@SilauunPurii's Special Poem
Wattpad Malaysia proudly presents SilauunPurii, a dedicated History and General Fiction writer, a member of Guild Writers 1NKFINITY and she is best know for her work 'Cinta Sang Putera'.
❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁
Sepuluh jari saya susunkan,
Segaris senyum terukir mesra,
Purii ucapkan Salam perkenalan.
Selamat datang ke Malaysia.
❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁
Hai, Assalamualaikum (Hello there, Peace upon you)
Salam perkenalan, saya Purii @SilauunPurii. Penulis yang hangat-hangat rising. Anda mungkin pernah membaca hasil tulisan saya di genre romance (Suami Jenis Homo?!) dan general fiction (Secebis Hati yang Terluka). Adakah anda berpuas hati akan tulisannya? Terima kasih kerana sudi membaca, komen dan votes.
Saya sangat berbesar hati ditawarkan oleh @AmbassadorsMY sebagai salah seorang peserta penulis Wattpad dari Malaysia. Sangat terharu! Terima kasih. Akhirnya, profile team Malaysia telah wujud dan rasmi! Tahniah @AmbassadorsMY. Dengan ini, dapatlah kami, penulis bahasa melayu mengetahui berita terkini daripada Wattpad HQ dalam bahasa melayu. Dan penulis Wattpad Malaysia juga dapat berkumpul dan besosial disini. Terima kasih kepada pihak atasan Wattpad HQ yang telah berkongsi tips, ways, content dan sebagainya kepada kami. Banyak rupanya kegunaan Wattpad yang masih kami belum ketahui. Again, thank you so much.
Akhir kata, menjadi penulis bukanlah semudah kata dan impian. Perlu banyak bertatih dan belajar. Kejayaan tidak terus diperolehi tanpa kegagalan. Berkongsi ilmu jika diminta. Saling bantu membantu dan menyokong sesama kita. Terima kasih kepada yang pernah membantu memperbaiki tulisan saya. Terima kasih AmbassadorsMY.
Khas buat renungan kita semua,
Puisi pendek.
❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁
Tajuk : Bukan Sempurna
Apa yang sedang kamu fikirkan?
Suka, sayang, ketawa;
Teruja, sedih atau marah?
Jemari pahlawan bersenjatakan kekunci,
Berlindung disebalik kata,
Pantulan diri cerminan tinta,
Kerana aku dan kamu bukan sempurna.
❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁
Giveaways : SilauunPurii will do a book review,follow, design a book cover, read and comment on 3 lucky winners' story. Enter her giveaway now to stand a chance to win all these cool stuff!
Thank you so much for creating a sweet poem just for this event, Purii. Terima kasih.
If you have any questions to ask her regarding historical fiction, romance, Guild members or anything else, feel free to ask her below.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top