35

" H- Hana.. Awak tak sudi ke? "

Kedua dua orang tua kami terdiam.

Aku memandang wajah mak dan ayah.

Mak mengerutkan dahi seakan akan bertanya ' kenapa? '

Aku memandang Hakim semula. Matanya berlinang.

" Saya tak sudi.. kalau ada yang tak sudi. "

Nampak la muka Hakim sekarang ni macam jeruk. Maybe tengah proses nak faham ayat aku.

Parents kami dah ketawa sambil menepuk bahu sesama sendiri.

Amboi suka nahh.

Aku menundukkan wajah sambil bermain dengan hujung baju.

Mestilah baju aku takkan baju Hakim pulak kan?

" Sayangnya anak papa handsome tapi haih.. " kata papa Hakim apabila melihat Hakim masih terkebil kebil.

Hakim mengerutkan dahi memandangku.

Aku hanya mengangkat kening.

Apa pandang pandang anak dara orang hah?

Hakim still lagi blur.

Haih..

JANGAN LA LEMBAB SANGAT BABY KITE NI.. TAKKAN NAK SAYA EXPLAIN KOT.

Seminit tiga saat selepas itu, mata Hakim terbeliak. Dia menutup mulut dengan tangan kanannya.

" Oh jadi.. Awak setuju la? Awak setuju?! Awak sudi kahwin dengan saya? " soal Hakim bertubi tubi.

Dia hampir melompat di atas sofa yang kami duduk.

Aku senyum lalu mengangguk.

Cover sikit depan mertua.

Kang belum apa apa dah kena reject.

Berhuhu aku nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top