09- "Cahaya seorang Murderer,"
Dalam sedutan episod lepas, ahli-ahli The Seven Human Souls berkumpul di tempat official pendorong kebaikan mereka. Mereka membincangkan tentang rancangan untuk menjadi lebih terlatih dan bersedia kerana ahli-ahli The Seven Deadly Sins juga sudah mula membangun dan mengumpulkan diri dalam keramaian manusia serta dimensi lain. Tak lain tak bukan, Ryzel yang merupakan anak buah kesayangan Lord Borion disyaki mengetahui tentang hal ini terlebih dahulu sebelum mereka.
Sementara itu, Quine dan rakan-rakannya bersiar-siar mengambil angin malam di pasar besar Cameron Highland. Kumiko dan Illka pergi berduaan meneroka pasar, King juga menarik Danny sekali untuk membeli serba sedikit makanan yang baginya sedap-sedap. Tinggalah Quine bersendirian bersama Noire.
Tak lama kemudian, Noire ditelefon Illka dengan nada tergesa-gesa. Belum sempat Noire menjawab, panggilan terputus, diikuti dengan jeritan orang-orang yang berada di pasar besar malam itu.
━━━━━━━━━━━━━━━
Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan telah menaiktaraf, begitu juga bahagian cahaya.
Di zaman pemerintahan kuno, ada kepercayaan kepada benda mistik--ilmu sihir atau lebih tepatnya adalah ilmu hitam.
Di zaman itu juga ada lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat. Mengikut lagenda, akan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights. Merekalah yang akan mengubah nasib dunia. Yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ʙᴇɢɪɴɴɪɴɢ ᴀʀᴄ╗
━━━━━━━━━━━━━
Sepasang mata berwarna hitam itu kerap kali meliar ke kanan dan ke kiri. Hidungnya pula menangkap pelbagai bau yang melazatkan. "Hmm.. banyak sangat sebenarnya yang aku nak buat ni.." Gumam gadis itu, Kumiko.
Mendengar itu, dengan pantas Illka mengcheck dompetnya. Mana tau tak cukup, perempuan yang merupakan kawan baiknya kini baru saja melihat dunia luar, pasti banyak menggunakan wang. Asyik memikirkan berkali-kali, Illka menyakitkan fikirannya sendiri. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya bagi menepis mengingati perkara tersebut.
Fikirannya lebih berserabut apabila ia tidak mendengarkan suara Kumiko yang selalu berisik itu. Dengan pantas Illka menatap sekelilingnya. Ramai orang, dan makin sesak. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan teringat sesuatu..
"Shit.. Miko takde phone..Haih lembapnya aku.."
Dahinya dipicit-picit bagi mengurangkan sakit kepala, tapi perbuatannya itu malah lebih menyakitkan dari sebelumnya! "Sudahlah, baik aku cari--Aduh!" Illka tersandung, dia terjatuh terduduk. Nasib baiklah tidak terlentang. "A-Ah! Maafkan saya! Maafkan saya!" Sebuah suara kedengaran di deria pendengarannya, Illka melihat ada seorang gadis bersurai coklat dan berikat menghulurkan bantuan kepadanya.
Namun, Illka malah menunjukkan riak terkejut dengan keringat dinginnya. Tangan yang dihulurkan langsung tidak disambut. Gadis dihadapannya melihat Illka hairan.
"Erm...Awak okay? Maaflah, saya kejar seseorang sampai tak melihat orang sekeliling tadi.." Gadis itu lebih terdiam apabila ia melihat Illka bangun sendiri dengan tergesa-gesa. "T-Tak mengapa, saya okay saja. Umm..jumpa lain kali ya? Saya pun tengah cari orang--" Belum sempat Illka melarikan diri, lengannya ditarik.
"Illka Bloodborne, 16 tahun. Dikenali sebagai Leader of Racer dalam Dimensi Sihir, kau juga merupakan anak kepada Presiden Dimensi Sihir. Lahir dengan berdarahkan ahli Pengiring Bala, berkuasakan sihir Absolute Illusion. Kau tinggal di Rusia dan menjumpai Shuvi, ahli terpenting dalam The Seven Deadly Sins. Selepas itu dia dan kau bersama-sama dan membuka cafe bagi mengisi masa lapang di dimensi ni.."
Illka memandang gadis yang memegang lengannya dengan tatapan terkedu. Dia nak berkata apa-apa, namun sayang, dia terlalu takut dan cemas dengan perlakuan gadis yang tidak dikenalinya.
"Hei, jangan kacau kawan aku,"
Suara yang familiar ditangkap deria pendengarannya. Seorang gadis yang lebih tua darinya dan bersurai hitam panjang meleraikan pegangan gadis yang bersurai coklat tadi. Akhirnya Illka mampu mengawal panik dan memaparkan pandangan 'tidak tahu apa-apa' kepada gadis yang memegang lengannya sebentar tadi.
Gadis yang memiliki iris brunette dan warna rambut yang sama dengan warna matanya tergelak kecil. Juga kedengaran sangat sinis. "Maaf, nampaknya aku salah orang, hahaha.." Kumiko menatap tajam gadis dihadapannya. "Cik, lain kali sebelum mengesyaki, lebih baik cik siasat betul-betul," Ucap Kumiko, tampak sangat nadanya tegas. Illka dibelakangnya lebih terasa tenteram dan selamat apabila Kumiko berucap begitu.
"Heh, aku tak salah,"
"?!!"
Gadis brunette itu langsung tak mendengarkan Kumiko, sebaliknya ia tersengih sinis. Perbuatannya mengejutkan Kumiko dan Illka bersamaan. Perlahan-lahan warna mata coklatnya berubah menjadi warna merah terang, kulitnya yang sedikit gelap tadi kini berubah perlahan-lahan ke warna sawo matang.
"Hai, nama aku Rose, mungkin korang lebih mengenali aku dengan nama The Patience.."
━━━━━━━━━━━━━━━
"Woah! Abang Danny! Makanan kat sana tu nampak sedap!" Danny terkial-kial berlari anak-anak mengikuti King yang sudah laju kehadapan sambil menunjuk kentang putar yang sedang digolek dan mengeluarkan aroma yang wangi. Danny, pemuda itu menarik nafasnya dan menghembus dengan lelah. Di tangannya menjinjing pelbagai makanan segera yang dibeli demi kehendak remaja lelaki di hadapannya itu.
"Tapi King, dah banyak ni. Nanti tak habis membazir.."
King, remaja lelaki itu membuat wajah cemberut. Bibirnya memuncung panjang. Eii gunting karang baru tahu.. Batin Danny yang sebenarnya merungut. "Please! Please! Satu je lagi!" Pinta King dengan puppy eyes. Danny seketika terfikir sesuatu.. SEJAK BILA BUDAK NI TENGOK ANIME?!!
Danny menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya. "Okay, satu je lagi,"
"Yay!!!"
King melompat-lompat keriangan tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Terus memesan sebatang ketang putar yang dimasak dengan dibakar, Danny tanpa ragu-ragu membayarnya, memandangkan ianya menu terakhir(mungkin) yang diminta King. Setelah membayar dan mendapatkan ketang putar tersebut, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat Quine dan Noire berada.
Iris hitam milik Danny tertarik dengan seorang gadis bertoncang dua dan rambutnya bersurai hitam. Dia seperti pernah familiar dengan gadis yang ditatapnya. "Abang Danny?"
Danny tersedar dari lamunannya. Dia melihat King yang menatapnya risau. "Ah.. sorry, sorry, jom," Ajak Danny sambil memimpin tangan King yang lebih kecil darinya. Hati Danny merasakan berada dekat dengan gadis bertoncang dua itu mendatangkan keributan. Lebih baik rasanya ia dan King mengundur diri ke tempat lain dahulu sebelum mereka akan bersemuka sesama sendiri.
"Abang Danny kenapa tadi? Kenapa abang pandang akak yang nak tangkap ikan emas tu macam abang kenal dia?" Banyak pulak soalan budak ni..Rungut Danny. Dahlah penat, ditujukan bermacam-macam soalan pulak tu.
"Takde apa, cuma abang cam muka dia dengan seseorang yang pernah abang jumpa atau abang pernah rapat," Jawab Danny sambil memandang lampu-lampu yang menghiasi sepanjang jalan pasar besar tersebut. King hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, tanda ia memahami. "Saya pasti orang tu seseorang yang penting dalam hidup abang,"
Danny menatap remaja yang lebih muda daripadanya itu dengan tatapan hairan. "Mama selalu kata orang yang macam tu pasti ada kisah pahit dengan orang yang bagai familiar dengannya. Sehinggakan salah seorang itu memutuskan untuk tidak memikirkannya, tapi lama-kelamaan dia mulai melupa dan memadamkan ingatan tu dengan perkara atau momen dengan orang yang lebih membuatnya gembira. Sudah tentu dia tak percaya, sebab dia memang dah melupakannya sampai ke lubang cacing," Kata-kata King bagai mempamerkan diri Danny yang sekarang dalam masalahnya sendiri.
Dia juga pasti gadis yang baginya familiar sebentar tadi samada mempunyai apa-apa kisah yang rapat dengannya atau gadis itu sebagai karakter penambahan dalam kenangan lamanya. Yang pasti, dia pernah wujud dalam ingatan Danny.
"Tunggu, perlahan-lahan! Berapa PK yang serang disana?!"
Danny dan King melihat Noire sedang bercakap dalam talian, sementara Quine ada disebelahnya turut terasa terkejut. Danny dan King memandang sesama sendiri sebelum memutuskan untuk menghampiri Noire dan Quine.
"Hei korang berdua!" Quine yang memegang bahu Noire dan mereka kelihatan baru sahaja habis berkata-kata kini memandang Danny dan King dengan tangan yang penuh menjinjing beg plastik berisi makanan. "Kenapa ni? Apa jadi?" Soal King dengan nada yang agak cemas. Wajah Shuvi dan Noire berubah pucat, keringat dingin juga kelihatan. Ini lebih merisaukan Danny dan King.
"Illka dan Kumiko, mereka berdua disekat oleh ahli-ahli Pendorong Kebaikan di tengah-tengah pasar,"
"A-Apa?!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top