19- "Jenne's Family Story 2,"
Accompanied by the sound of the rain and your steps on the stairs of the skywalk,
I wave my hand to the sight of your back, which I won't be able to see again.
BHAMM! Pintu bilik milik gadis bersurai hitam itu dihentam bagi membukanya. Namun pintu bilik tu tak terbuka. Frost menghentam sekali lagi dengan jarak yang sedikit jauh, tetapi pintu itu tidak terbuka juga.
"Aih? Apsal tak terbukak lak ni? Biasanya aku hentam sekali je dah terbuka," Ujar Frost dengan bengangnya.
"Hiiiii----ahhh!!" Akhirnya pintu terbuka dengan tendangan. "Eh? Alamak, ensel pintu tercabut sekali la.." Merasa membuang masa, Frost mengendahkan soal ensel dan pintu biliknya, dan fokus dengan apa yang mahu dicarinya.
Frost menggeledah kotak simpanannya. "Takde kat sini.." Kini dia beralih ke almari pula.
Sebuah kotak yang mempunyai saiz besar lebih kurang dengan tubuhnya dan dibalut sebidang kain lama ditemui tatkala gadis itu mengalihkan patung-patung polar bear kesayangannya. Kedua-dua tangannya meraih kotak tersebut. Iris biru mudanya menatap kotak tersebut dan dia membelek-belek kain lama yang membalut kotak tersebut.
Sebatang pedang yang dihiasi batu permata sapphire dapat dilihat daripada dalam kotak apabila sinaran cahaya matahari menyinari bilik Frost.
Ianya sebilah pedang bernama Skofnung.
Time begins moving again as soon as the traffic light turns green,
The waves and crowds of umbrellas have engulfed my days,
Dan ia merupakan pedang yang ditemuikan oleh gadis itu sendiri dalam tempoh latihannya di Denmark, di atas sebuah bukit bersalji ketika Frost melatih magis elemen aisnya. Dia tidak maksud untuk mencuri pedang lagenda tersebut, tetapi seorang lelaki yang berpenampilan seperti seorang tentera diraja di dalam zaman mitologi Norse muncul setelah dia memegang pedang tersebut.
" 'The best of all swords that have been carried in nouthern lands', it was a legend sword that renowned for supernatural sharpness and hardness. Also, it's being imbued with the spirits of the king's 12 faithful berserker bodyguards,"
Frost mungkin tidak pernah menggunakannya lagi, tetapi gadis itu pasti dia akan dapat memahiri skill lagenda yang dipelajarinya.
"Take the sword with you. The sword is not to be drawn in the presence of women, but a princess like you must inherit the legacy of Norse's mythical heroes, and that sun must never shine on the sword's hilt. Wound that made by Skofnung will not heal unless rubbed with the Skofnung Stone,"
Say a little pray for you and me,
I shall see off my love, for which I can no longer pledge eternity,
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ : ᴄʜᴀʀᴀᴄᴛᴇʀ sᴛᴏʀʏ╗
━━━━━━━━━━━━━
"Akh!" Tumbukkan yang diberi Kaika menusuk perut Raja Jack. Raja itu menggunakan magisnya sebelum berundur. Raja Jack memuntahkan darah, efek akibat daripada tumbukkan Kaika.
"Wei, takkan kita nak duduk tercegat kat sini je? Dah parah aku tengok perlawanan Raja Jack ngan Abang Kaika ni,"
Tatkala ini Eiji dan Emily hanya memerhatikan pergaduhan Raja Jack dan Kaika dibalik pintu gerbang tersebut. Eiji melirik matanya dan memandang Emily yang berada di seberang pintu gerbang tersebut. "Ukur baju kat badan kau sendiri dulu, aku yang nak menolong ni pun terasa tak layak,"
Mau tidak cemberut wajah Emily apabila terasa tersindir.
Tetapi benar juga kata-kata Eiji Itu. Mereka berdua baru sahaja menginjak 7 tahun, di mana usia matang dan tubuh badan yang masih lemah untuk meleraikan sebuah pergaduhan.
"Tapi, aku ada idea,"
Emily memandang rakan lelakinya itu dengan dahinya yang berkerut seribu.
I pray for the strength to forgive myself who can only live for my own sake,
━━━━━━━━━━━━━
Frost berlari melintasi koridor istana diraja tersebut dengan terengah-engah. Mana tidaknya, istana tersebut mempunyai lebih kurang 7 tingkat, dan sialnya lift dan elevator kebetulan rosak.
Macam mana pulak boleh rosak kedua-duanya dalam masa sehari?!
Jadi, terpaksalah dia menggunakan anak tangga yang berpuluh itu. Nasib baiklah dia tidak mengenakan sepatu tinggi 6 inci yang dibeli Akari, kalau tidak, sudah lama alamatnya ia terlantar di atas katil hospital. Terlepaslah niatnya yang mahu menghentikan pergaduhan sang ayah dan abangnya.
Dengan pedang Skofnung yang ada dalam pelukannya, ia lebih menambah beratkan beban yang dibawa.
I pray for the days through which I can live without regretting our lost love,
Satu anak tangga dilompatnya. Namun Frost tidak mendaratkan dengan baik dan menyebabkan ia hampir tersandung. Nasib baiklah ia sempat menusuk pedang tersebut ke dalam lantai ais istana, tidaklah dia tergolek-golek seperti nangka busuk.
Sehelai kertas terkeluar daripada beg kecilnya yang sentiasa ada di sisi pinggangnya.
My prayer, cleaving the clouds, sends my hope into the sky.
Oleh kerana tingkat atas, angin menerbangkan kertas kecil tersebut daripada sebuah beranda istana. Dengan gelabah Frost berlari mendapatkan gambar tersebut.
Gambar yang memaparkan kebahagian ahli keluarganya, gambar yang menyimpan seluruh duka dan sukanya. Frost tidak mahu kehilangan gambar yang diberikan oleh Ratu Koufuku, iaitu ibu kandungnya. "Arghhh!!" Tubuh gadis itu tersungkur menyembam lantai ais. "Akh! Tak guna punya gaun!!"
Sempat pula Frost menyalahkan gaun yang dikenakan pada tubuhnya.
Dengan sisa kekuatannya, Frost bangkit dan mendapatkan gambar ahli keluarganya yang hampir dibawa angin. Apabila sudah tiba dihujung beranda, Frost tetap berusaha mencapai gambar tersebut. Malang tak berbau apabila tangannya yang memegang tembok beranda tergelincir, dan tatkala itu, harapannya terasa musnah dan sia-sia.
Wanting tomorrow to be like last year, I burned my willfulness with my album,
Papa.. Abang.. M-Maafkan Frost─
ZHAPP!
I wanted to protect myself, in order to protect everything for you,
"Hup! Yes, sempat!" Suara gadis yang didengari Frost dalam sela-sela dalam perasaan kemusnahan harapannya kini terasa bebannya ringan bak angin sepoi- sepoi bahasa.
Iris biru mudanya dibuka perlahan, dan apa yang dapat dilihatnya adalah seorang gadis bersurai ungu gelap serta beriris oren kekuningan─dan gadis itu sedang mendukungnya ala bridal style.
"S-Siapa.."
Gadis berambut ungu gelap itu memandangnya dengan wajah ceria.
"Nama aku Shuvi! Nice to meet you!" Ujar Shuvi, sembari mendarat turun di beranda istana tingkat 4 tersebut. "Besar gila istana kerajaan kau ni. Aku tersesat hanya sebab nak cari tandas," Shuvi terkekeh kecil apabila mengingat kembali apa yang dilakukannya apabila tersesat dalam 7 tingkat istana ais tersebut.
"A-Aku Frost. Aku rasa kau bukan daripada dimensi ni.. kau daripada mana?" Soal Frost. Riak wajah Shuvi tampak berseri.
"Wah, mana kau tahu yang aku bukan daripada sini?" Orang tanya dia, dia tanya kita balik.. Batin Frost pasrah. "Aku daripada Dimensi Fay. Ke sini sebab suka-suka~ Aku bersiar-siar saja~" Ujar Shuvi dengan wajah tidak bersalahnya.
"Dimensi Fay? Kau puak apa?" Soal Frost hairan.
Seketika wajah ceria gadis itu menghilang. "Aku.. puak fairy," Makin bertambah kedutan di dahi puteri raja itu.
"Aku tak mahu tanya lebih. Terima kasih sebab selamatkan aku," Ucap Frost. Jujur saja, dia pernah menyelidik Serbia sedikit mengenai Dimensi Fay yang menampung berbagai puak seperti elf, pixie, fairy, gnome, leprechaun, imp, spirit, goblin, genie, sylph dan mermaid.
Suatu artikel yang pernah dibacanya adalah populasi kecil fairy yang tidak mempunyai sayap seperti puak mereka. Dikatakan ianya merupakan suatu kecacatan.
Sadis rasanya apabila gadis bersurai hitam itu mengingati artikel yang dibacanya tika kecil. Itu sebabnya ia memilih untuk tidak menanyakan lebih. Takut-takut kecil hati, dia juga yang berdosa.
Shuvi tersenyum penuh erti pada Frost. "Kau nampak bermasalah. Ada apa-apa yang berlaku ke?"
".. Boleh.. aku luangkan masa dengan kau sekejap?"
Terkejap-kejap sepasang mata berwarna kuning keorenan itu. "Boleh, apa dia?" Shuvi mengambil tempat duduk di sebelah Frost. Sebilah pedang yang tersandar di tembok beranda membuatnya terkejut.
"P-Pedang Skofnung?! Mana kau dapat?!"
Terjungkit bahu Frost apabila Shuvi menjerit─tepat-tepat di telinganya. "Aku dapat time aku buat latihan kat dimensi manusia. Kat Denmark," Jawab Frost sembari menggosok-gosok telinga kesayangannya. Huhu.. auch..
"Apa?!!"
"Jangan jeritlah bangang!!"
Dan kini giliran Shuvi menekup kedua-dua telinganya. "Hehe.. sorry.." Ucapnya sembari tersengih-sengih seperti tidak bersalah.
"So.. ada apa yang aku boleh bantu?"
Frost memainkan kedua-dua tangannya sebelum menatap Shuvi. "Papa dan abang aku sekarang sedang bergaduh merebut takhta diraja kami. Abang aku, Kaika, dia inginkan takhta tu sebelum aku yang mewarisinya," Shuvi dapat melihat perubahan riak wajah gadis dihadapannya. Frost tersenyum dengan ekspresi bercampur aduk ketika menerangkan masalahnya.
"Oleh kerana papa ingin aku yang mewarisi takhta tu, impian aku untuk menjadi raja di hadapan abang, mama dan adik aku akan menjadi kenyataan..!" Seketika, Frost tertawa. Kemudian dia meratapi tangisan.
No more cry[ing], and dry your eyes,
We won't turn around, for our love doesn't have a voice to keep us back,
"A─Aku.. aku nak buktikan.." Dengan tersedu-sedan, Frost masih meneruskan penerangannya. Dan Shuvi, dia tidak memutuskan untuk mengusap belakang gadis itu maupun menyabarkan gadis itu. Sebaliknya dia memutuskan untuk gadis di hadapannya ini terus menangis.
Dengan menarik nafas dalam, Frost berkata, "Aku nak buktikan, bahawa menjadi seorang anak angkat dalam keluarga diraja mampu menjadi kebanggaan sekaligus akan dapat mendapat kepercayaan abang ─untuk mentadbir negara.. dan tak merugikan ahli keluarga aku walau sekecil zarah!"
Dia meluahkan semuanya dalam satu nafas? Hmm.. boleh tahan..
Shuvi melapangkan kedua-dua tangannya, dan mendakap gadis itu ke dalam pelukkan. Frost terkejut. "Nangislah sepuas hati. Aku ada kat sini. Lepaslah apa-apa yang masih merisaukan hati kau tu,"
Don't cry. This is not the end,
but merely that everything is disappearing into the flowing time,
Terasa ringan beban Frost kerana dia dapat meluahkan masalahnya pada orang luar yang pertama kali ia percayai tidak sampai sehari. Dia membalas pelukan Shuvi dan menangis sekuat-kuatnya. Mengeluarkan keresahan, mengeluarkan stres serta kelemahannya.
Dan pada ketika itu, Frost menemui jalan penyelesaian dan sebuah kuasa untuk menamatkan pertelingkahan tidak berfaedah ini.
Ia tidak berbau.
Ia tidak berwarna.
Dan ia tidak dapat dilihat kecuali dilihat di luar fizikal seseorang.
Kuasa itu bernama keberanian.
What I have retained in my heart is the warmth that once enveloped me,
━━━━━━━━━━━━━━━
"Argh!!"
"Kyaa!!"
Tubuh kedua-dua remaja itu─Eiji dan Emily, menghentam dinding ais istana Kerajaan Sorbete tersebut dengan kuat.
"Budak-budak jangan masuk campur!" Seru sang raja kepada mereka berdua. Tampak amarah membuak-buak dalam matanya, dimana membuatkan Emily menjadi lebih takut.
"Ukh!" Emily tersentak apabila mendengar Eiji seperti mengerang kesakitan.
"Eiji! Eiji, kau okay?" Soal Emily kepada rakannya itu. Tika Eiji memegang kaki kanannya, tahulah Emily bahawa tulang kaki rakannya itu patah.
Kaika yang baru sahaja bangkit daripada serangan sang raja melihat situasi itu, Dan dia sangat murka dengan perbuatan ayahnya. Saat itu, Eiji dan Emily menahan mereka daripada terus berlawan menggunakan kuasa mereka.
"Abang, tolonglah, hentikan pertarungan ni!"
"Pakcik, maaf! Tapi saya mohon untuk pakcik hentikan pergaduhan ni!" Sedang sibuk mereka menahan dengan kuasa tidak semegah raja maupun orang dewasa, Raja Jack menyerang Kaika, Emily dan Eiji serentak, dimana berakhir dengan ketiga-tiganya terkena kuasa Raja Jack, dan tercampak ke dinding.
Kaika mengepal kedua-dua tangannya kuat, dia sungguh baran sekarang. Mana tidaknya? Kedua-dua remaja itu berusaha menghalang perbuatan tidak bermanfaat mereka, tetapi mereka berdua malah diserang walau tidak bersalah.
"Ayah dah melampau! Budak-budak tu tak bersalah!!"
Farewell, you who loved me.
Farewell, I who was loved.
Raja Jack meregangkan tubuhnya, dan kini berpaling menatap Kaika yang memandangnya dengan amarah. Sebuah senyuman terukir di bibir sang raja, dan membuatkan letusnya kesabaran sang anak. Mereka berdua saling melempar pandangan benci, sebelum menyeru sihir terkuat yang mereka gunakan sebagai serangan terakhir. Serangan terakhir yang menentukan siapa yang akan mewarisi takhta diraja keluarga Jenne. Serangan mereka berdua dilancarkan, namun..
SHRANGGGG!! BOOMM!!
"Argh!!"
"Aduh!!"
Sebuah asap tebal berkepal terhasil daripada serangan mereka. Tetapi Kaika dapat merasakan bahawa itu bukan sebuah efek serangannya dan juga serangan sang raja. SWOOSHHH, angin yang terhasil daripada sebilah pedang menghilangkan asap tebal yang mengaburi penglihatannya. Betapa terkejutnya Kaika dan Raja Jack yang dapat melihat kehadiran Frost di sana.
Emily dan Eiji juga terkejut dengan kehadiran rakan mereka. Jangan lupa, gadis kecil itu membawa pedang lagendanya.
"F-Frost?"
I loved you, I yearned for you, but this is not the place I wished for,
Gadis bersurai hitam dan berambut pendek itu mendongak, melihatkan iris biru mudanya yang bersinar bersama cahaya matahari pantulan istana ais tersebut serta pedangnya yang berada dalam genggaman.
"Frost! Haha.. Kamu ke sini sebabkan takhta tu bukan?" Soal Raja Jack sembari menghampiri puteri kesayangannya(uhuk!). Kaika dengan bengisnya hanya melihat ayahnya itu merangkul bahu Frost. "Kaika menyerang ayah kerana takhta diraja keluarga kita. Sebagai seorang raja, ayah mengisytiharkan Jenne Kaika adalah pembelot kerajaan ini,"
Terbuntang mata mereka yang berada di kawasan tersebut. Pembelot? Raja mengisytiharkan seorang putera raja sebagai pembelot?
Bergigil tangan Frost yang memegang pedang Skofnung itu. Dengan senyum licik sang raja, dia berbisik pada Frost, "Bunuh dia," Gadis kecil itu semakin merasakan gigilan pada badannya semakin luar biasa. Frost mengambil nafasnya dalam sebelum menghembuskannya dan berpaling menghadap Raja Jack.
Your voice still lingers, but I want to send my pray[er] to tomorrow.
"Maaf ayahanda, Frost hanya inginkan pertarungan ini tamat. Anakanda takkan membunuh salah seorang ahli keluarga kita," Ujar Frost. "Anakanda berhak menolak warisan takhta ini kepada kekanda Kaika jikalau kekanda betul-betul menginginkannya. Singkat kata, anakanda menolak tawaran ayahanda,"
"A-Apa?" Terkedu Raja Kerajaan Sorbete itu apabila mendengar keputusan Frost. "Anakanda tahu bahawa anakanda ini merupakan anak angkat, dan mengikut warisan keluarga diraja, anak sulung kandung keluarga itu sendiri lebih layak menerimanya,"
Raja Jack hilang kata-kata manisnya, manakala Kaika memandang kedua-dua ahli keluarganya itu dengan berkeringat.
I pray for the strength to forgive myself who can only live for my own sake,
"Tak guna.. Nampaknya aku salah pilih orang yang layak mewarisi aku.." Gumam Raja Jack. Dia kemudian memandang Frost dan Kaika dengan pandangan benci. Tak lupa di bibirnya terukir sebuah senyuman iblis. Kedua-dua anaknya itu terkejut melihat perubahan Raja Jack.
Berkulit merah seperti darah, tumbuh dua tanduk di kepalanya bak seekor setan.
"K-Kau bukan papa!" Seru Frost, melihat ngeri makhluk lahanat di hadapannya. Setan itu tersenyum jahat sebelum menyerang Frost dengan kuku tajamnya. Namun tak sempat setan itu menyerang Frost, gadis itu telah diselamatkan oleh Kaika.
"Tak sangka kau perasan tentang status ayah kau ni, Kaika," Ujar setan itu ataupun dikenali sebagai 'Raja Jack'. Kaika menatap dingin 'ayah'nya itu.
"T-Tapi kenapa? P-papa.."
"'Papa' yang kita banggakan sangat itu sendiri membuat perjanjian bersama Fabel untuk kuasa. Kau sendiri nampak kan? Papa langsung tak terima sebarang cedera berat semasa peperangan, dan papa tidak mempunyai alasan untuk menceraikan mama. Papa mewariskan takhta tu pada kau sebab kau takde sebarang darah keluarga kami. Dengan tujuan mengangkat kau sebagai raja yang sebenarnya merupakan upacara ritual untuk dia enchant mengambil alih tubuh kau," Terang Kaika dengan jelasnya. Terbuntang mata gadis itu.
"U-Upacara ritual? Untuk mengambil alih ba-badan..?"
Raja Jack tertawa keras, tawa jahatnya bergema dalam istana tersebut, dan menyebabkan cuaca situasi tersebut menjadi buruk. Yalah, orang dulu-dulu kata kalau setan tu gelak jahat, angin kencang ngan ribut pun sekali datang, menyusahkan orang saja. Frost mengenggam pedangnya. Rupanya ia sendiri yang tertipu selama ini. Terpedaya dengan kata-kata manis 'ayah'nya semata-mata kerana ia bercita-cita tinggi untuk mentadbir sebuah negara. Tetapi tampaknya ia merupakan sebuah angan-angan.
"Frost!!" Kaika menyelamatkannya sekali lagi daripada terkena serangan setan itu.
Gadis itu merasakan sebuah lempangan hebat di pipi kanannya, dan lempangan itu diberikan oleh Kaika sendiri. "Kau rasa itu ayah kita ke? Kau mengaku ke itu ayah kita?!!" Soal Kaika dengan amarah kepada Frost. Gadis itu tidak menggeleng maupun mengangguk.
"Kau mengaku ke.. itu ayah kita sedangkan dia mahu mengorbankan anaknya untuk memenuhi nafsu sendiri pada dunia sementara ni?"
Dan kini dada gadis itu menjadi sebak kerana sakit. Sakit yang teramat. Sekian kali akhirnya gadis itu menggeleng dengan sebak. "T-Tak.. itu bukan ayah kita.. D-Dia.. dia setan yang memperdayakan kita.." Ucap Frost. Ibu jari Kaika mengelap tangisannya dan memeluknya erat. Frost merasakan telah berabad rasanya ia tidak dipeluk hangat oleh seseorang yang lebih menyayanginya lebih daripada seorang adik angkat.
I pray for the days through which I can live without regretting our lost love,
Kaika merupakan abang yang periang dan ingin mengelak daripada sebarang pertelingkahan maupun masalah keluarga. Namun peristiwa ini membuatnya bertindak keluar daripada watak semata-mata ingin membuat adiknya sedar dengan kata-kata manis setan itu.
"Ohh~ Hangatnya drama keluarga~" Kaika dan Frost mengendahka setan itu.
Raja Jack memaparkan senyum liciknya sembari menatap kedua-dua 'anak'nya itu berdiri menghadapnya. Frost mengelap semua tangisannya dan kembali memegang erat pedang lagenda tersebut, manakala Kaika mengambil semula pedangnya. Dengan tujuan menghentikan setan di hadapan mereka, Kaika dan Frost tidak mempunyai pilihan lain selain membunuhnya.
Kaika meluru laju dan menyerang Raja Jack, namun setan itu menghalangnya dengan sebelah tangan. Melihat itu, Kaika menggunakan sebilah lagi pedang yang menyerupai pedangnya, yakni sebenarnya merupakan milik sang raja.
Seperti orang yang telah lama memahiri skill dual blade yang ditonton dalam televisyen, Kaika tak henti menghenti menyerang Raja Jack. Dengan sihir flora yang dimahirinya, Kaika menumbuk kuat perut Raja Jack dan melambungnya ke udara. "Frost!!" Panggil Kaika. "Okay!" Kini giliran Frost pula meluru ke arah sang raja untuk menyerang. Mengetahui kecederaan yang terhasil daripada bilah pedang Skofnung itu tidak boleh dirawat melainkan cedera itu digosok oleh batu istimewanya, Frost bertidak untuk menyerang. Sihir elemen tanah Raja Jack menghalang laluannya, namun Frost berlari di udara dengan jambatan aisnya yang tercipta secara semulajadi.
"Wah, dah boleh berlakon kawan kita ni," Ujar Emily yang daripada tadi hanya mampu menonton perlawanan tersebut bersama Eiji.
Eiji mengangguk-anggukkan kepalanya. "Queen Elsa 2.0," Emily memandangnya pelik. "Bukan Jack Frost 2.0 kah?" Eiji hanya mengangkat-angkat bahunya tidak kisah.
"Arghhh!!" Libasan ringan berjaya dihasilkan pada tubuh badan Raja Jack. Seekor setan mungkin mampu memulihkan dirinya sendiri, namun jika berhadapan dengan sebilah pedang sumpahan, tak mungkin ia akan berjaya memulihkan dirinya sendiri. "Idea yang bernas, budak.."
Raja Jack walaupun dengan kecederaan yang tak mampu ia pulihkan, bertidak untuk menyerang Frost dengan kedua-dua tangannya. Gadis itu berjaya menghalang serangan Raja Jack dengan pedang, dan kemudian Kaika meluru kepada Raja Jack dan menghunus pedangnya. Setelah melukai perut, dan mana-mana tubuh setan itu dengan pedang biasa, kini Frost pula menghunuskan pedangnya tepat di jantung Raja Jack.
Mulut sang raja memuntahkan darah ungunya, mata merahnya yang menyala terlihat tidak kelihatan oleh kerana sakit yang terlalu dalam.
Melihat sang raja sudah tidak berkuasa untuk menyerang kembali, Kaika dan Frost memutuskan untuk membiarkan kesudahan nasib setan tersebut. Darah ungu yang membasahi pedang Skofnung tergeletak di atas lantai ais istana, Frost jatuh terduduk melihat perbuatannya yang akan membunuh sang raja.
Emily memapah Eiji dan mereka menghampiri Frost serta Kaika yang sedang melihat sang raja. Setan itu kini tinggal nyawa-nyawa ikan, menunggu masanya untuk menerima ajal dan kembali di sisi Tuhan.
Frost memeluk Kaika erat, gadis itu menangis di dalam pelukkannya. Sekian kalinya putera raja itu tersenyum, pandangannya terhadap Frost kian melembut, dan ia membalas pelukkan sang adik. Eiji dan Emily terharu dan gembira menghayati drama yang terselesai di hadapan mereka. Namun secara tiba-tiba Kaika menolak Frost jauh, di mana gadis itu dapat melihat pedangnya menusuk perut abangnya.
"Abang!!!"
Kaika memuntahkan darah yang banyak, ia menoleh belakang, menatap dingin Raja Jack yang menusuk perutnya dengan pedang Frost. Kaika menendang ayahnya itu dan mencabut pedang yang menusuk perut. Kemudiannya, ia jatuh menghembam lantai ais istana.
Frost mendapatkan abangnya dengan teresak-esak. "A-Abang.." Dengan perasaan bersalah yang menyelubungnya lagi oleh kerana cuai membiarkan pedangnya digunakan sang raja, Frost tidak henti menghenti menangis menyalahkan dirinya. "A-Abang, bertahan sedikit ya? A-Adik ambil batu Skofnung untuk rawat--" Kaika memotong kata-kata Frost dengan menggeleng kepalanya. "T-Tapi abang..!" Kaika menggeleng sekali lagi. Membuatkan gadis berambut bob itu semakin bersalah dan menangis, Kaika mengusap rambut adik perempuannya itu.
Ibu jarinya juga mengelap tangisan sang adik. Frost memandang iris biru kehijauan abangnya itu yang semakin hilang cahayanya. Buat kali terakhirnya ia dapat melihat senyuman sang abang yang dahulunya bagai cahaya matahari menyinari hidupnya tika itu.
"S-Saki, jadilah raja..A-Abang..s-sayang kamu.."
My prayer, cleaving the clouds, sends my hope into the sky.
Hembusan nafas terakhir putera raja itu dihembuskan dengan tenang dan sebak. Kedua-dua matanya juga telah tertutup rapat, dia telah tidur. Tidur untuk selama-lamanya.
Gadis yang memiliki iris biru muda itu kembali mengeluarkan tangisan dengan deras. Dengan raungan dan perasaan pilu, Frost, ataupun nama sebenarnya Saki, memeluk jasad tidak bernyawa abangnya itu.
Dia merupakan anak yatim piatu yang dahulunya itu miskin, duduk di lorong-lorong sunyi demi melindungi diri daripada cuaca buruk dan tidur.
Dia disambut hangat oleh ahli keluarga diraja, dan sambutan hangat serta ikhlas itu diberikan oleh seorang saja.
Tidak sekuat hangat raja maupun permaisuri.
Dan tidak sekuat hangat adik peramahnya.
Tetapi sekuat hangat itu hanya datang daripada seorang lelaki, yakni berstatuskan putera raja sulung dan kandung keluarga Jenne.
Lelaki itu bernama Jenne Kaika, abangnya.
━━━━━━━━━━━━━
Angin yang mendayu-dayu itu membelai rambut hitam milik seorang raja perempuan yang berdiri di beranda istana Kerajaan Royale. Derapan kaki milik dua orang dapat didengarnya. "Saki! Kat sini rupanya kau!" Seru gadis bersurai ungu gelap sambil menghampirinya. Diikuti jejaka yakni tunangnya yang ada bersama gadis kecil tersebut.
"Quine? Bukan patut kau berpakaian majlis kah?" Soal Saki pelik.
Quine ataupun nama sebenarnya Shuvi, tertawa nervous sembari menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Alah, malaslah aku nak pakai gaun-gaun tu. Dahlah berat, labuh lak tu," Tersenyum Frost mendengarnya. Yalah, gaun-gaun di sini semuanya bersaiz biasa, kalau pada kanak-kanak, memang tak muatlah jawabnya.
"Apa kau buat kat sini?" Soal Quine.
"Terfikir masa depan kita bersama le teww~" Sakat Urata dengan pickupline hambarnya. "Chia chia chiaaaaaa~" Sokong Quine sembari membalas bro fist bersama Urata.
Frost memutarkan kedua-dua bola matanya, annoying. "Aku just teringat kisah silam, takde apa-apa yang menarik selebihnya," Terang Saki sambil menghembus nafasnya. Melihat riak wajah Saki yang seperti masih terganggu dengan kisah silamnya, Urata memegang erat tangan tunangnya itu, membuatkan sang raja Kerajaan Sorbete mengangkat wajahnya dan menatap Urata serta Quine. Gadis bersurai unggu dan tunangnya tersenyum kearahnya dengan pandangan lembut.
Sepertimana ia merasakan hangat yang diberikan Kaika sebelum ia meninggalkannya untuk selama-lamanya.
Pipi Frost terasa hangat kerana tangisannya yang akhirnya daripada bertahan untuk bertahun. Dia menekup mulutnya dan menangis terharu di hadapan dua orang yang ia sayang dan yang ia percayai.
Farewell, you who loved me,
Farewell, I who was loved,
My prayer, cleaving the clouds, sends my hope into the sky.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top