@flwerpsy's Sneak Peek
Wattpad Malaysia proudly presents flwerpsy, a fascinating Romance and Horror writer, a creepypasta fan and she's best known for her horror story 'Lari'. Today she is going to share a romantic sneak peek. Have a look below. You're welcome to say hi to her as well.
~~~
♕| G R E E T I N G S |♕
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua wa—
Wait, that sounds very cliche and weird. Anyway, hye everyone ! First of all, thank you AmbassadorsMY for inviting me to this Official Grand Opening Ceremony of Wattpad Malaysia as a participating member. I'm so excited for this because finally Malaysia has their own Official Account. Yeay ! As a fellow Malaysian here, I'm very thankful for this event because we can get to know each other from another country and get to know some useful information that is happening around here. Right? Ah, such a wonderful things. Again, thank you so much AmbassadorsMY.
Here's a hug from me.
So, you may call me Ell. I'm the author of 'LARI' . Itu pun kalau tahu, maklumlah jenis suam-suam kuku sahaja. Heh.
♕| N O T E S |♕
Okay, tujuan saya dekat sini hanya satu sahaja. To give you a 'sneak peak' on my upcoming project. I'm going to publish it soon. Yes, probably soon enough. Next year maybe or 2019?
Hm, okay ! Here we are .
♕| S N E A K P E A K |♕
Tajuk : Encik Ais Beku
Genre : Romance
P R O L O G
...
ENJIN motor dimatikan dengan segera. Usai mengunci motosikalnya, dia menapak ke dewan perhimpunan. Pelajar-pelajar yang berpusu-pusu memasuki kawasan sekolah dipandang sekilas.
Adilah menarik nafas panjang sebelum meneruskan langkahnya. Baru sebulan dia bergelar senior di sekolah itu namun masih lagi tidak percaya dia akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Sekolahnya agak terkenal dengan sikap kenakalan pelajar-pelajarnya. Tidak asing lagi perangai-perangai haram jadah yang sering dijadikan tatapan umum buatnya dipagi hari.
"Bawa barang tak? Nanti rehat kita buat projek," Kedengaran dua orang pelajar lelaki berbual tentang 'projeknya'. Sudah tahu dek akal bahawa projek yang dibicarakan adalah merokok di belakang bangunan.
Adilah tetap meneruskan langkah. Walaupun dia merupakan pengawas sekolah, dia tidak suka mengambil tahu hal-hal pelajar nakal itu. Adilah baik katanya, tidak suka masuk campur hal orang. Hah, gelak besar.
Seorang pelajar perempuan tingkatan 1 dan pelajar lelaki tingkatan 5 sedang tersengih-sengih tika berbual di pondok istirehat. Ah, apa mereka fikir romantik mencipta drama di sana? Adilah menggeleng kepala.
Perhimpunan pada pagi itu berjalan seperti biasa. Ucapan dari guru bertugas langsung tidak diendahkannya. Oleh kerana tugasnya sebagai seorang pengawas perlu dijalankan, maka dia berdiri di belakang barisan pelajar untuk memastikan tiada siapa yang berbual ketika perhimpunan dijalankan.
Namun masih juga ada lagi agas-agas yang berbual rancak sewaktu guru berucap di hadapan. Adilah menggerutu di dalam hati. Bukan tidak mahu ditegur tetapi malas. Sudahnya nanti ada sahaja agas-agas itu tidak puas hati. Tidak silap nanti, dia pula yang akan dimaki. Sudahnya perhimpunan itu diakhiri dengan kata-kata nasihat dari pengetua sekolah.
BUKU di hadapan dibiarkan terselak akibat deruan angin yang menerpa kelas mereka. Adilah sempat lagi berkhayal sewaktu pembelajaran dijalankan. Imaginasinya sering berfungsi sewaktu dia di sekolah. Apatah lagi sewaktu subjek Matematik. Berbuih mulut guru mengajar namun Adilah tetap tidak fokus dalam pelajarannya. Fikirannya lebih tertumpu kepada siapa bakal puteranya di alam fantasi yang direka sendiri.
"Hah Adilah!" Laung Pn. Haznah. Tercampak pensel yang dipegang Adilah ke meja di hadapannya.
"Hah oi! Eh, ah ya cikgu? Ya?" Adilah menahan debaran di dada. Pn. Haznah sudah pun bercekak pinggang di hadapan kelas.
"Graf dah siap belum? Saya suruh buat graf apa tadi?" Adilah menggaru kepalanya. Diselak-selak buku teks di atas meja. Haram jadah, waktu itu juga muka surat tidak jumpa. Pantas diseka siku rakan di sebelahnya. Baru sahaja bibirnya ingin mengungkapkan kata, kelihatan seorang guru melintasi kelasnya.
'Eh siapa tu?' Bisik hati Adilah. Dia mengabaikan kelibat itu dan kembali menyambung pencariannya. Dan ya, dengan megah dia memberikan jawapan setelah berjaya mendapat bantuan dari rakannya. Adilah tersenyum kelat. Lega bila Pn. Haznah meneruskan pembelajarannya.
"Hah lain kali fokus," Sindir rakan semejanya, Amzil.
"Eh weh Cikgu Noah pindah dah kan?" Selit rakannya yang lain pula.
"Haah lah, hari tu pengetua ada bagitahu. Eh kau tak perasan ke ada dua orang cikgu baru masuk. Seorang lelaki seorang perempuan," Ramai pula yang turut campur dalam perbualan tersebut.
"Cantik tak?" Balas Adilah.
"Bolehlah, cikgu muda katakan, yang lelaki tak nak tanya ke?" Spontan Amzil mengangkat kening.
"Sorry tak minat orang tua," Kata Adilah sambil membelek kukunya.
"Ek eleh jual mahal," Dan terhambur juga gelak tawa mereka di situ.
"Tapi kan, dengar cerita cikgu lelaki tu dah jadi hotstuff tau! Ramai budak syok gila dekat dia," Ujar Imani. Bibirnya mula menguntum sengihan lebar. Berangan-angan lah tu.
"Tak payah gatal sangat Iman, tu histogram kau. Mana ada orang lukis histogram sama rata. Nazak dah ke kau?" Sindir Adilah. Ketawa jahatnya mula terhambur.
"Kau tunggu la Dilah. Kena kau nanti," Seisi meja itu hanya menggeleng kepala dengan kerenah mereka.
KEESOKANNYA, para pelajar diminta berhimpun bagi menyaksikan gimik persembahan dari pelajar tingkatan dua untuk merasmikan program membaca. Adilah menjeling sekilas ke arah jam tangannya. Sudah bosan menatap persembahan adik-adik yang tidak menarik minatnya.
"Dila, manis je muka cikgu baru tu kan," Ujar seorang pelajar, rakan sekelasnya.
"Apa? Mana?"
"Itu, yang pakai baju merah tu," Pelajar itu menunjukkan ke arah seorang guru lelaki yang sedang berbual dengan guru-guru yang lain.
"Biasa je aku tengok, rambut tak style lah," Adilah menahan gelak. Dikecilkan matanya untuk melihat guru itu dengan lebih terperinci. Maklumlah, dah pakai cermin mata pun masih buta. Lumrah manusia, tidak sempurna.
Tisu mana tisu?
"Ee kau tak baik lah, dia senyum manis je. Cair ah aku macam ni," Pelajar itu sudah tersipu-sipu.
"Amboi, marah pakwe kau nanti," Adilah menyindirnya. Akhirnya, mereka hanya menukar topik lain untuk dibicarakan. Sesaat cuma, Adilah melontarkan pandangan ke arah guru baru itu. Baginya, guru itu hanya guru. Tiada apa yang menarik perhatiannya.
Tapi siapa tahu esok lusa nanti?
KERTAS di tangan diperhati lama. Jawapan kerjanya yang kemas memuaskan hatinya. Diselak pula jawapan rakan-rakannya yang lain. Langkahnya diatur menuju ke bilik guru. Sedang leka dia menyelak kertas itu, guru baru yang masih tidak dikenali menyapa pandangan matanya. Dengan senyuman yang berjaya dilakonkan, dia berjaya menegur guru itu.
"Assalamualaikum cikgu," Ujar Adilah. Guru itu turut membalas salamnya. Hati Adilah berasa gembira. Tidak sia-sia dia perhati guru itu dari jauh. Cantik sungguh! Dia memang gemar akan perkara-perkara yang cantik. Baginya itu merupakan suatu seni halus. Ya, mistik sekali pemikirannya.
Tiada unsur dua alam di sini. Mahupun serai atau kunyit. Tiada.
"Hmmm, elok je perangai cikgu baru ni," Gumam Adilah sambil tersenyum. Wajahnya ditundukkan. Baru sahaja dia ingin mengangkat wajahnya, seorang guru lelaki turut melintasi pandangan matanya. Bukankah dia pernah melihat guru itu melintas di hadapan kelas mereka?
Adilah kaget. Pantas dia menoleh ke belakang. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan tersebut. Ah lupa pula. Mungkin guru baru itu. Apa namanya? Adilah berfikir sejenak. Dia mengabaikan nama guru tersebut setelah tidak mengingati namanya.
Kertas itu diletakkan ke atas meja Pn. Haznah. Baru sahaja dia ingin menapak keluar dari bilik guru, dia terserempak kembali dengan guru baru itu. 'Lahmak, asyik muka kau aje aku nampak,' Getus Adilah. Dilajukan langkah ke kelas. Takut jika terlambat masuk sewaktu guru lain mengajar.
"MAAF, boleh saya masuk sekejap?" Bicara seorang guru di sebalik pintu kelas.
"Eh boleh, silakan," Balas guru yang sedang mengajar mereka.
Adilah masih tekun menyalin kerja sekolahnya. Sedikit pun tidak diendahkan dengan bebelan guru tersebut.
"Nama dia cikgu Fattah kan?" Bisik Imani kepada Aisyah.
Adilah mengangkat wajah. Pandangan terus difokuskan ke hadapan, melihat wajah bingung rakannya itu. Sewaktu dia menoleh ke kiri, kelihatan seorang guru sedang menjelaskan mengenai borang pendaftaran pelajar-pelajar SPM.
"Nanti tolong hantar salinan kad pengenalan kamu semua dekat saya ya? Terima kasih," Ujar guru tersebut lantas meminta diri.
"Cikgu Fattah.." Gumam Adilah tanpa sengaja.
"Hah suka la tu," Usik rakan-rakannya.
"Bukan, nama dia macam nama Fattah Amin," Ujar Adilah dalam nada dingin. Sudahnya mereka hanya menjeling Adilah dengan tajam. Belum sampai masanya lagi.
ADILAH memaut lengan Imani di sebelah. Berkira-kira mahu masuk atau tidak.
"Masuk le kau tunggu apa lagi," Bisik gadis itu. Tangannya sudah menarik-narik baju yang dipakai oleh Adilah.
"Tak payah lah tarik baju!" Adilah menepis tangan gadis itu. Salinan kad pengenalannya dipandang sinis. Sudahlah buruk, mahu diberi kepada Cikgu Fattah pula tu. Adilah menggelengkan kepalanya. Haih, nasib baik ada comel sikit.
'Tak apa, dia tua tak kisah kan,' Getus hatinya. Segera dia melangkah masuk ke bilik guru. Wajah dingin sengaja dipamerkan. Dicari-cari meja guru tersebut.
Di depannya sahaja. Adilah tersenyum kelat. Sudah kelihatan rambut belah tengah lelaki itu. Sewaktu guru tersebut mengangkat wajahnya, Adilah bagai terkena renjatan elektrik.
Tangannya mula menggigil. Tubuhnya kaku. Matanya sedikit terbuka luas.
'Bila Izrail datang memanggil, jasad—' Tidak. Ini bukan masa untuk mengingati lagu itu. Adilah menarik nafas panjang.
Digagahkan diri menghulur kertas tersebut. Cikgu Fattah hanya merenung anak matanya.
"Ah..spm saya ni kata spm..Eh?Ah—kad ic..Ha Ic saya! Nah—Uh..um..Spm punya ic.." Tergagap pula Adilah di situ. Bercelaru otaknya.
"Eh rileks, sabar, sabar," Cikgu Fattah mengerutkan dahinya. Mungkin aneh dengan sikap Adilah yang membabi buta. Mahu gugur juga jantung Adilah di situ. Dibacanya surah Al-Fatihah di dalam hati. Tiba-tiba menjadi gila tidak keruan akalnya.
"Okay terima kasih," Ujar Cikgu Fattah. Baru sahaja Adilah memusingkan tubuhnya, guru itu memanggilnya semula.
Adilah menelan air liurnya yang terasa kesat di kerongkong.
"Um nanti tolong pesan dekat kawan-kawan yang lain hantar sekali ya?" Cikgu Fattah masih mengekalkan ekspresi wajah kosongnya.
'Aduhai, ketar lutut aku begini haih,' Getus Adilah lagi. Terangguk-angguk kepalanya, lantas menarik tangan Imani yang menunggu di muka pintu.
"Ya Allah, Ya tuhan, Ya Rabbi, kau nampak tak tadi?" Adilah bertanya. Tangannya yang menggigil disuakan. Gadis itu sudah tergelak.
"Kau rasa weh, rasa tangan aku. Beku ni beku," Adilah terus terduduk di atas lantai. Lemah lututnya. Tidak dihiraukan keadaan di sekelilingnya.
"Kau kenapa ha, kau gagap kan? Haha. Malu tahu macam tu," Ujar Imani masih lagi dengan sisa gelaknya.
"Ish, asal dia cute sangat ah! Asal jiwa aku macam ni. Eh tak pernah lagi aku macam ni tau!" Adilah bangkit. Terus digenggam tangannya erat.
"Kan, bibir dia tu, euish. Menggoda," Jelas Imani sambil menjuirkan bibir.
"Aku rasa berdebar gila ni, ish kacak pula si tua tu, dia guna saka apa eh?" Adilah menampar-nampar pipinya sendiri.
"Bibir dia weh, kau tengok emm," Imani turut merasa debar. Dia menarik Adilah supaya bangkit dari lantai. Kalut apabila seorang guru memerhati mereka dari jauh. Mereka mula menapak ke kelas.
"Aduh cikgu tu memang hm—"
"Kan dia tu weh, hensem siut AAAAAA—"
"AAAAAAAAA—" Sudah demikian, berlaku pula aksi kegedikan di hadapan tangga. Terloncat-loncat mereka berdua menjerit kepuasan. Puas dapat melihat wajah guru baru itu. Tidak mereka fikir kegedikan itu boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang akan melintas.
'Mampuslah aku kisah apa,' Desis hati Adilah. Tangannya mengipas-ngipas wajah yang semakin panas. Ya tuhan, mengapa wujudnya unsur-unsur gedik dalam diri wanita? Kau lihat, kau lihat betapa rakusnya mereka terjerit-jerit bagai lipas tertendang ubat gegat.
"Itulah Dila, dulu kau tak nak. Sekarang dah jumpa depan-depan baru kau nak," Sindir Imani.
"Dah aku memang jenis tak kisah dengan lelaki. Kau nak bising apa, alamak ai," Bentak Adilah. Kakinya mula menapak ke anak tangga. Setiap anak tangga yang dipijak, setiap itu juga nama guru itu terbit dari bibirnya.
"Cikgu Fattah ek? Hmm tunggu lah ya cikgu, saya ada operasi nak kena jalankan buat cikgu ni," Adilah mengimbasi wajah guru tersebut. Tersengih-sengih dirinya sendirian. Tidak sabar mahu berjumpa lagi.
"Ayuhlah kita mulakan cerita cinta Adilah dan Fattah!" Usai dia berkata demikian, kakinya terpijak kain sekolah yang sedikit labuh. Menggelusur dia di anak tangga itu.
"Ini lah namanya jatuh cinta," Sengihnya kelat.
•••
♕| T H E E N D |♕
Well, that's all. Thank you reading. If you have anything to ask, feel free to PM me! I hope you like it. Assalamualaikum.
Enter Ell's giveaway to stand a chance to receive a follow and a read and comment on your book. Enter now.
Thank you so much for coming here to share a captivating sneak peek. Terima kasih!
...
If you have any questions about romance, horror, creepypasta, or anything else, feel free to ask her below.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top