lawatan pt. 2
" TAK NAK! AKU TAK NAK MASUK SINI! AKU NAK BALIKKKKKKK " Woozi mengamuk tak tentu pasal depan pintu gerbang zoo. Mingyu dah siap ii peluk dia takut nanti Woozi lari.
" Sabar Wonu. Orang sabar ni lambat tua sekaligus lambat mampus " Wonwoo menghembus nafas kasar buat ke entah berapa kali malas pulak dia nak kira. Penyapu lidi di tangannya digenggam kuat tak nak lepas macam penyapu lidi tu diperbuat daripada pokok kelapa limited edition.
" Sekarang ni kau nak masuk atau kitorang tinggal dekat luar? " Wonwoo angkat penyapu tinggi ii. Tinggal nak libas je.
" TINGGAL JE AKU TAKPE AKU TAK RELA MASUK MACAM NI! " Woozi semakin menggila. Sila berikan bantuan.
" Masuk je lah. Kau tak payah nak malu sangat. Ingat, si Mingyu lagi banyak aib dari kau " Jun memujuk.
" Aku lagi yang kena hm " Mingyu duduk mencangkung tepi jalan sambil merenung nasib, bukan dia nak berak.
" TAK NAK! KENAPA BELIKAN AKU TIKET BUDAK NI? AKU DAH BESOR " Woozi menunjuk pada tag yang dipakai di pergelangan tangannya. Tag warna pink dengan corak orang utan tengah bergayut sakan dekat pokok durian.
" Aku dah cakap dah dekat abang kaunter tu kita ni sama umur. Dia tu bangang sangat tak nak percaya. Dia kata kau budak sekolah rendah umur 1O tahun " Joshua menjelaskan dengan bersungguh sungguh. Habis tangan jari kuku menari semua.
" Bawak aku balik plis. Aku terlalu tahu malu untuk Mingyu yang tak tahu malu " Woozi dah peluk kaki Mingyu. Memang kalau ingat balik Mingyu banyak aib tapi dia tetap malu.
" Aku pukul kau kang ha " Wonwoo baru acah ii nak pukul.
" Tak pro lah kau ni " seseorang merampas penyapu lidi dari Wonwoo.
Piak! Piak! Piak!
" Aduh, oh my buntut " Woozi memeluk punggungnya. Ha pandai ii lah imagine sendiri macam mana nak peluk punggung tu.
Seventeen dah ternganga mulut macam terowong. Mulut masing ii dah ambil 2/3 daripada muka diorang. Lagi ii Jeonghan, dengan hidung sekali hilang sebab bukak mulut luas sangat. Seokmin pulak, popcorn dengan cola yang dia pegang selamat mendarat ke atas tanah. Tahniah diucapkan.
" Mantab jugak aku pukul bontot budak ni tadi. Bouncy gitu " Ravn meniup penyapu lidi yang separuhnya dah patah. Woozi pandang acik cuci jamban sekolah dengan muka tak percaya. Betullah orang cakap, pakcik ii kerja cuci taik ni stress orangnya. Sekali pukul orang fuh hancur habis lemak degil dibuatnya.
" Pakcik! Ni kes cabul ni! Aiyokk! " Jun dah riuh sorang diri.
" Diam budak. Kau tak tahu apa ii. Ni bukan pencabulan, ni namanya pengajaran di luar bilik darjah " Keonhee menekup mulut Jun guna siku.
" Sekarang ni nak masuk tak? " Ravn menyoal sambil angkat penyapu lidi yang dah tak perfect macam tadi lebih tinggi dari si Wonu angkat tadi. Hampir 180°.
Tengok lah bestie, penyapu lidi pun tak perfect apalagi kita ni hm.
" Fine aku masuk " Woozi menyerah kalah. Seventeen auto bersorak ramai ii. Diorang lari laju ii tinggalkan acik ii kakitangan mixed up high school dekat belakang.
" Tak sekarang ni kenapa kita kena teman budak ii ni pergi zoo? Aku dah lah sibuk dekat kantin tu " Hwanwoong menyoal tak puas hati. Dia baru nak cuba resepi baru yang dia tengok dekat TikTok.
" Kita hanya merancang, takdir yang menentukan segala galanya " Leedo cuba menyebarkan aura positif kepada rakan seperjuangannya yang cenderung positif membawa perangai negatif.
" Tapi kita boleh ubah takdir dengan doa " kata Keonhee. Terus diam lima orang acik dekat situ.
" Tak payah layan dia. Kita ni ada kat sini sebab aku yang offer nak temankan budak ii tu " Xion tersenyum manis. Hwanwoong yang baru nak think positive tiba ii berubah 1OO% negatif.
" Ambik kau! " belum sempat Hwanwoong nak hempuk Xion, Leedo dah lempang dulu member pakai tangan berurat beliau.
" Jahatnya you abang " Xion buat ii sedih. Dengan pose jatuh terduduk pastu pegang pipi kanan memang menjiwai padahal Leedo lempang pipi kiri dia.
" PAK CIK JOM LAH MASUK " Hoshi dan Vernon tiba ii muncul dekat depan pintu gerbang zoo.
" Jom lah. Kesian dekat budak ii tu. Bila lagi nak kikis duit pengetua tu kan? " Seoho melangkah ke arah Hoshi dan Vernon yang setia menunggu.
" Jom masuk! Aku dah tak sabar nak tengok anak babi hutan ni " Seoho berlari bersama kedua anak murid tu sambil pegang tangan sama ii. Lima orang acik yang lain follow dari belakang.
Dah sejam mereka pusing ii dalam zoo tu. Segala jenis haiwan diorang dah tilik pandang. Yang berbulu, bersayap, berkaki empat, takde kaki, ada ekor semua diorang dah sapu.
Sebenarnya nak pusing ii lagi sejam tapi tak jadi sebab si Minghao dah berpakat dengan Vernon nak culik ikan besar dalam akuarium tadi. Tak pasal ii kena halau dengan zookeeper. Balik awal lah jawabnya.
" Penatnya! " Seungkwan berbaring dekat atas pondok. Dino cepat ii baring atas perut Seungkwan. Bantal limited edition. Kau ada? Takde dan takkan pernah ada.
" Jumpa saudara sendiri pun penat ke? " Seungcheol tayang muka mintak kaki. Keningnya sengaja dinaik turunkan.
" Kau nak cakap badak air tu saudara aku ke? "
" Tak cakap tapi kalau dah mengaku tu syukurlah " Seungkwan hampir melepaskan kentut sebab dia dah penat nak bagi penyepak tapi tak berjaya sebab kentut tak nak keluar.
" Korang lapar tak? " Hwanwoong menyoal.
" LAPARRR " Seventeen tiba ii jadi hyper.
" MAKANAN MAKANAN MAKANANN " Minghao goyang ii batang pokok kelapa dengan agresif. Seungcheol join jugak tapi dia pergi goyang bontot.
" Tapi dekat sini takde dapur. Macam mana nak masak? Nanti balik sekolah je lah kita makan " balasan dari acik kantin sangat unexpected. Hoshi yang mengantuk tiba ii mata jadi segar balik.
" Bro, kau tahu tak satu makhluk yang dinamakan kedai makan? " Seoho menyoal.
" Tahu. Kenapa? "
" Nanti boleh tumpang berak " Ravn menjawab sinis. Tangan dia dah siap sedia pegang penyapu lidi.
" Hah? "
Plak!
" Thanks me later " Xion meniup tapak tangan.
" Perghh acik guard kita pandai cakap bahasa China " Seokmin tepuk tangan. Minghao nak tegur tapi dia diam je.
" Kau ni bengap ke kenapa? Nanti kita pergi lah singgah kedai makan dulu baru balik sekolah. Ai yo yo budak ni " Keonhee stress.
" Nak pakai duit siapa? Kau tengok muka budak ii tu " Hwanwoong tunjuk satu ii muka Seventeen.
" Muka lemah bermaya macam ni bukannya ada duit ni " Seventeen yang dengar diam ii keluarkan iPhone masing ii dari dalam beg. Nak flex katanya.
" Takpe kita hutang dulu. Kalau tauke kedai tak bagi kita tinggalkan Keonhee dekat sana. Dia pandai basuh pinggan periuk belanga semua tu " Leedo memberi cadangan dan semua setuju. Inilah member sehidup semati.
" Jom balik! " Dino tiba ii semangat. Dia jalan paling depan dan Seventeen ikut belakang macam kereta api manusia hensem. Acik ii mixed up buat ii tak kenal diorang sebab malu.
Sampai depan pintu pagar mulut Seventeen ternganga untuk kali kedua tapi tak berapa nak luas macam mula ii tadi.
" PAK CIK BAS KITA HILANG "
Team acik mixed up speechless. Masing ii mula garu san sini. Ada yang garu ketiak, mulut lengan dan kaki.
" Kau ada number driver bas tu tak? "
" Takde "
" Bangang kau "
Setelah lama berfikir tapi tak dapat sebab otak buat roadblock, Hwanwoong memberi cadangan.
" Kita kena jalan kaki balik sekolah "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top