03-"Pedang suci, ataupun bukan suci?"

Sedutan episod lepas,lelaki yang dikenali sebagai ahli Holy Knights, Gowther. Telahpun 'ditidurkan' oleh Quine. King menceritakan sebabnya dia mencari The Seven Deadly Sins dan kenapa dia masih hidup walaupun sudah 61 tahun.

Elok sahaja mereka berbual, Noire, ahli PB serta merupakan rakan Quine dan Illka juga ada menemani mereka. Noire memberitahu tentang laporannya.

Katanya, bandar Huegene, bandar yang terkenal dengan buatan air arak diputuskan bekalan air disebabkan sebilah pedang.

"Ma-Mana ada ahli PK sekuat tu! Ini pasti.." Illka memandang dua ahli PB di sebelahnya.

"Ryzel...Ini pasti kerja Ryzel.."

━━━━━━━━━━━━━

Ini adalah kisah dunia yang berkaitan dengan peristiwa kuno.Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan sembilan dimensi.Bahagian kegelapan menaiktaraf,begitu juga bahagian cahaya.

Di zaman pemerintahan kuno,ada kepercayaan kepada benda mistik,ilmu sihir atau lebih tepatnya ilmu hitam.

Di zaman itu juga lahirnya tanah air dijajah negara lain.Sehingga kini,British meninggalkan semangat jahat.Lagenda mengatakan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights. Merekalah yang akan membawa pulang keamanan.Yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...

━━━━━━━━━━━━━━━

FABEL
╔ʙᴇɢɪɴɴɪɴɢ ᴀʀᴄ╗

━━━━━━━━━━━━━━━

Di sebuah bandar, bertepat berhampiran sungai yang besar. Ramai penduduk kampung berkerumun di tengah-tengah kota utama.

"Errgghh!! Pahal payah sangat ni?!" Jerit lelaki pertama.

Apabila dilihat dengan betul,para lelaki bandar tersebut sedang gigih menarik sebilah pedang keluar dari tanah. Tetapi pedang itu langsung tidak bergerak walalupun seinci. Akhirnya, mereka bersama-sama berputus asa dan melepaskan pedang itu.

"Ughhh! Tak guna.." Keluh lelaki yang berkemeja kuning. Pakaian orang-orang bandar itu semua memang terlihat sangat lama seperti orang miskin.

Tap! Tap! Tap!

"Huh? Ada apa-apa event ke kat sini?" Illka--dan rakan-rakannya--kecuali Noire, yang baru sahaja menjejakkan kaki di bandar itu hanya melihat para-para lelaki berkerumun di tengah-tengah kota.

"Taklah, inilah tempat yang aku cakap tuh. Tu, pedang yang memutuskan bekalan air bandar ni.."

Noire menunding jari telunjuknya kearah sebilah pedang di belakang sosok para lelaki. Illka, Quine, Noire dan King pun menuju ke tempat pedang itu tercacak. Illka merasai aura pedang itu.

"Berunsur graviti. Pedang ni memang dah set up putuskan bekalan air," kata Illka.

"Hebat betul pedang boleh set up," Bisik King pelik. Noire cuba mencuba menyentuh pedang tersebut. Tetapi ada 'benda' yang menghalangnya dari memegang pedang itu.

"Eih? Apa tu?" Tanya Illka yang kelihatan terkejut.

"Pelindung. Nampak sangat 'suci' dia," Quine menekankan perkataan 'suci'. Noire tersengih.

" 'Suci' konon. Datangkan kesusahan dan derita adalah.." Noire mengambil langkah pergi dari situ. Illka memanggil Noire dan menanyakan kemana dia mahu pergi.

"Makan. Aku lapar,"

Mendengar jawapan itu, mereka yang lain hanya mampu ber- sweatdrop , dan akhirnya meninggalkan tempat itu.

━━━━━━━━━━━━━

Kenapa..

Kenapa aku diseksa..?

Apa aku dah buat selama ni?

Apa..

Apa..

Apa..

Tunggu..

Siapa aku..?

"Cik, cik OK?" Aku melihat ke samping. Ada seorang remaja perempuan berambut putih di sebelahku. Dia..kenapa rambut dia putih?

"Kamu dah tua ya?"

"Hahh??"

"Tak..sebab..rambut awak putih.." Remaja perempuan itu tergelak mendengar soalanku. Apa soalanku lawak?

"Aduh perut saya..Cik Murni, cik terlibat dalam kemalangan semalam. Mungkin cik perlukan masa untuk berfikir semula. Kata doktor, cik berkemungkinan tidak ingat apa-apa. Saya pergi dahulu.."

Tunggu..Apa? Apa maksud dia?

"A-Apa nama kamu?" Remaja perempuan tu menoleh. Tersenyum memandang aku. Comel.

"Nama saya Damia,"

━━━━━━━━━━━━━

"Saya nak order ramen ultra pedas satu!"

"Serius, Illka?" Tanya Noire.Illka tersenyum sinis.

"Heh. Kau pandang rendah kat aku ye? Tengoklah! Aku akan buktikan yang aku kuat makan pedas!" Jawab berlagak. Quine dan King yang duduk di samping mereka hanya mampu berdiam sahaja apabila mereka dipandang customer lain.

"Hish..Buat malu betul," Gumam Quine sendirian.

"Shuvi," Panggil King.

"Jangan panggil aku dengan nama tulah. Nanti jadi susah pula.."

"Susah? Takde gambar kau pun kat sini!" King merungut. Quine menunding ke belakang King. Si lurus ni pun tengok. Ada tergantung muka-muka lama TSDS di situ.

"Abaikan. Aku nak tanya ni.."

"Apa? Suruh belanja? Tak nak,"

"Cihh..Bukan la,"

"Dah tu?" Quine memandang King malas. Sambil itu tangannya yang tak boleh duduk diam bermain-main dengan mengacau jus pic teh manganya.

"Aku tengok orang kampung Huegene terseksa. Mereka kehilangan sumber yang penting..Tak boleh ke kau tolong diorang?" Pinta King. Quine terkedu. Tangannya yang mengacau jus pic teh manga terhenti.

"Aku boleh je tarik pedang tak suci tu. Lagipun pelindung pedang tu takde efek kat ahli TSDS,"

"Jadi kau boleh la tolong diorang?" Quine terdiam.

"Aku nak anggar dulu jarak pemilik pedang tak suci tu," King kelihatannya gembira. Dia mengucapkan terima kasih dan Quine hanya mengangguk aja macam ayam tengah makan :v

"Ramen Max 2×5 dan Ramen Ultra Pedas siap!" Quine dan King menoleh. Riak wajah mereka terlihat ketakutan memandang ramen yang dihantar.

"Mustahil boleh dimakan.." Gumam King.
Quine disebelahnya tertawa janggal. Mereka berdua melihat Illka yang..

..Berpeluh melihat Ramen yang dipesannya.Kalau Noire pula..

..Ini budak sudah makan dulu.Laparlah katakan.

━━━━━━━━━━━━━

"Tiga ribu kepada lima ratus.."

"Ha? Apa yang tiga ribu lima ratus?" Tanya Illka sambil membawa sebungkus plastik ais yang kecil.

"Jarak koordinat pemilik pedang tak suci tu," Jawab Quine ringkas. Kini mereka mengambil langkah berpatah balik ke bandar utama Huegene. Terlihat ada ramai lelaki kampung menarik pedang yang tercacak dengan tali tebal.

"It's yours, Quine. Tarik dan kita cabut.." Belum sempat Noire menghabiskan kata-katanya, ada dua orang pengawal berperisai datang mendekati pedang yang tercacak tersebut. Quine lagi bertambah muak melihat logo yang amat dia benci dari dahulu ada terpapar di sut perisai dua pengawal itu.

"Itu pengawal bawahan Holy Knights. Jangan risau, mereka tidak sehebat ahli TSHS. Jadi,mereka hanya manusia normal," Kata Illka kepada Quine,Noire dan King.

Quine tersenyum benci memandang dua pengawal itu.

"Bagus.."

Dua pengawal-Orang bawahan Holy Knights duduk di bangku tepi sebuah kedai sambil meminum arak dan tergelak-gelak melihat orang kampung bersusah-payah menarik pedang tersebut. Orang kampung yang majoritinya para lelaki hanya berdengus kerana tidak berhasil menarik pedang itu. Quine dan lain-lain yang melihat berasa simpati terhadap mereka.

Dua pengawal mabuk itu ketawa terbahak- bahak dan menghina orang kampung. Quine melangkah ke tempat pedang tercacak.

"Apa budak tu nak buat? Haha!"

"Hahaha! Dah la kecik! Mampu ke nak tarik pedang Tuan Ryzel?!"

'Oh, aku mampu..'

Dengan perlahan, Quine menarik keluar pedang yang menghalang bekalan air penduduk Huegene. Lalu dijulangnya tinggi pedang itu. Semua orang disitu terkejut tidak percaya-termasuk dua pengawal mabuk itu. King, Noire dan Illka tersenyum melihat keadaan itu.

Tanah bergegar.

"Air!"

Sumber pendapatan mereka berjaya dipulangkan. Quine menganggar jarak menggunakan ketajaman pedang punya Ryzel. Dengan tenang, Quine melontar jauh pedang itu. Angin datang mengikut lontaran. Memang menghasilkan graviti yang cukup kuat.

Pedang itu hilang dilontar ke langit.

━━━━━━━━━━━━━

Terlihat ada seorang pemuda sedang berehat di sebuah kerusi yang berada di tengah-tengah meja mesyuarat. Pemuda berambut perang itu membuka irisnya. Kedua-dua matanya berbeza warna.

"Aura ni.."

Satu cahaya laju memasuki bilik mesyuarat Holy Knights. Letupan besar berlaku dan memusnahkan beberapa bilik istana lama yang lain.

"Tuan Ryzel! Tuan Ry--!!" Seorang pengawal datang melihat keadaan ketua ahli TSHS itu. Dia terlihat terkejut.

Ryzel tersenyum. Pedangnya tercacak betul-betul di sebelah kepalanya. Darah terlihat terpecik di sana sini akibat impak yang kuat.

"Shuvi..kau ada kat bandar bangang tu rupanya.."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top