CHAPTER 22
[song ji hyo and Xiumin exo in sweet relationship]
Komen:
Exolstand:macam tak sesuai je dia orang btw i ship lay and ji hyo dia orang lagi sweet.
Sally:i hate exo couple
cstq:i hate song ji hyo so much...dahlah tua x sedar diri..
Yehet:i ship lay and ji hyo..
chanchen:dulu minat ji hyo skrng dh x bila dia menduakn lay.
Dan pelbagai bentuk ayat yang menyakitkan hati tidak sanggup song ji hyo baca dia lantas mencampak tabletnya di atas katil penat..sangat walaupun hanya membaca..yelah penat menyumpah seranah sesetengah pengomen yang suka suki ship itu ship ini,lagi pun dari dulu lagi dia dah menjelaskan hubungannya dengan lay hanya kawan baik..bila hubungan percintaannya dengan Xiumin tersebar mulalah mereka nak kaitkan dia dengan cinta tiga segi apa dia tak layak berkawan ke?ingat dia ni robot agaknya tak da perasaan mungkin depan fan dia tersenyum dengan segala tohmahan yang dikelaurkan tapi dibelakang dia macam gadis biasa yang lain terluka dan sedih dengan segala kata-kata yang kebanyakkannya menjatuhkan maruahnya sendiri ingat lagi minggu lepas dia dibaling gumpalan kertas oleh 6 orang pelajar sekolah kalau satu tak pe ni bertalu-talu dah macam perang gumpalan kertas sambil tu mulut mereka tak habis-habis menyebut 'i hate minji(Xiumin&ji hyo)couple'kalau cakap slow tak pe ni cakap macam tertelan microfon..akibatnya shooting runing man yang dijangka akan diadakan disekolah itu terpaksa dibatalkan..managernya sendiri membebel tentang hubungannya dengan Xiumin...
Kenapa banyak betul halangan mereka..apa jahat sangat ke dia di mata fan sampai dia sama sekali tidak boleh berkasih...tak boleh bercinta??
Dia ingin menjelaskan isu ini tapi dia terbatas pihak sm sendiri yang menyuruhnya mendiamkan diri dulu,memandangkan Xiumin adalah artis dari agensinya..begitulah lumrah artis mereka langsung tidak boleh bersuara sesuka hati mereka,mereka kena mempertimbangkan itu dan ini..banyak pihak yang mereka perlu jaga..salah sikit kena saman yang penting menjadi artis bukan sesenang yang mereka diluar sana tahu,
Song ji hyo mengeluh sambil matanya merenung siling putih biliknya sudah seminggu dia tidak dibenarkan keluar rumah disebabkan isu dia dan Xiumin.
Lay dah hampir 2 minggu tidak menghubunginya sejak dia dan Xiumin mendedahkan hubungan mereka,kadang-kadang rindu juga dengan lay yelah dia yang selama ni selalu ada disebelahnya tiba-tiba hilang macam tu je..dia ada juga dengar yang lay sibuk di china tapi yang peliknya panggilannya langsung tak diangkat Amboi ekstrim betul sibuknyA.jarang lay berkelakuan aneh sebegini.
Xiumin?hem..jangan cakaplah sibuk memanjang so tak heran sangat kalau Xiumin langsung tak menghubunginya..
Lamunan song ji hyo terhenti apabila bunyi loceng bertalu-talu menganggu lamunannya.
Dengan malas song ji hyo menapak turun..
Dia lantas membukakan sedikit pintunya..ingin melihat gerangan siapakah yang menganggu lamunannya itu.
"Hai"namja itu melambaikan tangan kecilnya didepan ji hyo yang sedang beriak terkejut.
"Eh!macam mana awak tahu rumah saya dekat sini?"soal ji hyo sambil merapatkan lagi pintu takut namja di depannya itu meluru masuk.
Namja itu tersenyum persis senyuman ji hyo sekali imbas song ji hyo seakan melihat biasan wajahnya sendiri.
"Saya kan fan awak mestila saya tahu bias saya duduk mana?"namja itu tersenyum lagi comel.
"Awak ni fan saya ke stalker?seramlah awak ni.."meremang dia merenung namja yang berkulit putih itu dan sedikit pendek.
"Jom"namja itu bertindak menarik pergelangan tangan ji hyo.
"Eh!tak pergi mana?awak ni peliklah takut saya"song ji hyo blank.
"Don't worry bila awak bersama dengan orang yang bernama xi luhan tiada apa yang perlu awak takutkan trust me"
Entah kenapa kata-kata itu membuat hati song ji hyo yakin dia lantas berlari naik ke atas bersiap ala kadar .
10 minit kemudian song ji hyo turun dengan menyarungkan jumsuit berwarna cream dan high heel berona senada..kira ala kadar la tu dia lanats memboloskan dirinya di dalam kereta bmw milik luhan.
Kereta bmw hitam milik luhan sudah 20 minit menyelusuri jalan raya namun sepatah perkataan pun tidak kedengaran.
"Kita nak pergi mana ni?rasanya kita dah jauh"soal song ji hyo memecah kesunyian yang tercipta antara mereka.
Namun soalan song ji hyo dijawab senyuman manis oleh luhan yang masih fokus pada pemanduannya.
"Awak dah lupa masa kita dekat malaysia kan saya janji nak bawa awak keluar makan sebagai tanda minta maaf..dan sekarang ni saya nak bawa awak pergi tempat yang akan saya kunjung bila saya ke korea"luhan melirik sedikit matanya kearah song ji hyo comel getus hatinya.
"Awak dari china datang korea semata-mata kerana nak bawa saya keluar makan?"soal song ji hyo lagi.
"Janganlah perasan sebenarnya saya kesini ada urusan lain memandangkan saya teringat janji saya tu yang saya ada dekat depan rumah awak.saya ni namja yang memegang pada janji"jawab luhan.
Song ji hyo mencebikkan bibirnya ingatkan baru nak terharu bila luhan sanggup pergi ke korea semata-mata nak bawa dia keluar makan.
2jam kemudian bmw milik luhan berhenti dibahu jalan berhadapn dengan sebuah cafe yang Agak terpencil yelah cafe itulah satu-satulah penempatan yang ada yang lain cuma lalang dan jalanraya...jauh pula tu dari rumahnya..macam tiada makhluk lain selainnya dan 'sang-namja' disebelahnya.
Luhan matikan enjin keretanya dan tersenyum kearah ji hyo.
"Awak nampak cantik dengan jumpsuit tu..sama dengan baju saya"
Song ji hyo tersenyum baru dia perasan yang luhan juga memakai baju berwarna cream..
Luhan keluar dan membukakan pintu kereta untuk ji hyo..wah!sangat manly pada perkiraannya Xiumin pun tak melayannya macam ni hanya luhan dan lay je yang melayannya sebegini.
[Cafe xi]
Cafe yang bernama xi dimasuki dua orang artis iaitu artis dari china dan korea.
Setibanya mereka di dalam serta-merta tingkap cafe itu ditutup rapat Agak privasi.
"Jangan risau dekat sini tiada paparazi,jadi awak tak payah pakai topeng tu lagi"luhan menundingkan jarinya kearah mulut ji hyo.
Song ji hyo membuka topeng mulutnya dan mengitari pandangan diseluruh ruang cafe itu,sekali imbas nampak macam cafe yang tiada penghuni namun konsep cafenya yang menggunakan warna hitam putih menarik perhatian song ji hyo.
"Ni tempat apa?kenapa sebelum bi saya tak pernah perasan cafe ni?"akhirnya soalan yang ingin diutarakan terluah juga.
"Ni sebenarnya cafe saya..cafe ni hanya akan beroperasi bila saya datang je..so..kira cafe ni khas untuk saya cafe ni tak terima pelanggan lain selain saya,nama pun cafe xi"terang luhan..
"Boleh pula gitu"
"Boleh je asal ada duit,kalau awak nak tahu awak orang yang bertuah"
"Bertuah?maksudnya?"soal ji hyo
"Awak yeoja pertama yang saya bawa kesini"jawab luhan
"Boleh percaya ke?habis awak tak pernah bawa girlfriend awak ke sini?"mustihal nmja hot macam luhan ni tak ada teman wanita propa je lebih song ji hyo menyambung bebel dalam hati.
"Saya tak da girlfriend dan tak akan ada girlfriend"jawab luhan ringkas..
"Maksudnya awak ni pencinta kaum..seje..."
"Hello saya still namja ok..saya tak nak ada girlfriend saya nak isteri..one day saya nak bawa isteri saya kesini..bagi saya girlfriend boleh jadi kita just kawan je dengan dia saya lebih suka perkataan isteri.."kata-kata ji hyo dipintas luhan.
Wah!bagusnya kalau Xiumin juga sama pendapat macam luhan tentu mereka sudah berkahwin dan menimang cahaya mata sekarang ni.
Song ji hyo senyum.
Luhan memetik jarinya dan keluar seorang namja yang segak memakai tuksedo membawa buku menu.
Song ji hyo memesan coppucino ais dan sepotong kek red velvet manakala luhan memesan hot coklat dan juga sepotong kek red velvet.
"Tahniah!semoga awak bahagia dengan umin hyung"ucap luhan ikhlas walaupun ada rasa terkilan.
"Gomawo"jawab ji hyo malu.
"Awak bertuah dapat umin hyung dia seorang namja yang baik tentang komen fan tu awak tolak tepi sekarang ni awak fikirkan kebahagiaan awak dengan Xiumin lama-lama nanti senyaplah diaorang tu"nasihat luhan dia ada juga baca artikel tentang Xiumin dan ji hyo dan komen-komen yang dilemparkan juga tidak enak dibaca kesian mereka.rata-rata semua menyalahkan ji hyo.
Song ji hyo diam dan mereka makan tanpa sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top