@EllaAffandy Writing Tips

Wattpad Malaysia gladly presents EllaAffandy, a fantastic Romance writer, a friendly Wattpader and she is best known for her story 'Once Again'. She's going to share her exclusive writing tips to y'all.

...

Hello, there. I'm Ella Affandy. You may just call me Ella tapi, saya ada nama pena lain, Helena Anne. Karya saya di sini yang mendapat sambutan adalah Once Again. Kepada sesiapa yang memberikan sokongan terhadap karya saya itu, saya ucapkan terima kasih

Serba sedikit mengenai saya, dilahirkan di Selangor namun, dibesarkan di Pahang. Minat menulis ni sudah ada sejak kecil, sejak di sekolah rendah dan diteruskan sehingga kini. Pencapaian terbesar saya hanyalah cerpen saya pernah terpilih di dalam antologi cerpen terbitan Karyaseni. Impian saya untuk melihat nama saya terpampang di hadapan sebuah buku/novel tidak pernah padam sejak itu. Insya Allah, saya sedang berusaha ke arah itu.

Okaylah, selesai mengenai pengenalan saya, di sini saya memberikan beberapa tips yang saya gunakan dalam penulisan saya. Diharap dapat membantu penulis-penulis muda yang baru bertatih dalam dunia penulisan

***

1.Pemilihan nama

Nama-nama karakter amatlah penting dalam sesebuah buku, supaya nama itu mudah dingati oleh seseorang. Jangan sesekali nama karakter terutamanya hero dan heroinnya sama dalam dua buah buku yang berlainan tajuk, takut akan mengelirukan pembaca. Nama yang sedap didengar dan mengandungi maksud tertentu akan menggembirakan hati pembaca untuk membaca.

2. Karakter hero dan heroin

Di dalam sebuah buku, hero atau heroin selalu digambarkan seorang yang cukup lengkap sifatnya. Baik budi bahasa dan juga fizikalnya. Tidak salah menggambarkan pasangan hero dan heroin yang begitu (saya juga melakukannya) tetapi biarlah berpada-pada. Dan perlu diingatkan kedua-dua karakter ini janganlah digambarkan seseorang yang terlalu buruk perangainya sehingga mematikan selera pembaca untuk membacanya

3. Nama lokasi

Nama lokasi juga memainkan peranan yang penting. Kalau boleh gunakanlah nama lokasi yang wujud di alam nyata tetapi kalau penulis mahu menulis nama lokasi rekaan sendiri, biarlah ianya mudah diingati dan senang

Bagaimana mahu memulakan penulisan?

Tip dibawah adalah perkara biasa yang saya buat sebelum memulakan sesuatu penulisan tetapi terpulang pada pembaca semua sama ada mahu mengikutinya atau tidak.

1.Senaraikan nama-nama watak yang perlu ada di dalam buku yang bakal ditulis. Nama, usia, status, kalau bekerja apa pekerjaannya, kalau belajar di mana dan sebagainya. Ini untuk memudahkan bakal penulis menulis dan membuat rujukan nanti. Ingat nama-nama tersebut supaya anda dapat menyebatikan diri dengan nama-nama itu.

2.Rangkakan cerita yang mahu ditulis secara kasar. Plot dan sub-plot yang perlu ada di dalam cerita tersebut. Ini akan memudahkan ketika anda menulis nanti

3.Jangkakan berapa bab yang perlu anda tulis dalam cerita anda dan setiap bab kalau boleh jangan melebihi sepuluh muka surat dan tidak kurang daripada lima muka surat.

4.Selepas itu anda boleh mulakan dengan membuat catatan di atas kertas sebelum mula menaip di dalam komputer/tablet/handphone. Tapi, terpulang sama ada anda hendak mengikuti langkah ini kerana sesetengah orang menganggap langkah ini sedikit membuang masa jadi, terpulang. Bagi saya, saya lebih suka mencipta plot di dalam kepala. Menghabiskan masa beberapa jam, memikirkan plot yang sesuai tapi, bagi penulis yang tidak mempunyai ingatan yang kuat, saya tidak mengalukan langlah ini.

***

Anda semua sudah mempunyai nama-nama watak, tempat, bangunan dan juga cerita yang perlu ada dalam setiap buku anda?

Anda sudah mula menulis, tetapi sayang ketika dalam ghairah menulis, idea anda hilang, cerita anda terbantut di tengah jalan. Apa yang harus anda lakukan?Ada beberapa tip yang boleh diikuti dan moga-moga ianya dapat membantu.

Tinggalkan sahaja komputer dan tulisan anda. Bawa diri bertenang begitu juga dengan fikiran anda. Perhatikan pohon-pohon menghijau atau bayangkan air laut yang berombak tenang. Perlahan-lahan apabila fikiran anda sudah mula tenang, anda boleh berimaginasi sesuka hati anda.

Kalau imaginasi anda mengenai air laut dan pohon hijau tidak dapat membantu anda, bawa-bawalah kaki anda pergi ke tempat yang anda suka.

Kalau anda suka ke pusat membeli-belah, pergilah menenangkan diri di situ. Kalau anda suka menikmati kopi, pergilah ke kafe kopi hipsters sambil memerhati gelagat orang. Dengan memerhati juga boleh membantu dalam penulisan. Percayalah.

Jika anda suka membaca (saya percaya setiap orang yang suka menulis pasti suka membaca juga.) Pergilah ke kedai buku atau perpustakaan. Beli atau pinjamlah mana-mana buku yang boleh menarik minat anda, dengan membaca juga boleh memberikan ilham atau idea kepada kita. Kalau itu masih tidak dapat membantu, telefonlah kawan-kawan anda atau berbual dengan adik beradik,bapa atau emak saudara, sepupu atau sesiapa sahaja yang boleh membuat otak anda mula bergerak semula.

Note: Dalam proses edit juga, anda boleh menggunakan kaedah di atas. Jangan terlalu tergesa-gesa. Tenangkan diri, ambil sebanyak masa yang ada. Selepas itu baca semula karya anda dan anda boleh mula mengedit ketika itu.

Kalau semua yang saya nyatakan tidak dapat membantu, bahkan idea lain pula yang timbul untuk membuat cerita baru. Bagi saya tidak salah kalau anda menulis cerita baru. Simpan cerita lama yang terbantut di tengah jalan itu buat sementara waktu. Bagi diri saya, penulisan tidak boleh dihentikan. Cerita yang terbantut di tengah jalan itu Insya-ALLAH satu masa nanti boleh disambung semula. Semoga tidak pernah putus asa untuk menulis.

Saya juga mahu memberi sedikit nasihat kepada penulis baru yang baru menghasilkan karya, yang baru bertatih dalam dunia penulisan.

Jangan sesekali memperendah-rendahkan karya orang lain. Sebagai penulis, setiap detik dan setiap bacaan adalah proses pembelajaran.

Sentiasa merendah diri, merasakan diri sentiasa kekurangan dalam bidang penulisan dan dapat menerima apa sahaja kritikan, resipi terbaik untuk berjaya.

Itu sahaja dari saya, selamat berkarya semua. 

Thank you so much for sharing such helpful tips, Ella. Terima kasih.

Enter her giveaway now to stand a chance to be followed and she'll also read and comment on lucky winners' story. That's great! Enter now.

If you have any questions to ask her regarding writing, characters, plotting, settings or anything else, feel free to ask her below.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top