CHAPTER 25


(Rumah song ji hyo)
Song ji hyo meliarkan pandangannya mencari suzy dia lantas menanggalkan stoking hitamnya dan mula merebahkan dirinya disofa..sungguh selesa..setelah seharian penat di lokasi pengambaran dramanya dengan exo,tinggal berbaki 4 episod lagi tamatlah kerjasama dia dengan exo kalau boleh dia nak tamatkan cepat-cepat tak larat rasanya setiap hari berhadapan dengan sasaeng fan exo yang sibuk mengejarnya kemana saja dia pergi kadang-kadang takut juga dia dengan sasaeng fan exo..walaupun mereka itu masih muda kita tak tahu apa yang mereka mampu buat..sepanjang dia berkerjasama dengan exo paling tak banyak sedikit mesti ada yang berkampung di hadapan sm semata-mata nak membantah penglibatannya dalam drama terbaru exo..dia sendiri tak tahu bila semua ini akan berakhir dia manusia juga kesabarannya ada batas..jangan satu masa nanti dia luahkan semuanya..dia tak nak memburukkan keadaan dengan mengamuk pada fan..ia bukan menjernihkan malah bertambah parah.
Song ji hyo mengeluh dia lantas menanggalkan ikatan rambutnya make up yang masih melekat diwajahnya dilap menggunakan belakang tapak tangan malas nak menapak ke bilik air nak basuh sisa make up biarlah bukan orang tengok pon..

Suzy yang baru saja keluar dari dapur menatang dulang berisi dua gelas milo panas..tahu yang song ji hyo mesti penat sebab itu..dia dengan rela membancuh milo panas untuk song ji hyo.
Suzy meletakkan dulang di atas meja dia memerhatikan raut wajah song ji hyo yang sedang tidur kenapa setiap kali dia berhadapn dengan ji hyo sisi jahat dia tak pernah kelihatan walaupun dia amat bencikan ji hyo betullah kata lay yang dia di depan ji hyo baik macam malaikat tapi dibelakang ji hyo dia musuh tapi..kebaikkannya dihadapan ji hyo itu memang datang dari hati..kadang-kadang dia tak faham kenapa dia sanggup menjahati song ji hyo padahal song ji hyo sangat baik terlalu baik dengannya..dulu sewaktu omma dan appanya meninggal keluarga song ji hyo lah yang mengutipnya.menatang dia bagai minyak yang penuh sampai satu hari dia membuat onar dan keluarga song ji hyo menghalaunya tapi song ji hyo tetap mengutipnya sampaikan song ji hyo sanggup menggadai tanahnya semata-mata nak bagi dia duit untuk sambung belajar di jerman.
Suzy menyeka air matanya..penyesalan mula berputik dalam dirinya tapi egonya juga masih berbaki..
Suzy cepat-cepat mengukir senyum apabila melihat song ji hyo terjaga dari lena.

"Kau ni kalau ye pun penat basuhlah dulu make up kau tu buruk betul muka kau"sambil membebel suzy menghulurkan segelas milo pada song ji hyo.
Song ji hyo tersengih dan menghirup sedikit milo buatan tangan suzy yang sudah suam..dia kemudiannya duduk memandang suzy.
"Suzy kau rasakan sekarang ni lay ada masalah ke?"soalnya masih memikirkan sikap lay.
"Entah manalah aku tahu...aku bukannya rapat dengan lay..kau kan rapat dengan dia"walaupun dia tahu apa masalh lay tak kan dia nk bagitaw ji hyo matilah dia rahsianya terbongkar.
"Kenapalah lay sejak aku dedahkan hubungan aku dengan Xiumin,lay macam nak jauhkan diri dia dari aku..tengoklah macam sekarang ni, dia langsung tak call aku..kalau dulu sehari empat kali dia call aku."luah ji hyo.
"Mungkin dia ada menaruh hati pada kau.dan dia sakit hati bila kau umumkan percintaan pada umum "suzy cuba memberi hint pada ji hyo harap-haraplah dia faham tapi hampa ji hyo boleh pula ketawa..
"Aku dengan lay?"ji hyo ketawa
"Kau ni lawaklah aku dengan lay kan kawan baik mustahillah dia menaruh hati dekat aku,aku tahulah taste dia macam mana.."sambung ji hyo dengan sisa ketawanya lawak apakah ini lay suka kan dia..oh!no...
"Itu kata kau..hati dia kita tak tahu kan..ni ji hyo aku nak cakap kata orang-orang tua lelaki dan perempuan tidak boleh terlalu rapat takut salah satu akan simpan perasaan lain selain kawan..faham tak maksud aku?"soal suzy ji hyo-ji hyo kau ni naiflah sekarang ni kesian pula aku  dekat lay.
Song ji hyo mula terfikir kata-kata suzy dia kemudian mengeleng
"Ah!mengarutlah kau ni..aku tahu lay tu macam mana"sangkalnya lagi.
"Suka hati kau lah ji hyo..dah cepat"gesa suzy
"Cepat nak kemana?"soal ji hyo blur.
"Aish kau ni, kau ingat aku ni manager kau ke nak ingatkan kau tentang majlis lay"
"La..aku lupa la suzy thanks ingatkan"song ji hyo mula gelabah namun gelabahnya terhenti bila dia teringatkan sesuatu.
"Alamak suzy aku lupa nak beli dress untuk party lay"
"Tulah kau serba serba kau lupa..tema party lay apa?"soal suzy disebabkan dia tidak dijemput sebab itu dia tak tahu tema apa untuk party lay.
"Em..black and white"
"Aik dalam almari kau kan banyak baju warna hitam putih"
"Ala tu baju lama"dia memang tak suka pakai baju lebih dari dua kali sebab itu almarinya penuh dengan baju kerana seminggu sepuluh pasang dia borong.
"Em..macam ni kau masuk dalam bilik kau sekejap lagi aku datang bawa dress.pinjam dress aku jangan risau dress tu aku belum guna lagi baru beli"
"Yeke Alamak gomawo chingu"

Song ji hyo terus berlari naik masuk kedalam biliknya.Seketika kemudian suzy masuk dengan membawa sehelai baju yang masih dalam bungkusan tanda masih belum diusik.
Suzy menghulurkan dress miliknya pada ji hyo.mahal kut dressnya itu dia membelinya semasa dia berada di jerman sekali pun dia tak pernah guna kerana dress itu pemberian mendiang suaminya.
Di dalam bilik air song ji hyo menyarungkan drees yang dihulurkan sedikit ketat sebab tu susah dia mahu menyarungkan drees itu ditubuhnya..
Ketukakn dipintu bilik air menganggu tumpuan ji hyo.
"Kau ok tak?dalam tu?"soal suzy dari luar lama betul si ji hyo ni pakai baju.
"Ok..sekejap lagi aku keluar"song ji hyo merapikn dress hitam dan keluar dari bilik air dan berpusing-pusing di depan suzy.
"Perfect cantik sangat"puji suzy ikhlas.
Song ji hyo melihat biasan tubuhnya dicermin dress labuh belah tengah berwarna hitam sedikit taburan diamond di dada membuatkan penampilan ji hyo tampak sempurna.dan bahagian belakang yang sedikit terdedah menyerlahkan lagi penampilan ji hyo.
Suzy tersenyum dia kemudiannya bertindak menjadi juru solek song ji hyo.
Rambut hitam song ji hyo dibiarkan lepas dan solekkan minimalis sudah mampu membuat muka song ji hyo tampak segar.
"Ok done..pergilah kereta labu kau dah tunggu dekat luar"labu yang dimaksudkan suzy adalah kereta lamborghini milik Xiumin yang sudah hampir setengah jam menanti song ji hyo bersiap.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top