CHAPTER 14


Dari jauh Xiumin memerhatikan gelagat lay dan ji hyo dia memegang dadanya ada rasa sakit yang mula bercambah yang dulunya tak pernah ada..entah kenapa?sejak kehadiran suzy dia sudah tidak mempercayai sesiapa..dia seakan takut kehilangan ji hyo jantung hatinya..
Xiumin memerhati lagi gelagat lay dan ji hyo,
Ji hyo selesa melentokkan kepalanya di bahu lay dan cerita semuanya pada lay..sedangkan dia sekali pun dia tidak pernah punya waktu untuk bermesra dengan ji hyo berpegangan tangan pun boleh dikira dengan jari..hubungan mereka penuh dengan hambar sebab itulah ji hyo lebih selesa meluahkan segalanya pada lay..dia tak salahkan ji hyo dalam hal ini..
Xiumin mengeluh dan menghidupkan enjin keretanya..
Kereta bmw hitamnya meluncur laju diatas jalan raya,jalan yang diambil bukan jalan kedorm sebaliknya ke rumah agam milik keluarganya...

[Rumah agam Xiumin]
Selepas memakir keretanya di garaj dia segera bergerak masuk kedalam..lampu dibuka sememangnya rumah agam ini kosong tanpa penghuni kerana familynya sudah berpindah ke london kini rumah agam ini menjadi tempat persinggahan mereka sekeluarga jika familynya pulang ke seoul
Xiumin membuka alas yang menutupi sofa..dia sedikit terbatuk apabila debu mula menguasai rongga hidungnya..
Dia lantas menapak kebiliknya..berkeriut bunyi pintu menandakan dia sudah sekian lama tidak pulang kali terakhir 2 tahun lepas semasa birthday party song ji hyo..
Dia lantas memulakan operasi mengemas...
Hampir 2 jam dia bertungkus lumus membersihkan segala kekotoran yang berada dibiliknya.sedang dia berkemas mata Xiumin tertancap pada sebuah buku sederhana tebal yang terletak kemas diatas almari putih miliknya.
Dia lantas menarik kerusi yang kebetulan berada disitu..
dengan segala susah payah dia dapat mencapai buku misteri itu yelah dah dia pendek mestilah susah kalaulah dia meminjam tubuh chanyeol kompom dia tidak melalui detik susah ini.
Xiumin duduk dibirai katil dia membuka helaian buku itu..setitik demi setitik air matanya jatuh dan kemudiannya semakin melebat dia menekup mulutnya supaya tangisannya tidak terlalu kuat namun jeritan pula yang digantikannya apabila terpandang satu foto lama dia dan seorang gadis yang sangat cantik disisi gadis itu ada seorang namja yang memeluk kemas bahu gadis itu.dipandang gambarnya yang dulu..dulunya dia seorang lelaki nerd,sedikit chubby dan juga seorang yang menggunakan pendakap gigi..tidak heranlah tiada siapa menginginkannya termasuk suzy ye gadis itu suzy..cinta pertamanya dan dia orang pertama yang buat luka dia sedalam ini...gadis itu sungguh licik jadi tidak heranlah sekarang ni dia menjadi pelakon..sebab lakonan dia sangat mantap sampaikan dia tertipu..gadis yang hanya memandang rupa bukan hati..
Dia lantas membaling buku itu di bawah katil dan merebahkan badannya diatas katil dengan mata terpejam..terlakar kembali perbuatan suzy dan penghinaan suzy yang telah membuka hatinya yang suzy bukan gadis yang baik..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top