CHAPTER 23


(Xiumin pov)
Aku mengetuk perlahan pintu pejabat lee soo man tadi semasa dia sedang berlatih untuk exo comeback datang seorang staff memberitahunya yang lee soo man mahu berjumpanya secara personal mesti ada hal penting yang ingin dibincang.
Setelah menerima arahan untuk dia masuk ke dalam pejabat lee soo man dengan cermat Xiumin masuk dan duduk di hadapan lee soo man merenung muka yang ketat pada pandangannya.
"Awak tahu kan kenapa saya panggil awak?"soal lee soo man sambil sebelah tangannya memegang sekeping sampul surat.
"Saya tak tahu tadi ada staff cakap lee soo man nak jumpa saya"terang Xiumin manalah dia tahu apa tujuan lee soo man ingin berjumpanya.
"Awak tahukan saya ni jenis orangnya yang tak suka berbasa basi,buang masa..saya cuma nak tanya betul ke awak masih nak teruskan hubungan awak dengan actor song ji hyo"soal lee soo man lagi ingin meminta kepastian kerana dia memanggil Xiumin kesini pun atas sebab yang sama.
"Wae??saya akan tetap teruskan hubungan saya dengan ji hyo"ada nada tegas disitu membuatkan lee soo man merengus kasar. Dia kemudiannya berdiri membaling sampul surat yang dipegang sedari tadi.

Perlahan-lahan Xiumin membuka sampul surat yang dibaling lee soo man dihadapannya.
Terdapat beberapa keratan artikel tentangnya dengan ji hyo malah hotel yang pernah dia pergi bersama ji hyo dua tahun lepas semasa hari jadi ji hyo juga disertakan sama.dan juga beberapa keping gambar dia dan ji hyo yang tidak enak ditonton netizen dia tahu yang itu gambar edit kerana dia dan ji hyo tak pernah pergi sampai ke ranjang.
"Sebab itulah saya melarang keras awak jalinkan hubungan dengan actor ji hyo,semuanya kucar kacir.awak kena ingat kedudukan awak dalam exo dekat mana ranking awak paling bawah fan awak juga sedikit disebabkan rumor ni kedudukan awak mungkin tergugat..awak akan kehilangan banyak fan..awak tak ingat kejadian minggu lepas?"soal lee soo man.Xiumin hanya mengangguk ingat lagi minggu lepas ada kira-kira 200 orang fannya datang tunjuk perasaan menentang hubungannya dengan ji hyo sampaikan mereka sanggup berkampung di hadapan bangunan sm,sebab itu dia tidak berani pergi ke rumah ji hyo takut-takut yang fannya itu menyerang ji hyo.

"Ye..saya ingat dan tak kan pernah lupa tapi kami manusia biasa kami juga ada naluri untuk berkasih sayang kira okaylah kami dedahkan hubungan kami sekarang at least fan tak terkejut macam mana kalau nanti kami tak dedahkan hubungan kami tiba-tiba kami khawin itu akan menambahkan lagi masalah"Xiumin cuba mempertahankan pendiriannya yelah takkan hal sebegini mereka mahu ambil serius habis tu idol tak boleh bercinta macam mana nanti bila mereka dah tua fan ke yang nak jaga mereka tidak kan?dalam hal ni dia akui yang kebanyakan fan nya tidak matang bukan dia tak tahu sekarang ni di laman sosial tercetusnya fanwar antara fannya dan ji hyo masing-masing bercakaran.
"Saya tak nak dengar apa-apa,apa yang saya nak awak redakan keadaan ni semua buat fan awak percaya yang hubungan awak dengan ji hyo tak bagi effect dekat kerjaya awak,awak kena ingat perjalanan awak dalam exo masih panjang...masih banyak yang awak perlu lalui,tapi jika fanwar ni berterusan mungkin saya akan paksa awak memilih antara kerjaya atau cinta..awak boleh sambung latihan sambil-sambil tu fikirkanlah kata-kata saya"tegas lee soo man.
Xiumin menunduk hormat pada lee soo man dan kelaur dari ruangan pejabat lee soo man..
Dia kemudian menghayunkan langkah kakinya ke bilik latihan sambil itu kata-kata lee soo man sebenatr tadi sentiasa berlegar dimindanya.
'Jika fanwar ni berterusan mungkin saya akan paksa awak memilih antara kerjaya atau cinta'

[Cafe d-trend]
Song ji hyo tersenyum kearah suzy yang sedari tadi menantinya di cafe d-trend,habis saja shooting bersama exo dia terus bergegas menemui suzy.
Dari jauh dia melihat tangan suzy melambai padanya.dia segera mendekati suzy dan menarik.kerusi duduk dihadapn suzy.
"Mian sebab suruh kau datang sini"suzy berbasa basi kalau tak kerana nak menjayakan rancangannya jangan harap dia mahu berjumpa dengan ji hyo meluat.
"It'okay lagi pun aku dah lama tak jumpa kawan baik aku ni sejak-sejak dah jadi idol ni?"sakat ji hyo sambil menghirup hot coklat yang dipesan suzy untuknya.
"Sorrylah aku busy sikit lately ni ha..aku nak minta tolong kau"
"Tolong apa?kalau aku boleh tolong aku tolonglah"balas ji hyo sambil memasukkan potongan kek red velvet ke dalam mulutnya.
"Boleh tak aku tumpang rumah kau sehari dua"suzy diam mahu melihat reaksi ji hyo.
"Seriusly mestilah boleh aku pun duduk sorang je"jawab ji hyo teruja sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berbual memandangkan si lay hilang dari radar langsung tak dapat dijejak malah drama pendeknya bersama exo hanya dua ep je lay ada kemudiannya lesap.Xiumin jarang dia mahu berkunjung ke rumahnya busylah katakan tapi dia ok je.

"Xiumin tak marah?"soal suzy cuba memancing ji hyo membuka mulut bercerita pasal Xiumin.
"Nak buat apa dia marah lagi pun dia sekali sekali je datang rumah aku..boleh dikira dengan jari sebulan berapa kali dia datang.so jangan risau"terang ji hyo takut suzy tak selesa bila Xiumin berkunjung ke rumahnya.ditambah lagi Xiumin tak selesa dengan suzy.
"Yelah aku bukan apa Xiumin kan tak suka aku rapat dengan kau sebab itulah aku tanya..kang tak pasal-pasal lebam biji mata aku kena tumbuk dengan Xiumin"suzy cuba berseloroh nak tengok juga reaksi ji hyo tapi macam biasa ji hyo beriak kosong muka jenis sepesen je sebab itu susah dia mahu meramal apa perasaan ji hyo.
"Alah kau ni Xiumin oklah kau je yang fikir bukan-bukan"bela ji hyo walaupun Xiumin amat tidak sukakan suzy dia tahu yang teman lelakinya tak kan sanggup menyakiti perempuan, itu dia pasti.
"Aku peliklah ji hyo dengan Xiumin"
"Pelik?pelik apa?"soal ji hyo sambil matanya memandang muka suzy entah kenapa sejak akhir-akhir ini suzy selalu buka mulut pasal Xiumin..Xiumin itu,Xiumin ini,ada sekali tu call dia semata-mata nak bercakap pasal Xiumin.
"Entahlah aku rasakan si Xiumin ni macam ada dua personaliti maksudnya macam ni depan kau dia layan aku teruk gila tapi belakang aku dia layan aku macam mana dia layan kau mesra sangat kadang-kadang takut juga aku"bohong suzy cuba untuk meracuni fikiran 'sahabatnya' itu.Xiumin tetap Xiumin melayannya macam sampah.dia tersenyum bila melihat perubahan air muka ji hyo maknanya rancangannya akan berjalan mengikut perancangan rapinya.sangat perfect.
Suasana dimeja itu senyap sunyi apabila ji hyo memikirkan kata-kata suzy tadi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top