@afiadz Special Recipe

Wattpad Malaysia open-heartedly presents afiadz, a fantastic Teen Fiction & Action writer, a great cook and she is known for her work 'Hello Kesayangan'. She is going to share a scrumptious recipe. Get the fire started!

*To those who want to try the recipe but don't understand, add Google Translate to your browser's extension. It'll perform magic for you.

...

Assalamualaikum dan Hai! Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AmbassadorsMY kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai "Grand Opening Ceremony" yang mengetengahkan para penulis dari Malaysia. Saya berasa amat berbangga kerana akhirnya Malaysia mempunyai akaun Wattpad yang tersendiri secara rasmi. Tahniah diucapkan.

Izinkan saya untuk memperkenalkan diri. Saya selesa dikenali sebagai Afiadz, atau dengan gelaran pendek, Afi. Menyertai Wattpad sejak bulan Disember tahun 2015, jadi sudah 2 tahun saya berkecimpung dalam dunia oren ini. Karya ulung saya di Wattpad bertajuk "Hello, Kesayangan!" yang hampir tiba ke penghujungnya. Projek saya yang seterusnya pula bertajuk, "Her Guardian Angel." Jika ada kelapangan, jemputlah baca karya saya :'))

Pada hari ini, saya ingin berkongsi resepi masakan Melayu yang ringkas namun amat lazat dan mengiurkan. Di sini, saya mempersembahkan...

*Bunyi dram*

... Resepi Ikan Keli Goreng Kering Berlada dan Sambal Tempoyak ...


Ikan Keli Goreng Kering Berlada

Bahan-bahan :

- 5 ekor ikan keli ( Mengikut isi rumah )

- 1 biji bawang merah besar

- 3 ulas bawang putih

- 2 keping asam keping

- 1 inci kunyit

- ½ inci halia

- 15 biji cili api ( Bergantung pada tahap kepedasan )

- Garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Rendam ikan keli yang telah disiang ke dalam air asam jawa. Biarkan selama 5-10 minit untuk menghilangkan lendir.

2. Setelah itu, lumurkan garam dan kunyit pada ikan keli tersebut kemudian goreng sehingga garing.

3. Ketepikan ikan keli yang telah siap digoreng buat seketika.

4. Tumbuk kunyit, halia, cili api dan bawang putih. Bawang merah pula ditumbuk sehingga layu sahaja, tidak lumat.

5. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk sebentar tadi sehingga garing.

6. Masukkan garam secukup rasa.

7. Masukkan ikan keli yang telah digoreng sebentar tadi.

8. Seterunya, letak asam keping ke dalam masakan tersebut.

9. Gaulkan rata dan siap! Ikan geli goreng kering berlada sedia untuk dimakan.

Sambal Tempoyak

Bahan-bahan:

- 15 biji cili api

- Secubit garam

- Secubit gula

- Tempoyak

Cara-cara :

1. Tumbuk cili api sehingga lumat. Kemudian, campurkan garam dan gula.

2. Gaulkan tempoyak ( 2 sudu ) bersama-sama bahan-bahan yang telah ditumbuk sebentar tadi.

3. Tempoyak sedia untuk dimakan bersama ikan keli goreng!


...


Terima kasih kerana sudi membaca resepi saya. Tak rugi untuk anda cuba! Sekian sahaja dari saya, bye! Semoga kita berjumpa lagi ^-^ Akhir kata, tahniah AmbassadorsMY kerana telah berjaya memperoleh 1 ribu pengikut. Semoga terus maju jaya :)


Thank you so much for sharing such a scrumptious recipe, Afiadz. Terima kasih!

If you have any questions regarding her recipes, don't hesitate to ask.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top