15- "Kesampaian Hati,"
Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan pelbagai alam serta dimensi.
Jika ada pihak pemerintah, ada wujudnya pihak pemberontak.
Jika ada pihak cahaya, maka disitu juga ada pihak yang diselubungi kegelapan. Kedua-duanya saling berkait.
Lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat dan secara tak langsung melahirkan kewujudan bala.
Bagaimana pula kewujudan cahaya? Benarkah cahaya memang dipandang sebagai pembawa serta pendokong kebaikan? Manakala kegelapan pula dipandang sebagai sebuah bala serta dianggap kurang waras.
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ╗
━━━━━━━━━━━━━
"Hiaahh!!" Saki dan Emily melibas serentak berpuluh-puluh tentera Holy Knights. Sihir elemen ais dan angin bergabung memerangkap dan mengalahkan tentera-tentera tersebut.
"Sakura Cleansing Arrow!" Sihir memanah Mafuyu yang dilepaskan pada sebatang anak panah kini bertambah bilangannya. Apabila mengena tentera-tentera tersebut, kelopak bunga sakura berterbangan dengan cantik sekali.
Heh, kelopak-kelopak cintaku chantiks ..seperti mana orangnya.. Ujar Mafuyu, bangga sendiri dalam hati.
"Akari, ayuh buat double fist Sun Collapse!" Seru Christ yang baru sahaja melibas beberapa tentera Holy Knights. Akari juga baru sahaja membunuh(?) beberapa tentera Holy Knights menggunakan dagger kecilnya.
Mereka berdua berlari beriringan dan meluru pada sekelompok tentera Holy Knights. "Double fist!"
"Sun Collapse!!" Dengan hanya menggunakan sebelah tangan yang digenggam, sihir Chris dan Akari bersatu lalu membelah para tentera yang menyerang mereka secara kelompok.
"Haa!" Membelah sehingga tidak menyisakan pihak lawan, sihir Chris dan Akari menghasilkan kerosakkan yang banyak terhadap taman kerajaan Sorbete. Saki memandang mereka berdua tajam.
"Sanggup kau musnahkan taman kesayangan aku?!!" Marah Saki yang sudah memegang kolar perisai mereka berdua.
"Ampun Kak Saki! Ampun!!" Seru Chris dan Saki bersamaan dengan wajah pucat. Emily dan Mafuyu tergelak kecil melihat telatah mereka bertiga. Ken daripada jauh tersenyum kecil, lalu dia menyambung menyerang sisa-sisa tentera Holy Knights. Walaupun bilangan tentera itu sudah sedikit, tetapi muncul beberapa lagi sihir bulatan yang mengeluarkan tentera. Kini terdapat ramai antara mereka. Saki dan lain-lain diperangkap, begitu juga Eiji yang tercegat di suatu tempat.
"Alamak, banyak sangat!" Omel Akari tatkala banyak senjata ditujukan kepada mereka.
━━━━━━━━━━━━━━
ZZAP! ZZAP! Pedang Quine dan Ryzel beradu tidak berhenti. Tidak seminit pun berhenti, kelajuan mereka dapat dilihat dengan cahaya yang dihasilkan daripada sihir yang digunakan.
TRANG! TRANG!
"Justice Cross Neather!"
"Sloth Geyser Hack!"
Kedua-dua mereka saling berpedang dan berpedang. Luka terhasil tiap kali hujung pedang mengena tubuh anggota mereka.
Kini mereka berhenti seketika daripada beradu pedang, mengambil nafas. Termengah-mengah Quine dan Ryzel. Keringat perlahan-lahan kelihatan.
"Heh, kau boleh tahan bagus daripada Nao. Seperti yang aku jangkakan daripada ketua kumpulan TSDS," Ucap Ryzel sambil mengelap darah yang keluar daripada mulutnya. Manakala Quine tersenyum lebar dan mengoyak sedikit bajunya yang labuh untuk menutup luka pada kakinya.
"Oh ya, aku daripada hari tu nak tanya kau ni, Ryzel, " Ujar Quine, dia sepertinya mengingati sesuatu yang mahu ditanyakan kepada Ryzel. Jejaka yang mempuyai iris berbeza warna itu menunjukkan ekspresi 'apa dia?'.
Quine menutup matanya, dan kembali menatap Ryzel serius.
"Bila kau nak kahwin eh?"
"...Eh?"
━━━━━━━━━━━━━
Kumiko melibas Rose dengan senjata tajam yang ada pada lengannya. Namun gadis brunette itu menggunakan kuasa patience dan menghalang serangan Kumiko.
Dengan pantas Kumiko menendang sebelah lutut Rose, alhasilnya gadis yang ditendangnya hilang fokus. Kumiko menyerang Rose pada tangan dan lengannya. "Ukh!" Dengan tidak menghiraukan lukanya, Rose melawan semula dengan melukai peha dan pipi mulus(ceh :v) milik Kumiko.
Mereka berdua berhenti berlawan, mengatur pernafasan untuk menstabilkan degupan jantung.
Rose melihat tentera-tentera Holy Knights telah memerangkap raja-raja dimensi Alter-Earth. Kini dia menatap Kumiko dengan tersenyum sinis. Manakala gadis bersurai hitam itu terkejut melihat rakan-rakannya dalam bahaya. Kumiko mengenggam tangannya dengan amarah. Tak guna!
"Diorang bukan orang yang perlu ditangkap kan? Kenapa mereka diserang pula?" Soal Kumiko.
Rose memflip rambutnya. "Pihak lain, tak payah sibuk dengan hal pihak lain. Pathetic ,dahlah lemah dan tidak berpengalaman," Rasa mahu bernanah telinga Kumiko apabila mendengar sindiran Rose terhadap Saki dan lain-lain. Walhal bukan dirinya yang diperkatakan.
"Kau takde hak nak cakap macam tu! Cakap tak serupa bikin. Patutnya kau cermin diri sendiri dulu!" Balas Kumiko dengan amarahnya membuak-buak.
Rose kelihatan terasa. "Apa?"
"Huh? Tak sangka kau ni pekak juga ya? Dah cantik, pandai pula tu. Tapi pekak? Pfft--" Gadis brunette itu menyeru pelbagai senjata tajam di sekelilingnya. Dengan niat mahu membunuh, Rose menanam pendiriannya untuk mengakhiri hayat Kumiko.
"Mari, patience! Tunjukkan kekuatan kau untuk mengalahkan aku!" Sahut Kumiko sambil ular-ular kesayangannya muncul untuk menjadi pedang di samping Kumiko.
"Heh, aku takkan kalahkan kau..aku akan--tamatkan hayat kau, Envy!"
━━━━━━━━━━━━━━
Ryzel kelihatan berfikir. "Kahwin, ya? Aku tak terfikir lagi mahu berumah tangga,"
"Hah? Kau dah makin berusia tau! Patutnya kau dah cari wanita idaman untuk menjadi isteri," Balas Quine yang kelihatan tidak puas hati.
Daripada pergaduhan, kini dua orang yang saling bermusuhan itu duduk bersila dan saling bertatapan. Berbual tentang hal rumah tangga, walaupun mereka masih belum berkahwin dan masih tidak bersedia untuk berumah tangga.
"Hmm.. aku tak rasa aku dah bersedia untuk berumah tangga. Nanti berlompok antara tugasan aku sebagai seorang suami dan sebagai seorang ahli TSHS.." Luah Ryzel, seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Oho~ Kau ada point kat situ," Balas Quine dengan riak memuji jejaka di hadapannya itu.
"Hmm.."
Kini mereka mula mendiamkan diri, Quine berpaling dan dapat melihat rakan-rakannya yang lain sudah dikepung tentera-tentera Holy Knights. Kecuali Kumiko yang sedang berhabis-habisan melawan Rose. Terlihat kedua-dua antara mereka mempunyai niat membunuh sesama sendiri.
"Lepas semua ni tamat, apa yang kau akan buat, justice?" Soal Quine,kembali menatap Ryzel.
"Hmm," Ryzel memeluk tubuhnya, "..rasanya bersara, aku inginkan kehidupan manusia biasa," Quine tersenyum mengejek padanya.
"Hoho, nampak sangat kau dah bersedia untuk berumah tangga~"
"Diamlah!" Balas Ryzel dengan wajahnya yang memerah. Dia meraih pedangnya dan laju menujukan pada leher Quine, tetapi gadis kecil itu menghalangnya dengan pedangnya yang patah.
"Mungkin worst-case scenario akan berlaku walau kami akan menang pertarungan kali ini," Ujar Quine dengan nada perlahan. "Hah?"
━━━━━━━━━━━━━━━
Tap Tap Tap
"Huh? Aaron! Yama!"
Kedua-dua adik beradik Suzuki itu berhenti daripada larian dan memandang orang yang memanggil mereka.
"Oh? Tuan putera!" Aaron dan Yamato mendapatkan Urata. Terlihat masing-masing berpeluh kerana berlari. "Apa yang tuanku buat di sini? Sepatutnya tuanku dah lari jauh daripada sini," Tanya Yamato kepada putera muda tersebut.
"Beta takkan tinggalkan Saki di sini. Beta mahu mencarinya," Jawab Urata dengan yakinnya.
Yamato dan Aaron terlihat terkejut. "Uhh.. itu--"
Sementara itu, Saki dan lain-lainnya berusaha untuk menyerang tentera-tentera Holy Knights walaupun dikepung. "Cis.. tak berhasil! Mereka akan kembali mengepung kita walaupun kita telah menyerang!" Seru Chris tak puas hati.
"Nampaknya mereka taklah sekuat mana. Tapi bilangan mereka besar, cukup membuatkan kita kehilangan tenaga untuk menyerang," Ujar Mafuyu seraya iris merahnya memerhati keadaan sekeliling. Akari disebelahnya bersweatdrop. Macam mana pula dia boleh perhati keadaan sekeliling dengan ketinggian macam ni?
Emily menepuk dahinya. Akari takkan pernah tak bodoh dalam waktu macam ni, batin Emily.
"Ken, ada nampak apa-apa titik kelemahan tak?" Soal Saki kepada Ken yang ada disebelahnya. Jejaka itu menggeleng kepalanya. "Tak ada. Mereka cuma lemah dan bilangan mereka luar biasa,"
Akari ingin menggunakan kuasanya, tetapi tersandung dan wajahnya mencium tanah. Sebelum sempat dia bangkit, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
"Aku tahu!!!"
Nak tercabut jantung Saki, Chris, Emily dan Ken apabila Akari menjerit seperti orang gila.
━━━━━━━━━━━━━━━
Dengan sekelip mata Hafizul terpelanting jauh kerana ditumbuk Asuka daripada bawah. Nampaknya gadis berkuncir dua itu telah bangun dari tidurnya. Oh wait, sebenarnya Asuka hanya mengeliat tetapi tangannya terlalu Kuat sehingga membuat Hafizul terpelanting.
"Eh? Apa berlaku kat sini? Rose berlawan dengan Envy, abang Ryzel duduk bertapa dengan Sloth?" Asuka menggaru pipinya. Hafizul yang terpelanting sebentar tadi mengembalikan serangannya kepada Asuka. "Oops! Hampir terkena.." Kata Asuka setelah mengelak serangan Hafizul yang terbang di langit.
"Tak guna kau! Pura-pura tidur untuk serang hendap ya? Heh, trick tua!" Asuka menatap Hafizul pelik sembari menggaru kepala.
"Memang aku buat salah apa?" Soalnya sendirian. Asuka menggeleng laju. "Apapun, masa untuk beraksi!" Gadis itu menyeru sebatang tombak bercucuk tiga. Kini Hafizul baru dapat beraksi dan berlawan Asuka daripada duduk menunggu gadis itu untuk bangun.
━━━━━━━━━━━━━━━
"Hup! Hup!" Gadis albino bernama Mia itu tidak leka untuk mengelak serangan gergasi--eh bukan, Danny. Oleh kerana serangannya terkena Danny dengan tepat, jejaka itu mungkin memarahinya dan sihir Illka tidak aktif lagi untuk mengekalkan tubuh Danny mengecil seperti manusia biasa.
"Damn, dia tak penat ke berlari dengan tubuh sebesar tu?" Soal Mia pada dirinya sendiri. Dia berlari lebih jauh daripada Danny, sehingga jejaka itu terlepas lihat bahawa dia hilang jejak terhadap Mia.
Mia bersembunyi di balik semak dengan pistol gergasi hendapnya. "Mari lihat.." Di balik semak, Mia hanya mampu menggunakan kanta pada snipernya untuk melihat keadaan sekeliling. Tempat dimana tentera-tentera Holy Knights berkelompok mengepung sesuatu menarik perhatiannya.
Tiba-tiba kepalanya diserang sakit kepala. Kini Mia memaparkan senyuman jahil, irisnya yang kelihatan hidup berwarna biru muda sebentar tadi juga berubah seperti tidak bernyawa. Sihirnya diaktifkan, Mia menujukan serangan kepada tempat Saki dan lain-lain dikepung.
Dengan sihirnya yang dicampur elemen kegelapan, dia menekan picu pistol, dan menembak.
━━━━━━━━━━━━━━
"Kita serang daripada tanah ni, and then dengan tarikan graviti, sihir kita akan mencampak tentera-tentera tak guna ni jauh!" Ujar Akari seraya membangga diri. Saki memaparkan wajah excited. "Woah, jarang kau bijak, Akari!"
"Heh, terima kasih--tunggu, tu satu perlian ke?!" Seru Akari tak puas hati kepada Saki. Manakala gadis itu hanya menayangkan wajah tidak bersalah.
"Okay, mari kita cuba,"
Mereka berlima mengangguk mendengar cadangan Mafuyu. Dengan separuh tenaga yang ada, mereka menggunakan sihir yang paling kuat untuk serangan bersama-sama.
"Ice Geyser!"
"Sakura Cleansing Arrow!"
"Double Fist, Sun Collapse!"
"Zepyhr Cross Gale!"
"Teary Light!"
Dengan satu serangan kuat yang dihasilkan daripada separuh tenaga, sihir mereka menghasilkan efek kuat. Cukup membuat tentera-tentera Holy Knights yang mengepung mereka dibersihkan begitu sahaja.
"Fuyoo! Berjaya!!" Sahut Akari dan Emily bersamaan.
"Nampaknya kita boleh guanakan idea Akari sekarang. Dia dah semakin matang," Ujar Ken sembari memaparkan senyuman kecil. Mafuyu, Chris dan Saki tersenyum mendengarnya.
Emily yang bertepuk tangan meraikan kejayaan bersama Akari terhenti apabila dia mengesan suatu sihir bahaya yang menuju ke arah mereka.
"Saki, lari daripada situ!!"
"Huh?"
Tap! BANGG!!
Kuasa yang menyerang mereka menghasilkan impak besar. Hampir terpelanting Saki tatkala itu, tetapi apa yang dia tahu dirinya tidak terkena serangan tersebut.
Satu tubuh yang lebih besar darinya jatuh terduduk bersamanya. Saki membuka matanya, dan melihat orang tersebut.
"U-Urata?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top