@AireenAryana Keju Di Hatiku
Wattpad Malaysia gladly presents AireenAryana, a great Fanfiction writer, a published author and she is known for her story 'Lelaki Dingin'. She's going to share a sneak peek of her story 'Keju Di Hatiku'.
...
Hai, ini petikan dari karya cetakan Keju Di Hatiku yang telah diterbitkan bergenre Korean Drama Style! Dalam karya ini, saya menggunakan nama pena yang berbeza iaitu Domi RYC! SELAMAT MEMBACA 😍
AKU mengemam bibir, bagaikan tak mampu untuk menahan sebak yang melanda diri. Bayangan wajah bersahaja Daniel tadi membuatkan aku terasa begitu dikhianati. Dan tanpa mempedulikan lelaki di depan, aku mencarut-carut sendiri.
"Kenapa?" Dia tanya dengan nada hairan.
Aku tak menjawab. Janganlah dia ganggu aku yang tengah layan feeling sedih tak ingat ni.
"Shit? Siapa shit?"
"Tak ada siapa." Aku menjawab pendek.
"Gagal audition?" tebak lelaki itu.
Shut up. Aku merungut dalam hati. Tahu pula lelaki tu aku tengah ikut audition.
"Biasalah, gagal audition memang feel bad. Terutamanya projek yang boleh buka peluang untuk debut. You ambil apa? Lakonan? Nyanyian?" Lelaki itu bertanya bertubi-tubi tanpa dipinta.
Alahai ramah juga dia tapi sayang masa ni adalah masa yang tak berapa sesuai. Aku tengah dalam mood nak tumbuk muka orang je sekarang ni.
Malas hendak melayan, aku terus mengangkat punggung dari situ. Saat aku bangun, laju juga dia menahan dengan memegang beg sandangku di belakang. Aku terus menjeling tajam.
"Saya belum gagal lagilah, senior. Untuk pengetahuan senior, saya tak kemaruk pun dengan position debut untuk jadi pelakon atau penyanyi." Aku memulang paku keras. Kening Shiwon terangkat sebelah.
"Projek drama ni tinggi chance untuk jadi terkenal satu Asia. Betul kau tak nak cuba?"
"Siapa cakap saya tak cuba?" Aku naikkan suara.
Teringat projek aku yang dah kena rembat oleh Hani bertuah tu, rasa marah membuak lagi di dada.
"Jadi you ke sini saja-saja menangis ke apa?" Jelas muka lelaki itu masih hairan.
"Aah, saja nak membazirkan air mata," jawabku bersahaja.
Nampak pula dia aku tengah tangkap sendu sesaat dua tadi.
Dia gelak kecil.
"Drama ni nanti akan ditayangkan ke 21 buah negara di seluruh dunia. Penggambaran awal berbanding siaran. Banyak yang melabur. Sayanglah tak rebut peluang keemasan ni."
"Mesti senior pun nak ikut audition kan?" Aku tanya sinis.
Lelaki itu mengangguk. Tidak semena, dia mencangkung di depanku dan merenung serta mengamatiku lama.
Naik segan pula bila dia tengok aku macam tak pernah tengok orang. Ada apa ke kat muka aku ni? Hidung aku merah ke? Cepat-cepat aku tutup hidung. Maklumlah bila nak marah automatik warna kulit berubah tona.
"Macam pernah jumpa tapi tak ingat di mana." Dia cakap menggumam.
Dagunya pula diketuk berkali-kali.
Eleh, pernah jumpa apanya. Dia tak pernah pun datang kolej ni. Berapa kali juga dia di drop dari kelas profesor sampai kena ulang balik semester. Sebab tu tak pernah nak habis belajar. Aku tahu sebab dia antara yang terpilih jadi ambassador kolej ni. Sekarang dia berada di semester akhir jurusan lakonan.
Aku boleh rasa dia seribu kali lebih baik dari si hantu saka mamat jelmaan jembalang jebon bernama Daniel Kim tu. Sepuluh kali kena drop kelas pun tak apa janji dia tak sabotaj orang lain. Agaknyalah.
Shiwon duduk balik kat tepi aku sambil menghela nafas pelan.
"I nak join audition ni. Sebab I tahu peluang untuk jadi popular sangat cerah. Penulis skrip drama cerita ni hebat. Banyak drama hit dia."
Mataku rasa berpinar-pinar mendengarnya. Inilah. Inilah sebenarnya yang aku nak. Di samping debut, aku boleh merujuk skrip drama sebenar penulis hebat, Han Sister. Penulis idola aku!
"Malah proses audition ni pun akan ditayangkan sebagai disebalik tabir pembikinan drama."
Aku pandang dia penuh tanda tanya. Kalau dah macam tu, kenapa dia nampak susah hati aje? Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya, kah?
Dia pandang tanganku yang masih memegang sticker nombor giliran audition. Dah renyuk pun sebab aku rentap dari dada tadi masa nak keluar dari dewan.
"45..." sebutnya.
Aku termangu mengangkat tangan dan memegang sticker tu.
"Apa persembahan yang you nak buat?" soalnya.
Aku mengangkat bahu. Berterus-terang ajelah dari menipu. Memang aku dah tak ada idea pun.
"Serius you tak ada perancangan?" Mata Shiwon Park membulat. Aku mencemik muka. Malas nak cerita lebih-lebih, takut makin panjang ceritanya.
"Apa kata kita couple?"
"What?!" Aku tadah tangan ke atas dada gara-gara terkejut.
Thanks a lot for sharing such an awesome sneak peek, Aireen. Terima kasih.
Enter her giveaway now to stand a chance to be followed by her. She'll also design a book cover and read & comment on your book. Enter now!
If you have any questions regarding Korean drama, fanfiction, romance, or anything else, ask her below.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top