Chapter 1 | Who is there?

"Auntie Aubrey..."

"Auntie Aubrey..."

Jeritan Kaylee bergema di segenap ruang tamu mansion. Seawal pukul 6:00 pagi dialah yang tak pernah lari dari menjerit.
Setiap pagi juga dialah yang menjadi alarm kepada semua penghuni di dalam mansion.

Kaylee bercekak pinggang. Sebaik sahaja dia sampai di tingkat bawah sekali lagi jeritannya bergema membuatkan semua mereka terbangun.

"Budak ni...hmm..." keluh auntie Aubrey sambil mengesat matanya. Sempat dia menggeleng perlahan dan sememangnya dia sudah masak dengan perangai Kaylee itu. Bilik tidurnya dikemas sebelum menuju ke kamar mandi untuk membuat rutin paginya. Dua orang anaknya yang masing-masing berusia 7 tahun dan 6 tahun itu masih lagi lena dibuai mimpi jadi dia memutuskan untuk tidak membangunkan mereka.

Dave Wellington iaitu suaminya jarang pulang ke mansion kerana kebanyakkan syarikatnya terletak jauh dari tempat tinggal. Jadi untuk mengelakkan kelewatan dia terpaksa membina rumah yang hanya berdekatan dengan syarikatnya.

Nasib baik jugalah Hana dan Xavier membenarkannya untuk membawa Kristel dan Kaylee untuk menemaninya di mansion itu kalau tak memang kesunyianlah dia setiap hari.

Kristel meregangkan tangannya. Rambutnya yang kusut itu disikat perlahan. Punyalah dia lena dengan mimpi yang indah tadi entah ayam dimana pula yang sesat tiba-tiba berkokok diawal pagi. Kalau aku kata berkokok pun tak juga. Menjerit adalah.

Kristel menggelengkan kepala. Kaki terus diangkat manuju ke bilik mandi. Tuala mandi dicapai dan dia pun mula menjalankan rutin paginya seperti biasa.

Usai membersihkan diri Kristel pun keluar dari bilik. Satu keluhan terus tercetus di bibirnya. Melihat sahaja tangga mansion yang mengalahkan tangga istana itu membuatkan dia rasa seperti ingin terjun sahaja dari tingkat atas. Isy tak baik cakap macam tu. Mohon dijauhkan. Bisik dalam hati Kristel.

Dengan langkah yang lemah dia pun memaksakan kakinya untuk turun ke tingkat bawah. Sumpah!mansion ni mansion jenis apa ya!dalam seumur hidup tak pernah lagi aku jumpa tangga setinggi macam ni. Ergh kalau aku tahu awal awal dah lama aku tak setuju pergi sini. Namun apakan daya disebabkan mumy dan daddy punya arahan jadi terpaksalah akur sahaja.
Lagi pula kesian auntie Aubrey keseorangan disini. Mansion besar tapi hanya ada beberapa sahaja penghuni yang tinggal ini yang buat aku hairan.

"Kristel!tolong aku kejap. Aku tak pandai buat sarapan orang barat ni. Bahan bahan semua pun aku tak tahu mana satu yang bagus. Malaslah macam ni. Aku nak belajar dekat youtube pun susah," Kaylee sudah mula merungut. Apron ditanggalkan lalu dicampakkan di atas lantai.

"Dah tu tak payahlah buat. Auntie Aubrey kan dah cakap. Nanti kalau ada masa dia akan tunjukkan kita cara nak masak makanan barat. Kalau kau tak tahu pun kan sandwich masih senang lagi nak buat," ujar Kristel dan mengambil epal yang sudah dipotong lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Ish!bosanlah makan tu. Takpelah aku buat puding je," akhirnya Kaylee memutuskan untuk membuat puding. Kalau nak dera otak ni nak belajar masak makanan baru memang payahlah!sampai perang dunia ketiga meletus pun belum tentu berjaya.

Kaylee mengangkat kedua belah bahu."Its up to you. Aku tukang makan je," kata Kristel penuh selamba dan seperti biasa wajahnya yang dingin itu dipamerkan.
Kaylee menjeling sekilas ke arah kembarnya. Apalah nasib aku dapat kembar yang pemalas ni.

"Kalau tak bantu tak payah makan. Dahlah pemalas. Dingin lagi. Sana!ada baiknya kalau kau pergi jaga Aurora dengan Olivia tu dulu. Kalau budak tu dah terbangun jangan bawa pergi sini. Mengacau je kerja," ujar Kaylee. Tangannya pula lincah sahaja mencari bahan bahan yang digunakan untuk membuat puding. Lagi cepat lagi bagus.

"Hm yelah. Tapi kalau diorang memberontak. Aku tak dapat buat apa apa. Biasalah budak kalau terhidu je bau makanan sanalah nak menangis. Dahlah aku naik dulu," usai berkata Kristel terus menuju ke bilik auntie Aubrey. Jumpa lagi dua budak nakal tu. Pasrah jelah.

"Sister..."

Sebaik sahaja pintu dibuka luas apalagi terus menjerit dua orang budak itu. Aurora dan Olivia berlari ke arah Kristel dan memeluk kakinya bagaikan tidak mahu dilepaskan.

"Lets play. Come on...join us," kalau bukan kaki yang menjadi mangsa tangan pula yang ditarik-tarik macam main tarik tali. Dua budak ni memang tak payah nak hairan.
Tak sah kalau sehari ada je yang buat aku geram.

"Okey come. Kita main dekat bilik permainan. Nanti mumy marah kalau main dalam bilik. Jom," terpaksa jugalah Kristel melayan budak tu.

"I dont want. I dont want to go there!" Olivia sudah mula merajuk dengan tangan yang disilangkan didada. Patut pun Kaylee tak sanggup nak jaga. Padahal aku sendiri pun sama juga. Susahlah nak jaga budak ni.

"Sana kan banyak permainan. Lagipun-"
ayat Kristel dipotong laju oleh Olivia.

"I dont want. Tak nak pergi sana. Ada hantu.
Kak janganlah pergi sana," ujar Olivia yang masih lagi merajuk. Terus membulat mata Kristel mendengar apa yang disampaikan oleh budak berumur 7 tahun itu. Hantu?biar betul?

"Olivia...mumy kan dah kata berulang kali. Tak ada hantu di sini. Kristel jangan dengar budak tu. Biasalah kalau budak ni kadang kadang pandai menipu. Bawa je diorang pergi sana," ujar auntie Aubrey yang baru sahaja selesai melipat pakaian.

Kristel mengangguk perlahan. Dia sendiri tak tahu nak percaya ke tidak apa yang dikatakan Olivia itu. Tapi yang buat dia pelik kenapa Aurora langsung tidak mengatakan perkara yang sama?mungkin Olivia tipu aku kot. Tebaknya dalam hati.

"Kakak kan ada. Come. Nanti kakak belikan banyak patung untuk Olivia dan Aurora," kata Kristel yang sudah tidak tahu apa lagi cara nak buat budak tu gembira. Dia sebenarnya lemah kalau bab nak memujuk budak ni lagipun dia bukannya peramah tapi dia hanya paksakan diri sahaja.

Olivia menunduk memandang ke bawah lantai apabila melihat pandangan tajam ibunya yang seperti memberikan isyarat kepadanya supaya pergi. Namun Kristel tidak menyedari hal itu.

"Sister...I'm afraid..." Olivia pantas menyeronokkan dirinya di belakang Kristel.
Mata budak itu takut-takut memandang ke arah ruang bilik permainan. Namun Olivia berbeza dengan adiknya. Aurora pula yang terlebih dahulu berlari masuk ke dalam bilik permainan. Budak itu kelihatan seperti tidak takut apa-apa.

Kristel mengusap kepala Olivia perlahan.
"Shh...tak ada apa. Tengok tu Aurora okey je disana. Olivia jangan takut ye. Mungkin mama cuma takutkan Olivia dulu. Kakak ada disini. Jom kita masuk," tangan Olivia digenggam kemas. Dan saat itu Kristel sedar akan Olivia yang seperti mahu tidak mahu sahaja masuk ke dalam bilik pemainan.

Sampai sahaja di dalam Kristel pun melepaskan tangan Olivia. "Kan kakak dah kata tak ada hantu-" ayat Kristel serta merta terhenti apabila terdengar ada benda jatuh yang datang dari rak belakang.

PANG!

''Mumyy..." jerit Olivia dan terus berlari meninggalkan Kristel dan Aurora di dalam.
Namun Aurora hanya beriak biasa ketika itu manakala Kristel pula memberanikan dirinya untuk menuju ke arah bunyi itu walau hakikatnya bulu romanya sudah mula meremang.

"Who is there?"

Diam. Langsung tiada sahutan ketika itu.
Mustahil barang ni boleh jatuh. Kalau jatuh pun mesti ada seseorang yang jatuhkan.
Angin?tak mungkin angin. Kenapa aku rasa macam situasi hari ini sama macam situasi semalam. Takkanlah ada orang lain selain penghuni di dalam mansion ini?






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top