@comradenami Rumah No.6

Wattpad Malaysia open-heartedly presents comradenami, a published author,a creative writer, a Media Publicist at LejenPress, a Malaysian publishing house, a cool Wattpadder and he is best known for his story 'Operasi Bocor'.  He is going to share a part of his story 'Rumah No.6'. You're welcome to say 'hi' to him.

...

Holla everyone, Wattpad lovers!

I'm Nami Cob Nobbler, a novelist who has published dozens of novels, such as Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial, Rokok Nan Sebatang and Bau Semangat Anak Muda. Currently I'm writing series of novels called "Siri Cheras Perdana", including the original trilogy (Cheras Perdana vol 1, 2, and 3, Rumah No.6, Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck, Gadis Dari Sedna, Gerobok Arwah Ayah Eleena, Mencari Si Jongos and currently writing Operasi Bocor. Hope you guys enjoy the series and thanks for following my Wattpad.

"Terima kasih Cheras Perdana, kerana memahat sejarah hidup aku selama 18 tahun, dan menjadi sumber ilham untuk penghasilan novel ini. Terima kasih terutamanya kawan-kawan yang telah memberi inspirasi kepada aku. Aku takkan lupakan kalian semua."


  Rumah No.6  

Every act of rebellion expresses a nostalgia for innocence and an appeal to the essence of being.
- Albert Camus


1


Malam Sabtu biasanya jika tiada aral, rumah Eleena akan biasanya dikunjungi sama ada oleh kekasihnya, Nizam, atau sahabat baiknya, Kamelia. Eleena sedang berada di dapur, sedang membakar biskut butterscotch chocolate chip cookies untuk dinikmati bersama tetamu yang akan datang malam ini.

Telefon berdering ketika Eleena sedang membancuh doh biskut.

"Edry, tolong jawabkan telefon untuk kakak. Kakak tengah sibuk ni," kata Eleena sambil memberi fokus terhadap biskut ini. Biskut ini adalah kebanggaannya. Ini adalah biskut yang paling disukai oleh orang ramai. Bukan senang nak buat biskut ini. Terlebih suhu, terhangus. Terkurang suhu, tak masak. Ia perlu dilakukan dengan penuh vorsprung-durch-technik.

Dengan penuh tekun, Eleena memicit doh biskut tadi satu persatu ke dulang pembakar. Walaupun ramai orang buat biskut, tapi apa yang membezakan biskut Eleena dengan biskut orang lain ialah, biskut Eleena mempunyai 'bahan X', sejenis bahan rahsia yang akan membuatkan biskut orang lain tak akan mampu bersaing dengannya. Lagipun, bahan ini tidak digunakan untuk orang sebarang. Biskut ini bukan untuk barang niaga secara besar-besaran pun. Biskut ini hanya dijual dan dinikmati untuk orang yang paling rapat dan boleh dipercayai sahaja.

"Kakak, kakak Kam nak datang!"

"Oh, tak apa! Dia masih di talian?" tanya Eleena.

"Ya, nak pesan apa?"

"Boleh pesan dengan dia, belikan air Pepsi atau apa-apa air manis?"

"Baik, kakak!" kata Edry, adik Eleena.

Doh-doh butterscotch cookies itu terus dimasukkan dalam ketuhar, kemudian dia terus putar pada nombor suhu serta jangka masa yang dimahunya. Ketuhar lama, tak pakai tekan-tekan. Eleena tak berapa suka ketuhar baru. Tak konsisten.

Kedengaran suara dari luar.

"Siapa pula tu? Macam suara Nizam," Eleena terus meluru dari dapur menuju ke pintu utama rumah.

"Cinta, tak cakap pun nak datang!" kata Eleena tersenyum melihat kekasihnya tiba depan rumah.

"Saja, nak buat surprise! Lagipun boring kat rumah," kata Nizam, sambil membuka kasut Vans kelabunya.

"Eleh, ke awak rindu pada saya ni?"

"Cinta masak cookies eh?" tanya Nizam, apabila melihat Eleena masih belum buka apron.

Eleena hanya terdiam, tersenyum - memandang Nizam membuka tali kasut dan terus memeluknya.

"Bau cookies," bisik Nizam. Eleena tersipu malu, kemudian membenarkan Nizam masuk. Edry salam cium tangan Nizam.

"Kejap lagi Kam datang tau," kata Eleena. Nizam hanya mengangguk kepala, sambil menemani Edry menonton cerita kartun Adventure Time.

--

"Boleh tahan juga review album baru Green Day ni, anda," kata Kamelia pada Nizam sambil membaca artikel di NME.com.

"Revolution Radio?"

"Ya, album baru ni dorang kata best," kata Kamelia. Kamelia hanya menunggu Nizam, seorang music geek, membuka mulut dan memberi pandangan tentang muzik.

Kamelia memang ada hati dengan Nizam sejak dia mula-mula pindah sekolah di sini lagi, di Cheras Perdana. Sejak Tingkatan Empat, sampailah dah habis SPM - perasaannya terhadap Nizam tak pernah berubah. Bagi Kamelia, keistimewaan yang ada pada Nizam ialah minat muziknya yang begitu mendalam, menarik perhatiannya.

Tapi, Eleena adalah sahabat baiknya. Panjang ceritanya, yang itu korang semua kena baca novel trilogi yang epik tu.

"Nanti saya cuba dengar di Spotify, Anthony Fantano dah cakap apa-apa kat channel The Needle Drop?" kata Nizam.

"Sorry? Siapa..tu...Anthony..."

"The busiest music geek on the Net. Dia ada channel Youtube, The Needle Drop. Tapi, anda nak dengar ke pandangan ikhlas saya tentang album baru Green Day ni, walaupun saya masih belum dengar?"

Kamelia terus menoleh tepat ke arah Nizam, dan memeluk kusyen, pasang telinga. Inilah saat yang dia mahu dengar.

"Sejujurnya, saya dah bosan dengan tema 'revolution', tema 'rebel', dari kumpulan Green Day. Kalau mereka cuba nak jadi Rage Against The Machine, mereka sudah gagal. Ya, mereka berjaya dalam American Idiot, tapi itu sudah berapa tahun, 12, 13 tahun lepas?"

"Jadi anda nak Green Day yang macam mana?" tanya Kamelia sambil mengunyah kerepek kentang.

"Green Day yang lain dari apa yang saya dah tahu. Cari tema lain. Boringlah, terlalu, sloganeering."

"Tapi bukan ke sekarang tema di Amerika ialah melawan? Melawan Donald Trump?" kata Kamelia cuba mendapatkan penjelasan.

"Kenapa Rage Against The Machine tak buat album baru lagi? Sebab bila 'melawan' dah jadi 'mainstream', tak ada apa yang menarik perhatian lagi. Isu melawan ni orang dah lama buat, cuma sekarang orang macam Shea LaBeouf atau Emma Watson baru nak sibuk. Maaf, saya tak minat," kata Nizam.

"Awak suka album Green Day yang mana satu?" tanya Kamelia.

"Nimrod. Saya tahu, ramai orang suka Dookie, tapi saya suka Nimrod sebab ada pelbagai elemen muzik, elemen perasaan, dan album Nimrod sangat dekat dengan hati saya."

Kamelia pandang Nizam tanpa mengerdipkan matanya.

Eleena datang duduk di sebelah Nizam.

"Maaf ya kalau saya menyampuk, tapi awak semua nak makan apa hari ni?" tanya Eleena.

"Kam, anda nak makan apa?" tanya Nizam.

"Apa-apa sajalah, Eleena. Saya ikut je."

"Kalau hari ini saya masak kueyteow goreng, awak semua okay?"

"Awak memang terbaik, cinta," kata Nizam sambil memegang tangan kekasihnya. Kamelia menunjukkan dua ibu jari tanda setuju.

"Nanti bila awak berdua dah sampai Coldplay, beritahu saya, saya nak menyampuk," kata Eleena terus bingkas ke dapur.

"Baik, cinta," Nizam terus cium dahi Eleena.

Oh, kalau ada sesiapa yang bertanya mengapa Nizam dan Kamelia membahasakan diri mereka sebagai 'anda', ada diceritakan dalam novel trilogi.

--

"Kam, awak ingat tak cerita Mentadak-Mentadu awak tu?" kata Eleena yang sedang menggaul kuey teow di kuali. Kamelia sedang potong daun bawang untuk hiasan.

"Ya, kenapa awak tanya?"

"Tak ada apa. Cuma terfikir."

Cara Eleena berfikir ni pelik sikit. Kamelia kena proses kepala otak dia lebih sikit untuk memahami Eleena.

"Apa yang awak fikir?"

Eleena mendiamkan diri dan terus menggaul kuey teow, kemudian dia tutup api.

"Awak..nak..."

Eleena pandang Kamelia.

"Sejauh mana penyiasatan awak dulu? Pasal perempuan yang amalkan ilmu hitam tu, bahan-bahan bukti yang awak kumpul tu semua?"

"Awak nak tahu ke?"

"Boleh awak hulurkan pinggan besar tu, saya nak hidangkan kuey teow ni. Panggil Nizam dengan Edry makan."

Kamelia hulurkan pinggan besar pada Eleena.

"Saya peminat buku novel Enid Blyton, Lima Sekawan. Dulu, masa saya berusia 6, 7 tahun, saya selalu berangan nak ada jadi penyiasat."

"Macam Detektif Conan?" tanya Kamelia.

"Saya memang minat Detektif Conan pun. Jadi, bila saya dengar cerita perempuan pengamal ilmu hitam yang membunuh lelaki untuk kejelitaan mudanya, dan awak bercerita rumah dia dekat sahaja dari rumah saya, saya jadi teruja, dan saya nak awak bawa saya tengok sekali tempat tu," Eleena membawa pinggan besar yang berisi kuey teow goreng menuju ke meja.

"Bila?" tanya Kamelia.

"Saya dah lama mahukan 'adventure' dalam hidup saya, Kam," kata Eleena, memandang dengan penuh harap.

Nizam dan Edry turun bawah sebab dah bau sedap kuey teow goreng masuk ke bilik mereka. Rupanya Nizam dan Edry masing-masing sedang pasang Gundam di atas.

"Kakak, cuba tengok abang Nizam pasang Gundam untuk Edry," kata Edry sambil menunjukkan robot Gundamnya pada kakaknya Eleena. Eleena tersenyum dan membelai rambut adiknya.

"Awak, terima kasih, sebab pasangkan Gundam untuk adik saya," kata Eleena pada Nizam. Nizam hanya mengangkat tangan tanda faham. Kamelia hanya diam memerhatikan mereka berdua.

Selepas makan, mereka makan butterscotch cookies dan bergelak ketawa, bercerita serius tentang hal dunia dan falsafah (ini bahagian yang Kamelia pakar), hal sains (ini bahagian yang Eleena pakar), hal muzik (ini bahagian Nizam), dan merapu (yang tiga-tiga pakar).

Sehinggalah Nizam mendodoi Eleena tidur dengan petikan gitar lagu Nirvana, Heart-Shaped Box. Kamelia hanya main di buaian luar, berbual dengan arnab imaginarinya, Miko.

2


1996

Muka Arman berseri-seri saat melihat poster WWF Royal Rumble yang baru ditampal di hadapan kedai video bersebelahan kedai cermin mata di TP4. Dia tidak sabar-sabar untuk menonton perlawanan gusti kedua paling besar dalam acara WWF, selepas Wrestlemania. Dia duduk di atas kerusi bulat warna hitam, dan membelek-belek katalog video-video yang ada di kedai sewa video itu.

"Itu tape wrestling baru sudah sampai?" tanya Arman sambil jarinya ditunjuk ke arah poster WWF Royal Rumble itu. Perlawanan 30 Men Battle Royal Match, di mana 30 orang berkelahi di dalam satu gelanggang yang sama - siapa yang terkeluar dari gelanggang, automatik kalah.

Arman meneliti poster WWF itu, melihat perlawanan-perlawanan yang lain turut terlibat dalam Royal Rumble itu. Diantaranya perlawanan World Wrestling Federation Title di antara Undertaker menentang Bret "Hitman" Hart. Selain itu dia juga melihat bulatnya buah susu gantung Sonny, atau nama sebenarnya Tamara Lynn Sytch, pengiring untuk pasukan tagteam The Bodydonnas. Tertulis di poster tersebut, "You've Been Warned."

"Mantap, emmphh!" kata Arman, yang tidak sedar air liurnya meleleh dan "senjata"nya bangun untuk mula menyerang. Ikutkan hatinya, dia mahu melepaskan saja kegianannya. Dia kemudiannya kembali ke kerusi, dan mengambil katalog video "18 Plus".

"Ah Leng, ini video, ada ka?"

Ah Leng datang dekat pada Arman.

"Mau mana punya? Ini USA punya manyak ngam. Kalau you mahu Hong Kong punya, Jepun pun ada, China pun ada.."

"Melayu ada?"

"Melayu susah maa. I bagi you ini la," sambil menunjukkan video berjudul "What Happened In Vegas, Stays In Vegas". Arman tersenyum nakal.

"Berapa ringgit?"

"Ini wrestling you mau ka?"

"Mau la. Eh, nanti itu Wrestlemania baru you kasi tau sama saya, ha?"

"OK, ini tape tiga ringgit. Yang ini, lima ringgit. Lagi seminggu you pulang ha," kata Ah Leng.

"Itu ah moi cun mana?"

"Itu adik saya ma, lu mau apa? Ha!"

"Adik you manyak kasi saya stim."

Lelaki Cina itu menunjukkan penumbuk depan mukanya.

Arman menghulurkan not sepuluh ringgit, dan Ah Leng memulangkan not dua ringgit..

Selepas menandatangani kad sewa video berwarna biru muda, Arman terus pulang dengan gembira.

Arman melangkah keluar dari kedai video, kemudian dia menuju ke belakang lorong kedai-kedai di TP4.

"Uuuuuhhh aahhhh mmmmmm" dia membayangkan liuk lentuk Sonny sambil menembak dinding.

"Woi, melancap ka!" jerit seorang lelaki yang sedang membelah dan memarut kelapa untuk santan di kedai runcit FR Shoppe.

Arman terus menarik zip seluarnya dan terus berlari terhegeh-hegeh keluar dari CP 4, iaitu daerah kedai lot di Cheras Perdana.

Arman tinggal di kawasan perumahan di CP5, merupakan seorang penganggur. Hidupnya bergelumang dengan tiga perkara, tape video wrestling, tape video lucah, dan hobi kegemarannya; menjadi flasher di hadapan bus stop. Kadang-kala kalau dia rajin, dia akan berjalan sejauh ke Sekolah Menengah Perimbun jika testoteronnya melonjak untuk mencari gadis yang hampir sebaya dengannya.

Dia pulang ke rumah, tidak mempedulikan ibunya yang sedang kusyuk menonton filem Hindustan. Dia terus masuk ke biliknya, terus tekan suis TV, suis perakam video VHR dan terus mencapai air mineral dalam peti ais kecil dalam biliknya.

Dia kemudiannya memasang video gusti yang disewa tadi, menonton perlawanan antara mamat pengutip sampah menentang Hunter Hearst Hemsley. Dirasakannya bosan, dia tekan butang "forward" sehingga perlawanan di antara The Smoking Guns menentang The Bodydonnas. Dia tengok liuk lentuk Sonny lincah masuk ke gelanggang.

Dia tekan butang "pause" pada bahagian video semasa Sonny melangkah masuk ke gelanggang. Dia amati betul-betul peha Sonny itu. Dia kemudiannya tutup video gusti itu dan memasang video yang lagi satu.

Selepas itu, dia ke katil, sambil memandang ke arah TV, dia masuk dalam selimut, dan lepas tu Arman pun terus berlayar ke imaginasinya.

Dia berada di pentas gusti dalam acara gusti WWF paling terbesar - Wrestlemania. Dia memakai jaket kulit berwarna warni dan dan seluar dalam yang bercorak hati, di punggungnya tertulis "Arman The Spenderman".

Dia masuk ke pentas, dan ribuan penonton bersorak nama Arman ketika lagu Sexy Boy berkumandang dan menuju ke pentas. Dia akan menentang dengan Bret Hart. Siapa menang dia akan dapat Sonny.

Pertarungan berlangsung sengit dengan Arman cuba menangkap bahu Bret Hart, tetapi Bret Hart menangkis dan memulas lengan kirinya, dia melawan, dan melontarkan dirinya ke tali gelanggang dan memukul tubuh Bret Hart, menyebabkan dia jatuh.

Arman memanjat ke tiang gelanggang lalu terjun gaya "frog splash" tetapi dapat dielak oleh Bret Hart. Akibat itu, Bret Hart mengeluarkan senjata ampuhnya - sharpshooter - iaitu menyepit kaki lawan dengan kaki sebelum dipusing badan lawan, dan Bret Hart akan duduk sambil menarik kaki lawan.

Arman menjerit kesakitan. Pengadil perlawanan Earl Hebner menjerit "tap or no tap", Arman menggelengkan kepala dan cuba mencapai tali gelanggang - untuk mematikan langkah Bret Hart.

Dia cuba merangkak tetapi kunci kaki Bret Hart terlalu ketat menyebabkan dia kesakitan setiap kali dia cuba merangkak berganjak ke tali gelanggang.

Arman menggunakan sepenuh kekuatannya merangkak dan berjaya menggenggam tali gelanggang. Pengadil mengarahkan Bret Hart melepaskan kunci kaki itu. Bret Hart kemudian menendang, dan memukul Arman, tetapi entah bagaimana Bret Hart terlepas badannya apabila Arman mengelak dari loncatan Bret.

Arman bangun dan kemudian membuat "drop kick" ke dada Bret Hart sebelum memanjat ke tiang gelanggang, lalu terjun dengan meletakkan sikunya tepat ke dada Bret Hart. Arman bangun dengan bergaya, iaitu meloncat dengan kaki sebelum berdiri, dan menghentak-hentakkan kakinya.

Gerakan penyudah Arman - Sweet Chin Music - iaitu tendangan tepat ke dagu - dan semua yang menonton tidak sabar lagi detik itu untuk tiba.

Bret Hart bangun - dan kaki Arman tepat pada dagu Bret Hart, menyebabkan Bret Hart jatuh, dan Arman terus "pin" Bret Hart.

"ONE!"

"TWO!"

"YEAH!"

"TING! TING! TING!"

"Ladies and gentleman, the winner of this match due to the pinfall, goes to Arman The Spenderman!"

Bunga api meletup-letup di dalam arena sebelum dia mendapatkan Sonny. Dia memikirkan untuk melakukan acara pencambahan benih di atas gelanggang juga.

Lelaki tanpa kepala dan zakar ditemui di Bandar Tun Hussein Onn

KUALA LUMPUR, Jan 22 - Mayat seorang lelaki tanpa kepala dan zakarnya dikerat ditemui hari ini oleh seorang pekerja Indah Water semasa membaiki paip pembentungan di Bandar Tun Hussein Onn.

Polis menyifatkan pembunuhan lelaki tanpa kepala ini dengan pembunuhan bersiri lelaki yang kerap berlaku di sekitar daerah Kajang dan Cheras sejak Oktober tahun lalu.

Polis masih lagi menyiasat motif pembunuhan dan meminta orang ramai untuk memberitahu maklumat sekiranya mengetahui butir-butir pembunuhan bersiri ini.

Arman makan malam bersama ibunya, berdua, seperti biasa. Ayahnya pula sedang bertugas selaku pegawai Majlis Daerah Hulu Langat (MDHL), selalu lewat pulang ke rumah, katanya ada banyak tugasan yang perlu disiapkan, di mana jarang ayat ini didengar dari mulut seorang pegawai kerajaan. Ayah dia cakaplah. Kalau ayah dia buat kerja lain waktu malam selalu ni kita tak tahu.

"Arman, abah kau tanya, kerja yang abah kata ada kosong dekat pejabat pos Kajang tu kau dah pergi interview ke belum?"

Arman hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Kau ni umur dah nak dekat 20 tahun, Man. Abah kau risau dengan kau. Kerja tak mahu, suruh sambung belajar tak mahu. Sekurang-kurangnya adalah sebab abah kau nak bagi duit kat kau."

"Arman tak minat la, mak."

"Habis tu kau beritahu mak, apa yang kau minat buat sebenarnya?"

"Arman bercita-cita nak jadi tukang tulis cerita wrestling."

Ibunya hentak meja. Arman tersentak. Ibunya terus angkat pinggan dan beredar dari meja makan.

"Aku tak tahu kenapa aku mengandung dan beranakkan anak macam kau ni Man, kau dengan angan-angan kau tak sudah-sudah!"

Ibu Arman kemudiannya terus menuju ke dalam bilik, dan menghentam pintu sebagai tanda marah.

Malam itu Arman menonton perlawanan gusti 30 Men Battle Royal match, perlawanan yang menentukan siapakah bakal bertemu dengan juara WWF di WrestleMania XII nanti. Arman sedar yang dalam gusti ini ia telah diaturkan, tetapi dia merasakan pergaduhan ini betul-betul berlaku. Seperti diaturkan, seperti dibatuapikan. Yang untung ialah cukong yang memiliki WWF, Vince McMahon.

Kemenangan Shawn Michaels selepas mengeluarkan Diesel dari gelanggang membuatkan Shawn Michaels bakal bertemu dengan juara WWF di Wrestlemania nanti.

"Lagi sekali kau tunjuk anu kau kat depan sekolah ni, nahas kau aku kerjakan!" kata seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Perimbun yang berjaya mencekup Arman ketika Arman menayangkan seluruh badannya di hadapan budak-budak sekolah yang sedang menunggu bas sekolah atau ibu bapanya untuk pulang ke rumah.

Dia berlari meninggalkan kawasan sekolah itu menuju di sebuah kawasan semak di Taman Megah. Dia kemudiannya duduk berehat, sambil memerhatikan pasangan mentadak mentadu sedang melakukan pensenyawaan.

Selepas sahaja si jantan sudah puas bersenggama, si betina terus sahaja menggigit kepala si jantan, sehingga putus, dan memakan kepala dan badan si jantan tersebut. Seriau melihat perbuatan mentadak mentadu betina itu, Arman terus meninggalkan kawasan semak itu.

Sebelum ini pun, Arman sudah beberapa kali dipukul dan diherdik oleh pengawal keselamatan atau pakwe kepada perempuan yang dia "tayang". Berjalan-jalan dengan hampa, dia terus berjalan menuju ke sebuah kedai runcit di Taman Megah.

Dia beli majalah URTV yang bergambar Awie menunjukkan body katang dan ada juga gosip-gosip artis seperti gosip Amy Mastura, kisah disebalik lagu Nora dan Sheila Majid - Jentayu, dan juga gosip tentang pelakon wanita yang semakin meningkat popular selepas filem terbarunya Jimi Asmara, Maizurah Hamzah.

Tetapi bukan itu yang dia ingin tahu, sebaliknya mencari sahabat pena perempuan yang untung-untung boleh jadi kekasih. Untung-untung boleh melakukan aktiviti pencambahan benih.

Dia melihat seorang gadis ayu bernama Julia yang tinggal di Suasana, Bandar Tun Hussein Onn, berhampiran dengan kawasan kediamannya, Cheras Perdana. Cepat-cepat dia berlari menuju ke Cheras Perdana, dan menuruni bukit tinggi yang memisahkan Taman Megah, Bandar Tun Hussein Onn dan Cheras Perdana.

Sampai di rumah dalam keadaan suhu cuaca terik, Arman berpeluh-peluh, tanggalkan selipar dan terus masuk. Dia menulis sepucuk surat yang dia mahu berkenalan dengan Julia.

Selepas dia selesai menulis surat, dia lekas-lekas mandi dan terus mencapai jersi Blackburn Rovers ciplak yang dibelinya di Kajang tahun lalu.

"Mak!" Arman ketuk pintu bilik ibunya.

"Nak apa?"

"Nak pergi Kajang."

"Buat apa?"

"Nak pergi pejabat pos."

Ibu Arman terus tersenyum. Dia lekas-lekas hulurkan not sepuluh ringgit kepada anaknya sambil membelai-belai rambut anaknya.

"Takkan macam ni kau nak pergi interview kerja?" belum sempat ibu Arman berkata sesuatu, Arman sudah keluar dari rumah. Duit sepuluh ringgit sudah diambil Arman.

Arman berjalan menuju ke pekan Balakong melalui Taman Indah, yang masih banyak rumah-rumah baru dibina. Taman perumahan baru ini dijangka siap tahun hadapan. Dia terus ke perhentian bas di hadapan Jalan Cheras menunggu sama ada bas Foh Hup atau bas baru Cityliner bernombor 572. Hatinya berbunga-bunga menunggu bas sambil membayangkan Julia sebagai pengiringnya dalam satu perlawanan gusti WWF.

Lagi penemuan mayat lelaki tanpa kepala dan zakar di Cheras

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Mayat seorang lelaki tanpa kepala dan zakar ditemui di tepi semak ketika pekerja pembinaan lebuhraya Cheras-Kajang sedang menebas lalang di Bukit Dukong, semalam.

Menurut Ketua Polis Kajang, ACP Mazlan Nordin berkata, pihaknya mengaitkan motif pembunuhan ini dengan lima kejadian penemuan mayat lelaki tanpa kepala di sekitar Kajang dan Cheras.

"Kita syak ini bermotifkan cemburu dan dendam, berkemungkinan ini dilakukan oleh seseorang yang dikenali mangsa," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kajang hari ini.

Arman,

Diharapkan abang Arman sihat di sana. Julia baru je berpindah ke sini, jadi Julia tak tahu jalan sangat kat sini. Kalau Arman sudi untuk keluar bersama Julia, Julia sudi je.

Terkejut Julia bila abang Arman hantar surat pada Julia. Julia hari tu saja-saja hantar biodata Julia kat URTV, mana tau tiba-tiba abang Arman hantar surat hari ni.

Tapi memandangkan kita dekat je, kita tak payahlah jadi sahabat pena lagi. Kita jumpa je lah, okay?

Oh ya, ini biodata penuh Julia. Tak sangka Arman pun peminat wrestling macam Julia. Julia paling minat dengan Undertaker. Dia hensem, kan?

Nama: Julia bt Hashim
Umur: 25 tahun
Hobi: Suka menonton wrestling (keras dan lembut).
Haiwan peliharaan: Mentadak mentadu
Makanan kegemaran: Masakan pedas dan halal
Minuman kegemaran: Sirap limau
Tokoh: Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Bill Clinton dan Lady Diana.
Nombor telefon: 03-9045152

Julia

Arman pinjam baju kerja ayahnya, seluar slack warna hitam yang sedikit besar berbanding tubuhnya. Dia gosok baju itu, dan memastikan bajunya mempunyai garisan tajam di tepi lengannya, menunjukkan dirinya seorang kemas, walaupun hakikatnya sepanjang hidup Arman dia tidak pernah walau sekalipun menggosok bajunya sendiri dengan seterika.

Dia sikat kemas, belah tepi. Apabila dia sedang bersiap-siap, ibunya baru pulang dari pasar, terkejut dengan penampilan anaknya yang tampak kemas.

"Alhamdulilah, syukur! Berkat doa mak, kau dah berubah, nak. Nah, duit tambang bas. Mak harap lepas ni kau kerja elok-elok kat pejabat pos tu ya, nak?"

Arman ambil duit not sepuluh ringgit, dan keluar rumah. Ibunya di tepi pagar, menadah tangan dan memandang ke atas, mengagumi kuasa Tuhan yang mengubah perangai Arman.

Arman berjalan dengan laju. Degup jantungnya kencang, lalu dia terus sahaja di pondok telefon di CP4. Dia dail nombor 90745152. Telefon berdering. Dia berdebar. Telefon diangkat. Suara perempuan. Lembut.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Julia?"
"Julia sini, siapa ni?"
"Arman."
"Oh hai Arman, you call me, finally."
"Hari ni you free?"
"Free. Kenapa?"
"Jom kita keluar?"
"Hmm, ibu I pun tak ada kat rumah. Why not you datang rumah I?"
"Datang rumah?"
"Mm-mm."
"Serius?"
"Ye lah, my mom and my dad pergi outstation so we have all day long. Amacam?"
"I ada tape Royal Rumble, you nak tengok?"
"Oh really, bestnya! Kita tengok sekali, ya? Datang la."
"Bila?"
"Sekarang?"
"OK, sekarang juga I datang."

Bunyi amaran untuk tamat masa panggilan berbunyi. Arman cuma masuk 20 sen sahaja untuk panggilan itu.

Dia membayangkan wajah Julia sedang mengerang ketika dia sedang lakukan posisi anjing sambil menonton WWF. Dia cuba mengendurkan senjatanya dengan mengetuk lututnya, namun masih gagal. Testosteronnya terus mendesaknya untuk berjalan dengan cepat. Kalau boleh, ingin saja dia terus masuk rumah dan tak nak banyak cakap panjang.

Dia teringin dirinya dibelai.

"Julia..Julia..." jerit Arman di hadapan rumah Julia, di hadapan padang bola Taman Suasana.

Rumah di hadapan penuh dengan lalang seolah-olah tidak ada penghuni. Arman pelik, kenapa halaman rumah Julia penuh dengan lalang yang panjang, dan cat rumahnya sudah terkopek-kopek. Kenapa rumah ini seperti rumah terbengkalai?

Pintu rumah dibuka. Gadis cantik berambut lentik, wajah yang sama seperti Julia seperti di gambar ruang sahabat pena URTV yang ditemui oleh Arman.

"Arman ya? Masuklah."

Arman masuk ke dalam rumah. Rumah itu seolah-olah kosong, tidak ada perabot, tidak ada apa-apa. Cuma ada penapis air mineral, tilam murah corak bunga warna merah jambu dan sebuah TV dan pemain video VHR. Rumah bujang pun lebih berisi dari rumah Julia ini.

"Mana video Royal Rumble?" kata Julia, lembut, sambil menghulurkan secawan air yang diambil dari penapis air mineral tadi.

Arman mengeluarkan video Royal Rumble yang disewa, tetapi secara tidak sengaja video bluenya terkeluar dari beg.

"Video apa ni? What Happened In Vegas Stay In Vegas? Macam best je video ni."

Arman sudah tergamam. Video blue akan dipasang oleh Julia, dan dia sedang stim. Julia menonton video lucah itu.

"Ala, dari tengok benda ni, baik kita buat sendiri, betul tak?"

Julia sangat mahir dalam kerja tangannya dan kerja tiupnya. Selepas 20 minit bergusti lembut dan melakukan aktiviti pencambahan benih, Arman penat dengan aktiviti ini buat kali pertama dengan Julia. Julia sangat hebat persembahannya.

Arman tiba-tiba terfikir tentang di mana haiwan peliharaan Julia, mentadak mentadu yang diceritakan dalam surat tempoh hari.

"Mentadak mentadu tu, you lah!"

Julia kemudiannya mengeluarkan parang panjang dari bawah tilam, dan terus menetak tempurung kelapa Arman. Arman tidak sempat melawan kerana kepenatannya melakukan hubungan seks dengan Julia. Belum sempat Arman menjerit kesakitan, Julia terus tetak leher Arman. Darah memancut-mancut keluar dan dengan sekuat hati, parang itu ditekan kuat sehingga terputus kepala Arman dari badannya.

Dengan parang itu juga, Julia kemudian memotong pelir Arman, dan dengan itu, berakhirlah ritual Julia untuk menjadi bomoh terhebat.

"Syarat bersenggama dengan 40 lelaki, kemudian potong kepala dan pelirnya sudah dilaksanakan. Satu lagi kepala dan pelir untuk aku serahkan pada Mak Som. Lepas ini aku akan jadi perempuan paling cantik dalam Alam Melayu ini!" kata Julia, puas.

Kepala dan pelir Arman kemudiannya disimpan dalam bonet kereta. Yang selebihnya dicampak di tepi bukit di Taman Megah.

Julia pula membawa kereta Wira Aeroback bersama pelir dan kepala Arman, menuju jauh dari pinggir ibu kota, menuju ke sebuah kawasan hutan, di Bukit Enggang.

Adakah anda tertarik dengan cerita ini? Sambung baca di sini.


Thank you so much for sharing such a superb story, Nami. Terima kasih!

  @comradenami will give a paperback, do a book review, make a book trailer for 2 lucky winners.  Click here.

Sample image of his paperback (see below).


If you have any questions to ask him, feel free to ask below.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top