@Nur_Haura's RESET: Aydan the Angele
Wattpad Malaysia genially presents Nur_Haura, the 2016 WattysMY winner, a talented Fantasy & Romance writer and she is best known for her story 'Fleur' which is going to be published soon. She is going to share her upcoming project and the continuation of her story 'Aydan the Angele'.
Pengenalan Diri
Hi! Saya ingin dikenali sebagai Nur Haura. Panggil nama penuh pon boleh tapi biasanya orang panggil NH dan Haura. Sebelum ini saya telah menulis karya Annabella Valiant kemudian disambung dengan Aydan the Angele. Kisah Reset: Aydan the Angele merupakan epilog kedua dan sneak peak kepada karya seterusnya. Selamat membaca!
The only one,
Nur Haura
RESET: Aydan the Angele
KAYU api yang dikutip di dalam atas jatuh bertaburan di atas tanah. Tangan, kaki dan badan sudah terketar-ketar melihat makhluk di hadapannya. Peluh yang keluar demi mencari rezeki bertukar menjadi peluh ketakutan akan ajal yang akan dilalui. Di dalam hati, berharap dia diselamatkan dari mangsa Demon yang kurus cengkung kerana tidak makan.
Sylvania memang sudah aman. Namun, sisa Demon yang berjaya melepaskan diri masih ada. Demon yang berjaya menyelamatkan diri dari peperangan 10 tahun yang lalu bersembunyi di dalam hutan. Mereka akan keluar untuk mencari makan dengan membunuh haiwan hutan, haiwan ternakan. Jika nasib malang Lvanians tinggal di kampung, mereka akan jadi mangsa.
"J-jangan... Ma-makan... A-aku..." Suara pengutip kayu api terketar-ketar. Takut dimakan oleh Demon yang kelaparan.
Demon yang berupa serigala jadian tidak memberi reaksi. Taringnya perlahan-lahan keluar dari mulut dengan air liur berlelehan. Kukunya semakin panjang ibarat seperti bilah-bilah pedang. Pengutip kayu api itu rebah ke tanah apabila melihat Demon itu bersedia mahu menerkamnya.
Demon itu berlari mahu menerkam pengutip kayu api yang sudah menyerah nasibnya. Dia hanya fikirkan akan nasib keluarganya yang menunggu kepulangannya. Apakan daya inilah hari terakhir hidupnya. Dia memejamkan mata rapat.
Thud!!!
Damm!!!
Dua entiti muncul menghalang Demon tersebut menerkam pengutip kayu yang malang itu. Dua entiti tersebut mempunyai bentuk fizikal seperti orang. Salah seorang mempunyai ketinggian yang sangat tinggi seperti lelaki berusia 20-an berkerudung hitam dan seorang lagi agak rendah berkerudung putih. Badan mereka diselubungi oleh kerudung yang menyukarkan untuk melihat wajah mereka.
Satu susuk tubuh diselubungi warna hitam menendang tubuh Demons sehingga terhumban di batang pokok sehingga patah. Demon itu kembali bangkit. Berang dengan tindakannya dihalang dengan susuk hitam itu. Demon itu mengganas mahu menyerang entiti tersebut.
Susuk tubuh hitam itu mengelak dengan lincah dan pantas apabila diserang oleh Demons. Tiba gilirannya menyerang, dia mengeluarkan gencana diperbuat daripada teknologi terkini dengan ukiran bentuk sepasang sayap. Nilam merah ditengah-tengah gencana disentuh. Tiba-tiba gencana itu bertukar menjadi sebilah pedang.
Tanpa ragu-ragu figura hitam itu menyerang Demon dengan pedang yang asalnya sebuah gencana. Libasan pedangnya mengenai badan Demon tersebut. Serangan demi serangan, Demon itu semakin lemah. Serangan terakhir membuatkan Demon tersebut semakin parah.
Satu lagi figura diselubungi warna putih bertindak memunculkan medan magik pada Demon tersebut.
"With the light inside me,
The judgement of light,
I send you into hell," kata figura berkerudung putih.
Demon tersebut hilang tinggal debu-debu hitam. Pengutip kayu api agak terkejut melihat situasi yang berlaku tapi dalam masa yang sama dia rasa gembira kerana selamat.
"Terima kasih anak muda! Only Angele can bless you," ucap pengutip kayu api.
"But, he's gone," ucap lelaki berkerudung hitam. Dia melangkah pergi lalu menghilang di sebalik celah pokok.
"Kekanda..." ujar si kerudung putih. Dia juga menghilangkan diri di hutan tebal itu.
###
RESET.
"Perkara yang perlu dielakkan di alam mana-mana dunia adalah menghalang masa depan kembali ke masa lampau. Mengubah masa lampau demi masa depan."
"Kalau kau datang sini semata-mata untuk berceramah kat aku, lebih baik balik la. Kau tak perlu nasihat kau," kata Aydan dengan menyampah.
Tangannya disilangkan di belakang kepala sebagai alas untuk berbaring. Baru sahaja dia mahu menenangkan hati dan jiwa dia di padang hijau tersebut, muncul pengacau yang baru. Dulu lelaki bersayap yang disangka Aydan Angele tapi sebenarnya adalah kuasa dia sendiri. Lelaki misteri yang bersayap menyerupai wajahnya adalah jelmaan Kuasa Keabadian miliknya.
Sekarang ni pula, pak cik tua dengan rambut beruban warna putih. Wajah pak cik itu seperti dia kenal tetapi dia tidak ingat. Dari raut wajah pak cik tua yang kurang kedutan di wajah buat Aydan yakin yang pak cik tua tersebut pasti seorang yang kacak pada waktu mudanya.
Badannya kelihatan masih tegap walaupun sudah tua tanda pak cik tua itu mungkin seorang yang handal di gelanggang. Parut di tangan yang jelas kelihatan pasti pak cik tua sudah banyak pengalaman di medan perang.
Masalahnya, pakaian yang pak cik tua itu pakai bukan pakaian biasa-biasa. Pakaian mewah ibarat seorang raja. Aydan dapat rasa aura seorang pemerintah yang berkaliber dan hebat.
"You have to go now," kata pak cik tersebut.
"Pergi mana? Aku nak hidup tenang pun tak boleh. Apa masalah kau hah? Kau nak aku pergi mana?" soal Aydan. Geram!
"10 tahun dari sekarang, mereka akan tiba di sini."
"Siapa?" soal Aydan pelik. Jari telunjuk disumbat ke dalam hidung yang gatal. Apabila dapat rasa pepejal kecil yang melekit di hujung jari telunjuk, dia terus keluarkan lalu dijentik ke udara. Dia melakukan hal yang sama di sebelah lubang hidung kiri.
"Mereka akan tiba di sini."
Kata-kata pak cik beruban putih buat Aydan berhenti mengorek tahi hidung. Dia bangun dari pembaringan. Hujung jari telunjuk yang melekat sisa tahi hidung disapu pada rumput yang menghijau.
"Mereka? Siapa mereka?" tanya Aydan penuh minat.
"Aydan, ini bukan saat untuk kau bersenang-lenang," ujar pak cik itu tanpa mempedulikan soalan Aydan.
"Aku tanya lain kau jawab lain."
"Kau perlu bertindak sekarang. Jika terlambat, masa depan akan berubah. Bangsa Kayangan mula lemah."
"Apa?" Aydan agak terkejut. "Tak mungkin mereka lemah! Kuasa Keabadian yang mereka miliki tidak akan melemahkan mereka malah menguatkan dan mereka dapat hidup lama."
"Kau lupa satu perkara."
"Apa?"
"Sejak kau kehilangan Kuasa Keabadian, Kerajaan Kayangan mula lemah. Hal ini terjadi kerana keturunan asal pewaris Kerajaan Kayangan adalah tunjang kepada kekuatan Bangsa Kayangan. Kuasa Keabadian milik Bangsa Kayangan keturunan diraja adalah sumber kekuatan mereka."
"Apa kena mengena dengan aku?"
"Sejak kelahiran kau, kau adalah keturunan asal diraja Bangsa Kayangan yang mewarisi Sacred Blood ditakdirkan menjadi Raja Dewa yang seterusnya. Kehilangan Kuasa Keabadian tidak menjadikan kau sebagai seorang Lvanian. Kau tetap Bangsa Kayangan diraja, keturunan Aydan Angele bakal memerintah Kerajaan Kayangan."
Aydan sudah ternganga mendengar kata-kata pak cik tua tersebut. Apa yang didengarinya bagaikan mimpi di siang hari.
"Aydan de la Ralynne, keturunan kau merupakan pewaris kepada Kerajaan Kayangan untuk memerintah Bangsa Kayangan."
"Macam mana dengan Raja Dewa Keabadian sekarang?"
"He will disappear like a light soon."
"Macam mana boleh hilang?" Aydan garu kepala yang tak gatal.
"Fate. Your descendant is angel's future."
Aydan termenung seketika. Jika diingatkan kembali, saat dia mahu serahkan Kuasa Keabadiannya kepada Raja Dewa untuk selamatkan Isabelle, wajah Bangsa Kayangan berubah riak risau. Namun, mereka tidak suarakan kerisauan mereka malah berdiam diri begitu juga dengan Raja Dewa Keabadian yang hanya menuruti permintaannya.
Adakah dia mementingkan diri sendiri? Tapi dia mahu selamatkan Isabelle. Adik kembarnya ibarat separuh nyawa Aydan. Jika Isabelle pergi, dia mungkin jadi jasad hidup yang tiada jiwa. Keluarganya adalah keutamaannya.
Maklumat yang baru terima dari pak cik tua nampak gagah ini menyesakkan fikiran Aydan. Dia fikir hubungan dia dengan Bangsa Kayangan sudah berakhir apabila dia sudah kehilangan Kuasa Keabadian. Sebaliknya, dia semakin terikat bahkan keturunannya juga terikat sama. Nasib kaulah Aryan...
Kejap!
"Keturunan aku... Maksud kau adalah Aryan?" soal Aydan. Wajahnya kelihatan sangat-sangat terkejut apabila menyedari maksud pak cik tua itu. Mulatnya terngaga dan matanya membulat besar.
Pak cik tua itu hanya senyum segaris. Dia faham kenapa Aydan sangat terkejut.
"Why him? He... He... Why not Ian? It can't be him!"
Aydan sudah mundar-mandir ke kiri dan ke kanan memikirkan masa depan yang akan berlaku. Wajahnya jelas kelihatan risau. Apabila tahu Aryan yang bakal memiliki takhta Kerajaan Kayangan. Aydan mengusutkan rambut tanda dia sangat serabut.
"Takdir. Apa yang kau mampu halang? Ia sudah ditetapkan. Aryan bukan Ian," balas pak cik tua itu tenang.
"Bila mereka datang ke sini?" soal Aydan.
"10 tahun akan datang."
Aydan mengira waktu mereka tiba di Sylvania dengan jari. 10 tahun akan datang... Sekarang dia umur 20 tahun, tambah 10 jadi 30. Sorang umur 20 tahun dan sorang lagi umur 15 tahun. What the hell? Aku umur 15 tahun masih main kejar-mengejar dengan Uncle Zen.
"Serabutnya aku! Kenapa kau tak bagitahu awal-awal? Dah la aku nak balik. Kemas baju," kata Aydan.
"Mulakan dengan Terathinia. Chronos sedang membuat onar di sana."
"Aku cuba hapuskan Chronos secepat mungkin supaya mereka tak perlu ke sini."
Aydan melangkah ke arah cahaya putih iaitu kehidupan realitinya. Dia perlu bangum dari mimpi untuk memulakan misinya. Namun, langkahnya terhenti apabila menyedari sesuatu. Dia menghampiri pak cik tua itu. Memerhati dari atas sampai bawah, merenung tajam wajah pak cik itu dan mengelilingi lelaki tua itu.
"Apasal kau tak cakap awal-awal yang kau tu aku? Buat penat aku fikir je siapa kau!" bebel Aydan.
Pak cik tua itu ketawa apabila Aydan sudah menyedari bahawa dia adalah Aydan dari masa depan.
"Puberty hit, may be?"
"Tengkorak kau puberty hit! Ni namanya proses ketuaan dan kekedutan!"
Setelah itu, kawasan padang yang menghijau dengan suasana tenang mula menghilang. Aydan mahupun Aydan masa depan kembali kepada saat yang mereka sepatutnya berada. Mereka perlu bangkit dari tidur untuk menyelamatkan insan yang mereka sayang.
###
RESET.
Aydan bangun dari tidurnya yang panjang. Setelah sekian lama, baru saat itu dia dapat datang ke tempat padang hijau yang tenang itu. Namun, dia tidak menyangka dapat bertemu dengan dirinya sendiri. Dia masih tidak berubah namun kematangan yang membezakan mereka.
"Your highness, don't space out. You have a lot of work to do," celah seseorang. Di tangannya terdapat satu peranti empat segi yang menunjukkan maklumat-maklumat penting.
"Kau memang suka pecah masuk bilik aku dari dulu, Rese. Cakap jelah kau suka aku?" Aydan senyum.
"Tua-tua pun kau masih bengong," kata Rese dengan selamba.
Aydan ketawa. Dia menyarungkan jaket labuh yang disangkut dinding lalu diaarungkan pada badannya. Rese mula beritahu Aydan apa yang perlu sahabatnya lakukan pada hari ini.
Mereka berdua melangkah keluar dari tempat istirehat Aydan sambil berbincang masalah yang diterima dari pelosok bandar. Jika boleh diselesaikan dengan cepat, Aydan akan terus membuat keputusan untuk selesaikannya dengan segera. Jika masalah serius, dia akan mengarahkan Rese menghantar pasukan penyiasat sebelum mengambil tindakan.
"Kejadian yang sama berlaku lagi," beritahu Rese.
Langkah Aydan terhenti. Matanya memandang ke arah Rese. Peranti empat segi seperti buku ditutup lalu dimasukkan ke dalam jaket.
"Haa... Perut aku lapar..." kata Aydan.
Aydan maju ke hadapan tanpa mempedulikan Rese. Tapi Rese tahu Aydan tidak mahu bercakap tentang kejadian yang sama. Kejadian yang merubah Aydan menjadi seorang yang lebih dewasa. Dia mengikuti langkah Aydan yang jauh ke depan.
Mereka berdua masuk ke dalam lif lutsinar di mana dinding diperbuat daripada permata putih yang tahan lasak dan tidak mudah pecah. Rese menekan butang G untuk turun ke bawah menikmati sarapan pada pagi itu. Sahabatnya kelihatan malas untuk berbincang tentang hal serius lagi.
"Kau nak hidup berseorangan sampai bila?" soal Rese.
"Tanya diri kau tu dulu."
"Aku single sebab kena tinggal," kata Rese tenang. Muka bangga pun ada.
"Aku dah kata jangan.... Perempuan tu bahaya tapi kau degil. Nilah akibatnya. Duda sampai sekarang," bidas Aydan.
"Aku bahagia."
"Walau hati menderita?"
"Pick up line kau tak jadilah bodoh!"
"Bila masa aku bagi pick up line, bodoh!"
"Kau sambung ayat aku kenapa!"
Ting!
Pintu lif terbuka tanda mereka telah sampai di tingkat paling bawah. Pertengkaran mereka terhenti apabila seorang remaja lelaki sedang berdiri di depan pintu lif sambil memerhatikan mereka berdua dengan wajah yang serius. Remaja itu berusia 15 tahun. Mempunyai sepasang mata berwarna hijau dan rambut berwarna emas.
Rese dan Aydan tersenyum kekok. Masing-masing menggaru belakang leher yang tidak gatal. Remaja lelaki itu menggeleng kepala melihat dua orang lelaki dewasa bergaduh seperti budak-budak. Dia melangkah pergi menuju ke ruang makan untuk menikmati sarapan pagi. Aydan dan Rese mengikuti langkah remaja itu dari belakang kerana mereka juga tuju tempat yang sama.
"Kenapa yang ni sorang serius semacam je?" bisik Rese.
"Terkenan perangai Emelle dan Isabelle," balas Aydan dengan nada berbisik juga.
"Patutlah..." Rese mengangguk faham.
Aydan maju ke hadapan mahu berjalan seiring dengan remaja itu. Tangannya dirangkul pada bahu remaja itu yang mempunyai ketinggian hanya separas dadanya sahaja. Dia dapat rasa masa berlalu dengan cepat apabila remaja itu sudah mahu menyamai ketinggiannya. Barulah Aydan sedar bahawa masa yang ada sebelum ini dia ada telah dibazirkan begitu sahaja.
"Hai, Ian! Awal bangun hari ni?" sapa Aydan pada remaja lelaki itu.
"I have to go to academy, remember?" balas Ian.
"So, you're really going to academy?" Aydan ketawa kekok.
"Of course not. It's boring like a hell. Kalau Uncle Emelle tak tahu, anakanda takkan pergi. Because of Irene, I have to go," kata Ian dengan geram.
Aydan ketawa apabila mendengar kata-kata anakandanya. Teringat pula kisahnya dulu yang malas mahu pergi ke akademi. Bertambah malas apabila mendapat tahu yang Emelle jadi pengetua akademi. Hari-hari dia kena bebel dengan ayahandanya tapi apa dia tidak kisah. Nampaknya perangainya yang malas pergi akademi menurun kepada anaknya.
"Like father like son. Nasib baiklah si Ryan dah habis belajar. Kalau tak mesti terpengaruh dengan anak kau," kata Rese.
"Masalahnya Ryan memang dah terpengaruh dengan anak aku."
Rese tepuk dahinya sendiri. Dia lupa satu perkara lagi bahawa anak sulung Aydan sebaya dengan anaknya. Anak mereka berdua berkawan baik sejak kecil. Dua-dua sama nakal, sama degil dan sama pemalas. Belajar pun tak habis. Dia dan Aydan terpaksa memaksa anak mereka menghabiskan pembelajaran di akademi di peringkat kursus 6 enam. Itupun jenuh nak paksa anak-anak mereka.
Ruang makan diraja sudah dipenuhi dengan dua orang lelaki berusia 20-an. Makanan yang disediakan di meja hampir hilang dari pemandangan. Pelayan diraja terpaksa menyediakan makanan lagi untuk Aydan dan Ian yang baru sampai di meja makan.
Rese mengetap gigi geram apabila melihat anaknya sedang enak bersantap di meja makan diraja. Telinga anaknya dipulas lalu ditarik kerana geram. Si anak mendecit kesakitan sambil memegang tangan Rese yang sedang memulas telinga.
"Woi, Aryan! Tolonglah aku!" jerit Ryan dalam kesakitan.
Lelaki yang duduk di sebelah kerusinya berhenti makan. Mata biru sejernih kristal memandang ke arah Ryan yang kena tarik telinga dengan ayah sendiri. Dia menggeleng kepala perlahan. Riak wajahnya menunjukkan dia sangat bersimpati dengan sahabatnya. Namun, apa dia kisahkan. Makan lebih penting dari menolong rakan dalam kesusahan.
"Woi? Kamu panggil woi?" Semakin kuat Rese menarik telinga si anak yang sesedap lidah memanggil Putera Mahkota dengan panggilan 'woi'. Tatasusila kelaut!
"Sakitlah, ayah!" adu Ryan.
"Dah la Rese... Tercabut pulak telinga Ryan. Kalau tercabut, mesti Ryan takkan dengar cakap kau lagi," kata Aydan. Kesian dia melihat Rese Junior itu.
"Thanks, Uncle Aydan," kata Ryan setelah ayahnya melepaskan telinganya. Kemudian, dia menyambung makan seperti tadi.
"Kenapa kau manjakan sangat budak ni?" soal Rese.
"We already apart of family. Kalau bonda ada, mesti dia layan kita semua sama," balas Aydan.
Mereka berlima menikmati sarapan pagi bersama-sama. Agak jarang mereka berkumpul berlima sebelum ini. Selalunya hanya Aydan, Ian dan Aryan yang duduk di meja makan. Ryan dan Rese akan makan di rumah mereka sebelum datang ke istana.
"So, kids... Did you investigate about the illegal factory yesterday?" soal Aydan.
"Yes, we did. Ayahanda pasti terkejut dengan apa yang kami dapat semalam. I'll send you the details through mail," balas Aryan.
"Hantar sekali maklumat tentang bagaimana kau buat penyamaran kita terbongkar," kata Ryan penuh dendam dan geram.
"Hal kecik je kot. Itu pun nak kecoh."
"Masalahnya, G-lock FireProof Limited Edition aku hancur disebabkan kau!" Ryan masih tidak dapat memaafkan sahabatnya yang mengorbankan pedang yang dicipta oleh pakar teknologi dari RoyalTech Corps khas untuknya dijadikan kambing hitam semata-mata mahu menyelamatkan mereka berdua.
"Kau sayang pedang ke? Kau sayang nyawa?" soal Aryan.
"Of courselah pedang aku!" Laju sahaja Ryan membalas.
"Uncle ganti yang baru. You can choose any weapon you like in RoyalTech Lab today," celah Aydan.
"Oh, yeah!" jerit Ryan kegembiraan.
"What about me, father?" soal Aryan. Dia tak puas hati kerana Aryan seorang sahaja yang boleh ambil senjata baru dari makmal.
"You're not gonna get anything. Because you already ruin 4 weapon and 1 vehicle in one week and the damage you made while in the mission is over 10 million jewels," terang Ian dengan tenang.
"Mana kau tahu, budak?" soal Aryan.
"Hacking."
"Freak."
"It's genius."
"You're not a Sellavian."
"Of course. I'm a Ralynne."
"Okay, kids! Kalau sudah makan, jom ikut ayahanda." Aydan mencelah perbualan dua orang puteranya kerana dia dapat rasa akan ada pertengkaran yang akan berlaku di antara adik dan abang itu. Bagaimana dia tahu? Dia dan Isabelle juga begitu.
"Anakanda perlu ke akademi," kata Ian.
"Ponteng untuk hari ni. Esok pergilah. Kalau Uncle Emelle tanya, cakap ayahanda tak bagi Ian pergi akademi. Jom pergi!"
MEREKA tiba di satu kawasan yang dikelilingi tembok yang tinggi. Pokok menjalar dengan lumut yang hijau menjadi hiasan pada tembok tersebut. Pintu tembok tersebut terukir satu lambang seperti seekor binatang yang mempunyai kepala seperti burung helang, badan seperti singa dan mempunyai sepasang sayap. Pintu tembok itu kelihatan berkarat dan usang kerana sudah lama tidak digunakan dan dibuka.
Aydan mencabut pokok menjalar yang hampir melindungi lambang pada pintu tembok. Lumut hijau yang melekat juga dibuang. Setelah tiada kesan yang melekat pada lambang pada pintu tembok, dia melekapkan tangannya pada lambang tersebut. Lambang binatang tersebut bercahaya kemerahan serta-merta lalu pintu tembok tersebut terbuka. Mereka bertiga melangkah masuk.
Satu kawasan istana yang hampir musnah menjamu pemandangan mata mereka bertiga. Aryan dan Ian mengikuti langkah ayahandanya yang masuk ke dalam istana yang masih gah berdiri cuma sudah tiada seri dan kosong tanpa penghuni.
"Itu datuk dan nenda masa muda?" soal Ian. Dia berdiri di sebelah kekandanya yang sedang merenung potret usang yang hampir luntur warna yang tergantung pada dinding.
"Did I tell you about their stories?"
"A legendary heroes. A Circle of Heroic Knights," ujar Ian. Dia sudah hadam dengan kisah datuk dan nendanya yang menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan oleh penduduk Sylvania. Kisah yang diceritakan dari generasi ke generasi.
"Bukan. Their love story."
"I'm underage. Remember that!" kata Ian dengan geram. Mujur Aryan adalah abangnya. Kalau tidak, sudah lama dia tumbuk muka Aryan. Nasiblah Ian dapat kekanda yang suka menyakat dan mengusiknya.
Aryan ketawa kerana dapat menyakat adindanya.
"Kekanda... Kita selalu dengar kisah datuk dan nenda tapi kita tak pernah tahu kisah ayahanda sebelum kita ada," ujar Ian dengan tiba-tiba.
Aryan berhenti ketawa. Ada betul apa yang diucapkan oleh adiknya. Sejak kecil, mereka disajikan dengan kisah moyang mereka sehingga kisah datuk dan nendanya sehingga belajar di akademi juga mereka dengar kisah yang sama. Namun, mereka tidak tahu kisah hidup ayahanda mereka sendiri. Apa yang mereka tahu ayahanda mereka adalah Aydan de la Ralynne, Pemerintah Agung Sylvania digelar sebagai Raja Pemodenan kerana membawa kemajuan kepada dunia Sylvania.
"He's a great ruler of Sylvania. That's already enough for us right?" Ian bersuara untuk menyedapkan hati sendiri.
"He's our father. We always trust him," balas Aryan. Dia mengusutkan rambut adiknya lalu merangkul bahu Ian. Mereka sama-sama memandang potret datuk dan nendanya yang kelihatan sangat segak dan cantik biarpun sudah berpuluh tahun berlalu.
###
RESET.
Dua figura sedang berdiri tegak di hadapan pintu tembok yang kelihatan gah dengan kilauan batu pertama dan ukiran emas dan perak pada pintu tersebut. Lambang binatang berkepala burung helang, berbadan singa dan bersayap kelihatan hidup dengan ukiran yang sangat terperinci. Suasana tembok itu tidak pernah kelihatan pudar, usang dan lama seperti kali terakhir mereka ke sini.
"Kekanda, lebih baik kita pergi dari sini," ujar si adik.
"Kenapa kita perlu pergi? Kita sudah sampai," balas si abang.
"Hari sudah malam. Kita cari tempat berteduh dahulu. Esok pagi kita datang ke mari." Si adik cuba memujuk si abang yang bertegas mahu masuk ke dalam di sebalik tembok tersebut.
"Kita boleh berteduh di dalam. Kita bukan orang asing bagi mereka."
"Tapi masa sudah berubah, kekanda!"
"Ayahanda yang arahkan kita datang ke sini, Ian! Ayahanda yang hantar kita ke sini... Ian, inilah satu-satunya peluang kita untuk selamatkan ayahanda, Sylvania dan tahu tentang siapa ayahanda yang sebenar. Dan... kita boleh jumpa bonda," pujuk Aryan untuk meyakinkan adiknya.
Ian terdiam mendengar kata-kata abangnya. Dia tidak akan pernah lupa tujuan mereka ke mari. Keinginannya untuk selamatkan ayahanda dan Sylvania membuak-buak di dalam hatinya. Tetapi dia tidak pernah terfikir boleh bertemu dengan bondanya. Bonda yang dia tidak pernah bertentang mata dan merasai hangat dakapan seorang ibu.
"Bonda?"
"Yes. I miss her so much. I know you really want to meet her, right?"
"Sejak kenal dunia lagi, Ian teringin mahu bertemu dengan bonda," kata Ian dengan suara yang perlahan.
"Masa depan akan berubah Ian. Bonda takkan pergi begitu juga dengan ayahanda," ajak Aryan.
Enter Nur Haura's giveaway to get a chance to get your book reviewed by her, a follow, a book trailer, and she will also read and comment on lucky winner story. How awesome!
If you have any questions, ask her below.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top