08- "Our Own Story,"
Dalam sedutan episod lepas, Quine dan rakan-rakannya telah menjemput The Snake of Envy sin, Kumiko untuk kembali ke group kecil tersebut dan pergi mengembara bersama. Sementara itu, dua orang ahli Pendorong Kebaikan telah tersalah langkah mahu menangkap ahli Pengiring Bala yang ada bersama Kapten The Seven Deadly Sins.
Ryzel dapat menghubungi Mirza dan Puteri supaya balik ke pangkalan mereka.
━━━━━━━━━━━━━
Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan telah menaiktaraf, begitu juga bahagian cahaya.
Di zaman pemerintahan kuno, ada kepercayaan kepada benda mistik--ilmu sihir atau lebih tepatnya adalah ilmu hitam.
Di zaman itu juga ada lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat. Mengikut lagenda, akan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights. Merekalah yang akan mengubah nasib dunia. Yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ʙᴇɢɪɴɴɪɴɢ ᴀʀᴄ╗
━━━━━━━━━━━━━
Di suatu hutan tebal, kelihatan seperti hutan tropika, seorang budak perempuan dengan bajunya yang sudah kotor masih meneruskan perjalanannya. Disandang sebuah beg yang bersaiz sederhana, perasaan yang memiliki keazaman yang tinggi untuk pengetahuan yang luas. Barangkali dia merasakan cerita mitos yang sudah lama dikajinya adalah benar dan wujud.
"Ugh..huh? Pokok tu..Pokok tu sama macam gambar dalam buku!" Katanya ceria. Iris hitamnya membulat. Bibirnya mengukir senyuman lebar.
"Yes! See, mom? I've already said..the story about immortal water is real! " Ujarnya lagi lalu berlari laju ke arah pokok yang besarnya setinggi seperti pencakar langit dunia. Terus sahaja budak perempuan itu memanjat pokok gergasi itu. Sudahlah pakai pakaian tidak sesuai, panjat pokok pula tu.
"Wah.." Dia melihat suasana dari atas dahan pokok itu. Semuanya kecil, penuh dengan hutan yang tebal-tebal belaka.
"Kalau ikutkan, nilah dimensi orang bunian.. Aku dah jumpa pokok ni..jadi air tu ada dekat.." Kakinya terhenti dan kata-katanya terpotong. Dia terkedu melihat ada seorang budak lelaki yang kelihatan lebih tua darinya ada di hadapan tasik yang terletaknya air ajaib itu. Berambut putih dan memiliki warna mata merah yang kontra dari rambut dan pakaiannya.
"Siapa kau?" Tanyanya sambil bersedia untuk menyerang gadis kecil itu dengan pedang.
"Whoa, whoa..Aku cuma pendatang yang cuma mahu melihat kewujudan air ajaib yang orang kata je! Nama aku Kumiko Meliodas. Selamat berkenalan!" Jawab Kumiko gembira dan gementar. Lelaki itu kelihatan curiga dengan Kumiko. Namun, selepas dia menghela nafasnya, dia tersenyum kecil pada Kumiko. Membuat wajah gadis itu memerah.
"Selepas dengar isi hati kau sendiri, aku percaya yang kau hanyalah mahu melihat kewujudan air ajaib kami. Selamat berkenalan, Kumiko. Nama aku Airi Nyx.."
GEDEBUK━━━━━━━━
" Auch! Adoi~ Woi! Siapa yang ganggu aku tido hah?!!" Marah gadis berambut hitam panjang itu sambil cuba bangkit dari jatuhnya.
"Haa..Aku yang kacau, budak pemalas!" Kata seorang gadis kecil berambut ungu gelap, Quine. Gadis berambut hitam, Kumiko mendengus apabila melihat kaptennya sedang menatapnya bengis.
"Apa yang kapten nak? Saya mengantuklah.. Apalah kapten ni..kejutkan saya dengan GANAS pagi-pagi buta macam ni.." Tanya Kumiko yang menggosok kedua-dua belah matanya.
"Pagi buta?! Hoi, ni dah masuk tengah harilah! Pergi mandi!!" Jerit Quine dengan marah sekali. Terkejutnya Kumiko lalu mengambil langkah seribu menuju ke bilik air. Quine mengawal emosinya. Dia mengalihkan pandangannya bila ada seseorang mengetuk pintu bilik hotel itu.
"Miko dah bangun dah?" Tanya Danny sambil memasuki bilik itu.
"Sudah. Mahu aku juga yang kejutkan.." Jawab Quine, dengan pasrah. Sebelum dia mengejutkan Kumiko, ketiga-tiga rakannya iaitu Noire, Illka dan Danny telah berusaha sebaik mungkin untuk mengejutkan Kumiko. Dahlah mengigau. Tidur sampai keluar air liur basi pulak tu.
"Jom, tolong aku kemas ruang tamu boleh? Kita kan nak check out kejap lagi.."
"Boleh, boleh. Lagi cepat kemas lagi bagus.." Kata Quine dan meninggalkan Danny di bilik itu berseorangan. Danny mengeluh lelah. "Bila lah kita nak ada tempat penginapan sendiri.." Rungutnya.
Sementara itu di suatu tempat berupa bilik rapat dengan dinding bercat brunette yang elegan, terdapat tujuh orang remaja dalam lingkungan 13-16 tahun. Empat perempuan, tiga lagi lelaki. Salah seorang daripada lelaki tersebut bersuara, dia memiliki rambut berwarna putih seperti Damia dan beriris biru muda.
"Jadi, apa yang kita nak bincangkan sebenarnya ni?" Soal nya setelah berdehem. "Kita kena tingkatkan sihir untuk berdepan dengan ahli TSDS semula. Mereka dalam status pencarian ahli," Jawab Ryzel dengan tenangnya. Manakala semua remaja disitu menampilkan riak terkejut.
"M-Mereka dah kembali?" Ujar seorang gadis bertoncang dua dengan rambut nya yang berwarna hitam.
"Mustahil. Tilikan Lord Sorcerer takkan pernah silap. Patutnya mereka akan muncul semula tepat pada tahun hadapan, 2019," Kata seorang gadis bersurai hazel terang dengan warna mata nya berwarna coklat. "Betul, Rose. Tetapi mereka muncul awal, mesti kau tahu apa-apa kan, ketua?" Soal seorang lagi gadis bersurai putih kekelabuan dengan iris mata nya berwarna merah kepada Akram, a.k.a Ketua TSHS.
Akram yang bersandar pada dinding bilik rapat tersebut menghela nafas lelah. "Aku tak tahu. Ini hanya urusan Lord Borion dan pengikut-pengikut beliau. Aku rasa kau tahu kan, Ryzel? Kau kan.."
Akram memandang Ryzel yang duduk bersebelahan jendela. Matanya menatap tajam sosok Ryzel.
"..Anak buah emas kesayangan Lord Borion..?"
━━━━━━━━━━━━━
Tap Tap Tap
"Woahhhh..dunia luar banyak berubah betul! Semuanya serba mewah! Hips! Swag giler!" Seru Kumiko dengan terujanya. Yalah, dah berapa tahun dia terkurung dalam penjara tak berperikemanusiaan itu. Sehingga dunia luar pun dia hampir tidak kenal.
"Kesian betul orang depan kita ni. Jakun giler tengok dunia luar.." Gumam Noire dengan tak bersalah nya.
Illka hanya tersenyum sambil bersweatdrop selepas mendengar gumaman Noire. "Hei, hei! Benda ni boleh makan ke?" Soal Danny yang sedang menunjuk beberapa jualan makanan ringan dihadapan nya seperti twist potato, wedges, fried fries, fried mushrooms dan sebagai nya. Quine menganggukkan kepalanya sebagai jawapan 'ya' pada Danny. Danny pula tersenyum lalu membeli serba sedikit makanan-makanan tersebut. Yah, mereka kini sedang berjalan-jalan mengambil angin di waktu malam. Kebetulan pula bandar tersebut membuka pasar malam, apalagi, amat perfect untuk berjalan-jalan sambil mengunyah makanan.
"Ill! Ill! Jom tangkap ikan emas!!"
"E-Eh?!!!" Noire yang sebelumnya berjalan seiringan dengan Illka menatap kasihan pada rakannya itu kerana ditarik Kumiko untuk menangkap ikan. King yang teruja seperti Kumiko juga mengajak Danny untuk melihat banyak lagi makanan yang terdapat dipasar malam itu. Quine mengajak Noire untuk duduk bersama di salah satu bangku sementara menunggu rakan-rakan mereka.
Hening. Kedua-dua orang itu hanya menikmati pemandangan orang-orang bersuka-ria dan kecantikan hari malam. Sejuk sekali Cameron Highland pada malam ini.
"Selepas ni kita kemana, Quine?" Soal Noire, membuka suara. Yang ditanya kelihatannya sedang berfikir. "Hmm..kita masih di Cameron Highland. Aku dengar rumor The Lion of Pride sin sedang dijatuhkan hukuman di dimensi makhluk Banshee," Jawab Quine, teringat akan bualan orang-orang tua semasa mereka mahu keluar dari hotel penginapan.
"Macam mana mereka tahu pula?" Tanya Noire pelik.
"Mereka kelihatan sudah berusia 70 tahun keatas. Pastinya mereka tahu tentang cerita kita," Balas Quine. Noire mengangguk paham. Dia dapat merasakan poketnya bervibrate, tanda telefon berbunyi. Langsung saja Noire menjawab setelah melihat siapa yang menelifonnya.
"Helo, Illka?"
"...."
"Tunggu, perlahan-lahan! Berapa PK yang serang disana?!" Quine yang mendengar percakapan mereka--Noire dan Illka--turut terkejut.
"...--" TUUTTTTT
"Illka?! Illka, hei!!" Noire kelihatannya panik. Bahunya dipegang, dia melihat Quine yang menatapnya serius.
"Time for hunting, murderer.." Ujar Quine kepadanya dengan senyuman penuh erti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top