@_Xsh_04's One Shot Story

Wattpad Malaysia genially presents _Xsh_04, a wonderful Romance writer, a pretty famous Wattpadder and she is known for her stories 'Psycho Of Love' and 'Lelaki Dingin itu Suami Aku'. She has written a special story just for you awesome folks. You're welcome to check it out and say 'hi' to her.

...


Assalamualaikum! Hai! Yo! Apa kabo semua! 

Saya Ash, masih budak sekolah, spm tahun depan jadi saya nak kenalkan diri sayalah. Saya asalnya Selangor tapi membesar di KL dan la ni saya duk Selangor balik. Jadi kalau ada game bola, saya sokong Selangor. Kahkah. Apa-apa pun, saya nak ucap terima kasih buat semua pembaca, peminat novel-novel saya. Tanpa korang, novel saya ni takkan dapat banyak sambutan. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Saya harap lepas ni, korang akan lebih support saya untuk saya cipta karya baru. In shaa Allah. Terima kasih juga kepada AmbassadorsMY kerana beri saya peluang ini. Saya terharu tau em. Tak pernah dapat peluang camni. *Lap pipi* Terima kasih semua. Ehek ehek. Maaf atas ayat yang terlalu gramatis. Almaklumlah. Tahun depan kan nak spm. Gunalah cuti ni sebaik mungkin. Cis. Apa-apa pun, hestek spm2018. Hestek saya sayang  AmbassadorsMY. Hestek saya sayang korang semua.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A Short Story 'Unpredictable Mate'


"You're the light, You're the night, You're the colour of my blood.

You're the cure, You're the pain, You're the only thing I want to touch."

Setiap malam berlalu seperti biasa tetapi bukan malam ini. Aku menerima mesej dari seseorang. Seseorang yang aku hormat. Hormat sebagai kawan teman lelaki aku.

Adam

bye syg luv u hahaha (11.31pm)✔✔

Syg2 . Ceq hempuk kepala hang tu biar betui baru tahu (11.32pm) ✔✔

Aku segera membalas dengan perasaan geram. Tak takut ke dia dengan boyfriend aku. Atau dikenali dengan lebih tepat kawan rapat dia sendiri?

Xpe syg. I rela. Hahah bye syg (11.35pm) ✔✔

Mesej terakhirnya. Aku tidak membalas. Semakin dilayan, semakin menjadi-jadi perangainya.

5 Tahun Kemudian

"Weh, tolong hantar ni dekat Professor Ahmad," arah seseorang kepadaku. Aku menjeling dengan tajam. Suka hati dia je nak mengarahkan aku. "Hantar lah sendiri. Kau ingat aku apa ha?" Aku membalas sambil mendongak ke atas. Ketika itu baru sahaja aku ingin membuka buku yang kedua. Ingin membuat assignment yang diberikan oleh Madam Fyi. Tetapi, diganggu pula dengan malaun ini.

Aku ingin beredar dari situ namun dia menghalangku dengan badannya. "Hantarkan!" Arahnya lagi. Buku-buku dan fail yang berada di tangan, aku genggam kuat.

"Tak nak!"

"Hantar!"

"Tak nak!"

"Sayang, Am, kenapa gaduh ni?" Teguran seseorang menghentikan perbuatan kami. Aku dan Adam segera menoleh ke arah seseorang yang menegur kami. Rupanya dia. Teman lelaki aku. Am. Muhammad Ammar Adam. Boyfriendku memanggilnya Am. Manakala aku,Adam. "Tak ada apalah Pit. Okey aku pergi dulu bye!" Adam segera beredar meninggalkan kami berdua.

Aku dan boyfriendku saling memandang kelibat Adam yang sudah semakin menjauh. Apit. Nama kecil untuk Muhammad Hafiz. "Kenapa dengan Am?" Tanyanya kepada aku sambil itu, matanya akan memandang mataku. "Dia suruh hantarkan fail kat Prof. Ahmad. Sayang tak nak. Penat lah biy." Aku membuat suara penat sambil itu pipi sengaja dikembungkan. Cuba menarik perhatian si dia. Hafiz tersenyum melihat gelagatku. "Jom makan," ajaknya. Aku yang memang pantang mendengar makan ini terus mengangguk laju. Buku-buku dan fail di atas meja dikemas secepat mungkin. Tak sabar nak makan!

Aku dan Hafiz berlalu ke kafe berdekatan. Kami berbual sambil bergelak tawa. Tiba-tiba sahaja Adam muncul. Bukan kami sebut nama dia pun! "Yo bro, dating tak ajak aku," dia menyalam Hafiz dengan cara lelaki. Kerusi kosong yang berada di sebelah aku ditarik. Kenapa tak duduk sebelah Hafiz? Ish!

"Kau kena faham bro, dating just for girlfriend and boyfriend. Kau kalau nak, cuba cari girlfriend sendiri. Bukan menepek macam ni," kata Hafiz kepada Adam. Aku tersenyum sinis. Hamek kau! Ayat pedas dari kesayangan aku. "Awek? Malaslah. Dia dah diambil orang bro. Aku nak jadikan dia bini aku terus," jawab Adam tanpa rasa tersentap langsung. Entah kenapa ayat dia kali ni seperti menyentakkan hatiku. Tiba-tiba rasa kasihan pun ada. "Siapa bro?"

"Adalah.." dia tersenyum rahsia. Aku hanya mendiamkan diri sambil menjamah mee mamak bersama jus lobak susu. Aktiviti makan lebih penting daripada menyampuk perbualan mereka berdua. "Apahal awek kau Pit. Period ke?" tanya Adam separuh bisik tapi aku tahu, dia memang sengaja nak aku dengar. Aku memandang ke arahnya. Saja je! Hafiz ketawa kecil sambil menutup mulutnya. "Biy! Tengok Adam ni!" aku menjerit kecil tanda tidak puas hati. Adam mengejekku dengan menjelirkan lidah dan membuat muka hodoh. Aku menarik nafas dalam-dalam. "Okey okey, biy tak gelak. Tapi.. kelakarlah. Hahahah." Hafiz meneruskan gelaknya manakala Adam memandangku dengan pandangan menang.

Aku segera bangun dan mencapai beg tanganku. Ah, peduli apa aku. Hati aku jadi semakin panas dengan kehadiran Adam! Seseorang menarik tanganku. Nasib baik ada lapik. Kalau tidak, dah lama aku hempuk. "Sayang, janganlah marah. Biy gurau je," pujuk Hafiz dengan nada lembut. Tangannya sudah lama melepaskan tanganku apabila dia sedar keterlajurannya. Aku memalingkan muka. "Sah-sah awek kau period." Kata Adam lagi. Tak habis-habis nak sakitkan hati aku. Aku menjelingnya tajam. Setajam yang boleh. Dia hanya mempamerkan riak biasa.

"Dah lah Am. Sayang.. You already know that I love you right? Please.. Don't pouting.." ujar Hafiz lemah lembut untuk memujukku. Aku mendiamkan diri. Setidaknya Hafiz ada untuk sejukkan aku balik. Aku memandang muka Hafiz yang sudah mempamer muka kasihan. "Yeah I know. And I love you too always. You are my everything biy," balas ku sambil senyum. Bibir Hafiz mula mengukirkan senyuman apabila mendengar percakapanku. Aku duduk semula bersama Hafiz di meja makan. Adam secara automatik dipalau. Sebagai hukuman, Hafiz tak boleh layan kawan baik dia tu untuk hari ni! Yes!

Pada waktu malam, Hafiz menghantarku balik rumah. Keluarga aku pun telah memakluminya kerana sebelum dia hantar aku pulang, aku telah beritahu ibu bapa aku dahulu. Dia menemani aku sampai aku selamat masuk rumah. Bila aku masuk, rumah aku gelap gelita. Aku mula kebingungan. Setahu aku, kalau keluarga aku tak ada kat rumah, lampu ruang tamu mesti terbuka sebab tak nak aku terlanggar barang. Tapi, kenapa semua gelap?

Aku bergerak menghampiri suis lampu. "Ada parti suprise ke? Tapi hari ni bukan hari jadi aku," aku bermonolog sendirian. Tiba-tiba, tanpa aku sedar, seseorang dari arah belakang datang lalu menutup mulutku. "Umh! Umh!" Aku cuba untuk menjerit di sebalik belakang tangan seseorang tersebut. Aku mula tak rasa ini merupakan parti kejutan. Mungkin.. Perompak! Aku mula berasa tidak sedap hati.

Perasaan aku semakin berdebar saat dia menghimpit badanku di dinding. Suis lampu yang berada di sebelahku ditekan oleh si dia. Saat itu, aku terkejut. "A..Adam?!" Bulat mataku apabila wajahnya yang memenuhi pemandanganku. Bagaimana dia boleh masuk ke rumah? Bila dia masuk? Ya Allah.

"Yes, aku!" Jawabnya sambil tersenyum sinis. Aku mula menjadi tidak keruan. Badannya aku tolak-tolak agar tidak mendekati badanku namun hampa! Aku tak sekuat tenaganya!

"Apa kau buat kat sini?!"

"Relax sayang. Jangan jerit-jerit," Adam mula membelai pipiku. Aku menepis. Jangan ingat cara macam tu boleh gugurkan iman aku! "Adam! Let me go! Ni aku Mai! Awek kawan kau sendiri, Hafiz!" Tiba-tiba dinding di sebelahku ditumbuk. Tangannya yang putih menjadi merah.

Lututku menjadi semakin lemah melihat dia berubah menjadi seperti ini. "Sebab kau awek Apit lah, aku datang! Kau tahu tak siapa aku minat dari dulu?! Tahu tak?!" Dia menengkingku. Dengan tak sengaja, air mataku mengalir. Aku menggeleng perlahan tanda tidak tahu. Sungguh, aku rasa tak kuat saat ini. "Kau! Kau yang aku minat! Tapi kau pilih Apit dari aku! Kenapa?! Aku lebih hebat dari Apit lah! Lebih!" Dia menumbuk lagi dinding yang berada di sebelahku. Di tempat yang sama. Tangannya yang sudah merah menjadi semakin merah. Aku menangis seorang diri. Tak mungkin Adam suka aku. Tak mungkin.

Sudah setengah jam perkara ini berlalu tapi kami masih lagi dalam keadaan tegang. Ya Allah, selamatkanlah aku. Aku hanya mampu berdoa dan merintih di dalam hati. Tanganku dicengkam dengan kasar. Aku cuba melepaskan tanganku namun kudrat lelaki di hadapanku ini bukanlah tandinganku. "Adam, aku merayu dengan kau. Lepaskan aku.. Please," aku merayu lalu memegang tanganku yang dicengkam. Perit yang ku rasa saat ini.

"No! Until you marry me!" Katanya sambil mengetatkan lagi cengkaman. Aku menangis dan merayu namun dia langsung tidak menghiraukan. Memang Adam di hadapanku ini tidak berhati perut! Telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Hafiz My Biy . Umar yang ternampak nama tersebut menjeling dengan pandangan tajam.

"Adam.. Please.. Tolonglah," aku memegang tanganku lagi. Habis idea aku untuk memujuk dia. Semakin lama aku biarkan telefon ku, deringan telefonku berhenti. Tanpa aba-aba, Adam menarikku naik ke tingkat atas. Perasan takut aku tidak dapat dibendung lagi. "Kau buat apa ni Adam?! Adam! Ingat Allah Adam!" Aku cuba menarik tanganku namun tidak berjaya. Apabila berjaya membuka pintu salah satu bilik, dengan pantas dia mencampakkan aku ke atas katil. Aku menangis teresak-esak namun sekali lagi, dia tidak menghiraukan esakan aku. Pakaian aku dikoyakkan dengan menggunakan tenaganya. "Astagfirullah al azim! Am, sayang!" Aku memandang ke arah suara itu.

"Biy! Selamatkan sayang biy. Selamatkan sayang," aku menangis lalu menutup badanku yang terdedah dengan menggunakan selimut katil. "Sayang.. Biy tak sangka sayang.. Jadi, betullah apa yang Adam kata selama ni? Betullah? Biy tak sangka! Tak sangka!" Kali ini, Hafiz pula yang meracau seperti orang yang tak betul. Tapi racauan dia itu tidak benar langsung!

"Biy.. Bukan biy! Dia yang fitnah sayang! Biy percayalah.. Biy! Sayang sayangkan biy sorang je biy!" Aku menangis lagi. Tapi, kali ini dengan lebih kuat. Dugaan apa lagi yang datang? Aku rasa aku tak mampu nak tahan. Aku melihat Hafiz yang sedang menyelerakkan rambutnya. Adam sedang senyum kemenangan. Aku benci senyuman tu. Aku benci!

"Adam! Kau cakap apa dengan Hafiz ha?! Kau fitnah apa lagi?!" Aku mula menengking Adam. Kesabaranku sudah melebihi hadnya. Aku rasa aku tidak mampu menahan sabar lagi. Mataku muali memerah saat air mataku laju sahaja merembes airnya saat ini. Ya Allah, tinggikanlah kesabaranku. "Aku cakap apa yang betul. Yang kau ni, perempuan murahan!"

Perempuan murahan. Aku? Ya Allah. "Hafiz, awak percaya ke dengan kata-kata dia Hafiz? Awak percaya? Kita dah bersama selama lima tahun! Lima tahun!" Aku menggeleng kepalaku tidak percaya. Aku menolak beratus lelaki hanya untuk dia. Tapi dia? Apa yang dia balas saat ini? Ketidakpercayaan? "Aku lebih percaya dia dari kau."

Hafiz mula membahasakan diri 'aku' dan 'kau' kepadaku. Bermakna, dia tidak ingin lagi bersamaku. Ya. Ini sudah ternyata faktanya. "Kalau ini keputusan awak, saya terima dengan reda. Kalau hanya di sini sahaja jodoh kita. Saya terima," aku mengakhiri kata-kataku. Seandainya dia betul-betul tidak dapat menerimaku, itulah jawapan yang dia perlu terima.

"Adam, kau puas sekarang? Puas?! Aku ucapkan terima kasih sebab kau fitnah aku! Thanks a lot Adam! I really appreciate it! Now, I'm sorry Hafiz. Please, get out from my house and you Adam, get out!" Aku menghalau mereka dari rumahku bahkan bilikku. Diorang tak berhak menjejaki bilikku! Tidak! Sama sekali tidak! Hafiz berlalu dari situ tanpa perasaan kesal di hati. Baru aku sedar, dia tidak pernah meletakkan sebarang kepercayaan terhadap diri aku. Kekasih dia selama lima tahun.

"I will never get out.. Never!" tiba-tiba Adam bersuara setelah Hafiz keluar. Dia memang tidak mahu menunjukkan belangnya yang sebenar. Aku tersenyum sinis apabila memikirkan perangai hipokrit Adam. Apabila melihatkan diriku yang mendiamkan diri, tiba-tiba Adam menekupku dengan kain kecil. Aku cuba mengambil oksigen tetapi malangnya oksigen itu sudah tercemar. Perlahan-lahan, mataku tertutup.

"Astagfirullah al azim. Apa nak jadi dengan Along ni?!" Saat aku terdengar suara ibuku menjerit, aku tersedar dari 'tidurku'. Sedar-sedar sahaja, keluargaku menjerit namaku. Aku melihat di sebelahku. Baru aku faham. "Mama.. Ayah.. Along boleh terangkan.." Aku bercakap dengan menggunakan nada yang rendah kerana keadaan aku sekarang sudah lemah. Lemah dengan lakonan hebat dari Adam. Sekarang, drama apa lagi yang dia nak buat? Fitnah apa lagi?

"Ayah tak sangka kamu macam ni, Along! Cakap macam hebat, tapi ini perkara yang sebenar! Apa yang kamu buat dengan jantan ni ha?!" Tengking ayah aku pula. Ya Allah, inikah takdir bagi hidupku? "Jantan ni.. Jantan ni yang menyebabkan Along dengan Hafiz putus. Disebabkan jantan ni.. Mama dengan ayah tengking along! Along kena fitnah ayah! Kena fitnah dengan jantan tak guna ni!" Aku cuba membela diriku walaupun aku tahu aku takkan terbela. Aku memandang lelaki di sebelahku. Tidak memakai baju. Hebat betul lakonan dia.

"Ayah tak nak tahu. Yang penting minggu depan kamu akad nikah!" Pap! Bagai tamparan besar buat diriku. Akad nikah? Kahwin? Dengan jantan tak guna ni? Memang tak akan! "Tak akan ayah! Tak akan! Along takkan kahwin dengan jantan yang tak guna ni!"

"Habistu Along nak jatuhkan maruah keluarga kita? Ha?! Jangan sampai Along dah mengandung, baru nak akad nikah! Lagipun, nasib baik lelaki ni nak bertanggungjawab! Jangan fikir diri sendiri je! Fikir maruah keluarga!" Kali ini ibuku pula yang mula menengking. Ya Allah.

"Jangan jadi anak derhaka long," sambung ibuku lagi. Ayat itu. Ayat itu amat menyentakkan tangkai hati aku. "Baiklah, Along kahwin dengan jantan ni! Tapi, kalau kita sengsara. Jangan pernah salahkan along!" Aku membuat keputusan muktamad. Mungkin inilah jodohku. Jodoh yang tidak pernah aku inginkan. Permulaan yang tidak berapa reda. Tak. Bukan ini. Bukan ini yang aku mahukan tapi aku tahu. Sehebat mana pun aku tentang tapi kalau inilah takdirnya, aku takkan terlepas.

Selepas dua hari dari kejadian tersebut, aku tidak pernah bercakap dengan Hafiz malah untuk berjumpa dengannya. Aku hanya menyendiri. Di dalam kelas seperti biasa aku hanya bergaul dengan rakan sekuliahku. Mereka juga tahu bahawa hubungan aku dengan Hafiz sudah putus. Alhamdulillah, mereka memberi aku semangat.

"Jangan lupa. Lagi empat hari kau akan jadi milik aku yang sah. Bukan macam Hafiz," ayatnya yang pedas sentiasa menampar gegendang telingaku. Aku diam. Malas mahu bertengkar dengannya. Aku memekakkan telingaku khas untuk dia. "Woi! Kau dengar tak? Kau ni memang pekak ke apa ha?" Katanya lagi sekali. Dia tidak pernah jemu untuk menyakitkan hatiku. Aku menarik nafas sedalam dalamnya lalu aku hembuskan.

"Aku nak kau bagitahu kat Hafiz yang kita nak kahwin," arah dia pula. Aku mendiamkan diriku lagi. Aku bangun lalu pergi ke meja perempuan. Pasti dia takkan berani kacau aku. Tapi sangkaan aku salah, dia masih mengekori aku. "Adam, is anything wrong?" Tanya Professor Kamal sambil memerhati gelagat Adam. Adam menggeleng sambil tersenyum. Lalu, dia mengangkat tangan. "Prof, Mai nak tanya something. Kan Mai kan?" Dia mengacau aku lagi. Aku menggeleng selajunya. Professor Kamal tergelak kecil. "Don't be shy miss. Ask what you want to know," kata Professor Kamal dengan nada lembut tidak seperti Adam. Adam hanya tahu menggunakan nada kasar sahaja.

Aku rasa aku patut sahut cabaran Adam kan? Jadi, aku bangun lalu bertanya. "Saya dengar Prof Kamal ni, agak hebat dalam bab agama kan?" aku menanya. "Not much. Just so-so. Why?" Soal Professor Kamal yang agak bingung.

"Nothing Prof. I just wonder, apa hukumnya seseorang membuat fitnah ke atas seseorang lain then dia tikam belakang kawan dia sendiri Prof?" Aku menanyakan soalan sentap untuk Adam. Ya. Itu memang niatku yang sebenar. Aku lihat Adam sudah pun terkedu. Diam seribu bahasa. "Fitnah? Masya Allah.Dosanya, lebih daripada dosa membunuh. Fitnah boleh buat orang tu lebih daripada terbunuh. Mungkin berperang sesama sendiri? Diseksa? Kalau yang tikam belakang kawan tu, dia bukanlah kawan yang baik dan sejati. Ramai sekarang yang jadi macam ni ya. Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. mungkin dia tikam belakang sebab nak kejar duniawi semata-mata. Harta? Kecantikan? Status? Macam-macam lagilah. Jadi, kita elakkanlah diri kita dari buat benda macam ni," jelas Professor Kamal panjang lebar.

Aku mengangguk kepala pura-pura faham. Kebetulan, kelas Professor Kamal sudah habis. Masa rehat bermula. Biasanya, aku akan duduk di kelas membaca buku. Sejak kebelakangan ini, aku tiada selera makan. Bila aku ingat makanan, aku teringat Hafiz. Para pelajar mula mengosongkan dewan kuliah. Aku hanya duduk termenung. Memikirkan nasib selepas berkahwin dengan Adam. "Kau tak nak rehat ke?" tanya Adam kepadaku. Soalannya aku tidak membalas. Dibiarkan kosong. Buku Kimia dan beg tangan aku ambil. Tujuanku untuk pergi perpustakaan.

Belum sempat aku keluar, Adam menarik tanganku lalu pergi ke tempat agak sunyi. Aku tidak memandang wajahnya. Terlalu jijik. "Kenapa dengan kau ha? Rindu Hafiz ke? Kau nak jumpa Hafiz ke?" Tanya dia bertalu talu. Soalan bodoh! Sepatutnya kau tanya soalan tu dua hari lepas! Bukan hari ni! Aku memandang mukanya. Memang aku akui, dia sememangnya lebih hensem daripada Hafiz. Dari dulu, semakin hensem. Kulitnya putih bagai orang kacukan. Dadanya bidang. Ketinggian idaman wanita. Cahaya terpancar dari wajahnya. Aku tak dapat kesan cahaya apakah itu.

"Lepaskan aku," kataku dengan suara mendatar. Aku langsung tak berasa gentar dengan perlakuan dia kali ini. Aku cuba untuk mengelak dari memandang matanya. "No until you answer my question Mai!"

"Aku okey. Dah, let me go," Aku cuba lagi untuk melepaskan tanganku namun tidak berjaya. "Kau tak okey. Aku tahu tu," katanya seolah-olah dia boleh mentafsir air mukaku.

"Then, why you asking Adam?! Why?! Kau tak serik ke sakitkan hati aku?! Tak?!" aku mulai marah dengan kata katanya yang bagi aku bodoh! "No! Because I love you!"

"Go die with your love!"

"Listen here Mai, four days more! And I will make you mine! From head to toe!" Dia melepaskan genggamannya lalu dia beredar dengan pipi yang merah. Aku mengurut tanganku yang mulai memerah. Kesan dari genggamannya tadi. Ya. Lagi empat hari.

Empat hari kemudian.

"Aku terima nikahnya Maisarah Aliya binti Muhammad Safwan dengan mas kahwin RM 998 tunai," Adam melafazkan ayat akad nikah kami berdua. Ayat ini telah menandakan aku sudah menjadi miliknya. From head to toe. Hanya kaum kerabat dan sahabat yang datang. Sahabat yang sejati. "Alhamdulillah," ucap para ibu bapa aku dan dia. Begitu juga dengan para tetamu yang hadir. Hatiku mulai rasa kosong. Aku tidak mampu memberi apa-apa respon. Bacaan doa dimulakan. Aku menadah tangan lalu mengaminkan.

Sesi penyarungan cincin bermula. Dia mendekati aku sambil membawa dua bentuk cincin. Tertulis huruf 'A' dan 'M' di kedua-dua cincin tersebut. Cincin emas buatku dan cincin perak buatnya. Tangannya yang kasar selamat menyarungkan cincin kepada aku. Aku memandang wajahnya. Cahaya itu masih lagi terpancar di wajahnya namun kali ini lebih bercahaya. Cahaya apakah ini ya Allah? Aku mengucup tangannya untuk beberapa ketika. Selepas itu, dia mengucup dahiku. Aku berasa hangat dan rasa selamat sekali. Sebuah senyuman ikhlas terpancul di bibirnya. Sebelum ini hanya senyuman sinis, ego dan kemenangan.

Siang berganti malam. Aku masih dengan keadaan aku; senyap dan tidak banyak berbual. Mungkin penat. Penat dengan semua ini. Usai sahaja solat Maghrib, aku menolong mama dan ibu mertuaku. "Ma, ibu, ada apa-apa yang Mai boleh tolong?" Aku bertanya dengan lembut. Takkan nak tanya dengan kasar pula kan? "Eh, tak payah tolonglah Mai," balas ibuku yang sedang memotong bawang. Aku mengangguk sambil tersenyum.

Tiba-tiba aku merasa badanku dilingkari sebuah tangan yang kasar. Akibat terkejut, aku segera menoleh. Adam. Terkejut bukan main kepalang aku dibuatnya. Baru aku sedar, ketinggian aku hanya dia paras dagu nya. Dia memeluk pinggangku. "Sayang buat apa kat sini?" Dia menanyaku sambil mengelus lembut rambutku. "S..saya.. Nak tolong mama dengan ibu dekat dapur," aku jawab dengan tergagap-gagap sambil memandang bawah. Tidak berani memandang wajahnya yang hampir denganku. Perasaan malu dan gementar menjadi satu di dalam diriku.

"Adam, Mai. Pergi naik atas rehat. Pengantin baru mestilah rehat secukupnya," ujar mamaku sambil menoleh memandang ke arah kami. Beliau tersenyum-senyum apabila melihat hubungan aku dan Adam sangat erat. Aku sekadar mengangguk. Pinggangku diraih olehnya dan kami berjalan ke bilik. Aku sebagai isteri hanya mengikuti langkah dia. Diam tidak bersuara.

"Pandai kau berlakon kan?" Katanya sejurus mengunci pintu. Aku duduk di atas katil. Mendiamkan diri. Aku rasa aku tak nak berdebat kata dengan dia sekarang ini. Tambahan lagi, dia suami aku. Baru hari pertama kahwin, dah nak buat dosa? "Answer me," dia mula mengarah. Matanya menjadi kecil dan pandangan matanya tajam memandang aku. Aku menarik nafas untuk menenangkan diri.

"Awak, saya nak tidur. Selamat malam. Assalamualaikum," aku berkata lalu baring. Selimut tebal menutupi badanku. Mataku yang berat dan layu sudah menjadi gelap. Selamat malam dunia.

Kedengaran azan Subuh berkumandang. Aku bangun lalu melihat orang di sebelahku. Tiada. Di mana dia? Air dari bilik air dibuka. Tahulah aku bahawa dia berada di dalam bilik air. Selepas itu dia keluar hanya dengan memakai tuala. Aku terpandang tubuhnya yang mempunyai otot rectus abdominis. Aku segera mengalihkan pandangan lalu aku mencapai tuala. Baik aku larikan pandangan sebelum aku yang tergoda.

Sebelum aku masuk ke dalam bilik air, dia sempat berkata. "Cepat sikit. Solat subuh berjemaah," aku hanya mengangguk lalu pergi. Jantungku berdegup dengan kencang. Aku memegang dadaku. Tak mungkin aku rasa berdebar dengan dia. Tak mungkin.

Usai solat Subuh, aku menyalam tangannya. Dia mengucup dahiku dan membelai lembut kepalaku. Aku terkedu sebentar. Kenapa tiba-tiba dia jadi lembut ni? Tapi, jauh di sudut hati aku, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya dia bukan suami dayus yang suka marah atau pukul aku. Aku mengikut sahaja rentaknya. "Terima kasih sebab jadi imam saya hari ni," ucapku kepada dia yang tersenyum manis. Aku gembira melihat senyuman tu. Entah sejak bila.

"Esok, kita pindah rumah. Hari ni, kita tengok dulu rumah tu macam mana," katanya. Aku agak terkejut. Mataku membulat. Cepatnya pindah! Cepatnya dah ada rumah lain! Aku tak tahu pula dia sekaya macam ni. "Dekat mana?"

"Shah Alam. Dekat sikit dengan kolej kita," aku mengangguk. Betul juga tu. Tanpa berfikir dua tiga kali, aku terus bersetuju sahaja dengan cadangan dia. Aku melipat telekung dan sejadah lalu turun ke dapur. Sebelum turun, aku mengajak dia. "Awak, jom turun. Breakfast."

"Jap. Erm. By the way, panggil aku abang. Then, I will call you sayang," dia senyum menggoda ke arahku. Aku menelan air liur. Ya Allah. Macam mana iman aku boleh tahan dengan dia ni? Aku mengangguk perlahan lalu segera ke dapur. Semakin lama aku di sini, imanku semakin berguguran.

Sampai sahaja di dapur, aku menolong ibu dan mama apa yang patut. Rupanya mereka sudah siap memasak, cuma tinggal letak pinggan dan makan. Saat kami makan, soalan KBAT keluar. "Macam mana semalam?" tanya ibu secara tiba-tiba. Aku baru sampai kot. Tanpa dipinta, aku terbatuk. Reaksi automatik. Semalam? Alhamdulillah, tak ada apa hee. "Sayang? Sayang okey tak?" dia mengurut belakang ku. Muka simpati dia terpapar. Aku mengangguk lalu mencapai air yang berada di hadapanku.

"Oppss. Sorry," ucap ibu sambil tersenyum. "It's okay ibu," aku menggeleng lalu tersenyum. Adam mengelus tanganku perlahan. Aku memandangnya. Dia tersenyum. Aku juga turut tersenyum. Melihatkan perlakuan kami, mama berdehem sambil tersenyum. "So, macam mana semalam?" tanya mamaku pula. Aku ingatkan topik ini sudah habis. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah suami aku yang jawab.

"Semalam, alhamdulillah okey ma. Tak ada halangan," dia gatal sambil memandang ke arahku. Tak sangka, dia juga mengenyit mata ke arahku.

Malu aku dibuatnya. Aku mencubit perutnya. "Abang.." aku memandang bawah. Malu uh! Tak boleh nak pandang anak mata setiap orang di hadapan aku. Mesti mereka sudah tersenyum-senyum mendengar ayat Adam.

"Oppss. Sorry sayang," jantung aku berdegup dengan saat kencang saat dia memanggilku sayang. Selalunya Hafiz yang panggil aku sayang. Bukannya Adam. Cakap pasal Hafiz, sebenarnya, aku masih terkilan dengan kata-kata dia saat kali terakhir kami jumpa. Dia pun tidak menghadiri majlis pernikahan aku dan Adam. Aku tak berapa peduli sebab aku tahu, dia mungkin tak bersedia mahu jumpa kami lagi.

Pada waktu tengahari, aku duduk di tepi kolam ikan. Tak sangka rumah Adam ada kolam ikan. Yalah. Aku mana pernah pergi rumah dia sebelum ini. Saat aku memberi makanan kepada ikan, tiba-tiba aku rasa sepasang tangan kasar melingkari pinggangku. Aku berhenti bergerak. Tangan yang memegang balang ikan dipegang erat takut balang itu terjatuh.

"Izinkan abang panggil sayang dengan panggilan sayang," katanya sambil meletakkan dagunya ke atas bahu aku. Aku tersenyum kecil. Senang dengan perlakuannya yang aku rasa sangat comel. "Saya izinkan," kataku sambil memegang tangannya yang terlingkar di pinggangku. "Sayang, Call me abang. Call yourself sayang," tegurnya dengan nada mendatar. Mungkin agak marah dengan tadi?

"Sorry abang." Aku meminta maaf atas kesilapan aku tadi. Tapi bila fikir balik adakah aku terlalu baik? Atau aku memang layak buat dia begini? Salah ke aku buat begini dengan suamiku A.K.A bestfriend ex boyfriend aku? Salah ke? "Sayang," panggilnya dengan nada yang meleret. Aku menoleh ke tepi bahuku di mana wajahnya terletak. "Yes abang?" Aku menyahut panggilannya.

"Jom pergi shopping mall lepastu kita terus tengok rumah kita," ajakannya membuatku terpinga-pinga. Rumah aku tahulah tapi shopping mall? "Shopping mall? For what?"

"Buy something for us," katanya lalu da mencium pipiku secara cepat. Aku terkejut. Tak pasal-pasal aku berasa lebih malu. "Okey abang," aku mengangguk bersetuju. Lalu, aku berdiri dan melangkahkan kaki ke arah bilik. Usai siap, aku turun. Saat itu, aku terlihat bahawa dia juga sudah siap. Dia memakai t-shirt berjenama polo bersama seluar jeans. Bajunya yang fit menampakkan tubuhnya yang tough. Aku memandangnya lama. Kagum dengan ciptaan Allah.

"Sayang?" Panggil dia. Aku tidak menyahut kerana saat itu aku sedang berada di alam aku sendiri. Aku masih leka memandang dia. "Sayang?" Dia mula mendekatiku apabila tiada tanda-tanda bahawa aku akan sedar dari lamunanku. Dia Melambai-lambaikan tangannya di depanku.

Adam tersenyum sinis. Dia punya idea untuk menyedarkan aku dengan mencium bibirku. Aku terkesima. Aku mula bangun dari 'tidur'. Bibirnya yang lembut bercantum dengan bibirku. Aku menolak dada dia yang bidang. Dia ke belakang. "Your punishment because ignore me," dia senyum menang. Aku pelik. Sejak bila aku hiraukan dia? "Since when I ignore you?" Aku mengangkat kening. Tak percaya yang aku baru sahaja hiraukan dia.

"Just now dear. But it's okay. Sayang dah dapat hukuman dah," kata dia lagi sambil senyum gatal. Aku membulatkan mata. Aku memegang bibirku. "Abang!"

"Yes sayang?"

"You stole my first kiss!"

"Really?"

"Yes!"

Chup! Again. Dia memeluk pinggangku kemas. Tangan ku diletakkan pada dada dia. Aku terkedu. Takkan nak tolak pula. "Sayang, abang akan curi first kiss, second, third and so on. Because what?"

"Because you are my husband."

"No."

"Then?"

"Because I'm yours. And yours is mine," dia tersenyum sambil mengusap pipiku. Aku melihat matanya yang hitam. Aku senyum. Tipulah kalau aku tak rasa bahagia. "Kajja!" katanya sambil menarik tanganku. Aku terkejut. Aku memberhentikan langkah.

"Abang, sejak bila abang reti bahasa Korea ni?" Tanya aku sambil membuat muka pelik. Serius aku tak pernah tahu bila dia belajar bahasa Korea. "Alololo comelnya dia. Abang reti sebab.. Abang... Abang.." Dia menjeda percakapannya. Aku rasa curious.

"Abang..?"

"Abang kan peminat sayang dulu dan abang tahu sayang minat group kpop. Abang pun tak tahu apa yang best sangat dengan jambu semua tu. Tapi, disebabkan sayang, abang cuba minat kpop and cuba belajar bahasa Korea," terangnya dengan jelas dan bersungguh-sungguh. Aku tergamam. Sampai begitu sekali? Hafiz tak pernah buat macam tu. Sekali pun tak pernah.

Tanpa aba-aba, aku terus memeluk Adam sambil menangis terharu. Sesungguhnya jodoh adalah hadiah misteri yang terbaik buat kita. "Abang.. Thanks," aku mengucap sambil menangis terharu. Pelukannya membuat aku rasa selesa sekali. Mungkin inilah yang orang katakan halal itu lebih indah. Kan? "Hey, sayang. Kenapa nangis ni? Ya Allah." Dia mencium dahiku bertalu-talu. Cuba untuk mengurangkan esakan aku yang semakin kuat.

Aku menggeleng. Bajunya agak basah akibat air mataku. Dia memegang daguku. Mataku dan mata dia kini bertaut. "What's wrong?" Tanya dia prihatin. Aku menggeleng sekali lagi. "Sorry abang. Sebab sayang baju abang dah basah," bajunya yang basah, aku lap guna tangan. Walaupun aku tahu baju tu takkan kering walau dibuat macam tu. "Lah, it's okaylah sayang. Jom, pergi shopping lepastu kita tengok rumah baru kita. Especially bilik kita," bisik dia tepat ke arah tanganku. Pipiku berona merah. Lalu, dia mencapai tanganku dan dia memegang tanganku. Aku membalas pegangan dia.

Terima kasih Ya Allah.


-TAMAT-



Sincerely,

_Xsh_04

Thank you so much for writing such an innovative story. Terima kasih, Ash.

Enter Ash's giveaway to get a chance to be followed by her.


If you have any questions regarding romance, short stories, or anything, ask in the comment below.  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top