25

Tiga bulan dah aku kerja. Selama tiga bulan ni banyak benda aku belajar. Aku dapat belajar bercakap dengan orang ramai. Belajar kawal emosi. Belajar urus masa. Belajar buat sesuatu dengan cekap. Banyak lagi la yang aku belajar. Nak list karang sampai part 100 pun tak habis.

Kejap je masa berlalu, hari ni result spm keluar!!! Tipu la doh kalau tak nervous. Tangan, kaki, muka aku semua sejuk je.

Fuh!

Aku beratur untuk mengambil result. Semakin lama semakin berkurang orang dekat depan.

Tangan aku dah sejuk tahap cipan dah ni.

Tibanya giliran aku untuk mengambil result, teacher Lyn memandang aku sambil tersenyum.

Hmm macam something je senyum dia tu.

" Hana, sihat? " teacher Lyn menanyakan khabar aku sebaik sahaja aku duduk dihadapannya.

" Semalam sihat, harini tak berapa nak sihat hehehe. " jawab aku habis menayangkan sengih yang dibuat-buat.

AKU TAK BOLEH BRAIN SEKARANG NI. RESULT BETUL-BETUL DEKAT DEPAN AKU!

" Tanda tangan sini lepas tu i bagi sampul, dalam tu ada you punya result. " terang teacher Lyn sambil memberikan aku sekeping kertas untuk ditandatangani. Ceh ayat skema.

Terketar-ketar tangan aku pegang pen.

" Chill my dear. Ayoyo banyak takut ka? " teacher Lyn ketawa melihat aku.

" Err hehehe nebes cicer nebes! " aku memegang dadaku sambil tandatangan.

" Nah sampul. " teacher Lyn menghulurkan sampul tersebut kepadaku.

Ya Allah nervous siot!

" Fighting Hana!!! " aku menoleh. Hakim sedang menunjukkan thumbs up. Aku hanya mengangguk.

Sampul tersebut aku buka perlahan. Aku memandang wajah mak dan ayah aku dekat belakang. D-diorang main handphone? HUHUHU.

Aku menarik kertas yang berada di dalam sampul tersebut.

Fuh fuh!!

KETAQ BAKHANG!

1A

2A

3A

4A

5A

GOAL!!!!!

WEH 5A SIOT! PANDAI SIA AKU!! SELAMA NI TAK PERNAH DAPAT A HUARGHHH!!

MAKKKK AYAHHH!

HANA DAPAT 5A WOOOOO!

BOLEH BELAJAR DEKAT KOREA DAH NI ARGHHHHH!!!

Aku melompat dihadapan teacher Lyn lalu aku memeluk teacher erat.

" Teacher i dapat 5A!!! " kata aku sambil menangis.

" Waa congrats my dear! " teacher membalas pelukan aku.

Selepas buat drama dengan teacher. Aku menuju ke arah mak dan ayahku.

" Mak ayahhhhh. Hana dapat 5A! " aku memeluk kedua-dua orang tua aku.

Mereka menggosok belakang badan aku.

" Tahniah. " kata mereka serentak.

Tangisan aku makin kuat.

Sebenarnya aku tak nangis sangat pun, merengek je lebih. Saja nak menggedik.

" Hana, awak dapat berapa— alololo sayang kenapa nangis ni? "

" Sayang? " tanya ayah sambil memandang aku.

" Sayang apa sayang?! " aku menggosok mata aku. Siot kau Hakim bersayang-sayang depan mak ayah aku.

" Ni la bakal menantu kita bang. " kata mak aku sambil menepuk lengan ayah aku perlahan.

" Ouhhh nanti datang la rumah bawak rombongan. " kata ayah aku pula sambil tersenyum memandang Hakim.

" Rombongan?! Boleh! Boleh! Nanti saya bawak. " Hakim menyalam tangan ayahku sambil matanya memandang aku.

Seram siot!

" Apa benda rombongan ni eee. " aku membuat muka geli.

" Hana— "

Aku menoleh. Muka dia nampak terkejut.

Aku melihat matanya memandang ayahku.

Dia kaku.

Okay Amsyar... Kau kenapa?

Kau memang jenis penakut dengan laki ek? Along aku kau takut, ayah aku pun kau takut. Dengan perempuan kau tak takut pulak. Ada ja ayat manis keluar dari mulut.

" Hah ni sapa pulak? " soal ayahku.

" Ni Amsyar, kawan sekelas Hana. Dia kerja dengan Hana sekarang. " jawab aku. Karang mak aku jawab, dikatanya bakal menantu nombor 2. Tak ke naya?

Ayah aku menghulurkan tangannya kepada Amsyar. Amsyar tak menyambut. Dia terus berlari ke dalam bilik air.

" Ehh kenapa tu? " soal ayah aku lagi.

" Tak tahan nak membuang kot. " balas aku.

" Jom selfie Hana. " ajak Hakim.

" Haa jom. "

" Hehehe pak cik, mak cik.. Saya pinjam Hana kejap ye. " kata Hakim sambil tersengih memandang kedua-dua orang tua aku.

" Pinjam lama pun tak apa. " balas mak aku.

Amboi mak...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top