11- "Raja Kerajaan Sorbete itu Perempuan?!"

Absolute, sword slash,"

"?!!!"

Satu serangan kuat menghasilkan asap dan membelah segala-galanya. Kumiko sempat mengelak ke samping perangkap supaya ruangan tersebut pecah tanpa mengenanya dan Illka. Asuka, Rose dan Ryzel membuka mata mereka perlahan-lahan, dan apa yang dilihat mereka adalah beberapa kayu balak di hadapan dan belakang mereka terbelah dua, sungai yang cetek tadi kini juga terbelah dua. 

Kumiko perlahan-lahan bangun walau sakit di tubuhnya meringis. Dia mendapatkan Illka, gadis itu terlihat tidak cedera di mana-mana, Kumiko berasa bersyukur.

"Aku sempat datang tepat pada masanya,"

Mata Kumiko membulat apabila mendengar suara yang terdengar familiar baginya. Dia menoleh, dengan perasaan bercampur aduk, Kumiko sangat lega melihat sosok seorang lelaki berhoodie dengan pedang metal berkristal di tangan kirinya.

"Hafizul!!"

━━━━━━━━━━━━━━

Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan telah menaiktaraf, begitu juga bahagian cahaya.

Di zaman pemerintahan kuno, ada kepercayaan kepada benda mistik--ilmu sihir atau lebih tepatnya adalah ilmu hitam.

Di zaman itu juga ada lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat. Mengikut lagenda, akan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights. Merekalah yang akan mengubah nasib dunia. Yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...

━━━━━━━━━━━━━

FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ╗

━━━━━━━━━━━━━━

Tap Tap Tap

Terlopong mulut King dan Noire melihat bandar Kerajaan Cherry Blossom. Terpesona dengan keindahan flora dan fauna yang jinak hidup bersama populasi manusia. Walau teknologi moden ada di sekeliling, namun kehidupan fauna hidup sama taraf dan seimbang dengan manusia.

"Gila cool!"

"Mhm.. Aku mengaku tu," Sokong Noire. Mata mereka berdua masih tak lekang dari melihat bandar yang mempersona itu.

Sebuah senyuman terukir di bibir Flora. "Ini Kerajaan Cherry Blossom. Salah satu daripada tujuh kerajaan yang terletak di antara Kerajaan Sorbete dan Kerajaan Sun," Terang Haruki.

"Flora," Panggil Quine yang tampaknya sibuk menatap puncak menara istana Kerajaan Cherry Blossom.

"Ya?" Flora mendapatkan Quine. "Kau kan adik kandung Raja Saki. Berasal daripada Kerajaan Sorbete pulak tu. Kenapa kau menetap kat Kerajaan Cherry?"

Flora's P. O. V on..

"Kau kan adik kandung Raja Saki. Berasal daripada Kerajaan Sorbete pulak tu. Kenapa kau menetap kat Kerajaan Cherry?"

Damn. Banyak-banyak soalan, kenapa dia tanya yang ni? Ya Tuhan, kau kuatkanlah hati ini. "Ayah dan ibu kami bercerai. Saya ikut ibu menetap di sini," Beritahu tentang isinya saja cukup kan?

Quine mengangguk-anggukkan kepalanya faham. Aku mengurut dada, syukurlah orang pendek ni tak banyak tanya.

Flora's P. O. V of..

"Haruki, kau kata ada tujuh kerajaan kan?"

"Haah,"

"Lagi empat kerajaan tu namanya apa?" Soal King excited. "Kerajaan Terra, Zephyr, Fulmination dan Royal,"

"Zephyr tu elemen angin kan? Fulmination tu elemen kilat dan Terra tu elemen Bumi. Tapi kalau Royal.. abang tak tahu," Nampaknya Danny turut mengjoin perbualan Haruki dan King.

"Royal tu elemen cahaya. Kerajaan itu satu-satunya pengimbang elemen kerajaan-kerajaan lain," Terang Haruki. King dan Danny mengangguk-anggukkan kepala mereka apabila mendengar itu. "Baiklah, baiklah. Kami hendak ke Kerajaan Sorbete," Sampuk Noire.

Flora terlihat tak senang. Haruki memandang rakan gadisnya itu sebelum kembali menatap Noire, Quine, King dan Danny.

"Okay. Mari kami tunjukkan jalannya,"

━━━━━━━━━━━━━━━

Meanwhile, di Kingdom Sorbete...

BANG!

PRANGG!!

BOOMM!!!

MEOWWW!!!!

"JANGAN LARI, AARON! MARI SINI KAU!!"

"OYEMJI! OYEMJI! TAKUTNYA SAYAAA~"

"BA *piii* SETAN *piii* PUNYA ABANG!!!" Terlihat di tingkat bawah istana Kerajaan Sorbete, seorang remaja lelaki beriris merah dengan baju butlernya mengejar seorang jejaka yang lebih tua darinya.

Mereka berdua berlari sehingga Aaron tersekat di belakang kerusi diraja. Terperasan bahawa tiada tempat untuk escape, Aaron berlari mengelilingi kerusi tersebut dengan dikejar oleh remaja yang lebih muda darinya.

"Yama, stop it! Tengoklah wajah kesayangan abangmu ini! Habis dipenuhi peluh!" Rengek Aaron yang bersorok di belakang kerusi diraja.

Yamato Suzuki, remaja itu mengelap peluhnya dan mengatur pernafasannya kerana lelah. Dia menggedik meluat apabila Aaron merengek ala-ala pondan. Eww...

"Siapa suruh kau prank tunang Raja, hah?! Ambik ni, Thunderbolt!!" Yamato menyerang Aaron dengan kuasa elementary petirnya. Tetapi dengan mudahnya abangnya itu mengelak. Baginya biasa saja elakkan tu.

Tapi kalau mengelak dengan badan menggedik-gedik ala perempuan pehal an?

"Meluat, seng*piii*" Seru Yamato, geli dengan perbuatan abangnya. Abangnya. Ya, abangnya.

Sedang sibuk mereka berperang(?) dua sosok menghampiri mereka. Seorang gadis bersurai hitam dengan style bob sedang memapah seorang jejaka bersurai brunette.

"Abang, dah okey sikit kaki tu?" Soal gadis itu gelisah. Iris biru mudanya memperlihatkan bahawa dia sedang risau. Jejaka beriris hijau memandangnya dengan senyuman kecil dibibir. "Alah, sikit je ni. Nanti baiklah tu," Balas jejaka itu dengan santainya.

Gadis itu mencebik. "Eleh, padahal sayang yang papah--"

"Ehek! Baiklah, baiklah sayangku intan payung! Maafkan abang sebab murka!" Cepat saja jejaka itu membalas. Dengan cemberut di wajah sang gadis, laju dia melepaskan papahan. Untung aja jejaka itu cepat mengimbangkan diri.

"Nanak kawan Urata!"

Dengan paniknya jejaka bernama Urata itu terhuyung-hayang mendapatkan sang gadis.

"Saki-chan, maaf! Abang tak bermaksud--"

PTANGG! Terkedu Saki apabila mahkota rajanya terpelanting di atas lantai istana. Urata juga turut membisu. Sebuah perempatan muncul di kepala sang raja.

"T-Tuanku! Maafkan patik--"

Aaron dan Yamato terkejut beruk apabila sang raja memandang mereka dengan irisnya berwarna biru muda sebentar tadi kini berubah menjadi merah dan terlihat penuh dengan amarah.

Urata dengan segera meninggalkan dua butler itu. Tunangnya, Mayonaka Saki merupakan raja Kerajaan Sorbete. DAN dia akan naik angin jika mahkota dirajanya jatuh atau sengaja dijatuhkan oleh Aaron, Yamato, permaisuri dan raja kerajaan lain.

"P-P-Patik boleh jelaskan--"

"Glaze Permafrost!"

"GAHHH!!!"

━━━━━━━━━━━━━━━

Flora dan Haruki menatap istana Kerajaan Sorbete itu pelik kerana terdapat kuasa elemen ais yang meliputi istana tersebut. Bukan diselaputi dengan baik, tetapi terlihat kuasa yang digunakan sehingga memecahkan pintu masuk istana serta bumbung.

Manakala King, Noire dan Danny menatap situasi itu dengan penuh terpesona. Padahal ianya sebuah accident.

"J-Jomlah masuk," Ajak Haruki.

Mereka berenam memasuki istana ais itu. Berjalan melalui red carpet diraja sehingga ke ruang kerusi diraja. Kerusi diraja ada dua, dan salah satunya menghadap belakang, pastinya ada seseorang yang duduk yakini ianya adalah raja Kerajaan Sorbete.

Dua orang butler diraja ada disampingnya.

"Selamat tengah hari tuanku. Patik dari Kerajaan Cherry Blossom menghantar empat orang remaja dari dimensi lain untuk menghadap tuanku," Ucap Haruki dengan penuh dedikasi.

Kerusi diraja yang dapat berputar itu berpusing, memaparkan sosok raja Kerajaan Sorbete.

"Selamat tengah hari. Angkatlah wajah-wajah kalian," Mereka berenam mengangkat wajah. Flora, Haruki dan Quine menunjukkan ekspresi tenang. Manakala tiga orang lagi sahabat mereka sudah terngangga hebat.

"Selamat berkenalan, nama beta Raja Mayonaka Saki," Ujar Saki dengan petah sekali. Senyuman di bibirnya turut kelihatan apabila berhadapan dengan enam orang rakyat jelata di hadapannya.

'S-Sebenarnya raja kerajaan ni perempuan?!!'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top