28

" Bangun Hakim!! Jangan tinggalkan saya.. "

" Hana! Woi Hana! "

" Jangan!! "

SPLASHH!

" Arghh!! " jerit aku sambil tercungap-cungap. Aku melihat baju dan katilku basah. Aku mengangkat wajah.

Along memandang aku dengan muka tidak puas hati.

" Kau kenapa? Tau la sakan bercinta pun tapi takkan la sampai ke mimpi. Hakim jangan tinggalkan saya bagai. Puih. " kata Along sambil membuat reaksi mengejek.

Aku tidak terkesan dengan ejekan along. Badan aku menggigil. Nafasku jelas kedengaran.

" H-hana.. Kau okay tak ni? Kau jangan ambik hati weh. Aku bergurau je. Na.. " tanganku along genggam.

Aku memandang along dengan mata yang berair.

" Aku takut.. " luah aku. Air mata aku terus jatuh membasahi pipi.

" Shh dah dah. Aku ada. " along mengesat air mataku lalu menarik aku ke dalam dakapannya.

•••

Dari pagi sampai malam aku still tak boleh lupa pasal mimpi malam tadi. Apa maksud mimpi tu sebenarnya?

Aku tak sedap hati. Aku nak luah perasaan takut ni tapi aku tak tau nak luah dekat siapa.

Beberapa minit aku termenung..

Hakim! Aku segera menelefon Hakim.

Tutt tutt

" Ya sayanggg. Kenapa call ni? Rindu dah ke? "

Aku tak tau kenapa aku sebak bila dengar suara Hakim. Mungkin sebab mimpi tu..

" Hakim. S-saya.. " aku menggigit bibir menahan sebak.

" Hana? Awak okay tak ni? Kenapa suara awak macam tu? Jangan buat saya risau please. " soal Hakim bertubi-tubi. Suaranya kedengaran betul-betul risau.

" Saya takut.. " akhirnya air mata yang aku tahan gugur.

" Hana kenapa ni? Awak tunggu. Saya pergi rumah awak sekarang. " Hakim menamatkan panggilan.

Aku terkedu. Hakim nak datang? Malam malam macam ni? Haihh.. Aku rasa bersalah sebab menyusahkan dia.

Aku segera memakai tudung.

Tidak sampai setengah jam Hakim sudah berada di hadapan rumah aku.

Hakim tunggu aku di depan pagar. Dia mengajak aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya mengangguk.

" Macam tu la cerita dia. Saya tak tau kenapa saya mimpi macam tu. Saya takut mimpi tu betul betul jadi. " aku memandang wajah Hakim selepas menceritakan tentang mimpi tersebut.

" Awak takut hilang saya ek? Awak sayang saya ke? Auchh. Malu laaa. " Hakim sambil menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya.

Dia pandang aku lalu dia menutup mukanya kembali.

" Saya serious ni. "

" Saya pun serious la ni. "

Aku hanya memandang Hakim tanpa reaksi.

" Okay fine. Saya nak hiburkan awak je... Jangan buat muka cenggitu. Takut saya. Hm pasal mimpi tu. Tak ada apa lah. Mainan tidur je. Okay? " Hakim senyum sambil membetulkan tudung aku.

Ehh dah kenapa pegang-pegang tudung aku ni?

" Sorry. Nampak rambut tadi. "

Haihh. Kenapa dia macam ni... Hilang terus perasaan takut aku.

" Terima kasih Hakim.. Saya harap apa awak cakap tu betul la. "

" Sama sama kasih. Jangan pikir sangat tau. Esok awak nak cuti ke? " soal Hakim.

" Eh tak apa. Saya dah okay. Esok saya kerja macam biasa. " jawab aku sambil tersenyum.

" Betul ni? "

" Iyaaa. Em sorry tau menyusahkan awak. " aku memintal hujung bajuku.

" Ish apa cakap macam tu. Sikit pun tak rasa susah tau. Dah dah awak pergi masuk tidur. Esok kita jumpa yaa. "

" Hm okay. Balik elok elok. " kataku sambil membuka pintu.

" Baik sayang. " Hakim mengenyitkan matanya.

Aku tertawa lalu menutup pintu kereta Hakim. Alahai dia ni. Malu aku!

Masuk saja aku dalam bilik. Aku membuka tudung lalu menghempaskan badan ke atas katil.

Ting!

Aku mengambil handphone dari dalam poket.

farishakim tagged you in a post.

Aku tersengih. Apa la yang dia post agaknya?

farishakim

20,538 likes
farishakim i'll be yours forever. just tell me when to start💜
View all 10,205 comments

ainaaaaaa._ sedihnyaa crush dah ada orang lain
riseandshine19 laa dah berpunya ke?
nananera untungnyaaa your girl dapat boyf handsome!

Arghhh!! Aku meroyan di atas katil sambil memeluk handphone.

Kenapa dia buat aku macam ni?!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top