20
" Hana, bangun kita dah sampai. "
" Hm? " aku menggosok mata lalu memandang sekeliling. Tempat apa ni? Macam gaung je. J-jap.. Dia nak bunuh aku ke?!
" Hakim! Please aku tak nak mati lagi! Tolong la! Aku mintak maaf! " rayu aku.
" Awak kenapa? Apa yang mati? " Hakim memandangku pelik.
" Kau nak tolak aku dekat situ kan? " aku menunding jari ke arah err aku tak pasti itu gaung ke apa yang penting tolong la jangan bunuh aku!!!
" Hah? Kenapa saya nak bunuh awak pulak? Merepek lah awak ni. Jom keluar. " Hakim membuka pintu kereta lalu melangkah keluar.
" Betul ke dia tak tolak aku ni? " aku segera keluar dari kereta.
" Awak tunggu jap saya ambil something dekat dalam bonet. " Hakim berjalan pergi ke belakang kereta. Aku hanya memerhati dia menunduk untuk mengambil sesuatu.
Semasa Hakim berdiri, dia membawa beberapa beg dan tikar sambil berjalan ke arahku.
" Awak join saya sambut birthday saya boleh? "
Aku ternganga. Dia punya la kaya tapi dia nak sambut birthday dekat sini?!
" Kenapa pandang saya macam tu? " soal Hakim apabila aku hanya melopong memandangnya.
" Awak ada duit, kenapa sambut dekat sini? Kenapa tak sambut dekat hotel ke rumah ke? And awak ramai kawan kot. Kenapa ajak saya? " soal aku bertubi-tubi.
" Sebab saya nak celebrate dengan awak. " Hakim senyum lagi. Dia meletakkan beg tersebut di bawah lalu mengampar tikar.
" Okay jom duduk. " ajak Hakim.
Aku duduk dihadapannya.
Aku memerhati Hakim mengeluarkan bekas-bekas dari dalam beg yang dibawanya tadi. Ada kek, nasi goreng, ayam, bihun, air... Mak aih. Dia nak meniaga ke?
" Okay dahh. Jom makan! " kata Hakim sambil menepuk-nepuk tangannya.
" Eh jap! Sebelum tuuu. Happy birthday Faris Hakim!!! Wohooo!! " aku turut menepuk-nepukkan tangan.
" Thank you!!! " aku tergelak apabila Hakim mengepak-ngepakkan lengannya. Hahaha comel.
•••
Selesai makan, aku bangun lalu berdiri sambil menghirup udara segar. Wahhh rasa macam dah lama aku tak bernafas. Udara fresh pulak tu. Selama ni asyik terperuk je dalam rumah.
Aku menoleh ke arah Hakim. Dia sedang tersengih melihat handphonenya.
Cehh! Cakap nak sambut birthday dengan aku tapi..
Ting!
Aku menyeluk poket untuk mengambil handphone.
farishakim tagged you in a post.
Apa ni?!
farishakim
Aku menoleh ke arah Hakim lagi. Dia tersengih memandangku.
" Tak mintak izin pun nak tangkap gambar! " aku berjalan ke arahnya.
Mata Hakim tidak lepas dari memandangku.
" Tak sempat minat izin sebab terpukau tengok ciptaan Allah. Indah sangat. " kata Hakim sambil mengukir senyuman manis.
Weh aku cair weh!! Tolong aku!!!
" L-lawak! " aku buat-buat gelak untuk menghilangkan rasa malu bercampur dengan awkward!
" Hana, boleh tak lepas ni jangan aku kau lagi dengan saya? " wajah Hakim mula serius.
" Dah terbiasa la aku kau. "
" Dulu masa mula-mula kenal elok je bersaya awak. "
" Tu duluuuuuuu... " aku menunduk sambil memintal hujung baju.
" Duluuuuu masa awak suka saya kan? "
Aku terus mengangkat wajah.
Aku ternganga.
Mata terbeliak.
Jantung berdegup laju..
Dap dip dup!
Dia tau ke?
" Ma-macam mana... "
" Saya tau laaa. " Hakim menjongkitkan keningnya beberapa kali sambil tersenyum sinis.
WEH ALA BAD BOY SIA!!!! APA NI?! ADUH JANTUNGKU!
" Err pukul berapa nak balik? "
" Tukar topik nampak... " Hakim masih lagi dalam keadaan membunuh seperti tadi. DASAR BIAWAK KOMODO!
" Jom la sembang-sembang lagi. Harini kan birthday saya.. Tak nak luangkan masa dengan saya ke? Hm.. " kata Hakim sambil menongkat dagu menggunakan kedua-kedua tangannya. Mulut dimuncungkan sedepa.
Aku tau la bibir kau tu menawan tapi please jadi muncungkan selalu. Kang tak selamat mulut tu, aku tak bertanggungjawab.
" Yelah. " aku duduk di sebelahnya.
" Boleh ke? "
" Boleh apa? "
" Jangan guna aku kau lagi. "
" Tengok lah macam mana. "
" Kalau guna aku kau lagi nanti saya tinggal awak dekat sini. "
Aku pandang Hakim. Muka dia serius. Weh ni kejam!
" Yelah! " aku membuat muka apabila terdengar Hakim ketawa kecil.
" Dah kerja? " soal Hakim.
" Tak lagi. " jawab aku.
" Kerja dengan saya nak? "
Sekali lagi aku memandang Hakim.
" Dekat mana? "
" Dekat syarikat ayah saya. "
Aku melopong. Bapak dia ada syarikat sendiri siot.. Tengok kereta arr kan?
" Tapi kerja dekat cafe bawah syarikat tu jelah. Maklum lah, umur pun baru 17 kan. Hahaha. Saya pun kerja dekat cafe tu. Cari pengalaman. "
" Ouhh. Hm boleh ke? "
" Boleh laa. Nanti saya bagitau ayah saya. "
" Terima kasih.. "
" Kasih diterima. "
Ayat tu.. ARGHHH DIA BUAT AKU MEROYAN LAGI!!
Ting!
TAK ADA HARI LAIN KE NAK BUNYI PUN?!!!
Amsyar🐒 :
- Oi
- Rindu ni
" Siapa tu? "
Aku terdiam. Hakim.. Betul-betul dekat sebelah aku sekarang ni! Nafas dia pun aku boleh rasa.
" Amsyar.. " Hakim mengambil handphoneku lalu—
" Ya aku rindu kau jugak. Dah jangan kacau Hana, aku tengah date dengan dia ni. " Hakim memberikan handphoneku kembali.
D-dia.. VOICE?!
" Suka hati je voice. "
" Biar la. Saya malas nak type. " Hakim menjawab selamba.
" Awak save nombor saya tak ada emoji pun... " Hakim muncungkan mulutnya lagi.
Ni amaran kedua ekk Hakim. Amaran kedua...
" Mana tau? "
" Saya tertekan back tadi. Nampak nama saya awak letak Hakim je. Amsyar awak letak monyet bagai. " kata Hakim. Wajahnya dipalingkan ke arah lain.
Haih.... Aku menukar nama Hakim.
'Hakim✨'
" Ha dah tukar. Puas? " aku menayangkan handphoneku di hadapan mukanya.
Hakim memandang screen handphoneku lalu tersenyum.
" Tiga bintang.. Satu saya, satu awak, satu lagi bakal anak kita nanti. "
YA ALLAH...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top