04- "Meja Peninggalan Raja,"

Sedutan episod lepas, Noire membawa yang lainnya ke Bandar Huegene dan melihat tragedi iaitu, tiada sumber dapatan. Quine berhasil menghantar semula pemilik pedang tersebut, iaitu Ryzel.

Manakala seorang remaja perempuan muncul di episod lepas dan menjaga seorang wanita yang kemalangan bernama Murni Cassey, berumur 70 tahun. Ryzel, ketua The Seven Human Souls berhasil mengetahui tempat persembunyian Kepten The Seven Deadly Sins, Shuvi.

━━━━━━━━━━━━━

Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan menaiktaraf, begitu juga bahagian cahaya.

Di zaman pemerintahan kuno, ada kepercayaan kepada benda mistik dan ilmu sihir.Atau lebih tepatnya ilmu hitam.

Di zaman itu juga lahirnya tanah air dijajah negara lain. Sehingga kini, British meninggalkan semangat jahat. Lagenda mengatakan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights. Merekalah yang akan membawa pulang keamanan. Yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...

━━━━━━━━━━━━━

FABEL
╔ʙᴇɢɪɴɴɪɴɢ ᴀʀᴄ╗

━━━━━━━━━━━━━

Seorang remaja perempuan berambut putih keluar dari bilik pesakit bernama 'Murni'.

Tap Tap Tap

"Macam mana keadaan dia?" Damia menoleh. Memandang rakannya, Arisa yang membawa makanan untuk pesakit yang dilawati Damia sebentar tadi.

"Stabil. Cuma dia perlukan masa untuk berseorangan. Kepala dia terhantuk kuat kat tar sebelum kereta rempuh tubuhnya," Jelas Damia.

"Ye..aku tahu,doktor muda Holy Knights. Aku tanya kondisi dia je! Bukan history kemalangan dia!" Seru Arisa dengan nada menyampah. Haihh..kawan dia ni.

"Bila kita akan bawa dia ke istana?" Tanya Arisa.

"Mungkin besok. Senang sangat tangkap seorang ahli PB. Dengar cerita dia ni mengkhianati Fabel," Cerita Damia dengan nada berbisik. Arisa kelihatan tertarik untuk mendengar lebih lagi.

"Ahli Pengiring Bala,kod 📁📂📄📂, Murni Cassey.Ahli yang pakar dalam menyusup dan menyamar.Seperti kita, ahli pelusup kita semua dalam teras Orange,"

"Mana kau tau latar belakang dia ni?" Tanya Arisa.

"Kau lupa? Kita kan ada Rose,Muyumi dan Putri si adik Putra,"

"Ya tak ya juga.Kau pun ahli teras Orange,"Arisa mengetuk kepalanya. Lalu dia memasuki bilik Murni untuk menghantar makanan. Damia merasakan poketnya bergetar - kerana ada panggilan masuk. Damia menyeluk poketnya dan memasang alat penghubung di telinga kanannya.

"Yo,kod 📄📄📄📂 ada di sini," Sahut Damia.

"...."

"Eih?Nak buat apa saya ikut abang ke Bandar Huegene?"

"...."

"Shuvi? Kapten The Seven Deadly Sins? Ohh,baiklah.Saya akan menyuruh Dini teleport saya ke sana,"

"...."

"Roger,bro,"

Damia mencabut alat penghubungnya. Lantas berlari ke bilik persalinan untuk menukar bajunya yang daripada tadi memakai kot doktor.

Selepas beberapa minit, Damia berlari ke lif dan menekan butang berhuruf 'Z1a'. Apabila sampai,Damia merungut kesejukkan kerana tingkat tersebut memasang suhu penghawa dingin yang agak rendah. Namun dia teruskan larian dan memasuki sebuah bilik yang pintunya berwarna ungu terang.

"Dini!!"

"Opocot mak kau jatuh!!" Dini - remaja perempuan berambut ungu terang dan irisnya sama seperti warna rambut itu tersungkur mencium lantai bilik kerjanya.

"Adoii..Hish,minah ni kan! Tak boleh ke ketuk dulu pintu tu?! Kalau macam ni memang suka buat aku duduk kat hospital kau tu!" Marah Dini sambil menggosok dahinya. Manakala Damia? Oh,dia hanya tersenyum macam kambing.

"Maaf la, Dini. Aku nak cepat ni," Kata Damia.Dia membantu Dini bangun dari terduduk.

"Cepat? Kau ada misi lain ke?" Tanya Dini sambil membersihkan bajunya yang kotor.

"Ha' ah. Abang Ryzel suruh aku pergi.."

"Pangkalan Castel?"

"Itu pangkalan teras Merah. Abang Ryzel suruh aku ikut dia ke Bandar Huegene," Jelas Damia.

"Buat apa? Haa! Dating eh?!"

Damia memukul bahu Dini dengan mukanya yang memerah. Disebabkan impak kuasa super kuat Damia, Dini ditolak dan mencium dinding bilik kerjanya keras.

"Ish!Cepatlah teleportkan aku!"

"Adooiii~~"

━━━━━━━━━━━━━

Seorang remaja lelaki - ada headphone tergantung di lehernya memasuki sebuah bilik yang telah musnah.Ya, itulah bilik mesyuarat The Seven Human Souls dan ahli generasi baharu Holy Knights Teras Merah diadakan.Dia memerhati sekeliling. Ada seorang remaja lelaki bersenjata dual sword di belakangnya sedang bersantai di salah satu tempat duduk meja mesyuarat berbentuk bulat itu.

"...Apa jadi dengan bilik ni, Alan?" Tanya remaja itu sambil melihat kondisi bilik itu.
Alan menguap sebelum menjawab,

"Semalam Kapten TSDS pulangkan balik pedang abang Ryzel. Itu yang musnah tu tempat ni. Tapi don't worry la. Meja peninggalan Raja Arthur takkan musnah punye.." Jelas Alan sambil mengeliat sedikit.

"Kau buat apa kat sini, Akram?"

"Bersiar-siar. Aku perlu mengambil masa rehat dari misi,"

"Ohh.." Keadaan menjadi senyap.Akram mengambil tempat yang dia duduk selalu semasa mesyuarat.Angin sepoi-sepoi bahasa menyamankan tempat yang selalu bahang itu.

"Weh,Alan.."

"Hm?"

"Boleh kau citer kat aku pasal The Round Table ni tak?"

"Hmn..malas la.." Alan membantah permintaan Akram yang baginya berat untuk bercerita cerita lama.Akram memujuknya.

"Haihh..Tahun.."

━━━━━━━━━━━━━

" Abang Ryzel!" Lelaki berambut perang itu menoleh setelah namanya dipanggil oleh Damia.

"Apsal lambat, huh?"

"Erk..Well..Tadi ada hal kejap.." Kata Damia gugup yang asalnya sedang mencari perkataan untuk memberi alasan. Ryzel mengeluh keras. Lalu dia membawa Damia ke kota utama.

"So.. What happened yesterday?  " Tanya Damia. Ryzel diam sebelum menjelaskan sebabnya.

"Pedang abang dipulangkan oleh Shuvi. Jadinya pangkalan Castel termusnah sikit.. "Jelas Ryzel tak habis sebab Damia mencelah.

"Ooo.. Itu yang dapat luka kat pipi eh? Abang panggil Mia sebab ni lah? "

'Haih budak ni. Bagilah aku terangkan dulu. Patutlah dapat gelaran Queen Of Ace dalam teras Orange..Budak pandai ni.. 'Bisik hati Ryzel sendirian.

"Yosh! Abang nak kita jejak Shuvi la kan? Jom! Ikut Mia!! "Seru Mia gembira sambil menarik Ryzel yang tidak bersedia untuk berjalan. Akibatnya,dia terjatuh dan diseret Mia. Kesian~

━━━━━━━━━━━━━━

Quine, King, Noire dan Illka berjalan perlahan meredah hutan tebal berkabus itu. Sekali-sekala Quine menguap beberapa kali kerana mengantuk. Berbeza dengan lain kerana mereka sekadar penat. Bukan mengantuk!

"Illka, jauh lagi ke? ~~" Tanya Quine yang sedang terapung di udara.

"Sabarlah. Tak jauh dah.. " Balas Illka. Noire dan King yang di belakang mereka hanya senyap dan menonton. Tiada topik yang hendak dibualkan. Lagipula hanya membazir lagi tenaga dan air liur je.

"Tch. Kau selalu cakap 'Dah dekat dah' tapi akhirnya sampai esok harinya.. " Rungut Quine dan menambah amarah Illka.

"Ish kau ni. Kau bukannya berjalan, tapi terbang! Kitorang yang berjalan ni lagi penat tau?! "Marah Illka meletus. Quine buat tak endah je. Malas aku nak dengar. Abaikan~ Ada satu lembaga menarik perhatian anak mata Quine. Kecil, boleh terbang. Takde sayap.

'Ada fairies ke kat sini? ' Fikir Quine.

"Hei! Kau dengar tak aku cakap apa ni?! " Seruan Illka mempercepatkan lagi pergerakan lembaga kecil itu. Bagaikan cahaya. Kerana kelajuannya.

"Noire, itu.. "

"Right. Kita dijumpai salah satu ahli Seven Humans Souls, Sazuchi Itsunoko..The Bravery.. "

" 모두 만나서 반갑습니다 ...안녕하세요?" Sazuchi Itsunoko,The Bravery. Menunduk 75 darjah dan menatap mereka berempat sambil tersenyum lebar.

"Korea? "

"Ah, 미안해..Saya bukannya orang Otaku yang selalu ber-jepun.. "Kata Sazuchi sambil tertawa kecil. Dia memandang Quine yang sedang terbang sepertinya. Sazuchi mengeluarkan senjatanya, pedang bermotifkan pari-pari.

"Lawan aku, kapten The Seven Deadly Sins.. "Cabar Sazuchi. Quine tersenyum.

"Maaf, aku tak berminat untuk berlawan dengan fairies macam kau, " Balas Quine sambil tersenyum mengejek ke arah Sazuchi.

"Flairies. Itu lebih tepat dan takde masalah. Aku boleh bertukar kepada bentuk manusia biasa..kalau kau nak..?"

"Hmm~Okey..Aku terima," Kata Quine tanpa was-was. Sazuchi bertukar menjadi saiz seperti manusia. King melopong. Wah,dunia ni lebih besar rupanya. Baru nak perasan, anak muda?

"H-Hei, Quine.. "

"Jangan risau. Dia dan aku menpunyai kekuatan yang lebih kurang sama. Jadi, aku takkan mati, " Muka Illka memerah, malu.

"Aku tak maksudkan tu la! " Quine menghadap Sazuchi. Dia mengeluarkan pedangnya yang patah.
"Oh, kau masih gunakan Demon Caliburn? " Tanya Sazuchi.

"...Hanya pedang ini je yang memberikan aku nasib yang baik.. Walaupun DIPATAHKAN ketua korang.." Jawab Quine. Sazuchi tertawa.

"Hmph. Yang lalu biarlah berlalu. Sekarang, marilah kita berlawan. Rasanya aku tak pernah lagi bertarung dengan kau, Shuvi.. "

"Yang lawan dengan kau tu Hafizul. Tak rindu dia ke? Rival sehidup semati kau?"

"Hmm.. Dia tak muncul lagi kan dalam citer ni? Apa salahnya aku berlawan dengan rival ketua? Aku takkan mati pun lawan dengan kau.. "

"Tak salah. Boleh juga mencari pengganti. Bosan juga asyik muka Akram je.. "

Noire berdiri di tengah-tengah. Dia mengangkat tangan kirinya dan mengira. It's a countdown!

"One, Two.. " Mereka menggenggam senjata dengan lebih erat. Masing-masing memandang lawan dengan tajam.

"Three! "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top