@Shieyruna Personal Writing Tips
Wattpad Malaysia proudly presents Shieyruna, a WattysMY winner, an amazing Teen Fiction writer and she is best known for her work 'Kau VS Aku' which means 'You VS I'. You're welcome to say hi to her even though you can't read in Malay.
~~~
Assalamualaikum dan hye :D
Saya lebih dikenali sebagai Shieyruna di Wattpad dan mesra dipanggil Shie oleh kebanyakkan pembaca - pembaca hasil kerja saya. Saya sudah berada di Wattpad sejak 2016 dan kenalinya daripada rakan baik saya @Hayazikajirangtae. Beliau yang mencadangkan dunia oren ini kepada saya setelah mengetahui niat saya untuk cuba menghasilkan karya.
Terima kasih kawan :'D
Tips Menulis
Jadi untuk kerja saya yang akan datang bakal diterbitkan di Wattpad dalam jangka masa terdekat ini iaitu Tips Menulis bagi membantu penulis di luar sana yang ada masalah untuk hasilkan karya dengan baik kerana mungkin menghadapi beberapa masalah dan cabaran.
Dalam Tips Menulis ini saya akan kongsi dengan pembaca cara - cara untuk menulis dengan baik dan berkesan. Mungkin jika mereka cari tips menulis di Google atau Wattpad kebanyakannya sama saja tapi saya akan beri mereka tips yang saya sendiri guna semasa menulis cerita dan bagi saya hasilnya pasti mengejutkan.
Jika ikut cara saya menulis cerita, perkara pertama yang akan saya utamakan adalah jalan cerita yang menarik dan teratur. Saya akan pastikan setiap bab ada bahagian yang menarik supaya pembaca tidak rasa kehambarannya. Jadi saya sediakan jadual untuk jalan cerita tersebut. Kemudian, penggunaan kata dan ayat yang mudah difahami. Ayat yang agak berbelit mungkin boleh menjejaskan cerita tersebut. Cara saya yang lain, saya juga akan 'bermain watak' semasa menaip cerita saya. Cara itu sentiasa membangkitkan emosi pembaca-pembaca saya.
Mungkin ada yang mahu tips bagaimana saya berjaya tulis sebuah cerita yang baik. Permulaan berada di dunia penulisan ini, saya hanya menulis cerita romantik yang tipikal. Tamat saja, saya beralih ke karya yang kedua dimana saya perbaiki lagi gaya penulisan, tatabahasa dan cuba muntahkan idea yang saya harap tidak tipikal mana. Semuanya perlu bermula dari bawah. Kesungguhan dan semangat itu penting. Kemudian, saya tidak pernah bandingkan karya saya dengan penulis lain dan selalu rasa karya saya adalah yang terbaik. Jika nak bersaing pun, biar dengan cara yang sihat.
Hasil kerja saya yang akan datang ini juga saya sediakan nasihat dan kata-kata semangat buat mereka yang mahu mula menulis. Bahagian ini sangat perlu kerana saya lihat kebanyakkan penulis-penulis baru sudah terbitkan cerita kemudian padam semula kerana faktor seperti tiada siapa yang baca karya mereka dan sentiasa rasa karya mereka tidak sehebat penulis lain.
Bukan itu sahaja, dalam Tips Menulis saya akan adakan slot yang mengisahkan pelbagai pengalaman penulis baru yang sekarang sudah berjaya dengan karya mereka. Ini sebagai bukti bahawa jika penulis yang sudah berjaya ini boleh, kenapa mereka tidak boleh?
Akhir sekali, saya juga akan adakan slot Tanya & Jawab dimana pembaca boleh tanya apa - apa sahaja dan saya sedia menjawab dan membantu mereka semua.
Semua tips dan info yang lebih terperinci ada dalam Writing Tips. Nantikan!
Sekian, Terima Kasih.
Enter her giveaway to get a chance to have your book reviewed by her, receive a follow and she will also read & comments on 5 lucky winners book. Awesome! Enter now.
Terima kasih, Shieyruna. Thanks a lot for joining this event and sharing these wonderful details about your upcoming project.
***********
Are you a struggling writer? Do you face any problems during your writing process, you're welcome to ask her.
*Ada apa-apa soalan mengenai 'Tips Menulis' ini? Tanya semua soalan kamu di bawah. Shieyruna akan menjawabnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top