16- "Being Restora-tive!"

Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan pelbagai alam serta dimensi.

Jika ada pihak pemerintah, ada wujudnya pihak pemberontak.

Jika ada pihak cahaya, maka disitu juga ada pihak yang diselubungi kegelapan. Kedua-duanya saling berkait.

Lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat dan secara tak langsung melahirkan kewujudan bala.

━━━━━━━━━━━━━━

FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ╗

━━━━━━━━━━━━━━

"U-Urata?"

Quine, Kumiko, Hafizul dan Danny yang sedang berlawan bersama musuh terhenti apabila salah seorang rakan mereka terkena serangan serta menghembam tanah. Aaron dan Yamato segera melihat mana-mana tubuh Urata jika ada luka dalam ataupun magis yang boleh menghentikan jantung.

"Tuanku, tuanku Urata tidak mengalami luka dalam ataupun ringan. Sebaliknya ada magis yang melemahkan jantung, dan menghalang magis healing," Mafuyu menghampiri Aaron dan Yamato.

"Beta akan cuba merawatnya,"

Mafuyu mendepakan tangannya di hadapan tubuh lemah Urata yang sedang barbaring. Kelopak bunga sakura kelihatan dan terbang mengikut angin daripada efek keaktifan kuasa gadis raja itu.

Pabila magis terhenti, gadis itu menunjukkan riak yang sukar ditafsirkan. "M-Mafu? U-Urata━"

"Saki maafkan aku," Ucap Mafu laju. Dia memotong kata-kata Saki yang tampaknya menunjukkan riak berharap padanya sebentar tadi. Saki terduduk apabila tiada harapan lagi. Emily menekup mulutnya, manakala raja-raja yang lain hanya menunduk dengan diiringi perasaan kecewa dan sayu. Kecuali Quine dan rakan-rakannya yang masih menatap Saki serta lain-lain. Mereka diselubungi suatu perasaan.

Ya, marah.

"Kau..! Apa yang kau dah buat pada kawan aku?!!" Soal Quine pada lawannya, Ryzel.

Ryzel pada mulanya terkejut, tetapi kemudian dia tersenyum menang. "Lord Sorcerer hanya gunakan Mia dan menyerang raja-raja noob tu. Kau patut bersyukur sebab dia tidak menggunakan kuasa yang kuat," Balas Ryzel dengan sedikit angkuh.

"Tak guna..!" Kumiko menyerang Rose, namun gadis brunette itu menahannya dan membuat Kumiko terkejut.

Rose tersenyum padanya, Kumiko perasan jika gadis brunette itu tampaknya seperti diselubungi tenaga jahat. Hafizul berundur dengan membuat backflip. Dia memandang Asuka yang teruja dengan dirinya diselaputi tenaga jahat. Barangkali daripada pemilik nama 'Lord Sorcerer' yang mereka mention.

Danny masih dalam bentuk asalnya. Dia menatap dingin Mia yang kelihatan cuba membangkitkan diri apabila tenaga jahat memberikannya kuasa.

King dan Noire baru sahaja menghabiskan sisa-sisa tentera ahli Holy Knights. Mereka segera mendapatkan Saki dan rakan-rakannya apabila melihat Urata sudah berbaring lemah. Noire mendekatkan tangannya pada tubuh pesakit itu. Dirasanya aura yang sukar dia tafsirkan.

"Bagaimana? Kau rasa tuanku Urata boleh dirawat?"

Noire mengangguk kepalanya. "Dia boleh dirawat, tapi kita memerlukan perawat magis yang menguasai rawatan poison realistic," King tampak bingung mendengarnya. "Poison Realistic tu apa?" Soalnya.

"Aku pernah belajar untuk merawat sakit tu. Tapi aku tak mampu nak merawat dalam semangat dan mental yang lemah," Ujar Mafuyu.

Gadis berstatus raja dan bernama Ichinose Mafuyu ini mempelajari sihir healing serta Flora dan fauna. Walaupun begitu, pada umurnya masih muda, Mafuyu tidak dapat menguasai healing poison realistic. Ini kerana magis tersebut memerlukan semangat dan mental pengguna magis yang kuat. Mafuyu kalah dalam menangani kedua-dua aspek tersebut. Jadinya, poison realistic merupakan salah satu magis yang ditinggalnya.

"Wait, mental kau lemah ke?" Soalan Akari membuatkan Mafuyu ingin sahaja melempar bocah itu ke langit sehingga memasuki galaksi. Namun Emily menyabarkannya.

"Poison Realistic ni sakit yang meracunkan pesakit sekaligus membuta pandangan orang lain bahawa ada suatu titik di tubuh pesakit yang boleh membuatkan magis tersebut dirawat. Manakala bagi pesakit pula, mentalnya diganggu dengan realistik bagi melemahkan fizikal. Jika perawat tidak mempunyai semangat dan mental realistik yang kuat, maka pesakit akan mati begitu sahaja," Terang Noire panjang lebar.

King, Akari dan Chris melopong. "Tulah sebab nama penyakitnya Poison Realistic!" Seru mereka bertiga.

Saki masih tidak berganjak dari duduknya, di hadapan Urata. Dia.. tak patut kena sakit ni. Dia tak patut pun turun ke medan ni..! Ta-tapi kenapa..?! Kenapa dia yang kena?!! Saki memegang kepalanya, menyalahkan dirinya bertubi-tubi secara mental.

Emily perasan bahawa rakan baiknya itu kelihatan tidak sihat, dia bertindak untuk menepuk-nepuk pundak Saki, dan menyabarkannya.

"Emily.."

"Sabar, Saki. Ini bukannya salah kau,"

"Ta-tapi aku..! Aku yang..!"

"Saki, sebelum aku tampar kau macam dalam drama-drama telemovie cliché, baik kau senyap," Ujar Emily, memberi amaran kepada raja Kerajaan Sorbete itu. Berhasil juga amarannya, dapat membuatkan Saki mendiamkan diri walau masih diselubungi perasaan kecewa.

Emily kemudiannya memandang kembali rakan-rakannya bersama King dan Noire. Sosok seorang gadis kelihatan seperti bangun daripada pengsan yang panjang. "Urkh.."

"Illka? Kau dah bangun?" Soal Noire.

"Huh, kalau aku dah buka mata and mengeliat camni mestilah dah bangun," Kata Illka dengan acuh tak acuh. Gadis bersurai pelangi itu mengerjap-ngerjapkan matanya.

"Eh? Kita kat mana ni?" Tanya Illka sembari matanya meliar melihat seluruh tempat yang tidak pernah ia lihat.

"Dimensi Alter-Earth. Kau ke sini pun sebab Kumiko dan Hafizul terpaksa teleport ke dimensi yang terdekat dengan Pahang," Jawab Noire lalu membantu Illka untuk berdiri.

"Ah, jadinya.. berlaku peperangan kat sini?"

"Mereka takkan pernah melawat kerajaan dimensi ni tanpa memusnahkan apa-apa. Macam kau tak kenal Quine tu," Illka hanya mampu bersweatdrop mendengar ulasan Noire.

Sepasang mata Illka menangkap tubuh rakan mereka yang terbaring lemah di atas konkrit medan. "Itu tunang raja Kerajaan Sorbete, Urata," Illka tidak melepaskan pandangannya. Lebih-lebih lagi kepada raja Kerajaan Sorbete itu.

"Bawa aku ke sana. Aku mungkin boleh tolong merawat putera raja tu,"

Noire yang sedang memapah Illka membawanya ke tempat Saki dan Emily yang duduk di samping tubuh lemah putera raja tersebut. Sebelum mereka tiba, Illka memegang tangan Noire. "Kau kenapa?" Soal Noire pelik.

"Kau kata ni putera raja kan? Mana tunangnya?" Noire menunding jari telunjuknya pada Saki. "Ok bagus, aku tak dapat nak mulakan rawatan poison realistic tanpa dia,"

Noire pada mulanya memaparkan riak bingung. Oleh kerana Illka bagus dalam sihir, Noire mempercayakan rakannya itu dengan sepenuh hatinya.

Apabila Illka dan Noire tiba, Saki dan Emily terkejut dengan kehadiran Noire serta rakannya yang mereka masih belum kenali. "Tuanku, patik inginkan bantuan tuanku. Tuanku mahu putera raja ini pulih bukan?"

Iris Saki terlihat ada sedikit harapan pabila mendengarnya. "Tuanku Mafuyu! Patik perlukan pertolongan anda!" Seru Illka. Mafuyu, raja muda itu mendapatkan Illka dan yang lain-lain.

"Baik, kita akan merawat putera Urata dengan rawatan poison realistic. Jika patik gagal, makanya nyawa kita bertiga akan tergadai juga," Sambung Illka.

Tatapan seriusnya betul-betul meremangkan bulu roma Emily, Mafuyu dan Noire.

"Sedia?" Saki meneguk ludahnya, lalu mengangguk. Mafuyu juga melakukan perkara yang sama. Mereka bertiga memegang tangan, dan tangan kanan Saki mengenggam erat tangan tunangnya.

Illka menarik nafas dalam sebelum sebuah bulatan magis muncul di bawah mereka─Illka, Mafuyu dan Saki.

"O god of Concreteness, blind up the fake realistic we see, and make us see the truth of realism,"  Setiap perkataan yang disebut Illka menghasilkan beberapa efek, antaranya angin yang kuat. "O god of Therapeutic, chant us some of your panacea to cure up this lethal poison, and brings no harm to the sufferer!"

Ruang graviti di antara mereka bertiga bagaikan tiada. Terasa terapung dan sejuk kerana kekuatan angin yang luar biasa. "Hand in hand, from left to the right,"

'Panjang siot manteranya, ' Dengus Emily.

"Being Restora-tive!"  Bulatan magis yang muncul di bawah mereka bertiga menghasilkan cahaya yang luar biasa terangnya. Cahaya tersebut mengalir daripada tubuh Mafuyu sehingga Saki, dan memasuki tubuh Urata.

"Ukh.." Mafuyu tampak tidak dapat berkontrensasi, namun pegangan kuat tangan Illka dapat dirasainya.

Mafuyu memutuskan untuk tidak mengalah pada semangatnya. Lagipula, dia patut bersyukur kerana dengan cara ini dapat merawat tunang rakan baiknya.

Illka juga tampaknya ingin tumbang, tetapi ia memperkuatkan semangatnya. Saki saja terlihat tidak terlalu lemah dengan efek magis tersebut kerana dia duduk bersebelahan dengan pesakit. Rawatan berjalan sehingga lima minit, dan kemudian ketiga-tiga gadis itu jatuh menyembam konkrit.

"Illka, Mafuyu, Saki!"

King, Akari, Chris dan Ken yang duduk daripada jauh kini mendapatkan rakan-rakan mereka. "Oyemji.. nadi diorang masih ada atau tidak?" Soal Chris.

Noire memeriksa nadi mereka bertiga, wajahnya menghela nafas lega.

"Diorang okay," King dan yang lain-lain turut memaparkan wajah gembira. Lega rasanya. Mereka membantu Mafuyu dan Saki untuk bangun tetapi masih dalam posisi menduduk. "Huh?"

"Kenapa, Mafu?"

Mafuyu memeluk tubuhnya. "Daripada apa yang aku baca dalam buku healing, pesakit patutnya akan bangun seminit daripada rawatan tersebut berjaya,"

Mereka melihat tubuh Urata yang masih tidak bangun. "But baru berapa saat, kan?" Balas Akari semula. "Baru 30 saat, jangan risau. Rawatan ni berjaya, dia pasti akan bangun," Sokong Emily sembari meletakkan kedua-dua tangannya pada bahu Saki daripada belakang.

Saki tersenyum. "Ya.. aku berharap juga dia akan bangun.."

━━━━━━━━━━━━━━━

Perlawanan antara Hafizul dan Asuka kini berpihak kepada gadis berkuncir dua itu. Mereka berlawan menggunakan senjata─Hafizul menggunakan pedang metalnya manakala Asuka menggunakan tombaknya yang bercucuk tiga.

Perlawanan berat sebelah kerana Hafizul dalam kesusahan untuk bangun dengan luka yang luar biasa pada tubuhnya. Hafizul meraih pedangnya yang terlempar sedikit jauh, namun serangan Asuka menjauhkan lagi dirinya daripada pedang metal tersebut. Pedang yang boleh memotong apa-apa sahaja dan juga absolute pabila pengguna menggunakannya.

"Kau jarang kan guna sihir? Kenapa tak gunakannya sekarang? Kau dalam kesusahan nak berdiri bukan?~" Soal Asuka dengan lagaknya.

Benar juga. Sudah bertahun-tahun ia meninggalkan sihir turun temurun keluarganya dan daripada kakak kesayangannya sejak menemukan Ingot Supreme, iaitu pedang metalnya. Menggunakan sihir yang telah dia bertahun-tahun lupakan, dapatkah dia cast magis tersebut tanpa complete mastering?

Hafizul yakin dan pasti akan menggunakan magis tanpa cacat cela. Masalahnya sekarang..

.. dia tak ingat langsung manteranya!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top