01-"Kau yang baharu,"
Ini adalah kisah dunia berkaitan dengan peristiwa kuno.Semua makhluk berkongsi satu dunia.Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan menaiktaraf,begitu juga bahagian cahaya.Di zaman pemerintahan kuno,ada kepercayaan benda mistik,ilmu sihir atau tepatnya ilmu hitam.
Di zaman itu juga lahirnya tanah air dijajah negara lain.Sehingga kini British meninggalkan semangat jahat.Lagenda mengatakan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights.Merekalah yang akan membawa pulang keamanan,yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ʙᴇɢɪɴɴɪɴɢ ᴀʀᴄ╗
__________________________
61 tahun kemudian, 10 Januari 2018..
Di sebuah desa yang aman damai dan tenang terlihat ramai penduduk bergembira sambil melakukan rutin harian mereka. Ada terlihat di Bandar Mega mempunyai sebuah cafe yang kecil dan indah. Tergantung nama 'Outré Cafe' di hadapan kedai.
KLANGG!
"Selamat datang, cik!" Seorang remaja perempuan berambut ungu gelap serta irisnya yang berwarna biru salji menyambut kedatangan pelanggannya.
"Saya nak order Kek Red Velvet satu dan kopi Mocha, ya?" Kata wanita bersurai blonde di hadapannya.
"Okay! Silakan duduk, cik!" Wanita bersurai blonde itu tersenyum sebelum membayar dan mengambil tempat duduk. Remaja perempuan itu menjenguk ke dapur.
"Illka, kopi Mocha satu!"
"Ya, ya.." Sahut Illka lemah,dari dapur.
"Hm? Kau penat ke?" Tanya remaja berambut ungu gelap itu. Illka yang yang mempunyai rambut tujuh warna itu mengangguk lemah.
"Of course la, Shuvi. Penat ni..tak rehat dari tadi," Keluh Illka.
"Hei, dah nak masuk masa rehat kau lah..By the way, don't call me Shuvi. Tak pasal-pasal kantoi nanti.." Kata remaja berambut ungu gelap itu dengan nada menegur.
"Hnn..yelah, Quine.."
"That's more better. Nanti dah siap, tekan loceng ye?"
"Ya, ya.."
Quine kembali ke bahagian display food, lalu mengambil sebuah pinggan kecil comel molek cafe tersebut. Quine memotong kek Red Velvet dengan berhati-hati.Pembuat pastri ada stail jugak ann?
Loceng di dapur berbunyi. Menandakan kopi Mocha dah siap untuk dihantar.
Quine membawa kek dan kopi itu,dan menghantarkannya kepada wanita yang memesannya tadi. Keadaan di cafe sangatlah tenang.Namun..
KLANGG!
"Selamat da.." Iris Quine melebar, terkedu. Orang yang memasuki cafe tersebut berpakaian seperti seorang pahlawan. Dia kelihatannya lelah dan inginjan bantuan. Namun lambang di pakaian perisainya membuat ramai pelanggan di situ melarikan diri kerana takut.
Kini cafe kosong.Quine hanya menatap tajam lambang yang cukup membuatnya mengingati peristiwa lama. Menyakitkan. Illka cepat-cepat mendapatkan Quine. Dia juga terkejut melihat ada tetamu tak diundang memasuki cafe.
"Ahli Holy Knights?" Tanya Illka dengan nada berbisik.
"The..Seven..Deadly Sins..Saya cari.. The Seven..Deadly Sins..'' Orang berperisai itu jatuh mencium jubin cafe. Quine dan Illka terkejut apabila melihat perisai di bahagian kepala orang itu tertanggal.
Oyemji!! Kepala tercabut!!--eh bukan, hanya perisai kepalanya saja yang tercabut. Mempamerkan wajah orang misteri itu.
"Budak? Anak sapa pulak ni?" Tanya Illka sendirian.
"Illka, dia ni ahli PK ke?"
"Kepala otak kau. Budak ni bukan PK la. Tapi..aku hanya rasa ada tenaga kuasa yang lemah datang dari dia," Jelas Illka.
"Suka-suka je cakap aku kepala otak. Memang aku ada kepala and otak but aku mana ada kuasa cam kau.." Balas Quine dengan nada yang sedih.
"Mehh..PB dan TSDS cam kau patutnya lagi tajam daripada aku lha. Aku ni mampu PB je," Perli Illka. Quine hanya mengeluh berat, redha.
"Hmm..nak buat apa ngan budak ni?" Tanya Quine.
"Ohh..panggang kat dapur tu," Quine menatap Illka yang memberi rancangan bodoh dengan wajah datar.
"Eii! Rawat dia la! Walaupun kita PB, kecuali kau ada sesat kacukan TSDS mana entah, kita STILL KENA BUAT BAIK. Okay?!"
"Sempat perli aku ya? Ada je chance kau. Nasib baik aku bukan Yui.." Kata Quine sambil mengangkat budak itu.
"Kau angkat baju perisai tu and gi buang. Aku bawa dia ke bilik kosong," Arah Quine sebelum bergerak terus ke bilik kosong yang dimaksudkan.
"Cis. Ada ke patut dia suruh aku angkatkan besi buruk ni? BESI BURUK BERLAMBANG HODOH NI? Dia pulak amik budak. Aku bukan bibik, OK?" Bebel Illka berseorangan.
"Apa bebel-bebel, haa?Cepatlah! Jangan lupa tukar signboard cafe yang cafe dah tutup," Kata Quine lagi. Illka mengambil nafas yang dalam, lalu menghembuskannya dengan keras.
━━━━━━━━━━━━━
"Ughh.." Iris berwarna coklat itu perlahan-lahan terbuka. Dia bangkit dari pembaringan. Memegang kepalanya yang pusing.
"Aku..kat mana ni?" Tanyanya sendirian. Dia berdiri dan berjalan menuju ke jendela. Telinganya menangkap bunyi pintu bilik dibuka. Dia dapat melihat ada seorang perempuan kecil berambut ungu gelap sepunggung dan iris biru salji baru sahaja masuk ke bilik tersebut.
"Kau okey?"
"Siapa kau?"
Quine menatap budak lelaki itu lama. Sama-sama bertanya serentak.
"Owh, sorry..Aku okey.." Budak lelaki itu menjawab dahulu, memandangkan Quine memberi isyarat mata yang menyuruhnya jawab soalan Quine.
Kini lelaki itu pula memberi isyarat.
"Aku Harlequine. Kau?" Riak wajah lelaki itu nampak terkejut.
"Uhh..nama aku pun sama cam kau. Harlequin.."
"Tanpa 'e' kat hujung kan?"
"Err..ha'ah. Tapi aku selalu dipanggil King,"
"Kenapa King?"
"Err.."
Pintu bilik terbuka. Memaparkan sosok Illka yang membawa air coklat panas dan sepotong kek lava.
"Oops..kacau korang eh? Sorry.." Kata Illka sambil meletakkan kek dan air tersebut di atas meja.
"Hmm..kitorang berkenalan jer.." Balas Quine dengan malas.
"Owhh..Saya Illka Bloodborne. Masih dara dan molek. Baru berumur enam belas.." Tak sempat menghabiskan katanya,Quine memotong.
"Woi, sempat lagi kau ni!"
"Ish..Kau ni..Kena paham, kak. Budak ni STILL FRESH tau. Rugi aku yang masih dara ni. Kau tak kot. Kau kan dah tua?~" Perli Illka sambil merangkul bahu Quine.
"Baru kau nak panggil aku 'akak'? Taulah aku dah 760 tahun," Ujar Quine. Illka tersenyum.
"Awak ni siapa pulak?'' Tanya Illka kepada King.
"Nama saya Harlequin. Tapi boleh je panggil saya King," Kata King sambil tersenyum manis.
"Eih, sama nama nampak? Kak, pikir sweet la?" Ejek Illka yang masih merangkul Quine. Quine pula menghela nafas lelah. Lalu mengalihkan tangan Illka dari bahunya.
"Nanti minum air tu dan makan. Kalau masih lapar, suruh je anak dara masakkan, ya?" Kata Quine sebelum meninggalkan bilik itu.
'Dia ada iras macam Hikaru.Lambang Holy Knights yang ada kat perisai yang dia pakai mesti dari Britannia. Itu dah ke zaman mana? Lepas tu dia cari The Seven Deadly Sins. Dia--dia tu Harlequin..anak Raja Mannequin ke?' Fikiran Quine menjadi kusut akibat berfikir terlalu banyak. Quine kembali ke bahagian depan cafe untuk mengemas meja.
KLANGG!
"Oh, maaf..cafe di.."
"Aku nak budak tu. Kau..aku tahu kau sorokkan budak tu dari aku!" Seorang lelaki, mungkin. Kerana suaranya garau. Lelaki la kan? Dia berperisai seperti King mula-mula tiba di café ini. Ada lambang yang sama.
"Holy Knights?"'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top