00-Prolog

Tahun 1957...

Degupan jantungnya laju berdetak selepas melihat kota itu musnah dengan teruk. Hujan yang turun renyai beberapa minit yang lalu memadam api yang menjilat kota tersebut. Perempuan berambut ungu gelap itu meneruskan lariannya. Gayanya seperti mencari kelibat seseorang.

"Hikaru! Hikaru, kau kat mana?!" Suara kecilnya bergema di setiap penjuru kota. Dia masih berlari dan memanggil rakannya.

"Hika..." Irisnya melebar. Degupan jantungnya seakan-akan berhenti. Dia melihat sosok seorang lelaki bersurai coklat di hadapannya yang tidak sedarkan diri. Kelihatannya lelaki itu terduduk sambil tubuhnya ditusuk tombak yang panjang. Darah lelaki itu juga mengalir. Tanda hujan mencairkan darah yang beku.

"Hikaru, kau OK tak?" Perempuan kecil bersurai ungu gelap itu mendekati lelaki tersebut. Tangannya yang kerdil mengusap rambut lelaki itu.

"Kau tahu...aku..hi-hidup lagi?"

"Jangan cakap lebih, ngek. Aku dah lama tahu. Mari, aku rawat kau.." Perempuan itu memegang tombak yang menusuk tubuh Hikaru. Mahu menarik tombak keluar. Namun tangan Hikaru laju menghentikan perbuatan perempuan itu.

"Tak perlu, Shuvi..aku..dah tak lama.." Shuvi menatap Hikaru risau. Tangannya melepaskan tombak itu.

"Bila aku dah takde, aku nak kau teruskan hidup. Lawan Holy Knights..dengan pasukan kau..demi semua orang yang terkorban.."

"Boleh ke..dengan menentang Holy Knights..kau akan gembira kat sana?" Tanya Shuvi, menatap Hikaru.

"Bukan aku je..Ramai lagi yang akan terhutang budi kat kau..dan pasukan kau," Jawab Hikaru sambil tersenyum lemah.

"Baiklah, aku janji.." Mendengar jawapan dan janji Shuvi, senyum Hikaru semakin melebar.

"..Tolong..jangan terpedaya dengan Si Fabel.." Tambah Hikaru lagi. Iris Shuvi kelihatan keliru dengan pernyataan lelaki itu.

"Fabel? Si raja rimba?"

"Ya..Danny, Yui dan Ariff dah terpengaruh dengan Fabel. Tolong.. jangan sesekali buat perjanjian dengan dia. Aku takut kau akan menyesal.." Shuvi menutup matanya. Dia kelihatan sedang berfikir. Dia terlihat sedang membuat keputusan.

"Aku..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top