12- "Raja dan Kerajaannya,"
"Selamat tengah hari tuanku. Patik dari Kerajaan Cherry Blossom menghantar empat orang remaja dari dimensi lain untuk menghadap tuanku," Ucap Haruki dengan penuh dedikasi.
Kerusi diraja yang dapat berputar itu berpusing, memaparkan sosok raja Kerajaan Sorbete.
"Selamat tengah hari. Angkatlah wajah-wajah kalian," Mereka berenam mengangkat wajah. Flora, Haruki dan Quine menunjukkan ekspresi tenang. Manakala tiga orang lagi sahabat mereka sudah terngangga hebat.
"Selamat berkenalan, nama beta Raja Mayonaka Saki," Ujar Saki dengan petah sekali. Senyuman di bibirnya turut kelihatan apabila berhadapan dengan enam orang rakyat jelata di hadapannya.
'S-Sebenarnya raja kerajaan ni perempuan?!!'
━━━━━━━━━━━━━━
Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan pelbagai alam serta dimensi.
Jika ada pihak pemerintah, ada wujudnya pihak pemberontak.
Jika ada pihak cahaya, maka disitu juga ada pihak yang diselubungi kegelapan. Kedua-duanya saling berkait.
Lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat dan secara tak langsung melahirkan kewujudan bala.
Bagaimana pula kewujudan cahaya? Benarkah cahaya memang dipandang sebagai pembawa serta pendokong kebaikan? Manakala kegelapan pula dipandang sebagai sebuah bala serta dianggap kurang waras.
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ╗
━━━━━━━━━━━━━━
"Huh? Awat korang terngangga besar sangat ni?" Soal si Raja Kerajaan Sorbete, Mayonaka Saki. Dahinya berkerut seribu, pelik melihat reaksi tiga orang yang terkejut melihatnya. Manakala seorang lagi hanya menatapnya biasa.
Saki memandang Quine lekat-lekat. 'Rasa macam aku pernah lihat saja wajah minah ni.. tapi.. kat mana ya?' Soal Saki pada dirinya sendiri.
Yamato yang melihat itu berbisik padanya. "Tuanku, kenapa tuanku tatap pendatang luar itu lekat-lekat?"
"Mungkin nak jadikan dia sebagai makan malam hari ini," Sampuk Aaron separuh berbisik. Yamato dan Saki memandangnya datar serta jengkel, yang dipandang hanya ketawa berseorangan.
"So, apa hajat kamu ke mari?"
Danny, Flora dan Haruki memandang Quine. Quine yang dipandang pun menatap mereka sekilas lalu mendongak menatap si raja.
"Tuanku, patik mahu kita bertiga, patik dan Danny berbincang soal Dimensions World War," Seketika si raja terpukul bisu mendengar itu. Flora dan Haruki pada mulanya bingung mendengarnya, manakala Noire dan King sipu-sipu faham je.
'Betul tekaan aku, minah pendek ni bukan calang-calang,' Ujar Saki dalam hatinya.
"Yamato, Aaron, bawa pelawat yang lain bersantap di ruang makan. Beta serta dua pelawat ini akan berbincang sebentar di bilik berbicara," Yamato dan Aaron menganggukkan kepala mereka lalu mempelawa Flora, Haruki, Noire dan King untuk bersantap.
"Jenne Flora,"
Flora terkejut apabila si raja memanggil namanya. Dengan gementar ia berpusing dan memandang Saki.
Raja itu tersenyum senget. "Syukurlah kau sihat-sihat saja. Bagaimana dengan bonda?" Flora memperbetulkan posisi dirinya apabila disoal. "Baik. Bonda sihat sahaja," Melihat tiada apa-apa yang mahu dikatakan Saki, Flora menunduk hormat kepadanya lalu mahu beredar. Tetapi langkahnya terhenti apabila Saki bertanya.
"Aku dengar bonda telah kahwin,"
Ya, itu dia. Mahu saja dia melenting.
Tetapi Flora memilih untuk tetap bersabar dan tenang. "Ya," Jawabnya singkat. Saki tersenyum sinis, dia bangun dari singgahsananya lalu beredar ke ruangan lain diikuti Quine dan Danny. Noire tampaknya mahu mengikut but dihalang Yamato.
Flora hanya melihat Saki yang semakin menghilang, dia menghela nafas lelah lalu kembali mengikuti Haruki dan lain-lain.
"Kau OK?" Soal Haruki. Flora tersenyum tipis padanya. Dengan itu, tahulah dia Flora baik-baik sahaja. Mereka berjalan beriringan dan mengikuti Yamato yang masih menunggu mereka.
━━━━━━━━━━━━━━━
"Hmm..."
Seorang gadis bersurai susu lekat bergumam sendirian di meja kerjanya yang berselerak. Dengan jari-jemarinya mengetuk berkali-kali meja tersebut sambil meratapi dokumennya.
"Mafu--"
"Panggil aku raja," Laju saja gadis bersurai susu lekat itu menyampuk panggilan gadis bersurai pink yang dikenali sebagai bodyguardnya itu.
"Raja Mafuyu, tuanku ada panggilan dari raja Kerajaan Sorbete," Ichinose Mafuyu, gadis muda yang dikenali sebagai Raja Kerajaan Cherry Blossom itu menghela nafasnya berat. "Sambungkan ke sini," Arahnya dengan nada malas.
Gadis bersurai pink itu menyambungkan panggilan daripada kerajaan tetangga. Didengarnya suara Saki menyapa.
"Mafu!!!!! Konnichiwaaaa~"
Damn, minah ni memang carik pasai ngan aku. Tau-tau je aku tengah sibuk, Batin Mafuyu sambil mengurut dadanya perlahan.
"Ape kau nak, setan?" Soalnya. Kedengaran suara tawa di dalam talian. Tetapi kemudiannya diganti dengan helaan nafas serius. "Mesyuarat. Ada benda penting yang nak dibincangkan," Mafuyu tatkala itu mahu saja membaling telefon biliknya serta flip mejanya yang berselerak. Mesyuarat? Mesyuarat lagi? Alahai..
"Memangnya benda apa yang penting sangat nak dibincangkan?"
Deru angin sepoi-sepoi menerbangkan kelopak bunga sakura serta debuan dandelion. Balasan daripada pihak lawan dalam talian cukup membuat raja muda itu terkedu.
"Okay, aku datang,"
Ujarnya singkat lalu mematikan panggilan dan segera menyarung kot bertuliskan 'Eleventh Sakura Ruler' serta mahkotanya. "Nampaknya aku perlukan masa rehat walau zaman perang," Gumam Mafuyu dengan pasrahnya.
━━━━━━━━━━━━━━━
Takk
Kasut but berwarna biru muda kelihatan di ambang pintu istana Kerajaan Sorbete. Gadis berukuran 20-an serta rambutnya sependek siku berwarna biru pastel kelihatan. Dengan dua bodyguard lelaki disampingnya membuatkan Raja Kerajaan Zephyr itu kelihatan lebih megah.
Raja Saki menyambutnya dengan senyuman mesra. "Awww Emily!"
"Saki!!~" Kedua gadis itu saling berpelukan, menampakkan betapa mesranya persahabatan mereka. "Hei! Hei! Aku nak jugak!!" Sahut seorang jejaka bersurai coklat serta warna mata hazel-emasnya. Dia memakai kot 'Sixth Terra Ruler'.
Jejaka yang lebih tinggi darinya dengan mengenakan kot 'Tenth Sun Ruler' menarik kolar milik jejaka bersurai coklat sebentar tadi. "Kau jantan. And bukan bebudak lagi, Akari," Kata jejaka yang nescaya merupakan raja Kerajaan Sun, Ken Xinnelt. Manakala Akari ataupun nama panjangnya, Akibara Akari merupakan raja Kerajaan Terra.
"Alah, apa salahnya? Sejak bila pulak kita kengkawan takleh berpelukannnnnn??" Rungut Akari tak puas hati. Emily dan Saki tertawa melihatnya.
Seorang jejaka bersurai blonde dan memiliki armor penuh di badannya mendekati Akari dan Ken. "Tak salah pun. Meh sini!"
"Huwahhh!!"
Ken dan Akari dipeluk sang jejaka blonde, Christ Pendragon. Akari membalasnya manakala Ken berusaha melepaskan diri. Wajahnya bagai nampak hantu bhai.
"Oi, oi. Aku takut si 'Tenth Sun Ruler' pergi meninggalkan kita dahulu sebelum Eiji pergi," Sahut Mafuyu yang baru sahaja tiba di ambang ruang utama istana. "Kejam juga kau ya. Nasib si Eiji belum sampai," Ujar Christ sambil meleraikan pelukan 'maut'nya.
Mafuyu memflip rambut panjangnya. "Heh, kisah apa aku?" Balas Mafuyu dengan bergayanya.
"Aku kisah,"
Saki, Emily, Christ dan Akari terkejut melihat kedatangan orang yang dikutuk mereka tadi tiba-tiba muncul di ambang pintu istana. Ken act cool saja.
Mafuyu berpaling. Menghadap jejaka 'Fourth Fulmination Ruler' yang paling tua dalam kalangan mereka. Senyum sinisnya tak lekang di bibir. "Oh? Panjang umur kau," Balas Mafuyu tenang. Walaupun paling muda dalam kalangan raja-raja, namun sikap tenang dan perangai babunnya sungguh mencabar raja lain terutama Eiji dan Ken.
Deheman seseorang membuatkan mereka berpaling menatap si empunya suara. "Boleh kita jalankan mesyuarat sekarang?"
Saki berjalan sehingga ke samping Quine. Lalu berpaling menghadap raja-raja lain yang tercengang. "Ayuh," Ajaknya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top