#07

Villa Rose Black
Hyunsoon pov

Aku mengoles lipstik di bibir aku. Pinggang aku dilingkari Jimin. Dia meletakkan dagu nya di atas bahu aku. Aku mengusap pipi nya lembut.

"Pagi pagi macam ni sayang nak pergi mana?" Tanya Jimim dengan mata yang tertutup.

"Ahh sayang lupa nak bagitau oppa yang sayang nak pergi melawat kawasan Jinyoung pagi ni. Semalam dia ajak sayang bercinta dengan dia."

"BERCINTA je kan?" Aku faham Jimin kenapa Jimin menekankan perkataan Bercinta itu. Aku memusingkan badan menghadap nya tetapi pinggang aku masih dipeluknya.

"Oppa jangan risau cinta sayang tetap untuk oppa. Tak akan ada sesiapa yang mampu ganti tempat oppa dalam hati sayang." Jimin hanya senyum lalu mencium dahi aku tanpa menjawab.

Black Magic House

"Welcome to my house baby." Aku hanya mengukirkan senyuman. Jinyoung membawa aku ke bilik pejabat ayah nya. Aku hanya mengikut tanpa membantah. Jungkook juga turut mengikut aku. Dia ditugaskan daddy dan papa menjadi bodygurd aku untuk mengawasi tingkah laku Jinyoung.Pintu pejabat itu ditolak oleh Jinyoung.

"Dad I wanna show you my new Girlfriend. Jihyun." Aku mengukirkan senyuman kepada Ayah Jinyoung Bae JaeJin.

"Oh have a seat Jihyun." Aku mengangguk. Jinyoung menarik kerusi untuk aku duduk. Manakala Jungkook hanya berdiri di pintu.

"So Jihyun berapa umur kamu?"

"23."

"Jadi kamu muda lagi dari Jinyoung."

"Baiklah Jinyoung bawak lah Jihyun melawat kawasan kita. Sebelum pukul 12 pastikan kamu berdua berada di ruang makan."

"Baik dad. Kajja baby." Aku mengangguk lalu meminta diri kepada Ayah Jinyoung.

"Baby tunggu sini kejap. Oppa nak masuk bilik nak tukar baju."

"Okay." Balasku.

"Noona okay?" Aku mengangguk tanda okay bagi menjawab soalan Jungkook.

"Tapi noona rasa pening kepala and rasa nak makan mushroom soup."

"Balik nanti Jungkook tolong belikan."

"Gomawo kookie-ah." Jungkook senyum.

"Dah jadi tugas Jungkook noona." Aku senyum. Jungkook ni seorang penurut jika papa atau Jimin yang menyuruhnya. Jungkook sangat sayang akan kedua-dua orang itu. Bagi nya papa,Jimin dan aku sahaja yang dia ada. Walaupun dia masih ada dua orang sepupu dia tetap mengira hanya kami sahaja tinggal untuk diri nya.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top