@nitawrites's Sneak Peek

Wattpad Malaysia gladly presents nitawrites, a Wattys Winner, a great Romance writer and she is best known for her story 'Cik Serai Halia'.  Say 'hi' to her folks!

...

Salam alaykum and greetings everyone! I would like to extend my gratitude to Wattpad for the Wattys 2017 awarded to my first story 'Cik Serai Halia'(to be published next year, In Shaa Allah), under the category 'The Originals/Keaslian Karya'. Didn't expect it at all!

Still feeling blessed for the short interview with WattysMY(if you haven't read it, you can still check it out at @WattysMY), again Wattpad gave me another chance to be featured in this awesome opening ceremony by @AmbassadorsMY. This is surreal yet an awesome experience I could ever ask for! Big applause to Wattpad!

So back to the story... Who is Neeta? Well, Neeta is an ordinary girl who once loved to write until one day she stopped. When she encountered this orange little thing on her Play Store, she started to write again. And this time around, she called writing as her mini career. A great medium for her to let people read her imagination.

That was a year ago... And today, here she is, a Wattys Winner! Sooo thankful for that! What you need to know about Neeta is that, she loves writing stories that against the idea of cliché. Plot twist, mystery and cliffhanger... these are all her forte.

So here's a sneak peek of her upcoming story. Just a single chapter. Will try to finish this story by the end of 2018. Couldn't think of any suitable title, hence the cliché title of the heroine's name. Excuse her for that people...

That's all from me, Neeta the forever learner. Thanks for being awesome readers! Stay cool and humble people... Muah! Enjoy the sneak peek of Odeya Tursina and don't forget to let me know your thoughts about it in the comment section down below, okay?


TUBUH ramping ditilik di depan cermin bilik persalinan. Cantik juga body aku! Odeya tersengih senang hati. Gaun berwarna ungu cair yang tersarung kemas menaikkan seri wajahnya. Seperti lagaknya seorang peragawati, dia memusingkan tubuhnya ke kiri dan kanan sambil menikmati kemewahan busana di hari penuh bermakna buat seorang wanita. Walaupun gaun yang dipakai agak tertutup dan sedikit labuh meleret ke lantai, Odeya tak kisah! Macam bidadari kut pakai gaun macam ni.


Senyumannya hilang tatkala teringatkan memori lalu.

"Odey! Kalau you kahwin nanti, I jadi pengapit you eh?" jerit Tasha yang baring mengiring di atas katil sambil mengunyah coklat.

Coklat itu adalah hadiah yang diterima Odeya bersempena Hari Kekasih yang disambut oleh penduduk bumi New Zealand. Odeya sendiri tidak tahu siapakah pengirim coklat itu sebenarnya. Secret admirer?

"Of course la Tasha! I takkan kahwin selagi you tak jadi pengapit I. Kita kan BFF!" balas Odeya seraya melompat ke atas tubuh Tasha. Odeya memeluk rapat tubuh Tasha menyebabkan Tasha mengilai kegelian.

"Ish! Ada jugak ke lelaki yang nak kahwin dengan you ni? Busuklah! Tepi sikit!" usir Tasha cuba menjauh dari Odeya. Namun usahanya tidak berjaya.

Odeya sengih macam kerang busuk. "Ada la! Crush I si Mikail tu mesti akan kahwin dengan I tau!"

Itu semua hanyalah memori lalu. Odeya senyum tawar sambil membetulkan kalung lehernya.

Tasha Khaizan... Kononnya kawan baik Odeya. Bukan setakat coklat tu aje yang dia baham, kawan dia sendiri dia makan hidup-hidup! Tak guna punya perempuan... Harap kau bahagia hidup dengan crush aku si Mikail yang kau curi tu!

Tok! Tok! Tok!

"Odeya! You ready? We have to be at the wedding in a few more minutes." Suara Alexa membawa Odeya kembali ke realiti.

"I'm all set! Will be in the car soon," balas Odeya seraya menilik tubuhnya buat kali terakhir sebelum mencapai beg tangannya. Dia takkan membiarkan memori lalu menggugat dirinya lagi.

Daun pintu kereta dikuak dan bayu laut di Mahinepua Waterfront Beach Resort menampar lembut wajah Odeya. Dari jauh lagi, tempat penyatuan dua hati itu kelihatan cantik sekali dengan hiasan bunga-bungaan segar. Di sebalik altar, air laut yang berkilauan seolah-olah memukau Odeya untuk berjalan maju ke arah laut. Dah namanya New Zealand, memanglah pemandangan lautnya pun kelas gittew! Odeya sangat mengidamkan perkahwinan di tepi pantai seperti ini. Cantik apa...

"Wow! This is so freaking beautiful. We're so lucky the weather is perfect today," kata Odeya pada Alexa dan Cassey yang turut berdiri di sisinya dengan memakai gaun sedondon sama sepertinya.

"Thank the Lord! I can't imagine if it rains. That'd be the worst nightmare!" balas Cassey sambil mengopek cat kukunya. Tak! Kalau Tsunami melanda barulah penuh bersejarah majlis kahwin ni. Naudzubillah...

"I'm thankful for the dress tho. It'll be strange if we catch a cold after wearing this kind of... is this even a dress?! It looks like a freaking robe to me. This is just too modest! I can't even see my neck in this dress!" rungut Alexa menyebabkan Odeya dan Cassey mengekek.

"What do you expect? A bikini? It's literally a grandmother's wedding. We have to dress like a nun," balas Odeya. Bekerja sebagai pengapit upahan, mereka terpaksa memakai apa saja gaun yang klien suruh. Tak boleh pilih-pilih. Kalau nak pilih juga, buatlah majlis kahwin sendiri yang mungkin takkan pernah wujud...

Odeya, Cassey dan Alexa serta beberapa lagi pengapit upahan yang lain berdiri di samping pengantin perempuan yang berumur lingkungan 50-an. Ini adalah perkahwinan pertama buat wanita yang bernama Jane itu, walaupun telah memiliki beberapa orang anak dan cucu hasil hubungan pertama bersama teman lelakinya ketika zaman muda-mudi dulu.

"I do," ucap Jane dengan sebak. Cincin tersarung kemas.

"You may kiss the bride!"

Odeya, Alexa dan Cassey tepuk tangan sambil berpandangan. Senyum tak lekang di bibir. Masing-masing mengelap tubir mata yang sedikit basah. Begitulah mereka setiap kali bekerja. Perkataan 'I do' itu sering menjadikan mereka terharu. Dah memang mereka bertiga berjiwa romantis! Setiap kali menyaksikan penyatuan dua hati, mereka antara insan terdekat yang menyaksikan setiap pandangan yang bertukar silih ganti antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Paling mereka tak tahan bila pengantin lelaki mengalirkan airmata dan tersenyum penuh kesyukuran saat tali perkahwinan telah terikat. Lemah lutut mak cik-mak cik ni! Tak kiralah 'I do'atau 'aku terima nikahnya', kedua-duanya membawa maksud yang sama. Dan adalah amanah mereka untuk melaksanakan tugas mereka dengan seikhlas hati dan mengharapkan perkahwinan yang disaksikan akan berkekalan.

Malam berkunjung tiba. Odeya mengambil giliran memandu kereta Cassey. Jane mengajak kesemua pengapitnya untuk berada di majlis resepsinya yang diadakan di rumah agamnya sendiri.

"How long will you be at your dad's cabin?" tanya Alexa untuk kepastian. Sejak seminggu yang lalu lagi Odeya telah memberitahu perancangannya untuk mengunjungi ayah kandungnya yang memiliki perniagaan kabin di tepi bandar.

"Not sure," balas Odeya pendek. Siapa tak kenal dengan Odeya. Keputusannya sering berubah-ubah.

"I don't know why, but it feels like this is going to be our last night together," gumam Cassey.

Odeya diam. Dia sendiri tidak pasti apa yang ditakdirkan berlaku esok. "I told you before, I'm just gonna be there for about a week or so. I haven't seen Katie and my dad for a while."

Majlis resepsi berlangsung dengan meriah. Odeya seperti biasa hanya akan bersandar pada dinding ballroom.

Tiba-tiba seorang lelaki yang segak bergaya dengan tuksedo datang ke arahnya. Bertambah macho kalau dia senyum manis menayangkan iklan gigi, tapi sangat mendukacitakan kerana mukanya bengis bagai tertelan sebiji kaktus.

Eh, eh?! Odeya sengetkan kepala. Kalau bukan kerana matanya masih berfungsi dengan baik, Odeya pasti menyangka lelaki itu adalah Mikail. Dua tiga kali imbas baru dia perasan lelaki itu bukannya Mikail. Phew! Lega. Sikit lagi nak lari.

Namun, Odeya semakin cuak bila lelaki yang sedang berasap tu masih berjalan ke arahnya. Odeya pusing ke kiri dan ke kanan tidak tahu hendak lari ke mana. Cuak jadinya. Akhirnya, Odeya memilih untuk membekukan diri.

Lelaki tu menghempap tubuhnya ke dinding di sebelah kanan Odeya. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Odeya betah pandang ke depan. Kebas tengkuk diendahkan. Pandangan tajam lelaki tu ke sisi wajah Odeya sudah cukup menaikkan bulu roma.

"Dah makan?" Suara garau menyapa pelupuk telinga Odeya. Pantas Odeya pandang ke sisi. Hampir terkeluar biji mata Odeya. Eh, mamat ni orang Melayulah! Anak tekak dah gatal nak menjawab. Teruja kut nak bercakap bahasa sendiri di tanah asing ni.

"Of course kau tak faham apa aku cakap." Lelaki tu pandang semula ke depan. "Bodoh sangatlah! Kenapa aku ada kat sini? Buang masa dan duit aku aje terbang jauh-jauh! Tak cukup kut nak tayang anak diaorang yang satu tu! Ni nak libatkan aku dan girlfriend aku juga!"

Lelaki tu pandang Odeya. Bersabung anak mata sekejap. "Kau pandang aku macam orang bodoh tu kenapa? Dua kali lima bodoh ah! Sama aje dengan diaorang semua," bentak lelaki tu lantas membuang semula pandangan ke depan. Rahang diketap. Tangan memeluk tubuh. Bagai nak keluar asap saja lubang hidung yang kembang kempis tu.

Odeya kaku dengan mulut sedikit ternganga. Sungguh ayatnya mati. Apa aku nak cakap ni? Odeya angkat tangan. "Sorry, but-"

"Sorry, but what?" tanya lelaki tu seraya memandang Odeya dengan mata terjegil sedikit kemerahan. "Kalau kau hanya faham 'of course' dan 'girlfriend' aje dari ayat aku tadi, that means you don't have to reply me. I don't need your 'sorry' and 'but'."

Odeya terkebil-kebil.

Seperti menyedari ayat terakhir membawa maksud yang lain di pendengaran Odeya, lelaki itu segera membetulkan ayatnya. "And I don't need your butt as well."

Odeya telan air liur. Tangan yang diangkat tadi diturunkan perlahan-lahan. Garang bukan main lelaki ni... Hati Odeya rabak sedikit. Yalah, dah memang hatinya selembut dan seromantik sutera, mana tahan kena tukul-tukul macam kulit ketam. Apatah lagi disergah-sergah macam tu. Nak nangis pun ada. Tapi Odeya usaha tayang muka kosong.

Odeya dengar lelaki tu mencarut dengan nada perlahan. Odeya pura-pura tak dengar. Dilayan saja perasaan hati yang sudah terluka. Dia fikir aku tak faham Melayu ke? Kalau boleh Odeya nak lawan. Tapi kecut bukan main lagi perutnya saat ni. Takkan dia nak lawan lelaki yang sah-sah otak senget ni? Dia tak naklah Orlando yang berada di Malaysia dapat berita adik kembarnya dijumpai mati dalam tong sampah luar rumah agam ni.

Odeya mencebik lalu mengangkat muka. Dari arah kiri, seorang lelaki berjalan ke arahnya. Odeya mula rasa jengkel. Kenapa semua nak datang ke arahnya malam ni? Namun kali ini sekali imbas saja dia kenal gerangan lelaki tu. Mikail! Odeya toleh ke arah mamat garang di sebelahnya. "OMG..." katanya perlahan. Jantung berdegup bukan main.

Mamat garang mengamati wajah Odeya. "Wait... I think I know you-" Ayat lelaki itu dibiarkan tergantung kerana Odeya telah membuka langkah seribu. Meninggalkan dua orang lelaki yang tanpa diketahui Odeya bakal menambahkan pening kepala dan sakit hatinya nanti.

Thanks for reading! Hope you like it. Bye! ;)

Thank you so much for sharing such a wonderful sneak peek, Neeta. Terima kasih!

Enter her giveaway to get a chance to receive a follow and she will also read and comment on the lucky winners story. Don't miss this wonderful chance by entering now!

If you have any questions about Cik Seria Halia, Odeya Tursina, romance, Wattys or anything else, feel free to ask her below.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top