@Niemza's Back-Story of Meteoris

Wattpad Malaysia open-heartedly presents Niemza, a Wattys winner, a great Science Fiction writer, and she is best known for her story 'Meteoris'. She is going to share the 'back-story' of Meteoris. Have fun!

...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Saya Niemza, hanya seorang newbie yang biasa-biasa. Jadi terima kasih kepada AmbassadorsMY yang sudi bagi saya peluang menjadi sebahagian Grand Opening Ceremony ini. Rasa teruja sekali gus segan sebab ada ramai lagi tetamu-tetamu hebat yang lain. Kerdilnya rasa diri, huhuhu...

Okey, nevermind.

Apa yang saya boleh kongsi dengan kamu semua hari ini ialah sedutan daripada cerita fiksyen sains yang saya sedang tulis sekarang iaitu Meteoris. Sedutan ini berdasarkan beberapa bab awal. Bezanya, cerita ini ditulis berdasarkan sudut pandangan abang kepada watak utama iaitu Eizham.

Sebagai penulis, sudah semestinya saya tahu segala-galanya yang terjadi di sebalik semua kronologi kejadian yang berlaku di dalam cerita daya dari awal sampai akhir. Saya jenis yang merancang segala-galanya dahulu sebelum mula menulis. Selagi sebuah 'filem' tak lengkap di dalam kepala saya, selagi itulah saya tak menulis. Perancangan saya merangkumi beberapa perkara termasuklah back-story setiap watak.

Eizham di dalam cerita asal hanyalah watak sampingan. Kemunculannya sepanjang jalan cerita asal hanyalah dalam bahagian awal, flash back dan sedikit di bahagian akhir. Tapi, bila saya menulis semula Meteoris dari sudut pandangnya, sumpah saya pun terkejut bila menyelami perasaannya dan melihat dari kaca matanya. Hahaha... bila dia saya jadikan watak utama, saya boleh buat satu lagi cerita yang lain.

Well, yeah... "Sediakan back-story watak-watak" ialah satu tips yang saya kongsikan. Mungkin kamu boleh cuba buat benda yang sama dengan watak antagonis, side-kick atau love interest. Mungkin kamu pun akan terkejut macam saya. Anyway, I hope you guys enjoy my short-story. ♡♡♡

METEORIS : Yang Disembunyikan Eizham

Namaku Eizham. Seorang pemuda biasa yang berumur 22 tahun. Pekerjaanku ialah mekanik, pereka cipta, penyelongkar tapak buangan industri atau apa-apa sahaja pekerjaan yang boleh aku lakukan.

Tak, aku tak bergurau.

Aku ada seorang adik lelaki. Namanya Arash, berumur 17 tahun. Satu-satunya keluarga yang aku ada di atas muka bumi yang semakin tenat ini. Demi dia, aku sanggup lakukan apa sahaja. Walau dunia akan hancur musnah, aku tak peduli. Asalkan Arash selamat dan selalu di sisiku... aku tak peduli. Dia satu-satunya sebab yang aku ada untuk meneruskan hidup.

Namun, tak semua perkara akan sentiasa berjalan normal. Sebab, tak semua perkara aku dapat kawal.

Petang itu, aku cukup terganggu dengan berita dari Rionzess. Ada rusuhan sedang berlaku di kota metropolitan itu. Remaja belasan tahun tiba-tiba ada kuasa luar biasa. Kononnya termutasi kerana meteor yang jatuh beberapa hari lepas. Kerajaan pusat akan menangkap semua remaja belasan tahun untuk mengenalpasti siapa yang termutasi. Penangkapan para remaja itu yang menakutkan aku. Walaupun kami berdua tidak tinggal dalam lingkaran benteng Rionzess, kami berdua masih warganegara Rionzess. Bererti, Arash juga akan ditangkap!

Aku jadi gelisah selepas mendengar berita itu. Meteor itu, ia jatuh di kawasan perbukitan, tak jauh dari tempat tinggal kami! Aku takut kalau Arash sampai termutasi seperti yang dikatakan dalam berita itu.

Tapi, bila aku suarakan kebimbanganku pada Arash di ruang tamu pada petang itu juga, berdekah dia mengetawakan aku. Katanya, dia tak mungkin akan berubah menjadi raksasa.

"Abang tengok muka Arash yang kacak ni. Ada tanda nak jadi raksasa ke, manusia super ke? Tak ada, kan? Arash sihatlah. Paranoidlah abang ni!" kata Arash dengan yakin. Aku menilik wajah polosnya yang sedang tersengih lebar. Ya, dia masih Arash, adik aku yang periang. Mengambil perkataan Arash, aku memujuk hati aku.

"Siapa kata tak ada? Ada. Muka kamu ada iras-iras bumper kereta hybrid. Tu, yang remuk berkarat di bengkel," balasku sambil ketawa. Wajah Arash sempat masam kerana usikanku sebelum dia sendiri buat-buat ketawa. Tak semena-mena, penumbuknya melayang ke rusukku.

Aku pantas mengelak sambil melompat berdiri. Sengaja aku jelir lidah pada Arash sebelum berlari ke bilik tidurku. Dia sempat tunjuk penumbuk kerana geram denganku. Tapi, sebaik sahaja aku berpaling darinya, wajahku serta-merta bertukar keruh.

"Berita itu mungkin tak benar. Mungkin aku yang terlalu paranoid. Perkara seperti itu tidak akan berlaku. Perkara itu takkan berlaku," gumamku sambil melangkah ke bilik tidurku, meninggalkan Arash di ruang tamu. Aku mendengar Arash mematikan televisyen. Dia mana minat mendengar berita dari Rionzess. Dia tak mahu ambil peduli dengan alasan berita yang dicuri dari saluran media Rionzess tak sahih. Mungkin... aku patut bersetuju dengannya kali ini.

Aku berpatah balik ke ruang tamu untuk bertanya sesuatu pada Arash. Saat itulah aku tergamam melihat pemandangan di hadapanku. Arash sedang berbaring di atas lantai... dengan barang-barang ringan terapung mengitarinya!

"Arash!"

Serta-merta semua barangan itu jatuh serentak, berdentingan dan pecah. Arash bingkas bangun. Dia sendiri terkejut. Ketika pandangan mata kami bertentang, aku tahu... ketakutanku sudah menjadi nyata.

"Kamu... termutasi!"

.........................................................................................................................................

"Apa kita kena buat, Arash. Habislah kalau kerajaan pusat sampai tahu tenttang kamu! Apa yang kita kena buat?" Aku mundar mandir gelisah di hadapan Arash.

Habislah, habislah. Arash rupanya terkena juga gelombang meteor itu! Tapi memang tak mustahil. Arash sendiri kata dia nampak meteor itu jatuh malam itu. Apa aku nak buat? Kalau Arash ditangkap, dia mungkin akan ditahan kerajaan selama-lamanya! Tapi, betulkah Arash termutasi? Tapi, dia masih kelihatan normal! Tapi...

"Abang!"

Aku tersentak kerana mendengar bentak dari Arash. Aku melihat dia menekup mulut sebelum menggumam perlahan, "Maaf, tapi janganlah mundar-mandir begitu. Abang menakutkan Arash...."

Aku mendesah. Betul. Aku tak patut takutkan Arash dalam situasi begini. Sebagai abang, aku kena lebih tenang. Kami berdua mendiamkan diri. Arash tunduk. Dia menggosok pergelangan tangannya sambil matanya kosong memandang lantai. Mungkin dia melakukannya tanpa sedar, tapi aku rasa bersalah. Lebih-lebih lagi pergelangan tangannya masih berbekas merah kerana genggaman tanganku. Aku tak sengaja. Melihat sahaja ada barang-barang berterbangan di sekeliling Arash, fikiranku hanya tertuju untuk menyembunyikannya dari kerajaan. Kerana itulah aku terus mengheretnya dari ruang tamu hingga ke makmal bawah tanah ini.

Aku masih tidak habis fikir. Apa yang sudah menimpa Arash? Betulkah dia telah termutasi kerana gelombang meteor itu seperti yang didakwa oleh pemberita dari Rionzess itu? Ayat-ayat yang mengganggu yang kudengari daripada siaran berita yang aku dengar tadi terngiang-ngiang di telingaku. Aku betul-betul gelisah kala ini.

Arash termutasi? Sejujurnya aku tak mahu menerima kemungkinan yang itu. Tapi, kenapa dia tiba-tiba ada kuasa yang menyebabkan barang-barang disekelilingnya terapung-apung? Macam Arash ini ada kuasa...

"Kuasa!" Aku terjerit. Ada lintasan ilham di kepalaku. Spontan aku mencengkam dan menggoyangkan bahu Arash. "Kuasa kamu tadi. Kamu membuatkan barang-barang terapung-apung, kan? Jangan-jangan kamu ada telekinesis!"

Arash meronta untuk bebas dari cengkamanku. Wajahnya cemberut lalu berkata, "Telekinesis? Kuasa minda separa sedar yang abang pernah cerita dulu?"

Aku mengangguk dengan laju. Ya, telekinesis ialah kemampuan seseorang untuk menggerakkan objek dengan minda tanpa memerlukan interaksi fizikal. Entahlah, benda ini terlalu abstrak. Tak banyak kajian sains yang cuba membuktikan kebenarannya.

Tapi, ayah kami dulu pernah kata yang kemampuan otak manusia masih terlalu kompleks untuk difahami. Tak ada sesiapa yang boleh berikan jawapan pasti meskipun dari awal peradaban manusia sehinggalah ke saat ini. Walau bagaimanapun, aku rasa itulah penjelasan yang paling tepat untuk menjelaskan keadaan yang berlaku kepada Arash.

Tapi, reaksi Arah agak mengejutkan aku. Dia mengusutkan rambutnya. Kemudian, dia mengangkat wajah lalu merenung mataku.

"Tapi abang... takkanlah radiasi meteor itu dapat membangkitkan kuasa itu? Mustahil! Apa yang berlaku pada Arash sebenarnya?"

Aku menggetap gigi sambir menyuak rambutku ke belakang. Macamana aku nak terangkan pada Arash? Teori yang ada dalam kepalaku ini aku sendiri tidak dapat beri jawapan konkrit. Hanya teori! Teori ini pula aku hanya mendengar dari ayahku semasa kami berdua masih kecil bersama-sama cerita sebelum zaman apokalips berlaku.

"Takkanlah... takkanlah Arash ter.. termutasi juga?" tanya Arash tersekat-sekat. Aku nampak ada setitis air mata bergenang di tubir matanya.

Aku menggeleng perlahan. Aku sendiri tak tahu.... mungkin.kerana kecewa kepadaku, Arash terus menyebamkan wajahnya dalam lipatan lengannya. Aku melepaskan nafas yang tersekat-sekat. Pilu. Terasa pilu sampai ke ulu hati bila aku melihat keadaan Arash. Siapa yang tidak takut bila berhadapan sesuatu yang tak diketahui?

Kenapa mesti Arash? Kenapa bukan aku sahaja yang terkena perkara supernatural ini?

Saat itu aku bertekad. Sekurang-kurangnya... aku harus bantu Arash untuk mengetahui serba sedikit apa yang telah terjadi padanya. Aku menarik kerusi dan duduk disebelahnya. Aku tahu Arash sedar kehadiranku, tetapi dia masih begitu tanpa mengendahkan aku.

Aku mengfhela nafas sebelum berkata, "Abang ada satu teori tentang ini. Sebelum itu kita kena pastikan betul atau tidak dakwaan Rionzess tentang remaja yang tiba-tiba ada kuasa luar biasa itu... adalah kerana termutasi. Kita kena jalankan eksperimen ke atas kamu. Kita kena buktikan teori abang ini."

Arash terus tegak lalu terbeliak mata memandang aku. Jari telunjuknya lurus menunjuk pada diri sendiri sambil mulutnya terbuka tanpa ada suara yang terkeluar. Aku mengangguk dengan wajah serius.

Maaf Arash. Abang tahu abang kedengaran macam saintis gila. Tapi, ni satu-satunya cara yang abang terfikir buat saat ini.

.......................................................................................................................................

Sempurna. Sihat. Normal.

Aku merenung tajam satu persatu skrin maya yang muncul dihadapanku. Semua skrin maya itu menunjukkan analisis kesihatan fizikal Arash, tapi tak ada satupun yang menunjukkan abnormal, kecuali aktiviti otaknya. Graf yang ditunjukkan agak... tinggi. Malangnya aku tak ada data sebelumnya yang boleh dibandingkan dengan data yang terbaru ini untuk membuktikannya. Jadi aku susah untuk membuat apa-apa kesimpulan. Jalan buntu lagi!

Jangan-jangan, Arash mengalami simptom-simptom aneh selepas kejadian jatuhnya meteor itu, tetapi tidak memberitahu aku? Aku menjenguk sebalik skrin-skrin maya itu untuk bertanya pada Arash yang sedang berbaring dalam tiub pengimbas,

Oh, dia sudah tertidur. Damai wajahnya disebalik tiub kaca itu.

Sejujurnya aku buntu. Aku sendiri tak mampu menemukan jawapan. Apa yang akan aku katakan pada Arash kalau begini?

Aku meraup wajah sambil meredam esakan dan tangisan yang terasa ingin membuak-buak keluar. Segera aku melangkah menuju ke bilik kerja ayah kami yang bersepah agar jauh dari Arash yang masih tertidur. Aku... aku tak pernah rasa putus asa begini. Bagai aku sudah nampak apa yang akan berlaku pada kami berdua nanti.

"Ayah... apa yang Eizham patut lakukan?" 

That's a fascinating back-story. Thank you so much for sharing it with us, Niemza. Terima kasih.

  @Niemza will give critics, do a book review and read & comment on ONE lucky winner's story. Enter here.  

If you have any questions to ask her, feel free to comment below.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top