@HdinHafizuddin's Awanama Kosmos
Wattpad Malaysia proudly presents HdinHafizuddin, a WattysMY winner, a dedicated Wattpadder, a brilliant Geologist and he is best know for his Science Fiction work 'Penyongsangan' which means 'The Reversing'. He has also been selected in the round 1 of The Open Novella Contest. He is going to share a sneak peek of his future work below. Feel free to check it our and drop a 'hey'.
~~~
Hai!
Saya, Hdin Hafizuddin. Selamat berkenalan semua! Saya berasal dari Muar, Johor dan kini bekerja di Hulu Perak, Perak. Ini adalah salah satu karya yang akan saya luncurkan pada tahun hadapan diakaun Wattpad peribadi saya, Insya-Allah.
Sneak Peak
AWANAMA KOSMOS
Pada tahun 2007, Malaysia berjaya menghantar kosmonaut pertama negara, iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Program Angkasawan Malaysia merupakan program timbal balik antara dua negara, Malaysia dan Rusia. Malaysia membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna.
Sebanyak 3 kajian telah Berjaya dijalankan dibawah graviti sifar ini. Antaranya ialah 2 sel barah, 2 jenis bakteria dan 2 jenis protein berbentuk Kristal. Salah satunya adalah bakteria Helicobacter Pylori dan Acnetobacter.
***
27 November 2017
Baikonur Cosmodrome, Khazakstan. Sejenis bakteria yang dipercayai 'datang daripada luar galaksi' telah berjaya ditemui oleh Kosmonaut Rusia merangkap jurutera pada sekitar badan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Jurutera Rusia itu telah berjaya mengambil sampel bakteria yang melekat pada badan ISS itu semasa misi membaik pulih salah satu pintu diluar Makmal Destiny distesen angkasa terbabit. Bakteria itu kemudiannya dibawa ke bumi untuk dianalisis.
'Bakteria terbabit tidak ada dibadan stesen angkasa terbabit semasa ianya dilancarkan.' Kata Jurutera Rusia terabit. (RT News)
***
20 tahun selepas itu, Malaysia sekali lagi berjaya menghantar seorang kosmonaut wanita pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hasil pembelian kapal selam berteknologi tinggi dengan kerajaan Rusia. Penghantaran kosmonaut ini bertujuan bagi mencerap perkembangan hasil-hasil kajian yang telah di lakukan oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada tahun 2007 yang lalu.
Dr. Nora Yuhanis, seorang pakar bakteria ditugaskan untuk mencerap kesan tindak balas hasil kajian Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor terdahulu yang telah diletakkan selama 20 tahun di Makmal Columbus terutamanya untuk sektor bakteria.
***
BOOM!!
SHHH....
SHHHHHHH....
SHHHHHHHHHHHH.....
Bunyi satu letupan yang kuat diikuti bunyi kebocoran kedengaran dari kawasan Makmal Columbus tersebut yang menempatkan beberapa bahan uji kaji termasuklah bahan uji kaji bakteria oleh pengkaji dari Malaysia. Andes Shkaplerov, seorang Kosmonaut Rusia bersama Dr. Nora Yuhanis, meninjau keadaan sekitar Makmal Columbus tersebut.
Makmal Columbus tersebut dipenuhi dengan asap kabut. Terdapat kesan kebocoran dibahagian pintu luar, lalu mendedahkan keseluruhan makmal itu kepada keadaan udara dan graviti sifar. Tidak dapat dipastikan apakah punca letupan terabit tetapi Andes Shkaplerov yang sudah berpengalaman di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mencadangkan penunu Bunsen yang berada di dalam Makmal Columbus itu berkemungkinan telah meletup dan membocorkan keseluruhan makmal tersebut.
Andes Shkaplerov kembali ke pusat kawalan ISS untuk proses penyelenggaraan bagi makmal Columbus itu sementara Dr. Nora Yuhanis ditugaskan untuk memantau keadaan Makmal Columbus. Dengan perasaan yang sedikit gentar kerana bahan-bahan kajian yang telah tercemar itu, Dr. Nora Yuhanis hanya membelek-belek keadaan sekitar Makmal Columbus berkenaan.
Sedang Dr. Nora Yuhanis membelek-belek melalui cermin lutsinar dari luar pintu Makmal Columbus itu, dia telah terperasankan seekor mahkluk pelik, kecil sahaja, seakan-akan bersaiz tapak sulaiman dibumi, berwarna lutsinar kehitam-hitaman, sedang bergerak-gerak disekitar kawasan makmal terbabit. Semakin dibelek, semakin membesar hidupan awanama jelik berkenaan. Kemudian, tanpa disangka, makhluk awanama berkenaan mempunyai kebolehan untuk terbang dikawasan yang mempunyai udara dan graviti sifar!
Tiba-tiba, belum sempat Dr. Nora Yuhanis mengalihkan pandangannya ketempat lain, makhluk awanama seperti jeli yang kian membesar itu melekat kearah tingkap kaca lutsinar dipintu Makmal Columbus. Terkejut Dr. Nora Yuhanis sehingga terjelapok kebelakang sambil menyaksikan makhluk awanama berupa jeli nata-de-cocoa itu melekat dicermin tersebut. Apa yang lebih memeranjatkan, makhluk berkenaan berkebolehan untuk memakan cermin berteknologi tinggi itu!
Dr. Nora Yuhanis dengan pantas keluar dari laluan ke Makmal Columbus tersebut lalu menekan butang amaran atau 'Emergency'. Dia menghubungi Andes Shkaplerov yang berada dipusat kawasan ISS untuk memaklumkan kejadian ini. Andes Shkaplerov pula menghubungi kru-kru kosmonaut yang lain yang berada di seksyen lain bagi memberi amaran tentang kejadian yang sedang berlaku dikawasan Makmal Columbus tersebut.
***
Apakah makhluk awanama itu sebenarnya? Dapatkah kru-kru ISS yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) itu menghapuskan makhluk awanama itu ? Apakah nasib Kosmonaut Wanita pertama negara, Dr. Nora Yuhanis ketika berhadapan dengan makhluk awanama itu?
Hai peminat sains fiksyen @ Saifai negara! Nantikan karya 'Awanama Kosmos' ini, akan datang pada tahun 2018 di akaun Wattpad @HdinHafizuddin! Selain itu, 15 orang pengguna Wattpad Malaysia yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi giveaway percuma daripada saya! Caranya, follow akaun @HdinHafizuddin dan nyatakan di wallpost mengapa anda layak untuk memenangi giftaway tersebut. Semoga Berjaya Kalian!
Enter his giveaway to stand a chance to win a follow, a key-chain, and Top-up cards. Wow, this is so amazing! What are you waiting for, enter now!
Terima kasih kerana sudi kongsi sneak peek kamu, Hafizuddin. Thanks a lot for sharing such an amazing sneak peek.
If you have any questions to ask Hafizuddin regarding Science, Geography, space, ONC or anything else, you're welcome to post them below.
Jika kamu ingin tanya Hafizuddin soalan, sila tanya di bawah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top