@____hfil's Writing Tips
Wattpad Malaysia gladly presents ____hfil, a Wattys winner, a superb Romance writer and she's known for her story 'Satu Bulan Untuk Suamiku'. She's going to share some very helpful tips on writing.
...
It's so nice to meet people here, so hello to everyone! I'm a Romance writer, commonly known as Hfil and have been on Wattpad since Feb 2015. I started to publish my very first story (Debunga Cinta Adam) a year later, followed by the second one (Satu Bulan Untuk Suamiku). Now I'm working on my third and fourth work.
Since I'm not expertise in doing anything else than writing here, I think it would be more beneficial and fun if I share something related to plotting and writing story. I hope you guys would get something useful from it!
Disclaimer: These below are only suggestions. Some of the elements might not be applied to all my published stories.
KEBANYAKAN cerita saya berunsurkan nilai sentimental (sedih) sebab saya jarang memfokuskan romantik-komedi. Jadi, saya boleh kongsikan tips khusus untuk mengarang cerita yang boleh sama-sama praktikkan, sekiranya berminat untuk mengarang sedemikian.
1) Nilai sentimental apakah yang sangat memberi impak dalam jiwa pembaca? Kematian. Haha.
Tapi jujurnya untuk 'membawa' kematian kepada watak utama adalah sangat sukar buat penulis. Apatah lagi apabila si penulis yang sudah 'terbiasa' mengarang momen-momen indah antara watak-watak, jadi rasa berat hati mungkin ada untuk mengakhiri sesuatu cerita dengan kematian.
Jadi, boleh disebutkan secara umumnya adalah perpisahan. Berpisah hidup atau mati. Mana-mana.
2) Apakah antara perkara yang menyedihkan dalam hidup anda? Ya, apabila ada impian yang kita tersangat-sangat mahukan tapi tak tercapai meskipun kita bersungguh-sungguh usahakan ke arah hal tersebut. Fokuskan pada satu matlamat utama sesuatu kisah yang dikarang dan tunjukkan betapa watak dalam kisah tersebut terlalu bersungguh-sungguh ingin mencapai usaha tersebut namun akhirnya menemui kegagalan.
Axiom: Semakin spesifik satu matlamat, semakin gigih usaha, lebih berkesan cerita tersebut pada pandangan pembaca.
3) Tekankan hubungan yang terlalu kukuh antara watak kepada watak yang lain. Lebih baik sekiranya hubungan itu adalah terlalu istimewa yang tidak akan wujud kepada watak sampingan. Konsep yang lebih senang difahami adalah nilai seseorang dalam hidup watak yang diketengahkan. Untuk memahami ini; perkara penting adalah memahami betapa 'tinggi'nya erti keberadaan seseorang dalam hidup watak tersebut.
Tahap rendah:
'Aku harus ada di sini sebab kau'
Tahap sederhana:
'Aku harus ada di sini sebab kau, demi kau'
Tahap tinggi:
'Aku harus ada di sini sebab kau, demi kau dan cuma untuk kau'
Cuba capai tahap tinggi atau sederhana. Hubungan yang terlalu erat pastinya akan menggugat emosi pembaca apabila sebarang pergaduhan atau perpisahan berlaku.
4) Hadkan umur atau tempoh kepada watak untuk bersama. Semakin tua atau semakin lama mereka bersama dengan bahagia, kebanyakan pembaca mendapati masa tersebut adalah mencukupi untuk mereka ("Tak apalah, sekurang-kurangnya mereka dah bahagia lama dulu. Apa salahnya mati sekarang" atau "Dah tua, layaklah kalau meninggal. Bila lagi masa yang tepat dan logik kalau bukan sekarang"). Memang masih ada segelintir yang berpendapat kalau hidup lama-lama pun masih sedih apabila berpisah sebab terbiasa bersama namun dengan jangkaan masa yang pendek lebih mendatangkan suasana emosi kepada lebih ramai pembaca.
5) Huraikan situasi dengan baik (be descriptive). Tak semestinya panjang meleret untuk hanya satu situasi, tapi bayangkan anda berada di posisi pembaca dengan hanya berbekalkan tulisan tangan anda dan imaginasi, pastinya tidak memadai untuk anda meletakkan sepatah dua perkataan tapi berharap pembaca dapat menyelami situasi tersebut dengan penuh emosi.
Contoh mudah:
1.i) Luqman berasa sedih ketika melihat mayat itu.
ii) Air muka Luqman berubah mendung apabila menatap jasad tak bernyawa itu. Wajahnya berkerut-kerut cuba menyembunyikan riak tersebut, liurnya diteguk kelat. Hanya kemudian, aku terlihat kolam matanya mula bergenang hebat.
Kalau dilihat, contoh (ii) lebih menerangkan keadaan yang terjadi kepada Luqman. Melalui ini, pembaca dapat membayangkan dengan lebih jelas akan reaksi Luqman sebenarnya berbanding (i).
Sekiranya pembaca diberi gambaran jelas akan sesuatu peristiwa, pastinya lebih mudah pembaca membayangkan sesuatu peristiwa yang terjadi sekaligus mampu membuatkan satu-satu emosi senang dipupuk dalam jiwa mereka.
Tips meraih pembacaan (khusus untuk Wattpad!)
1) Pemerengganan
Dalam dunia Wattpad, adalah sangat penting untuk kita meletakkan baris-baris ayat dalam perenggan dengan baik dan sesuai. Terlalu banyak subjek dalam satu perenggan yang maha panjang akan mendatangkan kekeliruan pembaca, malah sukar untuk memahami konteks ayat dengan baik. Akhirnya, penulis hilang minat untuk membaca.
Secara umumnya, sebanyak 80% pengguna Wattpad membuka aplikasi ini melalui telefon bimbit. Jadi, adalah lebih baik sekiranya memfokuskan pemerengganan yang bersesuaian untuk tatapan saiz skrin tersebut berbanding penggunaan komputer biasa.
Lakukan pemerengganan dengan baik lebih-lebih lagi Sains Fiksyen dan Fantasi sebab genre ini lebih perlukan pemerhatian dan imaginasi yang lebih.
2) Logik (tidak termasuk genre Fantasi)
Cerita yang berkisarkan realiti haruslah logik buat pembaca. Hal ini termasuklah tahap penguasaan dalam sesuatu bidang. Masih ingat dua drama Melayu yang pernah menjadi viral atas sebab salah kegunaan bahan perubatan dan cara berubat dalam drama-drama tersebut? Itu antara faktor di luar logik yang mampu menjadi pertikaian buat penonton, lebih-lebih lagi pakar yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Hal ini selari dengan pengetahuan am dan khusus yang ada pada penulis sendiri.
Biasanya hal ini boleh dikaitkan dengan profesyen seseorang watak seperti penggunaan alatan dan skop kerja. Sebagai contoh, kaunselor tidak sepatutnya mendedahkan maklumat peribadi klien dan tidak terbawa-bawa perasaan sendiri ketika berurusan. Secara logiknya, profesyen ini memerlukan latihan demi latihan serta lesen khusus sebelum rasminya berkecimpung dalam bidang sedemikian jadi tentunya hal emosi sendiri yang terganggu ini dapat dielakkan dalam kebanyakan hal.
3) Hashtag!
Maksimumkan penggunaan hashtag dalam cerita anda di Wattpad untuk membuatkan pembaca senang mencari karya anda. Hashtag yang digunakan mestilah bersesuaian dan tidak pula 'menyimpulkan' keseluruhan/pengakhiran cerita yang anda tulis sekaligus menghilangkan rasa suspens dalam kalangan pembaca.
4) Book Cover!
Saya teringat kawan baik saya pernah menyebut, "It's true that we cannot judge book by its cover but first impression is very important."
Buat pembaca, apa perkara pertama yang menarik perhatian untuk membelek sesuatu buku, jika dimisalankan buku tersebut bukan daripada mana-mana penulis yang terkenal? Ya, kulit buku.
Penggunaan book cover yang elok semestinya menarik perhatian pembaca untuk menyelak isinya. Ditambah lagi dengan isi cerita yang seronok dibaca, makin bertambah minat untuk meneruskan bacaan!
Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk meletakkan kulit buku yang bersesuaian dengan genre yang dibawa. Sekiranya cerita anda berkisarkan romantik-komedi yang tiada langsung unsur pembunuhan atau penculikan, mengapa anda harus memilih atau membuat book cover yang gelap dan penuh misteri? Sekiranya juga cerita anda sepenuhnya tentang kesedihan dan kepahitan, mengapa pula anda memilih book cover yang penuh warna terang, 'striking' dan 'happy-go-lucky'?
Font juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan book cover yang terbaik. Pilih font yang sesuai dengan genre, saiz dan warna yang jelas serta tidak tenggelam dek latar belakang gambar book cover anda. Saya tidak kreatif dalam grafik, tapi tips mudah untuk mengelakkan font anda tenggelam adalah dengan menambah 'shadow' dan 'stroke'.
Mengapa saya tekankan penggunaan book cover yang menarik? Ia berkaitan dengan psikologi para pembaca untuk mendapatkan 'gambaran awal' dan 'logik' cerita yang anda tulis yang akan membuatkan mereka lebih cenderung untuk menghabiskan pembacaan tersebut.
Jadi, itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Masih tak banyak ilmu. Terima kasih sudi luangkan masa.
Thanks a lot for sharing these useful writing tips, hfil. Terima kasih!
@____hfil will give critics, do a book review, read & comment on 2 lucky winners' story. Enter her giveaway here.
If you have any questions to ask her about romance, Wattys, tags, writing or anything else, feel free to ask her below.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top