Chapter 3 | Make A Deal

Kristel yang duduk di tepi meja hanya memandang auntie Aubrey yang sedang ralit menaip sesuatu di papan kekunci komputer. Tidak sampai beberapa minit, anak matanya kembali menatap jam dinding di dalam pejabat itu.

Melihat sahaja anak buahnya yang seakan akan dilanda kebosanan, dia lantas menutup komputernya buat sementara waktu. Bahu Kristel diusap lembut oleh auntie Aubrey.
Lalu segaris senyuman terukir di bibirnya.

"Jom auntie bawa pergi di cafeteria. Boleh sembang kat sana nanti," ajak auntie Aubrey. Dompet terus diambil di dalam beg.

"Eh tak apalah auntie. Kristel tak nak ganggu auntie buat kerja. Lagipun Kristel boleh minta temankan Kaylee pergi cafeteria nanti," balas Kristel. Namun auntie Aubrey pantas sahaja menggelengkan kepalanya.

"No its okey. Lagipun ada beberapa minit lagi sebelum waktu lunch pekerja. Jomlah turun pergi cafe. Bawa Kaylee sekali," kata auntie Aubrey lagi.

"Tapi-"

"Dah...dah...tak ada tapi tapi lagi. Jom turun," tangan Kristel lantas ditarik perlahan oleh auntie Aubrey. Pada masa yang sama, Kaylee  dan Wai baru sahaja keluar dari bilik rehat berserta satu senyuman di bibir masing-masing.

"Wai, since when did both of you know each other?" tanya auntie Aubrey. Melihat kemesraan kedua-dua mereka itu membuatkan dia tertanya-tanya.

"Ala...auntie, apa salahnya kalau kitaorang borak. He is friendly and I'm friendly too. Tak sahlah kalau boleh rapat begitu cepat. Is that true Wai Zhang?" ujar Kaylee sambil tersenyum-senyum.

Kristel yang berdiri di sebelah auntie Aubrey hanya berdiam diri sahaja. Almaklumlah lelaki yang berada di hadapannya ketika ini begitu membuatkan dia tidak selesa.

"I'm too sorry auntie Aubrey if I didn't ask a permission from you to talk with them. But I liked to be friend with this two girls," balas Wai tanpa berselindung. Kali ini tatapannya tepat melihat ke arah anak mata milik Kristel. Gadis itulah yang amat dia gila-gilakan sewaktu bersekolah di Malaysia dulu. Sampailah suatu saat dia berterus terang dengan perasaannya pada gadis itu dan akhirnya membuatkan dia kecewa kerana Kristel mengatakan kepadanya bahawa dia tidak akan bercinta dengan mana-mana lelaki kecuali umurnya menginjak ke angka 25.

"Isy, tak payah minta kebenaran pun tak apalah Wai. Kamu ni ada-ada je. Kalau macam tu baguslah bolehlah Wai temankan dua orang anak buah auntie ni lagipun mereka berdua selalu je kebosanan," kali ini green light dikasih kepada Wai membuatkan lelaki itu meletakkan harapan yang tinggi untuk mencuri kembali hati gadis idamannya suatu ketika dulu.

Kristel menjulingkan anak mata ke atas. Tidak suka sebenarnya dia dengan balasan auntienya itu kepada Wai sebentar tadi. Bukannya salah pun kalau nak berkawan namun pada pandangannya, Wai seakan akan mempunyai rancangan dalam diam. Bukan niat jahat sebenarnya tapi dia cuma tidak selesa jika lelaki itu berada di sekelilingnya.

"Auntie Aubrey thank you!" jerit Kaylee perlahan. Kalau jerit kuat-kuat habislah sahamnya nanti. Takut muka cantik ni dijadikan bahan lawak hanya disebabkan menjerit mengalahkan kingkong Yang berada dalam kemarahan.

"Hm...yelah. Dah alang-alang kamu berdua ada di sini jom kita pergi cafeteria. Lunch beramai-ramai barulah best," ajak auntie Aubrey membuatkan Kaylee hampir terlompat kegembiraan. Malah Kristel pula sudah membebel habis-habisan di dalam hati. Elok je aku dengan auntie Aubrey tadi tapi entahlah kedatangan dua orang makhluk ni buat aku badmood.

Sesampai sahaja di cafeteria yang berada di tingkat paling bawah bangunan K@K Productions, mereka berempat terus mengambil tempat duduk dan sementara  menunggu pelayan mengambil pesanan, Kaylee meminta diri untuk menjawab panggilan di telefonnya. Dia pun segera berlalu keluar dari cafeteria. Pada masa yang sama auntie Aubrey turut meminta diri untuk ke tandas dan kini hanya tinggal Kristel dan Wai di meja makan.

Keadaan menjadi senyap buat seketika. Kristel menggaru belakang lehernya untuk menghilangkan rasa kekok. Wai pula terus menerus mencuba untuk mencari idea bagaimana mahu memulakan perbualan memandangkan gadis di depannya itu kelihatan seakan akan tak selesa apabila berhadapan dengannya.

"Kristel, it's been a long time we didn't talk each others," akhirnya Wai berjaya juga mengatakan ayat yang dia nanti-nantikan untuk diberikan kepada Kristel. Dia tahu bukan semudah melontarkan dadu untuk berbual dengan Kristel kerana sifat gadis itu memang tidak pernah berubah sejak dulu.

Kristel segera membuang pandang ke tepi cafeteria. Lama dia berdiam sebelum membalas kata-kata Wai tadi."Anggap macam kita tak pernah jumpa selama ini," balas Kristel perlahan namun masih dapat didengari oleh Wai.

Lelaki itu tersenyum. Betul tekaannya yang gadis ini masih belum berubah walaupun sudah hampir beberapa tahun mereka tidak berjumpa. She is to hard to get even one perfect man want her it's like catching  among a billions stars up there just to get her. But I really like this typical of girl.

"You never changed. It's remains me of how hard I'm trying to get you when we are in a secondary school. Now, the other things that  I realize is...you semakin glow up," puji Wai dengan jujur. Bulu mata yang melentik dengan anak mata yang berwarna brown itu  lah yang sering kali buat Wai bermimpi setiap hari. Tak kiralah pagi ke tengahari ke petang ke yang penting dalam mimpinya, Kristel selalu ada.

"Tak penting. If kau nak cerita balik zaman dulu ada baiknya kita tak payah bercakap. It's called wasting my precious time," balas Kristel lagi. Sejujurnya bukan dia benci Wai namun dia sahaja yang tidak mahu terlihat begitu akrab dengan Wai dan dia tidak mahu perkara lalu berulang kembali.

"Kristel...I'm sorry if that makes you feel uncomfortable but trust me I will be there for you if you have a hard time. Our destiny is too sweet. Tak sangka kita dipertemukan semula selepas 8 tahun berpisah. I promise-"
ayat Wai terhenti sebaik sahaja Kristel memotong laju ayatnya.

"Wai, saya mohon sangat tak payah nak berjanji dengan saya lagi. Jawapan saya tetap sama dan tak akan pernah berubah. Jangan rosakkan mood saya hanya kerana bercerita mengenai kisah lalu," potong Kristel berserta satu jelingan tajam. Pada pandangan dia lelaki ini seolah-olah tidak pernah berputus asa untuk mengejarnya dan dirinya pula sedang sedaya upaya cuba berlari untuk bersembunyi dari lelaki itu.

Wai tersenyum kecil. Sejauh mana pun kasarnya gadis itu kepadanya namun tidak sesekali pun dia terasa apatah lagi ingin berputus asa. Once I said that I love this girl and that's mean I want her so much and I can easily let her go. Mungkin aku perlu banyakkan bersabar dan memberikannya waktu untuk menerima aku dengan seadanya.

"If like that, can we make a deal?" tanya Wai dan amat berharap agar Kristel bersetuju.

"What deal?"

"Be a friend?"

"Fine. Boleh. Tapi dengan syarat-" kata Kristel. "No love between us. That's all," sambungnya lagi.

Wai terdiam seketika. Namun beberapa saat kemudian dia perlahan lahan mengangguk.
Kenapa begitu susah untuk gadis ini menerima dirinya sedangkan dia sudah tulus dan ikhlas untuk mencintai dia. Kalau parents dia bersetuju untuk khawinkan mereka, hari ini pun dia sanggup bawa hantaran untuk masuk meminang gadis di hadapannya ini sekarang.

"Then we can be a real bestfriend," tangan duhulurkan ke arah Kristel dan gadis itu menyambut hulurannya tanpa rasa kekok lagi.













#Don't forget to vote and comment yeah.
Thank you for give a time to read this story. Jika ada kesalahan dari segi tatabahasa, typo or whatever please tell me yaa🤗

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top