02-"Aku kecil, tetapi aku berkuasa,"

Sedutan episod lepas, cafe Quine dan Illka didatangi seorang askar Holy Knights. Mereka bertambah terkejut apabila askar tersebut pengsan dan perisai kepalanya terbuka, memaparkan wajah seorang budak lelaki sekitar 18 tahun.

Apabila berfikir terlalu banyak,fikiran Quine menjadi serabut.

KLANGG!

"Oh, maaf..cafe di.."

"Aku nak budak tu. Kau..aku tahu sorokkan budak tu dari aku!"

"Holy Knights?"

___________________________

Ini adalah kisah dunia berkaitan dengan peristiwa kuno.Semua makhluk berkongsi satu dunia.Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan menaiktaraf,begitu juga bahagian cahaya.Di zaman pemerintahan kuno,ada kepercayaan benda mistik,ilmu sihir atau lebih tepatnya, ilmu hitam.

Di zaman itu juga lahirnya tanah air dan dijajah negara lain.Sehingga kini,British meninggalkan semangat jahat.

Lagenda mengatakan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar Holy Knights. Mereka lah yang akan membawa keamanan semula.Yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...

━━━━━━━━━━━━━━

FABEL
╔ʙᴇɢɪɴɴɪɴɢ ᴀʀᴄ╗

___________________________

"Holy Knights?"

"Oho..kau tahu Holy Knights?" Tanya lelaki yang memakai baju berperisai tersebut. Suaranya terdengar serak-basah.

"Ek-eh..takde lah. Sebenarnya kau yang perasan sangat.." Jawab Quine selamba. Sesiku amarah muncul di kepala lelaki itu. Dia menatap Quine tajam sambil menahan amarah.

"Hei, budak..Kau jangan main-main dengan aku eh..Aku tahu kau sorokkan budak lelaki tu! Serahkan dia, kalau tak.." Lelaki itu memarahi Quine. Namun saat lelaki itu menunding jarinya ke arah Quine, dengan tangkas Quine menahan tangan lelaki itu. Dengan cara? Memegang la..takkan beradu pulak.

"H-Hei! Kau..." PRAKK!

"DIAM ATAU AKU AKAN LUMATKAN KAU." Walaupun suara Quine tidak kuat, tetapi tetap kedengaran dalam dan menyeramkan. Lelaki itu terkedu seketika. Dia cuba meronta.

Namun pegangan Quine sungguh kuat. Perlahan-lahan iris Quine yang berwarna biru salji kini berubah warna oren-kuning. Lelaki itu lagi terlihat terkejut.

"Kau..Kau The Grizzly sin of Sloth .. Shu-Shuvi?!" Quine tersenyum.Tangan kirinya yang tidak memegang apa-apa dikepal.

"Kau dah tau pasal aku..JADI AKU TAK BOLEH BIARKAN KAU HIDUP..." Quine menumbuk perut lelaki itu.Tumbukan kuat Quine memecahkan baju perisai lelaki itu. Dengan cemas, lelaki itu melepaskan tangannya dan berundur dengan perlahan.

"Tak..tak mungkin!" Lelaki itu mula berlari. Dia keluar dari kedai. Namun saat dia mahu melarikan diri, dia seolah-olah terhantuk akibat melanggar dinding. Punggungnya mencium tanah.

"Aduh! Apa ni?!" Lelaki itu cuba merangkak. Tangannya terasa seperti menyentuh dinding.

"Thanks, Illka!" Quine kini mendekati lelaki yang pasti akan mendapat ajalnya. Dengan bantuan kuasa ilusi Illka,mereka dapat memerangkap salah seorang ahli Holy Knights.

"T-Tak! Jangan!!!"

━━━━━━━━━━━━━

"Budak ni..Budak kecik ni Kapten The Seven Deadly Sins?!" King terlihatnya terkejut beruk. Tentu aja dia menyaksikan 'pertarungan pendek' tadi.

"Ya, dik.." Jawab Illka sambil tersenyum. Mereka kini sedang duduk berbincang di hadapan cafe.

"Tapi..kenapa tak nampak macam dia pun?" King mengeluarkan sehelai kertas yang telah dilipat. Dengan laju Illka melihat apa yang tertera di kertas itu.

"Pffftt..Gyahahahaha!! Tak sama langsung weh!!" Illka tertawa besar. Dia menunjukkan gambar tersebut kepada Quine. Dengan muka cemberut, Quine berkata,

"Me-memanglah. Lukisan zaman kuno ngan zaman hipster ni lain la.Dah 61 tahun dah pun.Lapuk ah benda tu.."

"Hmm..mana simbol kau?" Tanya King.

"Huh..Ada ni.." Quine memegang kaki kanannya dan menurunkan kasut Adidasnya sedikit. King dapat melihat ada sebuah simbol kuno yang bermotif beruang nak makan ikan.

"Apa King buat kat sini sebenarnya?" Tanya Illka sambil menghirup teh Chamomile dia.

"Saya sebenarnya cari ahli TSDS," Jawab King. Dia mengambil tempat duduknya setelah melihat simbol di kaki kanan Quine. Illka terlihat mahu tahu sebabnya. Manakala Quine pula hanya melihat King datar.

"Saya nak kita hapuskan generasi Holy Knights. Sebab mereka yang mencetuskan peperangan terakhir hari itu di Britannia.."

Quine menajamkan matanya.

"Britannia?"

"Oh,ha'ah.Sekarang pertapakan istana tu dah terbiar.Lagipun sekarang tempat tu dah jadi pertapakan Dimensi Lanterns.." Kata Illka. Quine hanya mendiamkan diri.

"Kenapa kau nak buat semua tu?" Tanya Quine.

"Aku ni putera raja, "

Quine dan Illka berpandangan. Pfftt..budak ni? Putera? Hampir saja si Illka nak terkeluar ketawanya. Tetapi dia tahan sebab tak nak sakitkan hati orang.

'Betullah tekaan aku. Dia ni anak Raja Mannequin 61 tahun yang lepas,' Fikir Quine.

"Hmm..tapi kan, memang ada generasi baharu Holy Knight.."

"Holy Knights la..bukan Holy Knight.."

"Ck..yelah..Memang ada generasi baharu Holy Knight, and then.." Memang tak sempat Illka habiskan ayat, Quine potong dan betulkan speaking Illka.

"Ish, suka hati akulah! Memang ada generasi baharu HOLY KNIGHTS..and then itu semasa Inggeris menjajah Malaysia, bukan? I mean..HOLY KNIGHTS  tu kan tentera zaman kuno, takkan zaman hipster camni pun ada lagi? Silap-silap Perang Dunia Ketiga bakal berlaku, weh!" Tegas Illka sambil menekankan perkataan 'Holy Knights' tadi. King menatap lantai.Quine meraup mukanya.

"Susah ni. Even though Dimensi Manusia ada Perdana Menteri, tapi negara lain ada je yang dah mula berperang..Dimensi Manusia ni menyusahkanlah..Memang malang aku diturunkan ke sini sebab dijatuhkan hukuman.." Rungut Quine.

"Ekhem! Tolong sikit OK? Kalau tak, kau tak jumpa dan diselamatkan oleh aku!" Illka memerli Quine.

Quine hanya memutar mata bosan.

"Eih, ha'ah lah..King, awak kan hidup dari zaman kuno, kenapa STILL HIDUP eh?" Quine menyiku Illka.

"Weh,sopanlah sikit.Kat depan kau ni putera kot.."

"Err..eheheh..Maafkan patik, Tuan Putera.." Kata Illka sambil menunduk 180 darjah. King nampaknya cuba menghalang perilaku Illka.

"Eh..takpe, Illka! Lagipun..saya bukannya putera lagi.."

Quine hanya menyaksikan 'drama tak berbayar' di hadapannya. Dia menoleh selepas bahunya dipegang seseorang.

"Oh, kau rupanya.Sedap tidur sampai tengah hari?" Perli Quine sambil menatap seorang perempuan yang berambut pendek berwarna coklat dan merah jambu. Jangan lupa, dia ni suka warna merah jambu. Sebab? Tengok saja dari pakaiannya. Semuanya serba pink!

"Ah kau, aku meliau jauh sikit je semalam.." Kata perempuan itu. Dia meregangkan badannya yang terasa sakit.

"Yelah, Noire.." Quine menghela nafas lelah. Malas nak berdebat.

"HAH?!!KAU TIDUR SELAMA 61 TAHUN?! BIAR KEBENARAN?!!'

" WOI BISING LA!!"

━━━━━━━━━━━━━

"Kau tidur 61 tahun?" Tanya Noire yang agak terkejut.

"Dia dah ulang banyak kali jawapan la wei. Sampai aku pun boleh hafal dah.." Rungut Illka yang duduk disebelah Noire.

"Ck. Aku hanya nak tahu kepastian.."
Mendengar jawapan Noire,hati mereka bertiga terdetik,

'Masalahnya dah ulang dekat dua puluh kali!!'

"Haih..abaikan dia. Oh ya, camna awak dikejar pula?" Tanya Illka kepada King.

"Well..Saya bangun-bangun dah ada dalam gua. Saya pun meliau cari makanan dan air, dan saya ke Bandar Huegene."

"Kenapa pulak dengan bandar tu?"

"Bandar tu bekalan air diputuskan. Khabarnya bekalan air terputus sebab sebilah pedang yang berunsurkan elemen graviti," Quine, Illka dan Noire berpandangan.

"Mana ada ahli PB sekuat tu! Ini pasti.." Illka memandang dua ahli PB di sebelahnya.

"Ryzel. Ini pasti Ryzel.."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top