16
Masa berlalu dengan pantas. Akhirnya, aku merdeka!!
SPM HABIS! SPM HABIS OI! SPM HABIS BHA!!!
Aku menggelejat sebaik sahaja pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapan. Kaki aku hentakkan beberapa kali. Kedua-dua tangan aku kepak-kepakkan.
Tanpa sedar ada beberapa pasang mata memandangku.
Lantak! Aku habis spm woi!!!
Keluar saja dari dewan aku dengar orang memanggil namaku.
" Amboi kemain ekk suka lepas habis tadi. " Amsyar tersenyum sambil memandangku.
" Mestilah! Tak payah pergi sekolah dah! Yeayyy. " aku menggoyangkan bahu.
" Hm lepas ni kau tak boleh la tengok muka kacak aku.. " Amsyar menyebik. Dia menundukkan wajah.
" Gediknya! " aku memukul bahu Amsyar dengan beg perlahan.
" Jom balik dengan aku. Last day kan harini. Jom laaaa. "
" Yelah jom. "
Amsyar tersengih. Eee tak pernah tak gedik!
" Hana! Hana! "
Aku menoleh kepada pemilik suara yang memanggil aku.
" Hana ni pen awak jatuh tadi. "
" Oh thanks Hakim. " aku mengambil pen tersebut dari tanggannya.
Tak payah bagi balik lagi bagus. Bukannya aku guna pun nanti.
" Seronok ye tadi. " Hakim tergelak kecil.
Apa yang lawak?
" Oh hehe eksaited. "
" Hana jom balik. " Amsyar menarik hujung lengan bajuku.
" Tak payah la pegang-pegang. " Hakim menampar tangan Amsyar.
" Kau kenapa? Aku pegang baju je kot. Kau panas asal? " Amsyar mula menyinsing lengan bajunya.
" Ha memang aku panas. Kau sesuka hati je pegang asal. Dia bagi ke kau pegang? " Hakim melonggarkan tali lehernya.
" Ish korang ni kenapa? Aku lepuk kang haa. " aku mengacah ingin melepuk mereka.
Hakim dan Amsyar automatik menghalang wajah mereka menggunakan tangan.
" Okay la Hakim, aku balik dulu– "
" Dengan Amsyar? " Wajah aku dan Amsyar dipandangnya silih ganti.
" Haah dengan aku. Jom Hana. " Amsyar merentap beg aku.
Asal la dia ni suka sangat tarik beg aku...
" H-hana.. " aku menoleh. Aku senyum kepada Hakim sambil melambai. Hari last sekolah so lek arr. Bukan jumpa pun lepas ni.
Lagipun aku dengan dia dah berkawan. Buang yang keruh ambil yang jernih. Nak spm hati kena tenang haa. Tapi dengan jebon sekor tu aku tak boleh blah. DIA SIAP JELING AKU SIOT TIME NAK MASUK DEWAN PERIKSA. HARI FIRST AMBIK SPM PULAK TU. PANAS JE HATI GUA NI.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top