18- "Jenne's Family Story,"

Di sebuah pagi yang cerah di dimensi Alter-Earth, penduduk-penduduk 7 kerajaan di dalam dimensi itu dikumpulkan di luar istana Kerajaan Royale, terdapat beranda yang cukup besar untuk raja bertitah.

Chris yang sedang memeriksa surat undangan yang diberi pembantunya, Nero Claudius, menggaru kepala.

Dia kemudian dipanggil Ken daripada jauh. "Kau ada nampak Quine dan kawan-kawan dia tak?!" Soal Ken daripada koridor yang bertentangan dengan Chris. Daripada menggaru kepala, Chris menggeleng sebagai jawapan.

"Aduh, mana diorang pergi ni.." Rengek Ken penat.

"Chris, Ken, good morning!" Sapa Emily ramah kepada kedua-dua raja tersebut. "Good morning, Emi," Balas Chris dan Ken bersamaan bersertakan senyuman ramah di pagi itu.

"Cuba lihat aku bawa siapa,"

Chris dan Ken saling berpandangan, pelik. Sebelum mereka melihat orang yang dibawa Emily, di belakangnya.

"Eiji..?"

━━━━━━━━━━━━━━

Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan pelbagai alam serta dimensi.

Jika ada pihak pemerintah, ada wujudnya pihak pemberontak.

Jika ada pihak cahaya, maka disitu juga ada pihak yang diselubungi kegelapan. Kedua-duanya saling berkait.

Lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat dan secara tak langsung melahirkan kewujudan bala.

Bagaimana pula kewujudan cahaya? Benarkah cahaya memang dipandang sebagai pembawa serta pendokong kebaikan? Manakala kegelapan pula dipandang sebagai sebuah bala serta dianggap kurang waras.

━━━━━━━━━━━━━━

FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ : ᴄʜᴀʀᴀᴄᴛᴇʀ sᴛᴏʀʏ╗

━━━━━━━━━━━━━━

16 tahun sebelum..

"Eiji! Eiji!"

Seorang budak perempuan berukuran 7 tahun menghampiri rakannya bernama Eiji. Kazuhiko Eiji, lelaki itu kelihatan lebih tua daripada gadis yang memanggilnya.

"Frost-" Baru sahaja Eiji mahu menyapanya kembali, Eiji memegang kedua-dua lengan gadis itu dan menyuruhnya duduk. "Lutut kau kenapa?" Soal Eiji dengan dingin. Frost menggaru kepalanya sambil terkekeh kecil. "Err.. macam biasa?" Balas Frost. Eiji menghela nafas berat. 'Lagi sekali?' Batin Eiji. Budak lelaki itu kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.

Tha-da!! Plaster!!

"Rajinnya kau bawa," Ujar Frost. Eiji membalas, "Daripada lutut kau berdarah and buatkan aku kena sepak dengan Raja Jack, baik aku merajinkan diri untuk merawat kau,"

Frost mencebik. "Bercerita tentang papa aku an.. buatkan aku teringat pada mama dan Flora.."

"Aku ingatkan kau tak nak bahas tentang ini lagi..?"

"Ya.. But aku tertanya-tanya bagaimana dengan kondisi mereka berdua, dan perkara apa yang buatkan mama dan papa bercerai. Serta kenapa Flora lebih memilih untuk meneruskan kehidupannya bersama mama.." Luah Frost seraya menatap luka pada lutunya.

"Kau ni, macam mana nak jadi raja kalau selalu berfikiran negatif?" Sindir Eiji. Frost memuncungkan bibirnya. "Buat lagi camtu and aku akan gunting bibir kau tanpa ragu-ragu," Amaran yang Eiji berikan membuat Frost menghentikan perlakuannya lalu bangun dan berlari meninggalkan Eiji.

"Huahhh!! Yama, Aaron! Ade putera nak gunting bibir betaaaaa!!" Jerit Frost.

"Oi! Aku tak siap tampal plaster lagi kat lutut kau la bangang!" Balas Eiji dengan bengangnya. Dia kemudian tersenyum melihat gadis itu pergi memasuki istana dengan dua butlernya yang masih kecil─seumuran dengan mereka iaitu Aaron dan Yamato.

Eiji dapat merasakan ada seseorang menghampirinya.

"Kurang sifat positifnya boleh buatkan abang sulung Frost mengambil tempat diraja tu terlebih dahulu. Padahal dia nak sangat jadi raja sebelum abangnya,"

Eiji menghela nafas lelah. "Bagi la salam lain kali, Emily. Aku tahulah kau dah mahiri magis elemen angin. But janganlah muncul cam hantu," Kata Eiji kepada seorang budak perempuan bersurai coklat perang bersertakan iris biru lautnya, Lynch Emily.

Emily tergelak besar. "Apalah kau ni. Ini bermaksud sihir aku dah diupgrade! And aku lebih kuat daripada Emily yang dahulu!"

Eiji memutar kedua-dua bola matanya yang berwarna ungu gelap itu. "Nasib baiklah kau tak macam Akari yang kecik-kecik dah bendul and Mafuyu yang terlebih perasan matangnya," Emily tersengih. "Chris lak camne?" Eiji memegang dagunya. "Chris manusia paling normal aku pernah jumpa," Balas Eiji, dan membuatkan Emily bersweatdrop. 'Means aku yang cantik manis and ceria ni tak normal lah?' Soal Emily di dalam hati.

"Jomlah balik-" Ajakan Eiji terpotong apabila sebuah letupan kedengaran dalam deria pendengaran mereka berdua.

Emily menghidu udara persekitarannya sembari menutup mata bagi menumpukan perhatian. Sesudah menghidu (?), Emily memandang Eiji dengan panik. "Ia datang daripada istana!" Mata Eiji membuntang.

"Apa?!!"

━━━━━━━━━━━━━

BBANGG!! BHOOM!!

"Urgh.." Kedua-dua mata beriris biru langit itu terbuka, ia berkedip-kedip kerana indra matanya masih menstabilkan pencahayaan yang masuk.

"Huh? Apa jadi ni?" Soal Frost sendirian. Gadis kecil itu melihat sekeliling, dia kini berada di koridor istana. Agak bersepah, dan istananya yang seperti ais itu kelihatan musnah akibat efek sihir.

'Ada penyerangan berlaku kah?' Fikir Frost.

"Frost!" Frost memalingkan wajahnya, melihat si empunya suara yang memanggil. "Eiji! Emily!" Emily mendapatkan Frost, serta memeriksa tubuh rakannya itu jika ada sebarang luka. "Syukurlah kau baik-baik saja," Ujar Emily dengan lega.

"Apa yang berlaku kat sini?" Soal Eiji.

Frost memegang kepalanya. "Hmm.. Tadi aku lalu sini. And then papa panggil aku and abang Kaika sekali-kebetulan dia lalu situ. Then.. kami berbual tentang.. tentang.." Penjelasan Frost terbantut apabila dia bingung, kerana dia tidak ingat peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Hanya samar-samar di ingatannya.

"Padahal benda baru terjadi tadi, aduhai kau ni.." Frost terkekeh dengan omelan Eiji.

"Kau memang tak ingat?" Tanya Emily bagi menyakinkan. "Hmm.." Frost kini terbuai dalam fikirannya untuk memikirkan dan menganalisa apakah yang berlaku padanya serta apakah yang menyebabkan beberapa bahagian istana ais tersebut musnah.

".. Abang aku.. dia serang kami berdua.."

Terbeliak tak percaya kedua-dua rakan gadis itu. "A-Abang aku, d-dia nakkan takhta papa.. K-Kemudian dia serang, dan aku terpisah daripada papa.."

Eiji memegang bahu Frost. "Kau pasti? Bukan pendatang luar yang menyerang?" Frost mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai balasan. Sebuah dentuman menerjah deria pendengaran mereka bertiga. Frost berlari dahuluan ke tempat tersebut.

"Frost?!!"

"Emi, jom ikut dia!"

━━━━━━━━━━━━━

"Hiarghhh!!"

TRANGG! Dua bilah pedang diraja bertemu serta menghasilkan percikan api. Kedua-dua lelaki berstatuskan seorang bapa dan seorang anak itu sedang beradu pedang di hadapan singgahsana diraja.

Remaja dewasa yang memiliki rambut silver dengan sedikit merah itu menatap tajam sambil tersenyum sinis kepada ayahnya. Manakala sang raja pula memulangkan tatapan tajamnya. Memang sang raja Kerajaan Sorbete merupakan raja yang terkenal dengan ketegasan dan memiliki aura yang mengerikan pihak lawan maupun orang sekelilingnya.

Kaika menggunakan magisnya untuk menolak kekuatan pedang ayahnya yang menghalang. Berhasil melemparkan tubuh ayahnya, Kaika meluru untuk menyerang.

Namun Raja Jack tangkas membelah magis berelemenkan nature milik anaknya. Ini membuatkan Kaika berdecih dan terus-menerus menyerang Raja Jack. Menurut lagenda, kedua-dua pedang anak-beranak ini memiliki kekuatan yang sama serta merupakan satu pedang yang sama. Disingkatkan Raja Jack menemui separuh pedang tersebut di tempat yang lain dan Kaika menemukan separuh pedang itu juga di tempat yang lain. Namun pedang tersebut tidak terlihat seperti digunakan berasingan, sebaliknya pedang tersebut memiliki dua mata dan sebatang pemegang, berupa sebuah tombak dua belah.

Kaika menggunakan kedua-dua magis ibu dan ayahnya. Berbeza dengan Frost dan Flora, dia lebih matang dan berstrategik dalam petempuran walau baru menginjak 15 tahun.

Dengan segala strategi yang telah dirancang oleh Kaika untuk merampas takhta diraja, dia ingin merasai kekuasaan seorang raja sebelum Frost.

"Ayah, siapa yang akan mewarisi takhta diraja keluarga kita selepas ini?" Raja bersurai putih dan beririskan biru muda itu memegang dagunya.

"Ayah mahu berikannya pada Frost,"

Terlihat riak wajah sang anak berubah pabila mendengar itu. "B-Bukankah takhta diraja sepatutnya diwarisi oleh anak sulung dahulu, ayah?" Soal Kaika dengan perasaan yang membuatnya perih.

"Tak semestinya. Ayah dapat rasakan Frost akan memerintah kerajaan ini dengan lebih strategik dan tenang. Dia sangat berbakat dalam pandangan orang yang ada di sekelilingnya," Jawab Raja Jack sembari menatap langit biru yang dihiasi awan.

Sungguh Kaika kehilangan kata-katanya. Bermula dari situlah, sebuah perasaan muak dan bencinya dia apabila memikirkan tentang Frost.

" 'Lebih strategik dan tenang', huh?"

Raja Jack menebas serangan daripada Kaika. Dia dapat melihat anak sulungnya itu berhenti daripada menyerang, dimana memberikannya peluang untuk menyerang pula.

"Siapa yang merancang segala strategi peperangan sebelum ini?" Langkah pantas sang raja sebentar tadi terhenti.

"Frost? Si pendek tu bahkan tak mahir berstrategi dan berlawan. Ada hati nak dapat takhta sebelum abang sulung dia sendiri?!" Terkedu Raja Jack mendengarnya. Kaika laju berlari dan menyerang ayahnya kembali. Mereka berdua meneruskan serang-menyerang. Satu saja tujuan sang ayah dan sang anak ini.

Iaitu saling membunuh untuk menentukan siapa yang layak memiliki tahkta keluarga diraja Jenne.

━━━━━━━━━━━━━

Eiji dan Emily masih setia mengikuti Frost yang berlari menuju ke tempat letupan sebentar tadi. Mereka kini berhadapan dengan dua buah laluan aka koridor. Emily terperasan sesuatu tatkala Frost mengambil laluan yang lain.

"Frost, bunyi tu datang daripada laluan ni. Laluan sana kan untuk ke bilik kau?"

Gadis bersurai hitam itu menghentikan langkahnya. Perlahan-lahan ia menatap kedua-dua rakannya yang tercegat di antara dua laluan. Frost menggaru kepalanya. "Aku nak ke bilik sekejap. Ada benda nak diambil. Korang pergilah dahulu. Aku akan ke sana kejap nanti," Ujar Frost lalu meninggalkan Emily dan Eiji.

"Hmm.. barang apa yang penting sangat tu agaknya ya?" Soal Emily dengan resah hati.

"Emi, jomlah kita gerak dahulu. Aku risaukan Abang Kaika dan Raja Jack," Emily menganggukkan kepalanya sebagai balasan kepada Eiji. Dengan keputusan ringkas yang dibuat oleh kedua remaja muda ini, akhirnya mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba di tingkat teratas istana. Terkejut Eiji dan Emily apabila melihat pintu gerbang ais istana hancur lebur, serta isi ruang tersebut yang menampilkan sang raja dan sang anak.

Daripada apa yang dilihat mereka berdua, sang raja dan sang anak berlawan dengan sungguh epik sehingga menyebabkan tubuh mereka memiliki pelbagai luka tak kira berat atau ringan. Mencederakan antara satu sama lain bagai tiada halangan dan orang lain disana.

"Hiarghh!!" Raja Jack menggunakan magisnya. Pedang bersederhana berat itu membuatkan pedang Kaika terlempar. Sebagai serang balas, Kaika menumbuk pedang Raja Jack dengan tangannya yang diselaputi armor ais. Kini kedua-dua pedang anak-beranak itu sudah terlempar jauh dari penggunanya, dan mereka berdua masih berlawan dengan kekuatan biasa. Mengelak, menendang dan menumbuk, keluarga diraja dilatih dengan latihan kekuatan fizikal seperti taekwando, karate, judo dan latihan diraja iaitu pedang.

"D-Dahsyatnya.."

Eiji dan Emily yang tercegat di muka gerbang yang tiada pintunya hanya mampu melihat perlawanan tersebut. "Kau tak rasa ke Abang Kaika mahukan takhta diraja Jenne sebelum Frost?" Soal Eiji.

"Ehh.. aku ada terfikir juga pasal tu.." Emily memegang dahinya, dia terlihat sedang memikirkan sesuatu. "Kenapa pula Raja Jack nak turunkan takhtanya kepada Frost? Memang pilihan raja tu sendiri mutlak tapi.. dia tentu ada alasannya bukan?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top