CHAPTER 24
(Rumah song ji hyo)
Suzy menarik dua bagasi besar ke dalam.rumah sederhana besar milik song ji hyo ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke dalam.rumah song ji hyo,kalau nak di ikutkan rumahnya lagi besar berbanding rumah song ji hyo tapi rumah yang besar dah tiada makna lagi padanya hidup kosong macam tin kosong hanya bunyi yang kedengaran tapi hakikatnya jiwanya kosong sejak pemergian gd.dia mengeluh.
Song ji hyo membantu mengheret sebuah lagi bagasi milik suzy bawa baju banyak gila macam nak pindah terus je lagaknya tapi dia tak kisah sekurang-kurangnya dia ada teman untuk diajak berbual tentang Xiumin itu lagi satu masalah kenapalah Xiumin begitu bencikan suzy sampaikan dia sanggup menengking kekasihnya sendiri semata-mata dia membenarkan suzy duduk sehari dua dirumahnya semakin lama dia semakin tak faham apa masalahnya Xiumin ni macam budak-budak mood sentiasa turun naik sekejap ok sekejap tak.
"Ha..nilah bilik kau sorry bilik ni kecil sikit sebab bilik tetamu aku dalam proses penyesuaian aku nak besarkan sikit bilik tetamu tu sebab tu aku bagi bilik ni untuk kau.jangan risau dekat bilik ni tak de tikus,ulut bulu dan seangkatan dengannya"tahu sangat yang suzy amat takutkan binatang yang disebutnya tadi jadi awal-awal dia dah kemas bilik ni penat juga seharian mengemas bilik yang tidak pernah ada penghuni nasib dua hari ni jadual dia kosong kalau tak alamatnya suzy kena kemas sendirilah.
"Tak pe kau dah kasik aku tumpang pun kira oklah..tak kan aku nak banyak songeh pula kan?"suzy mengitari pandangan diseluruh ruang bilik,cantik,kemas dan sangat bersih perabot berwarna hitam dan dinding berwarna putih itu warna kesukaannya dan juga ji hyo,teringat zaman universiti dulu dia dan ji hyo digelar twin black and white sebab fesyen yang dibawa mereka sentiasa ada hitam dan putih.
Suzy membuka salah sebuah bagasi yang berwarna hitam dikeluarkan bingkai gambar gd.
Song ji hyo tersenyum melihat perilaku suzy yang meletakkan gambar mendiang suaminya di kepala katil.dia melihat suzy dengan pandangan simpati kesian sahabatnya itu sudahlah kehilangan keluarga dalam usia yang masih kecil kini dia kehilangan suami pula.
Song ji hyo menepuk bahu suzy..
"Suzy are you okay?"soal ji hyo.suzy melihat ji hyo lama ditatap wajah sahabatnya dan setitis demi setitis air matanya jatuh mendengar pertanyaan ji hyo.selama ini perkataan are you okay yang mahu dia dengar semenjak pemergian gd.
Ji hyo tersentak dia mengenggam tangan suzy diramas perlahan,kelihatan suzy menundukkan wajahnya kemudian tercetus ketawa kecil diselang seli dengan tangisan.
"Kau tahu tak ji hyo aku jahat..aku jahat sangat ji hyo...aku"luah suzy sambil itu matany tidak lepas memandang anak mata milik ji hyo saat ini hatinya benar-benar tulus mengungkapkan itu.
"Suzy kalau kau rasa dengan meluahkan segalanya buat beban kau berkurang aku dekat sini sebagai sahabat baik kau sedia mendengar segala yang kau ingin luah,telinga aku sentiasa akan mendengar setiap keluh kesah kau hati aku akan selalu berdoa buat kebahagian kau suzy"ji hyo ikhlas mengungkapkan itu baginya suzy adalah sahabta terbaik yang dia pernah ada.
Suzy ketawa dan kembali merenung gambar gd bersama seorang budak perempuan yang mirip wajahnya..dia adalah kim eun hye anak hasil perkongsian hidupnya dengan gd.
"Ji hyo kau tahu tak semua ini terjadi semuanya salah aku,aku pentingkan diri..kalau aku tak merajuk malam tu minta yang bukan-bukan dengan gd mesti gd dan eun hye hidup bahagia dengan aku..kita orang bahagia sebagai satu family yang lengkap bergelak ketawa dengan mereka"suzy terjeda esakkan halusnya semakin mengila setiap kali nama gd meniti dibibirnya..bibirnya terketar-ketar ingin menyambung kata .ji hyo hanya melihat tangisan suzy dia juga menangis seperti suzy walaupun dia tak ada ditempat suzy dia dapat rasa keperitan hidup suzy melihat gd dan eun hye mati di depan matanya sendiri perempuan mana tak sedih tak meratap..tunjukkan dekat dia perempuan mana yang tak terkesan dengan semua ini tak ada kan?
Ji hyo memeluk bahu suzy dia sama-sama memandang bingkai gambar yang dipegang suzy.
"Dia orang mati sebab aku..sebab aku ji hyo aku penyebab semuanya kalaulah masa tu gd tak keluar semata-mata nak belikan kek red velvet yang aku idamkan mesti gd dan eun hye selamat.akibatnya gd dan eu hye pergi tanpa sempat aku beritahu yang aku sedang berbadan dua."luah suzy kini kepalanay dilentukkan dibahu ji hyo.
"Aku tahu rasa sakit yang kau simpan selama ni aku tak boleh nak bantu.yang aku mampu hanya beri semangat untuk kau teruskan hidup, aku percaya yang gd dan eun hye pun inginkan kau hidup bahagia.suzy yang pergi biarlah pergi kita yang masih hidup teruskan hidup macam biasa jangan terlalu terbuai dengan keperitan hidup itu akan buat hidup kau mundur suzy.dengar ni aku cakap"ji hyo meletakkan kedua belah tapak tangannya dipipi suzy mengusir pergi air mata suzy.
"Aku song ji hyo berjanji akan selalu buat kau bahagia.aku sahabat kau sampai bila-bila jadi tugas aku buat sahabat aku bahagia.kalau kau sedih macam ni aku akan rasa terhina sebab aku biarkan sahabat aku menangis.Kalau kau sedih datang pada aku..akau janji akan menghapus air mata kau"song ji hyo mengangkat tangan kanannya tanda mengikrar janji.
Jadi tinggalkan Xiumin untuk aku kerana itulah satu-satulah sumber kebahgiaan aku..kerana dia seorang namja yang mencintai aku setulus hatinya selain gd..cuma dulu dia bodoh menolak dan menghina Xiumin sampai kebencian Xiumin menutup rasa cintanya..kata-kata itu hanya berlegar di dalam hatinya.
"Gomawo chingu ya.."suzy memeluk ji hyo erat..
Selepas pasti suzy sudah lena dibuai mimpi song ji hyo keluar dan menutup pintu bilik suzy..
Tangannay menyeluk kocek apabila iPhone miliknya bergetar minta diangkat.
"Yoboseyo Xiumin shi lamanya tak dengar khabar?"ada nada perlian disitu.Xiumin yang dihujung talian ketawa perlahan ingat song ji hyo bergurau.
"Yeobo..minggu depan teman umin pergi event boleh?"soal Xiumin.
Song ji hyo dudk disofa dan menekan remite kontrol sambil itu dia mendegar butir bicara Xiumin.
"Minggu depan?event apa?"soalnya lagi jarang si Xiumin mahu mengajaknya ke acara formal..mama award tahu lepas pun dia pergi dengan lay.
"La lay tak bagitahu Yeobo ke?"soalan dibalas soalan pelik macam mana ji hyo tak tahu pasal majlis lay.
"Bagitahu apa?si lay tu pun macam biskut sekejap ada sekejap ada kadang-kadang terus hilang langsung tak dapat jejak"luah ji hyo memang termasuk hari ni dah dekat sebulan lay langsung tidak menghubunginya hari tu dia ada juga bertembung dengan lay dihadapn bangunan sm kelihatannya lay sibuk sampai panggilannya dijawab angin lalu.
"Owh lay lupalah tu macamlah Yeobo tak tahu si lay tukan penyakit pelupa dia dah kronik"seloroh Xiumin riang sungguh suaranya hari ini.
"Tak baiklah kutuk lay"bela ji hyo.
"Back to the story pasal event tu..sebenarnya minggu depan kan hari jadi lay..jadi lay ada buat majlis tertutup untuk sambutan hari jadinya ada fan dengan ahli exo jemputannya pun tak banyak hanya yang tertentu je boleh masuk..so..umin nak ajak ji hyo..joinlah mesti lay suka"ajak Xiumin bersungguh-sungguh.
"Ala lay tak jemput seganlah nak pergi"jawab ji hyo yelah lay langsung tak buka mulut tak kan dia nak terhegeh-hegeh pula.
"Aish..macam la awak tak rapat dengan lay sebelum ni..lagi pun kan umin ingat nak ajak ji hyo join surprise kan lay masa hari jadi dia"cadang Xiumin.
"Surprise apa?"
"Adalah yang penting ji hyo nak pergi"
"Yelah ji hyo join.."akhirnya ji hyo mengalah.
"Yes..Gomawo Yeobo nanti esok umin jemput ji hyo "
"Okay"
Talian dimatikan song ji hyo membaling iphonenya dianats meja dari duduk kini song ji hyo terbaring memikirkan lay kenapa agaknya lay?dia ada masalah ke?ke dia memang tak nak berkawan dengannya?mustahil sikap lay boleh berubah sejauh ini.ingat lagi dua hari lepas dia mendail no lay..hampir 10 kali baru lay jawab tu pun jawab acuh tak acuh..dah kenapa dengan si lay ni?dia langsung tiada clue,lay ni memang betul-betul buat dia tak senang duduk.akhirnya persoalan tentang lay terus menjadi persoalan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top