41

Tibanya di rumah kami..

Ya rumah kami!! Hakim bercadang untuk berpindah selepas sebulan kami menetap di rumah mama dan papa.

Hakim mengangkat barang barang dapur yang kami beli tadi masuk ke dalam rumah.

Hakim meletakkan barang barang tersebut di atas kabinet dapur.

Aku mengeluarkan sushi dari dalam beg plastik.

Hakim terus menutup mulut lalu segera berlari ke sinki.

" Awak? Kenapa ni? " aku juga berlari ke sinki lalu mengurut belakang Hakim.

Selepas Hakim berkumur, dia memusingkan badannya.

" Awak okay tak? " aku menepuk belakang Hakim dengan tangan kanan manakala tangan kiri aku memegang dahinya.

Hakim hanya mengangguk.

" Tak suka la bau sushi tu. " kata Hakim sambil menyandarkan kepalanya di bahuku.

Aku terus memapah Hakim ke ruang tamu. Aku menyuruh Hakim untuk baring di atas sofa lalu aku duduk bersimpuh di lantai sambil menghadapnya.

" Kenapa dengan bau sushi tu? Bukan awak suka ke? " aku mengusap perlahan rambut Hakim.

" Tak tau. Busuk.. " Hakim memejamkan matanya.

Pelik pelik la suami aku. Tadi dia yang beria nak beli. Bila dah beli cakap busuk pulak.

" Tak pelah. Awak rehat. Saya kemas barang kat dapur tu jap. " aku bangun lalu mengucup dahi Hakim.

" Sorry tak dapat tolong. Saya tiba tiba rasa pening lepas muntah tadi. " kata Hakim.

" Sokay la. Rehat tau.. "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top