3
Kring!
Bagus dah rehat!
Aku cari Amsyar. Bila aku dah nampak Amsyar, aku terus lari pergi dekat dia.
" Amsyar! " sergah aku.
" Mak!!! Kussss semangat " dia usap dada dia. Terkejut mungkin.
" Weh kau kenal Faris Hakim ke? "
" Kenal. "
" Dia sapa do? Kawan kau? Bila kau kenal dia? "
" Kami kawan baik. Kenal time sekolah rendah. Hm macam mana kau tau nama dia? "
" Aku naik grab dia semalam. "
" Oh. "
" Pahal dia bawak grab? Dia still sekolah kan? "
" Kau tanya la dia sendiri. "
Amsyar blah. Dia blah wehhh. Kurang asam jawa betul.
Aku cari Fisha tapi dia tak ada. Aduh paiti tinggal aku.
Aku malas nak rehat. Tak ada selera nak makan. Tak bukan tak ada selera, sebab makanan kat kantin tak sedap. Kebanyakkan makanan dekat kantin tu aku tak tau aku kunyah makanan ke kunyah batu.
Jadi aku buat keputusan untuk jadi stalker berjaya. Aku jalan berjengket supaya orang tak dapat dengar bunyi tapak kasut aku. Kedua dua tangan aku buat peace sambil letak dekat atas kepala. Aku harap penyamaran aku menjadi.
Acah lebih padahal semua tengah tengok aku macam aku ni orang gila terlepas dari hospital bahagia.
Arr lantak situ. Aku jalan berjengket hingga ke depan kelas Sains.
Kedua tangan aku letak di depan mata seperti teropong.
Hm mana baby kite ni ya?
" Woi! "
" BABY!! "
Dayum! Semua tengok aku. Aku cari sapa yang sergah aku tadi. Hanat betul.
Amsyar...
" Kau pahal Am? " soal aku sambil buat muka tak puas hati.
" Am? Bukan baby ke? " kening dia sengaja diangkat berulang kali.
Eh eh baebi ni.
" Tolong sikit ek " aku buat muka jijik.
" Kau tu pahal teropong² macam orang tak betul. "
" Kau teropong sapa Hana? " soal Fisha yang dari tadi memang ada dekat sebelah Amsyar.
Uish diorang kapel ke do? Tak pernah jalan sekali ni. K ni la mentaliti orang melayu. Asal laki perempuan jalan sekali ja kapel! Agenda yahudi semua ni.
" T-takde. Mana ada teropong! Aku em aku gatal mata haa. Aku garu mata aku "
" Masuk kelas sana! Sibuk teropong orang " arah Amsyar.
Ewah kau mengarah aku.
Aku jinjat kaki aku bagi sama tinggi dengan dia tapi haram tak sama, tinggi gila Am ni.
Dia tengok aku sambil tahan gelak. Aku angkat kepala aku beberapa kali konon tengah tanya asal lu gelak brader ko pikir lawak?
" Balik kelas Farhana Amirah. " arah Amsyar lagi. Kalini dia pandang aku macam nak makan.
Ok fine aku mengalah, aku berjalan balik ke kelas. Baby kite.. nanti kita jumpa yaa.
•••
Setelah lama menunggu loceng waktu balik bunyi, akhirnya
3
2
1
KRINGGGGG!
Oh yeah~
Sapa macam aku bila nak balik tengok jam sampai sanggup kira then kalau kiraan tu betul rasa macam fuhh bangga babe!
Aku masukkan buku-buku aku ke dalam beg. Lepas tu aku pergi bilik guru sebab nak ambik handphone aku dekat guru kelas, Teacher Lyn.
" Hallu cicerr~ "
" Haa Farhana. Kejap. " beliau ambik handphone yang berada dalam beg tangan berjenama guccigeng lalu diberikan kepada pemilik handphone tersebut iaitu aku hehehe.
Beliau hengko. Acah je.
" Thank you cicer. Hm cer, esok time english kan pleaseeee jangan bagi homework... Homework minggu lepas eh no no bulan lepas pun i tak siap lagi cicer. "
Aku kedip² kan mata aku. Aku harap teacher cair tengok anak murid dia yang lawa ni.
" Kepala hotak hang! Apa pasai tak siap? "
" Hm i busy la cicer alaaaa cicer boleh laaaa "
" Ya okay okay. " dia sambung buat keja dia.
Teacher cakap ja ok tapi nanti nindiaa punya nalaaaa homework dia bagi.
Serious talk aku tak pernah siapkan homework english aku dari duluuuuu lagi, kalau siap pun hm maybe mood aku tengah rajin nak buat homework tapi rajin aku tu akan datang setahun 2 kali.
" Okay la cicer, i balik dulu, bye-bye. " aku melambaikan tangan kepada teacher.
" Bye-bye. " teacher membalas balik lambaian aku.
Aku jalan keluar dari bilik guru sebab takkan nak mengesot pulak kan?
Hm hambar lagi.
Aku jalan dan berjalan lalu dijalan hingga sampai di pintu gate. Aku nampak Fisha.
Hanat ni bukan nak tunggu aku bakhang .
" Sejak bila kau tak reti nak tunggu aku ni? " aku cekak pinggang macam mak-mak marah anak dia sepahkan rumah.
" Sorry Hana! Aku em aku ada hal sikit tadi " Fisha garu kepala.
" Sejak bila kau pandai berahsia dengan aku ni? Selalu kau la manusia paling tak boleh chill kalau ada hal. "
" Eh emm aku pulangkan buku teks kat budak kelas sebelah tadi haa. Aku lupa nak bawak. "
Ok logik jugak la alasan dia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top