@danieldarwisy's Character Interview
Wattpad Malaysia proudly presents danieldarwisy, a friendly Wattpadder, a fascinating Mystery & Thriller writer, and he is best known for his story 'Arwah Cik Puan Romona' which means the spirit of Cik Puan Romona. He is going to share a character interview and hopefully, you'll be amazed. Feel free to drop a couple of 'hey' to him.
~~~
Hey everyone!
1. My actual name is not Daniel Darwisy
2. My main genre are thrillers n romance
3. I have an addiction towards tempura nugget and sushi
4. Arwah Cik Puan Ramona is based on my past relationship
5. I am still young
6. Open to be friend to my readers.
7. Currently studying French Language
8. Lastly, "Open up your mind and be prepared for any twist because my stories are always twisted by storyline..."
Temuramah bersama watak-watak Arwah Cik Puan Ramona
Cik Puan Ramona
Hai, Cik Puan Ramona. Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada Cik Puan sebenarnya. Boleh saya bertanya?
Well, why not? Of course boleh. Silakan.
Cantiknya Cik Puan hari ni. Cik Puan memang sangat pandai menjaga kecantikan diri ya. Apa rahsia kejelitaan Cik Puan?
Oh, air wuduk kut? Taklah, saya gurau je. Rahsia saya adalah kalau kita rasa diri kita cantik, itu sahaja sudah memadai. Atau mungkin juga satu set The Face Shop and Sephora makeup pun okey jugak.
Mengenai watak Cik Puan, boleh jelaskan secara ringkas atau tidak watak Cik Puan di dalam novel ini?
Hmm, macam mana nak mula ya? Nama saya Laura Ramona binti Rahiman. Saya lahir di Kedah pada tahun 1972 tapi lepas papa saya pindah ke Kuala Lumpur, so saya ikut jelah. Ayah saya nama DO Rahiman dan mama saya pula Nyonya Fatma, keturunan Baba Nyonya Melaka yang berhijrah ke Singapura. Saya anak tunggal. Kalau saya bosan, saya akan menulis manuskrip-manuskrip berunsurkan romantik dan falsafah hidup. Sebab itulah saya ambil bahasa cuma itulah lepas kahwin dengan Mahmud saya berhenti belajar demi komited terhadap suami tercinta. Jadi apa lagi ya nak cerita, tu jelah.
Adakah anda cintakan Mahmud?
Cinta itu sesuatu yang subjektif dan terdapat pelbagai cara untuk meluahkannya. Saya percaya yang kalau saya katakan ya pun, belum tentu ada yang percaya. Maka, saya hanya hidup bahagia dengan sendiri percaya yang saya cintakan Mahmud.
Khusyairi?
Aww, you don't. Well, hmm... entahlah. Serius. Tak tahulah. Tapi dia handsome kan?
Adakah tujuan sebenar Cik Puan menjalankan IVF adalah untuk membalas dendam kepada Tuan Mahmud?
Sebenarnya, berat untuk saya katakan membalas dendam. Tapi antara tujuan saya melakukannya adalah untuk dia sedar bahawa salah dia kepada saya sangatlah besar. Saya sebagai wanita rasa terhina apabila dia melakukan perkara seperti itu di belakang saya. Saya rasa, ianya bertindak sebagai pengajaran. Dan saya rasa, dia belajar sesuatu daripada situ.
Skandal dengan Khusyairi? Adakah ianya pengajaran juga?
Sebenarnya, saya tak sangka pun saya akan bercinta dengan Khusyairi. But after all, we should expect the unexpected kan? Jadi di situlah saya sedar yang sebenarnya, kisah saya dengan Khusyairi tak ada kena-mengena dengan Mahmud pun. Cuma saya sendiri yang sukakan Khusyairi.
Dalam kisah rumah tangga Cik Puan dan Tuan Mahmud, sebenarnya siapa yang paling banyak untuk dipersalahkan?
Mahmud, sudah tentu. Dia yang perlu dipersalahkan dalam semuanya. Kalau ikutkan daripada awal pun, saya okey je. Kalau bukan dia yang mulakan semuanya, kami masih bahagia. Jadi, ya, dia.
Soalan terakhir, apa pesanan Cik Puan kepada pembaca Arwah Cik Puan Ramona?
Setiap orang ada kesilapan mereka sendiri. Tapi tak bermakna setiap kesilapan perlukan kemaafan. Itu sahajalah. Baca berulang kali dan anda semua akan faham kenapa saya berbuat demikian.
Raziyani Monalisa
Apa rasanya berkahwin dengan lelaki yang juga adalah suami kepada ibu anda sendiri?
Tak ada banyak untuk saya kata. Saya redha dengan apa yang berlaku. Mungkin ini yang terbaik kepada diri saya sendiri.
Tak ada rasa nak salahkan Ramona atau Mahmud?
Kenapa nak salahkan orang lain? I mean, setiap perkara berlaku kerana sebabnya sendiri. Tapi kalau fikir balik, mereka berdua memang ada salah mereka sendiri. Cuma, kalau kita asyik saling menyalahkan, bila kita nak sedar yang kita sendiri pun ada salah sendiri. Jadi kalau tanya saya, saya tak salahkan sesiapa dan tak betulkan sesiapa.
Kenapa setuju untuk berkahwin dengan Tuan Mahmud walaupun tak pernah kenal pun dengan beliau dulu?
Saya percaya pada jodoh. Jodoh dan pertemuan itu semuanya di tangan Tuhan. Mungkin kalau saya tak pernah jumpa Tuan Mahmud, saya takkan berpeluang pun nak kenal siapa dia ibu saya sebenarnya. Jadi, seperti saya katakan sebelum ini. Sesuatu itu berlaku kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan. Itu sahaja.
Mak Biah? Kenapa daripada awal tak dilawan orang tua tu?
Hahaha! Okey, ini kelakar. Sebab saya malas. Okey tak tipu je. Sebab saya takut. Dia nampak sangat obses dengan Cik Puan Ramona. Saya rasa dia mungkin ada hak untuk membenci saya sebab ya, saya tetap perampas di mata dia. Itu satu hal yang pasti.
Adakah anda mencintai Tuan Mahmud?
........................ hmm susah soalan ni. Tapi kalau nak jawapan yang jujur, rasanya jawapan saya adalah positif. Saya cintakan dia. Mahmud berikan saya satu peluang lain untuk teruskan kehidupan. Mungkin saya dan dia memang dah dijodohkan bersama lebih daripada dia hanyalah suami kepada ibu saya sendiri.
Semasa pertama kali membaca diari arwah Cik Puan Ramona, apa perasaan yang ada dalam diri?
Sejujurnya, saya teruja. Saya telah menjadi galang ganti kepadanya jadi pastinya saya teringin untuk menjadi sepertinya. Jadi, memikirkan keadaan itu, saya rasa apa salahnya untuk saya mengenali dengan lebih rapat dengan dirinya itu. Cuma, selepas beberapa mukasurat saya baca, saya perasan ada sesuatu yang lain.
Maksud 'lain'?
Lain dari segi segalanya. Saya sebagai pembaca merasakan bahawa mereka mempunyai sesuatu yang sering disembunyikan dari satu sama lain. Itu sangat bertentang dengan hukum perkahwinan yang kita seharusnya tidak berahsia terhadap satu sama lain. Jadi, saya berasa kasihan. Ramona dan Mahmud terlalu muda untuk semua itu.
Baiklah, soalan yang terakhir. Adakah awak sebenarnya 'Ramona' dalam epilog?
Hmm, entahlah. Saya tak berani cakap.
Tuan Mahmud Shah
Hai, Tuan Mahmud. Saya hendak bertanya satu soalan yang sangat utama dan sangat penting kepada tuan? Kenapa Tuan tak pernah ucapkan kata maaf kepada Cik Puan Ramona sepanjang hayatnya?
Saya tahu saya salah. Ya, memang saya tahu sangat. Tapi itulah di mana saya tertinggal. Saya tak pernah ucapkan maaf. Sebab saya terlalu fikirkan saya betul dan tak pernah nak terbuka untuk menerima apa sahaja yang dikatakan oleh Ramona. Saya buta mata tentang dia. Saya sepatutnya menenangkan dia, bukannya menambah lagi bara dalam api. Ya, saya tahu itu sebabnya. Keegoan saya memakan semuanya.
Secara jujurnya, Ramona atau Khusyairi?
.... Susah sebenarnya soalan ni. Tapi saya jawab juga. Cinta saya kepada Khusyairi berbentuk fizikal. Saya sukakan fizikalnya, ya, siapa sahaja yang tak suka pada dia. Kacak, tegap dan tinggi lampai. Ramona, saya cintakan dia dengan penuh ikhlas. Dia adalah wanita pertama yang berjaya membuka pintu hati saya untuk mencintai dia sepenuh hati. Ramona yang pertama dan yang terakhir dalam hidup saya. Saya cinta Laura Ramona.
Walaupun Ramona pun turut ego, masih Tuan Mahmud menyalahkan diri sendiri?
Dia mungkin ada salah dia tapi itu tak bermakna yang saya akan terima itu kesalahan dia semata-mata. Perkahwinan adalah tentang penerimaan dan penerimaan itu juga mesti seimbang dengan pemberian. Saya mengharapkan bahawa Ramona akan sedar yang dia juga turut melakukan kesilapan tapi... maaf, saya tak boleh habiskan jawapan saya tu.
Tuan tak kahwin kerana itu ke? Maksud saya, kerana rasa bersalah kepada Cik Puan Ramona?
Betul. Dia dah cuba untuk menjadi isteri yang baik kepada saya. Saya sendiri sahaja yang mengkhianati cinta dan kepercayaan yang dia berikan kepada saya.
Tapi kenapa Tuan? Kenapa Tuan tak pernah mencuba untuk menerangkan keadaan yang sebenar kepada arwah?
Sebab saya tak mahu Ramona sedih. Saya terlalu sayangkan dia. Saya terlalu bodoh untuk terima hakikat yang Ramona sudah tinggalkan saya untuk selamanya. Saya bodoh dan saya malu.
Baiklah, tuan. Soalan yang terakhir. Adakah Tuan Mahmud maafkan arwah Cik Puan Ramona?
Dengan segala rasa cinta dan keikhlasan, saya maafkan Laura Ramona binti Rahiman. Isteri yang sangat saya cintai dan sayangi. Andai masa boleh diputarkan, memang saya akan berjumpa dia semula dan menerangkan keadaan yang sebenar. Saya juga berharap agar dapat seminit sahaja lagi masa untuk meminta maaf dan menarik balik semua tuduhan saya kepadanya. Saya yang bersalah, saya yang berdosa. Bukan Ramona.
Enter Daniel's giveaway to get a chance to win a creative gift, a follow and he will also read & comment on 3 lucky winners' story. Enter his giveaway now!
What an interesting interview! Thank you so much for sharing these awesome character interviews, Daniel.
**************
If you have any questions about his stories, his characters, spirit, love, hate or anything else, ask him in the comment below.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top