13- "Mesyuarat di Dimensi Alter-Earth,"
Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan pelbagai alam serta dimensi.
Jika ada pihak pemerintah, ada wujudnya pihak pemberontak.
Jika ada pihak cahaya, maka disitu juga ada pihak yang diselubungi kegelapan. Kedua-duanya saling berkait.
Lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat dan secara tak langsung melahirkan kewujudan bala.
Bagaimana pula kewujudan cahaya? Benarkah cahaya memang dipandang sebagai pembawa serta pendokong kebaikan? Manakala kegelapan pula dipandang sebagai sebuah bala serta dianggap kurang waras.
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ╗
━━━━━━━━━━━━━
Layar skrin menunjukkan gambar-gambar dimensi. Pelbagai dimensi yang dapat dilihat oleh para raja Dimensi Alter-Earth itu. "Seperti yang kita tahu, banyak lagi dimensi yang pupus hasil daripada Dimensions World War III, dan menyisakan beberapa sahaja dimensi lagi," Terang Danny.
"Apa kaitannya pula?" Soal Akari.
"Puak yang berasal dari dimensi-dimensi pupus dikumpulkan oleh mereka ini, untuk tujuan membina pemberontak, " Danny menukar gambar lain, dan menampilkan sebuah logo yang cukup legenda.
"Holy Knights?"
"Ya. Macam yang tuanku-tuanku tahu, mereka telah berikat kontrak bersama Fabel, dan melahirkan generasi Holy Knights baru bersertakan Seven Human Souls, " Beberapa pasang mata raja-raja tersebut terbelalak mendengarnya.
"Tunggu, bukan ke haiwan terkutuk tu sekadar mitos dan lagenda? Bagaimana pula--"
"Fabel bukan calang-calang haiwan mitos, Raja Emily. Tetapi ia juga merupakan sumber manusia bernafsu untuk mendapatkan kuasa," Sampuk Quine. Emily tampaknya mahu berkata lagi, namun pertanyaan daripada Chris menundakan niatnya.
"Jadi, apa tugas kami?" Soalnya. Riak dari wajahnya cukup membuat Quine mengetahui bahawa Raja Kerajaan Royale cepat menangkap kata-katanya.
"Hanya 10 dimensi yang selamat daripada Dimensions World War III, dan Alter-Earth salah satu daripada dimensi tersebut. Patik mahu tuanku-tuanku semua mempertimbangkan. Bahawa tidak lama lagi perang akan tercetus daripada puak cahaya.. dan kami perlukan bantuan tentera untuk perang yang bakal meragut kuasa dunia serta dimensi," Ujar Quine panjang lebar. Cukup membuatkan raja-raja di hadapannya itu menunjukkan reaksi yang berbeda.
".. Apa dimensi yang tersisa lagi?" Soal Eiji setelah lama berdiam diri.
Danny menukar media pada layar skrin lagi. "Fallen Galactus, Ghost Rule, Death-Live Tribunal, WitchCraft, Atanti-ql-Paneu, Lanterns, Civitas, First Firmament, Reverse dan dimensi ini, Alter-Earth,"
"..Dan yang pupus?"
"Dalam purata 32 dimensi," Jawab Danny, singkat. Saki membuat wajah 'biar betik korang ni.. ' dan dibalas Quine dengan wajah 'itulah kenyataan'.
Eiji menghela nafasnya berat. Membuatkan semua pasang mata memandangnya. Oleh kerana Eiji paling tua di kalangan mereka, dia sering menjadi orang yang menguruskan hal berat sebegini.
"Aku tolak,"
━━━━━━━━━━━━━
Tap Tap Tap
"Q-Quine tunggu dulu!" Seru Saki sambil berlari mengejar Quine dan rakan-rakannya yang mahu meninggalkan dimensi itu. Ia berhasil memegang lengan Quine.
"Tuanku mahu apa? Kerja kami sudah selesai, dan kami harus menyelamatkan rakan kami yang ada dalam situasi berbahaya," Ujar Quine, dingin. Saki kelihatan mahu membantah.
Eiji telah menolak permintaan Quine, dan Saki sungguh tidak berpuas hati mendengar keputusan raja tertua itu. Manakala Emily, Akari dan Christ tampaknya berada dalam posisinya mahu membantah, Ken pula hanya menyokong keputusan Eiji.
"Kita bukan super hero.. dan aku bukan dalam posisi yang berkuasa untuk membantah," Kata-kata Ken terngiang-ngiang di kepala raja Kerajaan Sorbete itu.
Saki sedar bahawa dia tidak bijak dalam menyelesaikan hal perang sebegini. Tambah pula ianya bersoalkan tentang hidup dan mati. Seketika ia teringatkan seseorang, dimana di situ juga ia tersedar. Saki menatap Quine serius. Ternampak keazaman dalam iris muda raja itu.
"A-Aku terima. Aku nak ikut dalam peperangan tu!"
Emily, Christ, Akari, Mafuyu dan Ken terkejut mendengar apa yang dikata Saki. "Saki! Apa yang kau fikirkan, hah?!" Seru Ken dengan wajah bengisnya.
"Aku dah buat keputusan kan? Ini pendirian aku!" Balas Saki seraya menatap jejaka berdarah Korea itu. Ken mengertap giginya, barangkali dia sedang menahan amarahnya. Eiji hanya menatap kedua-dua raja muda itu tenang. "Eiji! Kau tak nak cakap apa-apa ke?" Soal Christ yang ada disebelahnya.
"..." Eiji tidak menjawab, walhal dia mengeluarkan pedang katananya yang sentiasa tersedia di pinggang.
Christ menatapnya pelik. Quine dan Danny turut memandang sesuatu di langit. Saki dan Ken yang berbalah tadi turut berhenti apabila angin dingin meremangkan bulu roma mereka.
KHABOOM!!
Sejak bila pula--?! Christ terkedu. Sebuah libasan besar laju melepasi mereka, dan merosakkan taman istana Kerajaan Sorbete. "Ahhh!! Taman kesayangan aku!!" Seru Saki sambil meratapi taman kesayangannya. "Saki, itu yang kau pentingkan sangat?!" Balas Ken.
GEDEBUK! "Argh!!" Bunyi nangka terjatuh--eh silap, manusia terjatuh lebih memeranjatkan Saki yang ada berdekatan kawasan tersebut.
Dilihatnya ada seorang gadis bersurai hitam yang meringis kesakitan. Dia mengusap-usap pinggangnya. Barangkali sakit sangat sebab terjatuh dari tempat tinggi.. Batin Saki.
Iris hitamnya terbuka, gadis itu menatap Saki di hadapannya, manakala Saki juga menatap gadis itu kagum kerana kecantikannya.
"Uhh.. hi?" Sapa gadis itu dengan wajah yang sukar ditafsirkan.
Baru sahaja Saki mahu membalasnya, Quine dan Danny telah menyampuk dengan memeluk gadis tinggi itu. "Kumiko!! Aku ingat kau dah mampus tanpa bantuan aku!" Kata Quine dengan fake tearsnya. "Ha?" Kumiko membalas kata-kata Quine dengan pandangan jengkel.
"Baguslah kau baik-baik je.. Tunggu, mana Illka?" Soal Danny. Kumiko melepaskan pegangan kedua-dua sahabatnya itu lalu berdiri dan meregangkan badannya.
"Jangan risau, kita ada tetamu jemputan,"
Quine dan Danny tampaknya bingung. Kumiko menunding jarinya di atas langit yang gelap itu. Sesuatu--tidak, kemunculan sosok seseorang yang memang dicari mereka akhirnya kelihatan. Di hadapan mata mereka sendiri. "Hafizul!!"
Jejaka berhoodie biru gelap dan ada kain berglow serta mempunyai pedang berupa metal berkristal di genggamannya itu memandang ke arah rupa suara. Wajahnya menampakkan riak gembira.
Hafizul mendarat dengan selamat, laju saja jejaka bertubuh sedikit sasa itu memeluk Quine dan Danny.
"Wah, lama betul aku tak peluk korang!!" Ucapnya teruja. Quine dan Danny membalas pelukannya. Betul juga. Dah 600 tahun kita tak buat group hug macam ni.. Batin Quine seraya tersenyum kecil.
"Huh? Drama apa ni? Wait--pehal ade ahli PK kat sini?!!" Suara Noire kedengaran. King dan para bodyguard raja-raja juga kelihatan.
"Ugh.." Ryzel, badannya penuh luka biasa, namun ternampak seperti luar biasa. Dia bangkit dari jatuh berkelompok dengan ahli-ahlinya sendiri. Alhasil tolakkannya, Mia dan Rose yang terjelopok bersama tersedar. Menyisakan Asuka yang masih tak sedarkan diri.
"Tak guna kau, Squirrel sin of Gluttony! Ambil ni, Blue Orca!" Rose menyerang mereka, Saki dan raja-raja yang melihat itu hanya tercegat tidak bergerak.
Padahal mereka memang tidak berpengalaman berada di tempat berperang sebelum ini.
Padahal mereka telah mengatakan mereka tidak mahu memasuk campur dengan peperangan ini.
Padahal mereka hanya melihat keamanan dan bukannya pengorbanan puak-puak dimensi lain yang berperang.
Walhal jujurnya mereka masih tidak bersedia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top