14- "Keputusan yang Terbaik,"
Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan pelbagai alam serta dimensi.
Jika ada pihak pemerintah, ada wujudnya pihak pemberontak.
Jika ada pihak cahaya, maka disitu juga ada pihak yang diselubungi kegelapan. Kedua-duanya saling berkait.
Lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat dan secara tak langsung melahirkan kewujudan bala.
Bagaimana pula kewujudan cahaya? Benarkah cahaya memang dipandang sebagai pembawa serta pendokong kebaikan? Manakala kegelapan pula dipandang sebagai sebuah bala serta dianggap kurang waras.
━━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ╗
━━━━━━━━━━━━━
"Elak!"
Sontak kesemua raja-raja dimensi Alter-Earth itu mengelak serangan kejutan Rose. Quine, Danny, Kumiko dan Hafizul berhadapan dengan keempat-empat ahli pendorong kebaikan tersebut.
"Miko, kau berhadapan dengan Rose. Hafizul, kau dengan Asuka. Aku dengan Ryze," Arah Quine dan dibalas dengan anggukkan daripada Kumiko dan Hafizul.
"Err.. aku?"
Mereka bertiga menoleh apabila Danny mengacukan jari telunjuknya pada dirinya sendiri. Menandakan apa tugasnya pula.
Hm, nampaknya sang ketua terlupa kalau Danny tak bagus dalam perlawanan close combat.
"Kau dengan--" Mata Quine tertumpu pada seorang gadis murni bersurai putih yang chantiks. "--budak tu," Danny menatap orang yang dimaksudkan. Gadis tersebut aka Mia, mengelus pelan pinggangnya sembari bangun dari duduk. Dia juga terpandang Danny yang menatapnya. Semburat merah kelihatan di wajah kedua-kedua orang yang saling bertatapan itu.
Oho.
Inikah yang dimaksudkan.. Cinta pandang pertama?
Oh tydacks.
"Tuanku, patik memohon agar tuanku semua lari jauh daripada sini. Nyawa-nyawa tuanku mungkin akan tergadai jika terus duduk di sini," Ucap King kepada raja-raja dimensi Alter-Earth tersebut.
"Flora, Haruki, lari jauh daripada sini. Nyawa korang akan terancam kalau berlawan," Arah Noire pula pada dua remaja tersebut. Mereka tampak ragu-ragu, tetapi memutuskan untuk pergi dari situ. Eiji dan yang lain-lain saling menatap sebelum mengangguk. Kecuali raja kerajaan Sorbete ini.
Mafuyu menarik lengan gadis bersurai hitam itu. "Ayuh, Saki!"
Saki merentapkan lengannya daripada pegangan Mafuyu. "Tak. Aku nak berlawan. Tinggalkan aku di sini bersama diorang," Kata Saki dengan aura dinginnya.
Mafuyu menatapnya tajam. "Kau dah gila ke?! Kau takde bakat dalam berlawan, nyawa kau akan terancam!" Marah Mafuyu pada Saki. Langkah Eiji dan raja-raja lain terhenti apabila mendengar amarah Mafuyu.
"Aku dah buat keputusan kan? Ini jalan aku!" Balas Saki, menetapkan pendiriannya. Dia tak boleh selama-lamanya di bawah naungan rakan-rakannya. Terutama Eiji, yang bersifat matang dan membuatkan semua keputusan yang dibuat berdasarkan genggamannya sendiri.
"Saki, apa yang kau fikirkan?" Soal Christ. "Saki, kita tak berbakat dalam hal ni. Jangan kau fikirkan diri kau saja. Kau fikir tak apa yang akan berlaku pada penduduk Sorbete dan tunang kau kalau kau mati?"
Sejujurnya gadis bersurai hitam itu terkedu dengan ulasan Emily. Mati? Perkataan itu cukup membuat gadis yang mengetuai kerajaan Sorbete tersebut bersengsara selama 15 tahun.
Saki menepuk kedua-dua tangannya. Perlahan-lahan kuasanya keluar dan dia menghasilkan sebilah pedang.
"Aku takkan mati,"
━━━━━━━━━━━━━
"Memang setiap kali jumpa aku harus berlawan dengan kau ya?"
Quine tersenyum mendengar soalan yang diacu daripada Ryzel. "Apa masalahnya? Bukan kau dah muak lawan Nao?"
"Heh, Nao. Dia langsung tak tunjuk batang hidung ya? Mungkin masih melelapkan diri berseorangan. Bersembunyi. Aku rindu nak lawan minah tu," Quine mengusap kedua-dua lengannya sambil berpaling. Ew.. meremang bulu roma aku..
"Lawan dengan kau rasanya lagi okay. Takdelah aku kesusahan nak berlawan sebab kau pendek daripada aku,"
STAB!!
Bagai panah tertusuk hati gadis kecil itu. Berdarah tetapi tidak mengalir. Quine tersenyum sambil menahan amarahnya.
"Heh, lawak kau boleh tahan," Ujar Quine. Ryzel memandang gadis kecil itu dengan pandangan mengejek. Sama-sama mereka mengeluarkan senjata, iaitu pedang.
"Oh? Kau pasti nak lawan aku dengan pedang patah?" Quine memaparkan senyum liciknya. Begitu juga Ryzel, sebagai respon. Mereka berdua saling membalas tatapan, sehelai kelopak bunga gugur. Perlahan-lahan ia jatuh, dan apabila ia menyentuh konkrit, Quine dan Ryzel pecut seribu. Pedang mereka berdua bersentuhan dan menghasilkan efek angin yang kuat. Setiap kali pedang mereka bertemu, kawasan yang menjadi medan lawan itu hancur lebur. Saki dan raja-raja Alter-Earth yang ada berdekatan itu hanya mampu menonton perlawanan tersebut.
Manakala perlawanan antara Hafizul dan Asuka pula..
.. masih tak berjalan lagi sebab Asuka masih tidak sedarkan diri. "Oi, oiii kau tidur matikah?" Soal Hafizul yang berusaha mengejutkan gadis berkuncir dua itu. Hm. Tampaknya tiada hasil. Camne nak lawan ni? Batin Hafizul seraya menepuk dahinya pelan.
Perlawanan antara Kumiko dan Rose cukup sengit sepertimana perlawanan Quine dan Ryzel. Kedua-dua gadis itu hanya menggunakan tangan dan kaki untuk berlawan.
Kumiko melambungkan badannya dan menaikkan sebelah kaki untuk menendang Rose, tetapi gadis bersurai brunette itu menahannya dengan sebelah tangan. "Aku takkan maafkan kau sebab sakitkan Illka," Rose tersenyum kecil mendengarnya, lalu menyerang Ayumu dengan berbagai-bagai senjata tajam yang muncul secara tiba-tiba di sekelilingnya. Kumiko berundur dengan membuat beberapa backflip untuk mengelak serangan itu.
"Oh? Lama juga kau tak gunakan kuasa patience sepenuhnya. Aku hanya dapat lihat dari jauh saat kau akan berlawan Yui," Ujar Kumiko sambil tersenyum sinis.
"Kau patut bersyukur sebab kau dapat merasai aku menggunakan unarmed weapon wielding~" Balas Rose dengan tenangnya.
Kumiko memutar kedua-dua bola matanya, annoying. "Tak adil lah kau guna senjata. Aku pun kena ada satu juga," Oh, memang nampak sangat cemburunya, gumam Rose. Yelah kan. Dah nama pun envy.
Kelihatan dua ekor ular bersaiz sederhana besar menghampiri Kumiko. Ular itu melilit lengan Kumiko sehingga ke tangan, dan menjelma sebagai bilah. Pheweett! Barulah chantiks! Seru Kumiko teruja seorang diri dalam hati.
"Kau.. medusa ke?"
━━━━━━━━━━━━━━
Gadis albino beriris ungu dan jejaka lampai bersurai hitam itu masih tercegat dan menatap sesama sendiri. Padahal yang lain dah berlawan, oh, kecuali Hafizul dan Asuka.
Mia menggeleng kepalanya laju. Lalu ia menyeru sebuah sniper yang sebesarnya. Danny melopong. Ini ke yang dikatakan senjata lebih besar daripada tuannya? Soal Danny sendirian tatkala ia mengingati kata-kata orang pekan Cameron Highlands tentang sebuah cerita filem. Mia mengaktifkan senjatanya dan menghalakannya pada Danny.
"Azure Shot!"
"Erk!" Danny cepat-cepat mengelak serangan tersebut. Tetapi ajaibnya serangan itu tidak tersasar, malah mengikutinya. BHAM!
Serangan tersebut mengena Danny. Mia menunjukkan riak khawatir. "Alamak.. Sakit ke?" Asap efek serangan Mia sangat tebal, sehingga membuatkan Saki dan yang lain-lain tidak berganjak.
Sebuah lembaga kelihatan, pada mulanya terlihat kecil, tetapi lama-kelamaan ia membesar dan berbentuk seperti gergasi.
"A-Apakah?!" Seru Mia tak percaya.
"UUAAARGGHHHHHH!!!!" Suatu seruan seperti raksasa kedengaran. Mia, Saki dan lain-lain menutup telinga mereka kerana seruan tersebut terlalu bingit dan kuat. "Alamak, dia dah jadi gergasi," Gumam Hafizul, dia masih menunggu Asuka bangun.
Seruan seperti raksasa yang kuat tadi menghilangkan asap tebal. Kini mereka nampak apa benda yang membesar dalam asap tebal, iaitu Danny yang sudah kembali dalam bentuk form gergasinya. "Wuapah?!!"
Beberapa sihir bulatan muncul di langit, Rose dan Ryzel tersenyum senang.
"Apa benda tu?" Soal Akari tatkala ia memandang langit. "Hei, kau main tipu! Kitorang takde pun tentera tau?!" Seru Kumiko sambil memarah-marahi Rose dihadapannya. Gadis bersurai brunette itu mahu saja menjitak kepala pihak lawannya.
Sabar, Rose. Sabar.. ni dugaan..
Tentera-tentera dengan pakaian perang Holy Knights keluar daripada sihir-sihir bulatan tersebut. Mereka menyerang Hafizul, Saki dan lain-lain.
"Alamak! Tuanku semua, cepat lari!" Jerit King dengan nada paniknya. Noire kelihatan baru tiba setelah menghilangkan diri. "King, ambil ni!" King pantas menangkap benda yang dilambung Noire.
"Dagger?"
"Eh? Kau tak mahir pakai dagger ke?" Soal Noire semula. King laju menggeleng. "Aku tak pernah guna senjata,"
"Dah tu? Kau guna sihir?" King mengangguk sebagai jawapan kepada Noire. Gadis itu kelihatan berfikir. "Ah, kau guna sihir apa?" Tanya Noire. "Uh.. sihir ruang tak silap aku. Dimension Shape-shifting," Noire memaparkan riak terkejut.
"Serius? Kau guna sihir ruang tu?"
"Yelah, aku mahir sihir ruang dan angin," Balas King, meyakinkan. Noire kemudiannya mengambil semula dagger dan memberi King sebatang tombak. "Ini bagus dalam sihir ruang dan angin. Berusaha untuk halang tentera-tentera tu daripada serang raja-raja tu,"
King mengangguk. Dia dan Noire berpecah. Noire berada di belakang raja-raja dan pengawal mereka tersebut manakala King di hadapan.
Tentera-tentera tersebut mula menyerang mereka. Noire dan King sedaya upaya cuba menghalang tentera-tentera itu daripada menyerang Saki dan lain-lainnya.
"Baiklah!" Dengan di genggamannya mempunyai pedang ais, Saki meluru ke arah salah seorang tentera Holy Knights dan menyerangnya. Sekali libasan sahaja, pedang gadis itu menghasilkan ais tajam, dan melukakan tentera tersebut.
Mafuyu dan lain-lainnya terkedu melihat gadis tersebut berlawan beberapa tentera Holy Knights bersama Noire di sampingnya.
"Eiji, kita kena buat apa?"
Eiji daripada tadi kelihatan tidak mampu berkata apa-apa. Bahkan mahu menghalang Saki daripada berlawan seorang diri pun badannya tidak terdaya mahu bergerak.
Chris mengeluarkan pedangnya. "Sudahlah, aku akan lawan bersama-sama Saki!"
"Aku ikut!"
"Aku pun! Aku pun!" Ken tidak percaya apa yang dilihatnya. Chris, Akari, Emily dan Saki bersama-sama melawan tentera-tentera Holy Knights. Mafuyu mengenggam tangannya. "Eiji! Sampai bila kau nak duduk diam macam ni hah?!!" Marah Mafuyu dengan amarah yang membuak-buak.
Eiji langsung tidak bergerak seinci. Dia kelihatan trauma. Belum sempat dia mahu menaikkan wajah dan membuka suara, tangan Mafuyu sudah mendarat di pipinya.
"Kau fikir baik-baik. Kita dah tak boleh duduk diam macam ini saja. Generasi sebelum ini juga berperang untuk dimensi bukan? Jadi kenapa kita tak bergerak langsung untuk berjuang juga?" Soal Mafuyu seraya membuang tatapannya pada Eiji. Dia kemudiannya menggunakan sihir akar untuk menghasilkan sebuah alat memanah.
"Aku akan berjuang juga. Aku akan terima keputusan Saki. Ini adalah keputusan terbaik yang kita ada," Setelah berucap, gadis albino itu meninggalkan Eiji dan Ken berduaan, dan menyertai Saki untuk berlawan dalam jarak jauh.
Ken menunjukkan riak tak puas hatinya. "Ugh! Aku pun.. aku pun akan berlawan untuk dimensi ni! Aku tak nak goyang kaki dan dapatkan hasilnya daripada orang lain!" Kini Ken juga meninggalkan Eiji berseorangan. Jejaka dalam 20-an itu terduduk bagai orang yang lututnya sudah longgar. Dia hanya memandang rakan-rakannya yang melawan tentera-tentera Holy Knights.
Aku.. aku tak mampu nak buat apa-apa pun..
Satu demi satu kata-kata Saki, Mafuyu dan Ken berputar dalam kepalanya bak kaset yang rosak.
Apa patut aku buat?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top