea.
" Ok. Aku on je "
Semua makhluk di dalam kelas mula melaksanakan tugas masing ii. Ada yang terus jadi produktif, bersenang senang dahulu bersusah susah kemudian dan yang mula meniaga bawang.
Kumpulan mop lantai dah riuh rendah. Mana tidaknya mop takde acane nk mop lantai?
" Kita pakai kaki je la. Aku pernah tengok kat tv ade budak kecik main ii sabun dalam rumah. Dia buat water park weh " Hoshi mula menyebarkan idea ayah pin.
" Bila mak ayah dia tahu jadi apa? " Seungcheol menyoal.
" Tak jadi apa ii, kena sebat dengan tali pinggang je " jawab Hoshi santai ii lah sayangku pergi kana laju ii. Si seokmin dah terketar lutut. Begitu juga Jun yang dah mula nak raver.
" Takpelah, biar aku mintak mop dekat acik sapu ii "
" Apa dah nama dia? Lee Dodol? "
" Leedo bongok! "
" Ouh, sorry hehe "
Seungcheol mula keluar dari kelas dengan Jun yang mengada nak ikut. Hoshi tersenyum penuh maknpada arah Seokmin.
" Kau nampak tak tu? " tanya Hoshi sambil menuding ke luar kelas. Seokmin mengangguk.
" Nampak, acik Keonhee tengah gunting rumput " jawabnya penuh jujur.
" Ha bagus, kau tengok ala aku nak buat " Hoshi mengintai dari pintu kelas, nak make sure Seungcheol dengan Jun dah blah.
" Line clear "
" Acik Keonhee! Nak mintak tolong ambilkan baldi satu, isi air ye dekat dalam "
Sementara Hoshi dan si dikey menjalankan kerja haram, para pembersih lantai aman menjalankan tugas.
" Hao, kau bersih dekat depan biar aku dekay belakang "
" Cun "
" Aku nak buat apa? " Wonwoo blur.
" Kau duduk dekat tengah. Pegang je penyodok tu. Nanti kalau aku nak khidmat masyarakat kau aku panggil la " Minghao membalas.
" Baik "
Selang beberapa minit.
" Siapa punya pemadam ni? "
" Cermin siapa ni woi? Ada gambar barebie "
" Seluar dalam siapa - EH SORRY SALAH SKRIP! "
" Haaa makhluk mana buang plastik kit kat ni? Kedekut woi tak share! " dan begitulah seterusnya tiga ketul tu jumpa harta karun dalam kelas.
Jeonghan, Joshua dan Vernon nampak aman buat kerja masing ii hinggalah sesuatu terjadi.
Jeonghan meludah selamba atas meja sebelum dia lap dengan kain.
" Bijak lah aku ni. Buat kerja smooth je. Cepat dah mudah - ADOI BONTOT AKUU "
" Eh kau buat taik apa ni? Mambang mana ajar kau lap meja pakai air liur? Najis tu najiss! " Joshua membulatkan mata.
" Bonon kau tengok member kau ni! Dia lap meja kau pakai air liur dia. Aku nampak woo dengan mata kelapa aku sendiri! " Joshua mula buat kecoh. Ditariknya seluar Vernon yang syok lap meja sambil gelek bontot.
Maaf, dilarang untuk imagine.
" Kau nak cari gaduh ke? Meh arr! " Vernon mula action. Kain lap tadi dibuat seperti peralatan barisan pertahanan pertama.
" Apa masalahnya? Bukan kau memang suka cuci meja pakai air liur kan? " Jeonghan mula menabur fitnah.
" Mana ada! " Vernon menjambak rambut Jeonghan dan manusia yang diserang turut menarik telinga Vernon.
" ADUU SAKITTT! "
" LEPAS DULU RAMBUT AKU! "
" TAK NAK! "
" Lawan! Lawan! Lawann! " Joshua menyorak dari belakang. Memang setan punya perangai.
Beralih kepada kumpulan terakhir, kumpulan yang tugasnya paling senang.
Tapi tak jugak rasanya.
" Uih berat gila member aku ni. Ni manusia ke dosa lalu berat sangat ni? " Seungkwan merungut atau tepatnya mengutuk seseorang.
" Eh kanan sikit, tangan aku tak sampai! " Woozi mengarah.
Fyi, Seungkwan tengah piggy back Woozi sebab tak sampai nak padam dakwat dekat tinggi ii.
" Ish kau ni. Nak jadi pendek tu pendek body sudahlah. Tangan tu biarlah panjang! " Seungkwan merungut. Woozi menendang perut Seungkwan. Member hampir lemad tapi masih di bawah kendali.
" Kau cakap baik ii sikit eh nanti -
" Eh tutuplah mulut tu, bau petai "
" ... "
Berkat usaha yang penuh struggle, satu papan putih dah bersih.
" Alhamdulillah dah bersih! " Seungkwan berpaling ke arah Dino.
" Ya rabbi! Kah buat apa ni mamat? " Dino tersengih sambil bagi jari peace. Tulisan di papan putih iaitu ' kami anak ii syurga ' jelad terpampang dengan dakwat hitam.
" Aku tak tau lah pulak dakwat ni permanent " Woozi yang mendengar cuba beristighfar. Baru je dia nak menjawab, benda lain dah jadi.
" Weh penyodok sampah pecah la. Aku tak sengaja duduk dekat atas tu tadi" Wonu memegang penyodok yang dah patah kepada dua bagian.
" Kaki meja Jeonghan patah, Vernon yang tendang " Joshua menunjuk pada Vernon yang membuat cubaan menggigit tuan punya meja pulak.
" Ops, tak sengaja " Seokmin tersengih dengan sebaldi air yang dah tumpah atas lantai kelas.
" Aku dah balik! " Seungcheol, si ketua kelas tak jadi nak cakap banyak, terlepas macam tu je mop yang dia pegang. Macam dalam sinetron, Jun jatuh berlutut dengan tangan yang tutup mulut dan separuh lubang hidung.
Semakin parah, Jun jatuh terlentang di atas lantai bila suatu figura cantik berhenti tepat di dipen pintu kelas.
" Cikgu bagitau si pendek. AHAHAHHAHAHAHIOKSSZZ " Yeosang, cikgu art sekolah yang masih belum sama sekali mengajar tu berlari macam anak itik menjauhi kelas sebongs.
" Mampus kita " Seventeen hanya mampu redha. Doakan mereka masih hidup sebagai seorang pelajar.
----
Aku rasa chapter ni hambar sikit, sorry bebeh ༼;'༎ຶ ༎ຶ༽
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top