10- "Kedatangan The Squirrel Sin of Gluttony,"
Di episod lepas, Kumiko dan Illka sedang bersiar-siar berduaan dan pada masa yang sama mereka terpisah dek kerana Kumiko yang terlalu bersemangat untuk berjalan-jalan dalam keramaian di pasar malam. Sementara mencari sosok Kumiko, Illka tersandung kerana seorang gadis brunette yang melanggarnya. Gadis itu mahu menolongnya, tetapi Illka malah tergesa-gesa untuk meminta diri. Kumiko datang meleraikan pegangan gadis brunette yang tampaknya seperti mengesyaki Illka adalah seorang ahli Pengiring Bala. Gadis itu kemudiannya memperkenalkan diri sebagai Rose.
Manakala Danny dan King pergi membeli-belah makanan serba sedikit untuk dimakan. Danny sempat melirik seorang gadis bersurai hitam dan bertoncang dua yang baginya familiar, merasakan tidak sedap hati, mereka berdua terus pulang ke tempat Quine dan Noire berada. Setelah melihat Quine dan Noire yang tampaknya cemas dan panik, mereka terus bertanyakan apa yang terjadi sepanjang talian. Kini, dua orang rakan mereka dalam kesusahan.
━━━━━━━━━━━━━━━
Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan telah menaiktaraf, begitu juga bahagian cahaya.
Di zaman pemerintahan kuno, ada kepercayaan kepada benda mistik--ilmu sihir atau lebih tepatnya adalah ilmu hitam.
Di zaman itu juga ada lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat. Mengikut lagenda, akan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights. Merekalah yang akan mengubah nasib dunia. Yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ: ᴘʀᴏʟᴏɢᴜᴇ ᴀʀᴄ╗
━━━━━━━━━━━━━
Di sebuah ladang strawberi, terlihat ada dua sosok remaja. Seorang gadis memetik strawberi, manakala rakan lelakinya menyiram ladang tersebut menggunakan sihir yang terhasil daripada tangannya. Gadis itu melaksanakan tugasnya sambil berhumming, barangkali hatinya ringan dan sangat senang sekali dengan cuaca pada hari tersebut.
"Kau suka lagu tu ke, Flora?" Flora, gadis itu terhenti bernyanyi. Gadis beriris hijau muda dan bersurai pendek berwarna merah itu mengembungkan kedua-dua pipinya sambil memandang pemuda yang mempunyai rambut berwarna putih dan beriris biru tua, barangkali rakan lelaki rapatnya.
"Kau ni, kalau aku selalu nyanyi lagu tu, maksudnya aku sukalah!" Remaja lelaki itu memutar bebola matanya bosan. "Yalah, aku mana tahu macam mana perempuan ni.." Balasnya dengan nada bosan.
Flora, dia memetik strawberi-strawberi yang telahpun masak di ladang tersebut. Sambil-sambil itu telinganya mendengar rakannya berkata-kata.
"Kau selalu balas macam tu, Haruki. Cubalah rajin-rajin belajar tentang hal perempuan ni. Kau juga yang merengek takde girlfriend," Sahut Flora yang masih tekun memetik strawberi. Sebenarnya aku nak kau selalu di sisi aku supaya dapat belajar hal perempuan tapi..nampaknya kau hanya pandang kita sebagai rakan rapat je.. Desis hati Flora sayu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya, menepis apa yang difikirnya sebentar tadi.
"Flora?"
"Hmm..?"
"..Kau tak kisah ke kalau kebun anggur kau musnah?" Flora yang sibuk tekun memetik epal tadi kini menatap Haruki hairan. "Of course aku kisah, tu kebun kesayangan aku," Balas Flora, dia meletakkan strawberi yang dipetik tadi ke dalam bakul sebelum menghampiri Haruki. "Kau tengok atas tu," Arah Haruki.
Flora patuh dan melihat langit, walaupun pada mulanya silau hendak mendongak, kornea matanya perlahan-lahan menstabilkan cahaya yang masuk ke dalam mata. Setelah beberapa saat, ia dapat melihat apa yang ditunjuk Haruki di langit.
"H-Haruki!! Cepat buat gelongsor ais kau dan bagi diorang landing dengan selamat!!" Arah Flora dengan tegas kepada Haruki.
"B-Bukan kuasa tumbuhan kau lagi elok capai diorang ke?!!" Balas Haruki yang juga terlihat panik.
"Buat jelah!! Cepat!!"
Atas desakkan Flora, Haruki bertindak memfokuskan fikiran dan meraih kedua-dua tangannya ke langit. "Ice Make; Slider!!" Dari kedua-dua tangannya, elemen ais kelihatan dengan rupa cecair, membentuk gelongsor tepat pada masa empat orang remaja menggelongsorinya sehingga landing dengan selamat di tanah lapang. Flora menghampiri remaja-remaja yang secara tiba-tiba muncul dari langit itu.
"K-Korang semua okay? Ada cedera?" Soal Flora cemas. Haruki menepuk pundaknya perlahan, bagi menenangkan gadis yang cemas itu.
"Aduduhh.. Ah? Ini di mana?" Soal seorang lelaki bersurai hitam. Warna matanya sama dengan rambut, dia bangkit dari duduknya. "Ah.. ini Dimensi Alter-Earth, kamu semua dari dimensi mana ni?" Soal Haruki. Dia memandang King yang sedang menepuk-nepuk bajunya kerana sedikit kotor. Macam kenal.. Fikir Haruki setelah melihat wajah King jelas-jelas.
"Kami dari Dimensi Manusia, saya Danny. Ini Harlequin. Yang rambut pendek coklat-merah jambu tu Noire. Sebelah dia tu Quine," Ujar Danny sambil menjadi wakil memperkenalkan diri kepada Flora dan Haruki.
"Saya Flora. Ini rakan saya, Haruki," Haruki menunduk sedikit sebagai tanda selamat berkenalan.
"Dimensi Manusia? Korang ni berasal dari dimensi lain atau memang manusia berkuasa?" Quine menatap Flora yang bertanya. Sebelum menjawab, dia menghembuskan nafas lelah. "Kami dari dimensi lain-lain. Kecuali dia," Jawab Quine sambil menunjukkan King yang berdiri bersebelahan Danny. Flora dan Haruki mengangguk paham. "Ada apa korang semua mahukan ke sini? Kami boleh bantu serba sedikit,"
Quine dan Danny tersenyum mendengar pelawa Flora.
━━━━━━━━━━━━━━━
"Huff.. huff.." Nafasnya tercungap-cungap, ia lelah berlari sambil mengendong seorang gadis yang lebih kecil darinya dibelakang. Merasa ada serangan datang, ia cepat mengelak. Sebuah peluru berpandu mendarat tepat sebaik sahaja ia mengelak.
"Cis, tak kena pula," Gumam seorang gadis bersurai putih dan beriris ungu, yakni namanya Mia. Dia berada dibalik pohon balak yang menghalang laluan sungai. Nasib baiklah sungai itu surut.
DAKK DAKK DAKK
"Argh!! Abang, lari tu tengoklah orang!!" Marah Mia, tidak puas hati. Mana tidaknya, akibat Ryzel yang berlari tanpa menghiraukan orang belakang iaitu Mia, dia kini basah dek kerana air sungai yang terpecik daripada efek larian Ryzel yang kuat.
"Oops! Maaf, Mia!!!" Seru Ryzel cuak seketika. Tak sempat langsung jejaka itu berpatah balik dan meminta maaf, dia lebih pentingkan target yang sedang dikejari oleh mereka-- Mia, dia, The Patience dan The Kindness. Target itu adalah Kumiko, dan dia mengedong sekali Illka bersamanya.
"Justice Double Shotgun!" Ryzel, selaku pemegang gelaran The Justice, dia menyerang Kumiko bertalu-talu dengan duo pistol kecil yang selalu ada disampingnya semasa dia tidak menggunakan pedang beratnya. Rose dengan lajunya berlari sehingga ke samping Ryzel. "Oi, mana Asuka?" Soalnya dingin. Ryzel yang berlari seiringannya melempar pandangan hairan.
"Bukan dia--"
"Kindness, Board Dimension Trap!"
"Ha, tu. Panjang umur," Ujar Ryzel selamba. Rose mendongak ke langit, dia dapat melihat Asuka dengan bergayanya mengaktifkan kuasa human soulnya. Budak ni.. Mesti tengok kartun dengan anime banyak sangat.. Batin Rose sambil berkeringat.
Baiklah, berbalik kepada watak utama kita yang dikejar empat watak utama sampingan di belakang tadi. Kumiko tidak lagi merasakan kedua-dua kakinya kerana terlalu lenguh. Illka juga dibelakangnya masih tidak sedarkan diri efek kuasa human soul milik Rose. Dia hanya mampu mengutuk dirinya sendiri. Sudahlah telefon bimbit Illka tercicir, dia pula hanya mampu melarikan sejauh mungkin daripada orang ramai. Barangkali dia tahu Shuvi dan yang lain-lainnya sungguh panik mencari dia dan Illka.
ZZAPP!!
"Agh!! Dang, aku tak sangka Kindness akan gunakan perangkap dimensi.." Gumam Kumiko. Dirinya dan Illka terperangkap dalam sebuah ruangan kosong tanpa graviti, sekaligus ruangan tersebut perlahan-lahan mengkaburkan pandangannya. Kini, dia merasakan hendak berlawan pun berputus asa. Empat lawan satu? Sungguh tidak adil.
Kumiko dapat melihat para Pendorong Kebaikan menghampiri mereka, dan apabila Asuka, The Kindness ingin meraih perangkapnya...
"Absolute, sword slash,"
"?!!!"
Satu serangan kuat menghasilkan asap dan membelah segala-galanya. Kumiko sempat mengelak ke samping perangkap supaya ruangan tersebut pecah tanpa mengenanya dan Illka. Asuka, Rose dan Ryzel membuka mata mereka perlahan-lahan, dan apa yang dilihat mereka adalah beberapa kayu balak di hadapan dan belakang mereka terbelah dua, sungai yang cetek tadi kini juga terbelah dua.
Kumiko perlahan-lahan bangun walau sakit di tubuhnya meringis. Dia mendapatkan Illka, gadis itu terlihat tidak cedera di mana-mana, Kumiko berasa bersyukur.
"Aku sempat datang tepat pada masanya,"
Mata Kumiko membulat apabila mendengar suara yang terdengar familiar baginya. Dia menoleh, dengan perasaan bercampur aduk, Kumiko sangat lega melihat sosok seorang lelaki berhoodie dengan pedang metal berkristal di tangan kirinya.
"Hafizul!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top