CHAPTER 21
(Lay pov)
Kereta porshe silver milik lay berhenti di tebing bukit berdekatan dengan highway..entah kenapa kereta itu membawanya kesini atau lebih tepat hatinya..ya!hatinya yang mengisyarat dia untuk singgah Ditempat yang setia mendengar monolog hatinya..
Pintu kereta ditutup pelahan tidak mahu melambiaskan marahnya pada kereta..kesian dia tak bersalah..
Lay memanjat keretanya dan duduk dibumbung kereta..termenung memeluk lutut...langsung tidak mempedulikan kereta yang bertali arus dibelakang..baginya saat ini hanya ada dia dan sepi ya!sekarang ini sepi adalah teman rapatnya..
Dia mendongakkan mukanya menghadap langit sekali lagi adegan Xiumin dan ji hyo berlayar dimindanya seakan pita rakaman semakin dia ingin melenyapkan moment indah bagi Xiumin dah ji hya semakin itu mindanya giat melayarkan kembali moment pedih itu..nampak tak yang mindanya sendiri tidak mahu berkerjasama dengannya..
Lay meraup mukanya kasar...mengeluh dan menampar pipinya perlahan berharap yang tangisannya tak kan hadir,tetapi hampa air matanya sangat murah hari ini dia mengalir tanpa syarat..
Sekali lagi lay menangis mengenangkan yang dia terpaksa melupakan song ji hyo buat selama-lamanya kerana ji hyo lebih bahagia bila bersama dengan Xiumin..dia hanya chingu ji hyo..
"Ye..saya hanya chingu"ayat itu dilaung dan diulang kembali dengan harapan sifat positifnya kembali tetapi kata-kata itu diselang selikan dengan kata-kata berbisa suzy tempoh hari..
"Wae..Wae?ji hyo perlu pilih Xiumin,kenapa ji hyo tak pernah nampak, tak pernah buka mata untuk lihat cinta lay..kenapa?"lay menjerit sambil diselang selikan tangisannya..
Dia turun dari bumbung keretanya..dia berdiri betul-betul ditebing bukit..
"Saranghae...song ji hyo "dia menjerit berharap yang song ji hyo dapat dengar semuanya..
Dia terduduk sambil tangannya menepuk-nepuk dadanya.
"Hati kenapa kau perlu memilih gadis itu..dia milik orang lain..aku sayangkan dia..terlalu sayangkan dia hampir seluruh hidup aku,aku habiskan untuk bahagiakan dia walaupun dia tak pernah nampak itu semua,"lay merintih..meratap akan kisah cinta sebelah pihak..dia tahu dia sendiri menipu hatinya mengatakan yang song ji hyo sudah jatuh hati padanya,tapi dia silap semakin Xiumin menyakiti hatinya semakin dekat dia dengan Xiumin.
Lay menangis dan terus menangis..sampai bila di nak menangis dia sendiri tidak tahu.
[Dorm exo]
"Song ji hyo kenapa awak buat saya macam ni...kenapa awak curang dengan saya..buruk sangat ke saya ni em?song ji hyo"soal chen dihadapn poster song ji hyo yang tertampal di dinding biliknya yang dikongsi bersama si maknae sehun,sejak dia mengetahui hubungan hyungnya dengan ji hyo hatianya pedih mana tak pedih melihat biasnya sudah dimiliki..
Chen meraup poster ji hyo..
Sehun bangun apabila mendengar jeritan chen dia segera membaling bantal busuk tepat ke muka chen.
"Wae?"jerit chen sambil mencapai tisu dihembus hingusnya dan kembali menangis sambil memandang poster ji hyo.
"Hyung boleh senyap tak?sehun nak tidurlah sudah-sudahlah tu bukannya noona pandang Hyung pun"sehun smirk dan untuk itu chen membaling bantalnya tepat kemuka sehun.
"Kau diamlah hantu susu"
Sehun bangun dan sekali lagi membaling bantal busuk tapi kali ni tepat mengenai poster song ji hyo.apalagi berterabur si maknae lari apabila hyungnya itu sudah berura-ura mahu menjadi hulk.
Setelah sehun keluar chen mengunci pintu biar si maknae tidur luar hari ni,dia baru nak layan rasa sedihnya..
Dia mendekati poster ji hyo yang tersenyum ke arahnya..diusap poster itu perlahan.
"Yeobo sakit tak si evil maknae tu baling bantal dekat yoebo"soal chen..
Sehun yang melekapkan telinganya dipermukaan pintu mengeleng perlahan.
"Apa ke gilalah Hyung aku tu..bercakap dengan poster bila orangnya depan mata malu-malu dinosaur pulak menyampah aku"sehun melentokkan badanya gaya sotong...dia kemudian pergi ke bilik suho untuk tumpang tidur memandangkan si dinosaur tu kunci pintu.
(Suzy pov)
Suzy memeluk tubuh melihat lay menjerit meluahkan rasa dia ikut lay sedari di dorm tadi dan dia rasa situasi ini boleh dimanfaatkan.
Suzy bersandar dipintu lay dan melihat lay menapak menuju ke kereta..wajah lay kelihatan tersentak melihatnya.
"Kan aku dah cakap hidup ni macam perniagaan..kau mesti kena dapatkan faedahnya disetiap yang kau dah keluarkan macam Xiumin kau berkorban untk dia tapi apa kau dapat ji hyo tetap pilih Xiumin bukan kau..kau je yang bodoh namja yang terlalu naif kan aku dah cakap persahabatan dah tak penting sekarang ni,berkorban itu dan ini itu dah terlalu cliche. Sekarang ni hidup penuh dengan pengkhianatan hanya orang yang hebat mampu bertahan"ujar suzy sambil bibirnya yang dicalot gincu merah tersenyum sinis melihat lay kesian namja pabo.
"Macam yang kau buat sekarang ni khianat..bagi kau persahabatan dah tak wujud tapi bagi aku ia akan kekal sampai bila-bila.aku tak pernah ada niat untuk khianat dengan kawan aku sendiri macam yang kau buat sekarang lidah bercabang dua depan ji hyo kau baik macam malaikat belakang dia kau racun dan gunting dalam lipatan.perempuan macam kau patut dipanggil nenek sihir...kalau kau rasa situasi ini boleh buat aku terperangkap kau salah suzy..scene macam ni dah banyak aku tengok dalam movie kalau nak dapatkan sesuatu mesti khianat adalah salah satu cara kotor yang digunakan.ni bukan drama aku akan rangka jalan cerita aku sendiri tanpa perlu panduan dari kau suzy"balas lay..kelihatan wajah suzy memerah mungkin menahan amarah dia tak kisah dan dia sama sekali tak takut.
Lay kemudia menolak kasar tubuh suzy yang menghalang dia untuk membuka pintu kereta.sebelum tu sempat dia berpesan.
"Owh ye lupa nak cakap balik ni kau tengoklah movie yang ada watak jahat apa pengakhirannya adakah bahagia atau merana selamat menonton"lay tersenyum menayang lesung pipitnya dan masuk ke dalam perut kereta..berdesup keretanya meninggalkan suzy ditebing bukit itu.
"Argh....."jerit suzy..
'Tak guna kau ji hyo...tanpa lay aku mampu buat sendiri untuk hancurkan hidup kau dan aku akan pastikan pengakhiran aku tak sama macam watak-watak jahat yang selalu dipaparkan dalam movie'monolog suzy dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top